BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 18, 2009

3 hari berkampung di program Asean festival.

Letih, Tak cukup tidur, itu yang dapat aku ungkapkan selama program berlangsung. Walaupun tugas aku mempunyai shif, namun tetap terasa keletihan bilamana terlalu lama duduk di kerusi yang empuk sambil menunggu orang untuk membeli tiket.. Ya kali ni aku bertugas sebagai penjual tiket konsert yang berlangsung di malam kemuncak program Asean culture and games festival. Selama 3 hari berturut2 kami menjual tiket bermula 9 April sehingga 11 April.

Pas urusetia
Tiket Konsert

Apa yang seronok dalam program ni, dapat dilihat negara2 asia yang lain turut menghantar peserta dalam pertandingan yang di anjurkan. Dan Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah kepada majlis yang gilang gemilang dan terbesar ini. Banyak pertandingan yang di anjurkan dalam program kali ini di antaranya ping pong single/double (boys/girls), Chess (boys/girls), pertandingan nasyid, tilawah Al-Quran, Bola sepak, Bola jaring, Sepak Takraw dan acara larian. Juga terdapat lebih kurang 20 gerai bazar yang di usahakan oleh pelajar terlibat yang berada di bumi mesir menjual pelbagai masakan melayu dan memperkenalkan masakan dari negara dan negeri masing2.

Namun sayangnya biarpun negara Malaysia menjadi penganjur dalam program terbesar ini sambutan dari pelajar malaysia sendiri kurang memberansangkan. Apa yang dapat di lihat walaupun program berlangsung di Dewan malaysia Abbasiyah yang terletaknya kediaman pelajar malaysia ramai yang tidak turun memberikan sokongan dalam program tersebut. Mengapa pelajar dari Indonesia, Thailand dan Singapore yang tinggal bukan di kawasan kediaman Abbasiya boleh datang dan turut sama dalam program ini tapi tidak pelajar2 malaysia yang tinggal di kawasan itu. Jika di bandingkan pelajar dari negara2 jiran yang sanggup datang membuang duit membayar tambang untuk kesana tapi mengapa pelajar malaysia yang hanya turun tangga saja pun tidak dapat bersama2. Jika adapun boleh di bilang pelajar yang turut sama dalam program ini. Dimana silapnya? Apakah pelajar malaysia yang berada di mesir juga seperti berpolitik seakan2 suasana di malaysia. Apakah pelajar malaysia tidak bersatu hati?

Aku tidak menyentuh mana2 persatuan mahupun parti politik. Tapi jika apa yang berlaku merupakan salah satu boikot untuk menjayakan program tersebut ianya bukanlah sesuatu yang sihat dalam usaha kita untuk menyatukan persatuan yang berada di bumi mesir ini. Berfikirlah secara terbuka.. Berfikirlah positif..


Dalam keboringan menjual tiket sempatlah juga aku dengan azie
merayau2 meninjau gerai2 yang ada. Marveles!!! macam2 makanan ada. Time nih lah best kalau melantak haha.. Cuma tinggal nak pilih dan makan jer, Bukannya masak sendirikan, tunjuk jer apa yang nak...TAPI yang penting sebelum makan kena hulur duit. ;P

Dalam banyak2 program tuh Sabah menghantar wakil tuk pertandingan Chess dan ping pong. Yang aku tahu ping pong single (ejan) dapat no.3, Double (sidar & Ejan) dapat no.2 dan Chess (aku) dapat no.3 ;p haha bidan terjun pon leh dapat number kan. Yang penting yakin boleh!!!
Yang lelaki pula aku kurang pasti yang aku tau abg Nubli dapat no.2 tuk ping pong single lelaki.
wah2... berbakat juga bah orang sabah nih hehehe... TAHNIAH SEMUA...

0 comments: