BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 23, 2009

Kuliah

Kuliah ku hari ini ku gagahi juga untuk menghadirkan diri, walaupun mata agak terasa pedih dek rasa mengantuk yang teramat sangat. Bilamana tiada tidur di waktu malam dan hanya terlena seusai azan subuh. Mujur kelas bermula jam 1 sehingga jam 3. Masih mempunyai waktu untuk ku merehatkan mata sejam dua.. Seusai jam 10 pagi aku di kejutkan teman sebilik tapi masih terlalu awal jika hendak bersiap di tambah rasa mengantuk yang masih bersisa. Tanpa ragu aku menyambung tidurku. Sedar jam lonceng sudah d setkan tiada lagi keraguan kerana yakin pasti akan terjaga juga.

Tepat jam 11.45 jam mula berlagu riang mengejutkan si pujangga yang asyik dengan lena yang berbaki. Walaupun rasa mengantuk masih ada namun ku harus mengorbankannya untuk menghadiri kelas. Ya kelas!.. Jam 12.30 aku sudah bersiap sedia untuk bergerak turun dari rumah. agak silau dan bertambah sepet mataku dengan panahan sinaran mentari itu. AArrgghh!!! terasa tidak sanggup untuk ku berjalan di bawah sinaran matahari. Andai ku tahu perlu menapak untuk ke stesyen bas ke kuliah pasti aku akan bergerak lebih awal dari rumah tadi. Dalam aku teruskan langkah kepala ku ligat berfikir..mungkin ada gunanya spek hitam di saat ini.. agar mataku tidak akan terus menjadi sepet ;P

Sesampai di kuliah aku terus ke kaunter penjualan kitab untuk mendapatkan kitab yang baru di keluarkan dan dijual. Alhamdulillah aku berjaya mendapatkannya dengan harga LE40 untuk sebuah kitab Qadayah Fiqhiah Muasirah. Sepanjang barisan menunggu puas ku memerhatikan gelagat orang arab di sini. Kita berbaris untuk mendapatkan kitab tapi yang baru datang juga yang dapat dulu. Ku tunggu dan perhatikan dengan penuh sabar. Akhirnya penantian ku itu tidak sia2..

Setiba di kelas Doktor Mohd. Ali Ramadhan sudah pun berada di dalam kelas. Mungkin baru sahaja masuk. Sesampai di ruang pintu DR baru menyuruh membuka kitab di muka surat 115. Bab saham. Ya kami dah sampai ke bab saham sekarang. Tapi kitab baru sebentar tadi aku mendapatkannya. Sepanjang kelas aku berjaya menahan mata aku dari tidur walaupun mata masih terasa mengantuk. DR teruskan pengajaran dari lembar ke lembar di selangi beberapa soalan daripada pelajar. Mungkin DR kelihatan agak tua dan ada yang keluar masuk kelas sesuka hati ketika DR mengajar. Ini perkara yang lazim akan kelihatan di dalam kuliah kecuali yang mengajar ketika itu adalah DR yang tegas dan syadid :) Bila mana DR yang mengajar adalah DR yang syadid jarang sekali akan kelihatan pelajar keluar masuk mahupun yang menjawab telefon di dalam kelas.

Kelas yang sepatutnya berakhir jam 3 petang nampaknya hanya sampai jam 2.05 ptang sahaja. Aku terus mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Berjalan seorang diri sambil mengetip kuaci di bibir. Rasa seronok terasa.. Ya kadangkala kita merasa seronok berjalan seorang diri dan kadangkala akan ada rasa takut :) Sepanjang perjalanan ku hari ini aku berjumpa dengan orang2 yang ramah dan murah dengan senyuman.. Dan bila sampai di stesyen bas aku terus mendapatkan bas untuk pulang ke rumah. Berbual dengan pakcik driver yang mengatakan keinginannya untuk datang ke malaysia.. Bila ku tanya imta?(bila) dia jawab bila dia dapat mengahwini orang malaysia.. Kau tak mau kahwin denganku? tanyanya.. Aku cuma tersenyum.. dalam hatiku terasa lucu dan mampu ketawa di dalam hati.. Walaupun rambutnya sudah di tumbuhi uban dia masih ingin berkahwin lagi. Dan pada penglihatanku seolah2 dia memang sudah beristeri pun hahaha..

Sesampai di rumah aku terus membersihkan diri dan menyediakan makanan tuk mengisi perut yang kosong. Dan selebihnya masaku mengadap laptop dan bertemu rakan2 di dunia maya. mengusik2 dan membuat penyamaran. Terasa terhibur dengan gelagat sendiri..

3 comments:

A said...

:)

nienakariena said...

:">

Anonymous said...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.