BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 31, 2008

Azam Baru & Tahun Baru

Bila dah sampai penghujung tahun dan bermula tahun baru sibuk d sana sini menanyakan apa azam baru tahun nih? Entah terlaksana ker tak azam yg d buat tahun lalu.. Jarang sekali yg bertanya "tercapai azam tahun lepas?" Itulah sesetengah manusia yang suka membuat azam setiap tahun tapi tiada pun langkah yang di ambil untuk menyempurnakan setiap azam..

"Azam tahun nih nak jadi lebih baik dari tahun2 lepas nak berhenti merokok" kata seorang kawan pada tahun lepas...tapi.... benarkah dah jadi orang baik? benarkah dah berhenti merokok? Hanya permata mengenal manikam..hanya yang mengenali tahu segalanya... ??? Biarlah dirinya dengan azam2 nya...apa nak kisah azam orang lainkan..

Aku? ermm azam aku tahun lepas sama jer dengan azam aku 3 tahun lepas.. Dan itulah juga azam aku tuk tahun ini..Kesinambungan azam tahun 2008.takde pun azam baru..Kenapa? sebab azam aku tak tercapai sepenuhnya lagi.. Entahlah bila nak tercapai sepenuhnya..Aku harap tahun nih, tapi nampaknya seperti tertangguh lagi..may be 2010.. Apapun akan ku usahakan juga.

Tahun baru..Tahun baru..tahun baru.. ermm selamat tahun baru hijrah 1430/2009. Countdown katna tahun nih? hahahah kat rumah jer bertemankan laptop ku yang comel nih sambil melayan fungkurfm..Housemate? ermm semua buat kerja masing2, main game, masak2 kat dapur dan ada yg bekurung kat bilik..tak amik pusing pun dengan tahun baru hahaha..

Besok pastinya punya perancangan yang best..Sedari awal lagi sudah d rancangkan untuk keluar release tension.. Ya lah akhir2 nih semua pun jadi ulat buku memandangkan exam dah nak dekat..sesekali nak juga rehatkan kepala yg sesak.. Destinasi utama Bank, ya lah kan dah awal bulan nih faham2lah hahahah... Then nak gi shopping kat miami... Yang pasti makan2 kat kfc tuh yang d nanti2 hahaha... release tension lah sangatkan huhuhu...












Tuesday, December 30, 2008

Rasa Itu..

Rasa itu mengganggu ketenangan dalam hati ku kebelakangan ini.. sukar untuk aku ungkapkan tapi yang pastinya rasa itu ada...Ah mengapa aku harus rasa terganggu sedangkan aku pernah alaminya sebelum ini.. Tapi kali ini rasa itu betul2 membuatkan aku tak senang duduk. Aku sendiri pun tidak mengerti tapi itulah realitinya..

huh sukar memang teramat sukar untuk aku ungkapkan..Ingin sekali aku lari jauh dari rasa itu tapi semakin jauh aku melangkah semakin dekat rasa itu menghampiri ku.. Sampai bila aku harus lari sedangkan rasa itu tetap mengekori ku..Aku harus berdepan dengan realiti..


CINTA.. ingin sekali aku lari darinya..Untuk apa kita bercinta kalau akhirnya kecewa.. Untuk apa bercinta kalau tiada matlamat.. Dan untuk apa kita bercinta kalau tidak pasti dia akan jadi milik kita.. Itu yg bermain d fikiran aku kala ini..

Memang asyik bila d lamun cinta..Cinta boleh buat orang lupa diri.cinta juga tak mengenal darjat. Cinta boleh buat orang suka, menangis, gembira dan sebagainya.. Tapi dalam mengharungi alam percintaan sedarkah kita diri menghampiri dengan dosa. Ya memang insan yg bercinta itu menghampiri dosa..

Ah aku sendiri pernah melaluinya dan sehingga kini aku masih melaluinya..Tapi akhir2 ini rasa kesedaran itu muncul.Apakah aku harus teruskan cinta ini atau pun berhenti saja d sini.. Seringkali masalah ini bermain di fikiran ku..Nak putuskan hubungan tapi tak semudah itu.. Rasa sayang dah sebati dalam diri..Tapi apakah aku punya matlamat dan keyakinan yang tinggi bahawa aku akan bersama dia? Arrgghh tepuk dada tanya hati...Hanya aku yang tahu jawapan dan tahap keyakinan aku..

Menjarakkan hubungan bukan bermakna memutuskan hubungan..Tapi itulah langkah yang terbaik untuk aku sekarang nih.Moga dia akan faham apa yg aku lakukan ini untuk kebaikan bersama. Biar kurang berhubung asal tak terputus hubungan..

Apa yang aku mampu berdoa dan terus berdoa..Moga diri di pelihara dari dosa2 dan terlindung dari segala noda.. Biarlah cinta ini berlandaskan agama..

