BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 28, 2009

Majlis Solat Hajat

Hari ahad lepas berlangsung majlis solat hajat bagi pelajar2 sabah yang berada di Alexandria sempena kedatangan exam sem 2 yang bakal menjelang. Pelajar2 di minta untuk hadir sebelum solat maghrib dan akan melakukan solat maghrib berjemaah.. Aku datang awal sikit sebab nak hantar ais takut kak lang nak guna ais tuh awal tuk buat air. Sampai kat situ belum ramai lagi yang datang. Kami dok sembang2 lagi kemenangan MU. Kak lang cuma gelak. masa tuh aku, reny dengan kak lang jer yang ada dalam bilik tuh. Tak lama lepas tuh pelajar2 lain dah mula sampai.

Solat maghrib jemaah di mulakan dan setelah selesai solat jemaah, bacaan yaasin oleh semua pelajar sabah dan sedikit tazkirah di sampaikan oleh saudari irma. Banyak nasihat yang di sampaikan oleh saudari irma pada malam itu. Dan di antaranya hubungan kasih sesama insan, tugas dan amanah yang di pertanggungjawabkan, ecam yang semakin hampir dan hati2 yang bermasalah. Sayangnya aku tak dapat untuk mendengar keseluruhan nasihat yang disampaikan saudari irma malam itu kerana aku di minta untuk mengambil 3 orang pelajar sabah yang baru sampai dari cairo iaitu ustaz syauqi,safwan & Tamen yang datang ke alex untuk mengajar pelajar2 sabah dan mereka yang minta untuk di buat kelas tambahan di alex.

Solat hajat di mulakan selepas solat isyak berjemaah. Dan jamuan makan di sediakan selepas semuanya selesai. Alhamdulillah dapat juga di laksanakan satu lagi program yang menjadi acara tahunan dan termasuk dalam takwim DMSI.

0 comments: