BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 6, 2009

Dugaan

Jadual exam sesi 2008/2009

Hari nih jadual dah mula di keluarkan oleh biro WADI..kebetulan pula ketua biro wadi c jay, so rumah kamilah yang awal dapat jadual dari WADI.. Awal lagipun tahu jadual exam bila mana timbalan wadi dah tengok jadual yang di lekat di kuliah..Cuma baru hari ini wadi keluarkan untuk rumah2 sewa budak2 sabah..Thanks tuk biro wadi kerna prihatin dengan jadual2 exam bagi semua budak2 sabah.. Sekarang nih masing2 pun dah mula busy dengan study..Ya lah hari exam dah semakin hampir..Aku pun dah mula menumpukan perhatian dengan study aku..Dak tau lah lepas nih aku masih punya masa atau kurang tuk update blog nih..Bergantung dengan kelapangan.. Tapi kalau dah namanya on lappy nih memang dugaan jugalah kan mau buka buku hahahah apa daknya kalau belum start buka buku tuh mesti mengadap lappy nih..Tah apa lah yang selalu di jenguk di dunia maya nih... hai dugaan2...

Bukan setakat itu jak bila musim2 sejuk nih dugaan memang amat2 kuat tuk buka buku..huhuhu Dengan suhu c pergh sejuk memang teramat sejuk..dan mata pun memang selalu rasa mengantuk jak adeii parah2....Memang time2 sejuk nih best kalau berselimut dengan lihaf sambil belajar hahaha dan akhirnya buku yang akan menjadi pemerhati kepada c pembaca... Pernah member cakap alah baru c lom lg -2° c... aarrgghh yg cam nih pon aku dah rasa sejuk apatah lagi kalau dah negetif..tidaaakkkk!!! aku dak dapat mau bayangkan camna keadaan aku kalau suhu d sini sampai negetif..sekarang pun aku menggeletar apatah lagi kalau negetif..sekarang pun dah pakai baju 3 lapis apatah lagi kalau dah negetif..Dak mau aku fikir segala kemungkinan yang akan berlaku..Kalau di beri pilihan diantara musim sejuk dan musim panas aku lebih memilih musim panas biarpun aku belum pernah rasa bercuti musim panas di sini.Dan aku lebih memilih iklim malaysia tak sejuk sangat dan tak panas sangat..bak kata iwan yang sedang2 saja yang penting aku selesa hahaha...

Back to da topic "dugaan" sajalah aku nak kongsi dengan citer2 dan dugaan2 aku selama aku kat mesir nih..Masa aku mula2 sampai dugaan pertama aku kami kena amik imtihan qabul kire ujian penilaian lah tuk menentukan tahap tahun yang kami kena duduki.. Sebelum nih teda pon imtihan qabul nih kira kami pelajar tahun kedua yang di buat ujian penilaian nih..AArrgghh sedikit tekanan perasaan dialami ketika itu..Exam di buat 30 september 2006 bertempat di kuliah banat(girl) azhar cawangan cairo. Soalan susah gile dak tau aku mau gambarkan camna susah soalan tuh..AArrgghh bertambah lagi tekanan perasaan bila dapat soalan dan dak sampai separuh pun yang dapat aku jawab.. Nasib jak puasa masa tuh terdidik jugalah jiwa dengan sifat sabar...Balik dari imtihan qabul tuh kami jalan kaki balik menuju kerumah sabah..Sempatlah singgah kat metro sambil2 menenagkan perasaan yang sedikit tertekan dengan soalan ujian tadi.. Ku pujuk hati dak pa tawakal jak.. sampai di rumah rehat2 terus tidur..terasa mengantuk sangat bila dah balik dari ujian tuh tambahan semalaman tiada tidur membaca buku.

Keesokan harinya tiada apa yang kami buat..stay d rumah jak..terasa betul2 dak sedap hati aku hari tuh..aku pon dak tau tapi yang pasti keinginan untuk menelefon kerumah terlalu tinggi.. Mulanya janji semua mau keluar menelefon tapi last2 dorang yang lain dak jadi keluar p cc. aku dengan c hani jak yang jadi jalan masa tuh..Aku call my mom sembang2 lah dengan mama aku.. dia gtau dorang d papar buka puasa d rumah nenek aku..mymom tanya camna dengan exam dah abis kah belum? so aku gtau lah exam abis dah pun kemarin jak satu hari..Terus mama aku cakap.."bah abis dah examkan mama gtau lah mak muk(nenek aku kami panggil mak muk) baru jak meninggal lepas buka puasa tadi" Ya Allah dugaan apakah ini... Belum pun sampai sebulan aku pergi meninggalkan kampung halaman..terasa amat perit berita yang baru ku dengar nih..Airmata bagaikan dak tertahan masa tuh..Laju meluncur bagaikan hari yang tengah hujan.. Tiada kata yang dapat ku lafazkan yang kedengaran hanya esak tangis. Ku cuba juga bertanya apakah mak muk sakit? my mom cakap dia dak sakit cuma sesak nafas jak lepas buka puasa tuh..batuk2 dan lelah@ampus. Ingin saja aku pulang waktu tuh tapi.... Perbualan aku dengan my mom dak dapat lama coz my mom masa tuh masih d hospital dan menguruskan jenazah. Betul2 sebak dan sedih terimbau kata2 arwah "kalau dapat sambung d malaysia dak payahlah p jauh2, nanti ada apa2 susah mau pulang" katanya sebelum aku membuat keputusan tuk menyambung pelajaran ke mesir.. Aku hanya mampu tersenyum masa tuh..Dan bila tiba hari keberangkatan aku tuk ke mesir mak muk juga turut sama menghantar aku ke epot..Pelukan erat itu masih dapat kurasakan dan aku hanya mampu berkata "janganlah menangis mak".. Aku mampu menahan airmata ku dari jatuh kala itu..

