BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 19, 2009

Berpisah Untuk Sementara


17 april merupakan tarikh lahir salah seorang daripada geng gelimat iaitu kak siti Aisya Monib dan juga merupakan tarikh perpisahan untuk kami. Kak siti Aisya dan kak Norlina berangkat pulang ke malaysia setelah berjaya menghabiskan pembelajaran mereka di bumi anbiya yang penuh barakah ini. Penerbangan yang dijangka berlepas di waktu pagi.

Jam 8 pagi kami sudah bersedia untuk bertolak ke airport cairo menghantar mereka berdua pulang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, walaupun kena membayar denda kerana lebihan barangan yang di bawa pulang.. Agak2 apa ekk yang dorang bawa pulang? Daging Unta? kitab2? atau pun makanan2.. hehehe...

Rasa sebak mengiringi mereka2 yang turut menghantar kak sam dan kak lina di airport. Bilamana kita sudah saling kenal mengenali dan ujud keserasian antara satu sama lain akan ada perasaan kasih sesama insani. Dan perpisahan itu mengundang manik2 jernih yang gugur dari kelopak mata mengiringi pemergian mereka berdua.

Tidak ramai geng gelimat yang lain dapat turut sama menghantar kepulangan otai gelimat kali ini, mungkin kerana peperiksaan yang sudah semakin hampir dan kesibukan dan kepadatan jadual kelas tambahan membuatkan geng lain tak dapat sama2 hadir meraikan hari lahir dan perpisahan ini.

Seawalnya diri masi boleh tersenyum dan bergelak ketawa bersama geng gelimat yang lain. Sambil mengusik2 junior yang dah mula sayu dan menangis di atas perpisahan ini. Tapi akhirnya bilamana salam di hulur dan nasihat2 yang syahdu di dengar airmata bagaikan tak tertahan untuk mengalir.. Langit yang kelihatan cerah langsung tidak dapat membendung airmata yang jatuh di pipi. Lantas ku relakan kepulangan mereka di iringi dengan linangan airmata yang suci..

Perpisahan untuk sementara waktu dan pastinya akan bersua semula di negeri sendiri.. Yang penting punya masa yang terluang untuk sama2 mengeratkan ukhuwah fillah ini.. Walau jauh mana jarak pemisah namun hubungan persahabatan ini tidak akan berakhir di sini.. kemudahan perhubungan yang semakin canggih dan maju di alaf ini tidak menghalang untuk kita terus berhubung di antara satu sama lain..

Yang dah balik malaysia jangan lupakan kami di bumi mesir ini, doakan kejayaan kita bersama2.. dan yang masih berada di mesir ini perjuangan belum selesai dan kuatkan semangat untuk mencapai kejayaan dan azam yang sentiasa di semat setiap tahun.. Moga kejayaan milik kita semua.. Hidup GELIMAT!!!!...

2 comments:

sako said...

neina...kim salam dng diorang

nienakariena said...

okies sako....akan di sampaikan