~inspirasi Hati~

Duhai hati
Usah gentar meluah rasa
Usah gundah menilai makna
Hati ini bukan milik sesiapa
Hati ini milik kita...

Duhai hati
Usah gentar menggendong cemuh
Usah jemu menilai sabar
Perjuangan ini likunya kecewa
Namun ini bukan lapis alas berputus asa...






Monday, December 29, 2008

SamBuTaN MaaL HiJraH DaN SoLaT HajaT

Firstly aku mau ucapkan salam maal hijrah 1430. Alhamdulillah di beri lagi peluang untuk sama2 menerajui tahun baru islam ini. Semoga tahun yg telah berlalu membawa seribu erti dan pengajaran dalam kehidupan dan tahun yg mendatang hadapi dengan tenang.

Alhamdulillah selesai satu tugasan di bawah biro dakwah dan pendidikan yg menganjurkan program solat hajat untuk warga DMSI yg berlangsung selepas solat maghrib d markaz sabah yg baru. Terima kasih kepada semua warga DMSI yg memberi kerjasama yg baik walaupun ada yg datang lewat (aku lah tu) hehe. Selain solat hajat, DMSI juga membuat sambutan maal hijrah 1430 dan kenduri dari pihak tuan rumah iaitu Hafizah Aisyah (kak lang). Terima kasih atas jamuan yg sedap dan lazat hehe...

Program bermula seawal maghrib. Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan di ikuti bacaan yaasin beramai2... Sementara menunggu solat isyak program di teruskan dengan ucapan dasar oleh pengerusi DMSI Sity Sazura yg menerangkan tujuan solat hajat di lakukan dan program ini merupakan program tahunan dan program besar DMSI setiap tahun.. Ada pelajar2 baru yg kurang tahu tentang aktiviti2 DMSI yg selalu di jalankan.

Solat Isyak dan solat hajat kali ini d imamkan oleh Saudara Raja Azlan Putra Raja Zainal Alam Shah yg datang bersama isteri dan anaknya.. selesai solat program di teruskan dengan tazkirah yg d sampaikan oleh siti Aishah Monib. Dan Aishah menyampaikan ceramah motivasi yg pernah d sampaikan ustazah Habibah pada solat hajat tahun lepas. Dan antara main point yg d sampaikan oleh kak aishah:

النجاح والتوفيق

mengetahui tujuan dengan jelas..معرفة الهدف والتوضيح

mengetahui kekuatan dan kelemahan diri -معرفة القوة والضائف
mengetahui kaedah dan jalan- معرفة القاعدة والطارقة
Percaya pada diri sendiri - الثقة بالنفس

Kaedah Kejayaan - القاعدة علي النجاح
menerima ilmu dari guru - "البركة في العلوم من العلماء"تلقي من العلماء
Hadiri Kelas - حضور في المحاضرة
Menyediakan Nota - أعداد المذاكرات
Mencintai Ilmu, Mencintai bahasa arab - حب العلم وحب اللغة العربية
Study Group - استذكار في المجموعة
Memahami Kemudian Menghafal - الفهم ثم الحفظ


Pendedahan awal kepada pelajar2 baru dan cara2 menjawab soalan dalam peperiksaan juga turut d sampaikan oleh senior2. Dan di antara yg d sampaikan jgn menulis jawapan d kertas soalan, jgn sesekali mengunakan pen merah di kertas jawapan. Teguran ikhlas dari kak laha tentang kelas tambahan yg kurang berjalan untuk pelajar2 baru.

Dan acara terakhir tuk program malam nih tak lain tak bukan "MAKAN" hehehe selesai mendengar ceramah kitorang pon di hidangkan dengan makanan yg sedap2 huhuhu antara lauk yg d sajikan malam nih ayam masak kismis, sayur tumis, dan sambal ikan bilis.. Pergh pedas sesangat sambal bilis tuh..ada yg makan sampai terkeluar air mata hahah..kesian2...Kami bersurai dalam jam 9 lebih dan masing2 pulang kerumah masing2.

"Orang yang bijak pandai menggunakan peluang dengan sebaiknya,Orang yang jahil mensia-siakan peluang"

Semoga kita tergolong dikalangan orang2 yang bijak pandai.. Exam pon semakin hampir masa yg ada akan ku manfaatkan dengan sebaiknya. Dan masa untuk aku online mungkin akan aku kurangkan buat sementara exam nih. Salam kemaafan dariku buat semua kawan2 yg pernah terguris perasaan dan pernah terkasar bahasa selama bersama.. Wish u all best of luck and do da best 4 d xm.. Semoga kejayaan itu milik kita semua..Amin..

Sunday, December 28, 2008

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun



Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut. Di baca selepas solat maghrib.

Doa awal Tahun:

بسم الله الرحمن الرحيم

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ ماَ عَمِلْتُ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِي عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ ولَمْ ترضه ولم تَنْسَهُ وحَلِمْتَ عَلَيَّ بعدَ قُدْرَتِكَ على عُقُوبَتِي ودَعَوتَنِي إلَى التَّوْبَةِ منه بعد جُرْآتِي على مَعْصِيَتِكَ فَإنِي استغفرك فاغفرلِي وما عَمِلْتُ فيها مِمَّا ترضاه ووَعَدْتَنِي عليه الثَّوابَ فأسئلك اللهم يا كَرِيْمُ ياذا الجلال والإكرام أن تتَقَبَّلَهُ مِنِّي ولا تَقْطَعُ رَجَاِئي مِنْكَ يا كرِيْمُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini". di baca selepas solat asar.

Doa Akhir Tahun:

بسم الله الرحمن الرحيم

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ أنت الاَبَدِيُّ القَدِيْمُ الأوَّلُ وعلى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وُجُودِكَ المُعَوَّلِ، وهذا عَامٌ جَدِيْدٌ قد أقبَلَ نَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فيه من الشيطانِ وأوْلِياَئِهِ وجُنُودِهِ، والعَوْنَ على هذه النَّفْسِ الأمارة بالسوءِ، والاشتِغاَلَ بما يُقَرِّبُنِي إلَيكَ زُلْفَى ياذا الجلالِ والإكرامِ يا ارحمَ الراحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Saturday, December 27, 2008

“Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan”..

Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada kita..“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ‘top-up’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya.

walawess sejuknya...

kebelakangan nih suhu d alex turun naik macam turun naik matawang yg nda stabil skarang nih.. hari nih 11°c kurang sikit dari hari2 lepas..menggeletar jugalah mau ambil wudhu subuh td... dengan hujannya yg turun menambahkan lagi sejuk...harap2 nda lah lagi hujan time2 musim sejuk nih..kang beku lak kitorang kesejukan hahah...Harap2 ada sinar matahari menerangi dunia hari ini..pakaian yg aku cuci pon dah 3 hari baru kering..kalau mendung lagi alamatnya nda cuci pakaian lah kami semua d rumah nih..huhu

Semalaman aku tiada tidur semalam..mau cakap study teda jg..ada pon sikit jak lah..yg selebihnya aku main game..hari2 main game..aku pon nda tau kenapa aku nda boring..tapi tu lah hakikatnya setiap hari aku login kat orangeshark.com tuk main game..fight dgn c jay brapa token n badge yg kami dapat hahahah... butttt...aku masih kalah dengan dia huhuhu

Siang nih aku tiada program apa2..so aku mau membuta jak..ya lah kan dah semalaman aku tiada tidur.. Masa tidur aku kembali x normal cam seawalnya aku sampai dr malaysia.. Aku dah mula bejaga malam dan tidur d siang hari..Nasiblah dah x der kuliah skarang nih kalau nda mampus aku huhuhu...

Hari nih aku berpuasa..so tiada apa mau d fikir siang hari...memang best puasa time musim sejuk hahaha.. hanya budak2 yg duk d mesir jak tau tuh ahakss... Ya lah kan masa siang singkat kalau d musim sejuk nih masa malam pula yg panjang. so memang nda terasa la kalau puasa d musim sejuk..best kan..

ReaLiTi

ku buka mata ini
terpandang gambaran realiti
sahuti cabaran mindaku teruji
puas sudah ku mencari
jawapan yang tak pasti
namun tetapkan menjadi
misteri hidupku abadi
ku cari dan mencari
hingga kini tak ku temui
namun aku kan pasti, inikan terjadi....
bertahun ku hadapi
melalui liku-liku ini
tapi yang pasti tercapai jua
aku sering tercabar
didalam arus kehidupan
walau perit ku tahan jua
ku dambakan segala keinginan
demi perjuanganku
agar hidupku lebih bermakna ceria bahagia......

Awal Kalam..

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya aku memilih untuk aktifkan blog d laman blogspot ini.. sebelum ini aku lebih memilih untuk menulis d blog friendster dan myspace.. tak tau apa yg menarik minat aku untuk mengaktifkan blog d sini pula..

Apapun cabang penulisan tuh kan luas..so aku cuba tuk menulis apa yg aku suka, luahan hati aku dan apa2jak yg terlintas tuk aku luahkan d blog yg kaku nih..

aku tak mau fokuskan blog nih kepada sesuatu yang khusus.. aku lebih sukakan blog yang bebas.. so aku boleh tulis sesuka hati aku tanpa terikat dengan kategori2 yang aku tentukan sendiri..hahha

EnJoY Ur LiFe...