Hari berlalu keputusan imtihan qabul pun keluar.. Natijah yang amat menyedihkan..Ramai pelajar syariah yang terkandas... Markah lulus 50 hanya dapat di lepasi oleh beberapa orang sahaja...Betapa tinggi level azhar berbanding dengan universiti tempatan..Aku tabahkan hati menerima ketentuan ini seadanya..Mungkin ada hikmahnya.. D awal bulan 11 2006 nama kami dah muqayad d universiti al-azhar cawangan alexenderia(iskandariah) Aku bersyukur diri di beri peluang menuntut di universiti islam termasyhur ini.. Hari2 kuliah dilalui dengan gembira bersama rakan2... Tinggal menyewa bersama rakan2 sebaya mewujudkan sefahaman di antara satu sama lain..

Exam berganti sem akhirnya peperiksaan sem kedua menyusul pertengahan bulan mei 2006..Masa untuk ke cc masa nih betul2 di kurangkan..Dan jarang aku menghubungi family aku kerana sibuk dengan exam..Suatu hari ichie call p rumah sewa kami bertanyakan siapa pakcik aku nama Yamin..Aku gtau lah adik mama aku..Kami panggil dengan nama jack(nama timangan dia)..Aku tanya kenapa? dia cuma cakap tiada apa2 saja tanya sebab dia baru call p kampung.mak dia ada sebut nama pakcik aku tuh sebab tu dia tanyakan siapa.. Cukup bijak menyembunyikan rahsia... Tapi hati aku mula rasa lain seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan.. Aku malas mau fikir.. lepas letak telefon aku baring2 dalam bilik. mungkin adalah dalam 15 minit dia call balik p umah kami..Erna pula yang jawab call dak tau apa dorang cakap tapi hati aku rasa sangsi seolah2 ichie ada sembunyikan sesuatu dari aku..Tapi dak pa lah mungkin bukan hal yang penting untuk aku tau..Lebih baik aku memikirkan exam aku yang mendatang..2 minggu berlalu hanya tinggal 2 paper lagi untuk aku menamatkan exam..Selepas habis exam pagi hari tuh aku terus ke cc menelefon family aku. Aku call my mom tanyakan khabar dan ceita di kampung..My mom tanyakan juga camna dengan exam aku..So far everything is ok but... ada gak yang susah & dak leh mo jawab huhu.. Terlintas pula d kepala pakcik aku jack tu terus aku tanyakan dengan mama aku "mak, di mana dorang c jack sekarang? di kuala kah d pengalat? sihat juga dorang?" Mama aku diam seketika.."ah kau nih pura2 lagi ada sudah orang bagitau kau?" aku dak faham..aku tanya kenapa? baru mama aku bagitau "c jack tiada sudahkan, meninggal sudah dia"... Ya Allah sekali lagi aku d uji dengan berita menyedihkan ini... Belum setahun aku d sini aku kehilangan dua insan yang ku sayang dan yang amat ku rapat..aku tanyakan dengan my mom kenapa tiada orang yang bagitau aku pasal nih..Airmata jangan cakaplah masa tuh..CC yang sunyi hanya kedengaran dengan esak tangis aku jak..Malu? sudah tiada rasa malu kala itu... Rupa2nya my mom dak suruh saudara mara aku bagitau aku pasal berita nih sebab aku tengah exam..takut terganggu pelajaran ku.. Sedikit rasa terkilan mengapa aku yang terlambat tahu sedangkan orang lain lebih dulu tahu.. Sakit bisul di kepala arwah masa tuh semakin teruk dan terkena jangkitan kuman..Kelewatan di bawa ke hospital menyebabkan dia dak dapat mau di selamatkan..Ajalnya sampai dulu sebelum masa untuk dia di operation malam tuh tiba..Hatiku sayu teringatkan dua anak yang masih kecil di tinggalkan lagi sayu bila mengenangkan dialah pakcik yang paling sporting dan aku rapat. Segalanya akan berubah selepas ini..

Bila exam dah habis my mom kirimkan aku duit tuk beli tiket dan suruh aku pulang ke malaysia. Semuanya ku uruskan sendiri bersama bibi..Alhamdulillah di permudahkan segala urusan. 3 julai 2007 aku mula berangkat menaiki pesawat Egypt air....kepulangan ku ke sabah tetap di nanti...










2 comments:

Cipang said...

Memang menyedihkan apa bila kita berjauhan namun mendapat berita yang tidak menyenangkan, lambat lagi tu,,,,hal begini pernah ku lalui, juga ketika study di rantau orang,,,,lagi nya ya,,,,balik kampung baru kena bagi tau berita sedih,,,,,7 bulan di rantau orang, langsung x kena bagitau apa2 berita,,,,,,,

kita cuma nasihatkan Niena bersabah menenpuh segalanya, itulah dugaan,,,,dugaan datang dalam bermacam bentuk,,,,,ingat ada hikmah disebalik dugaan,,,,,

Next week dugaan lagi,,,,,EXAM,,,,,,good luck.

nienakariena said...

Ya dugaan diduga dan menduga.. Tapi kenapa sehebat itu dugaan ini..huhuhu