BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 23, 2009

Teguran..Teguran..& Teguran..

Sudah beberapa minggu berlalu dan teguran serta kelantangan penulis2 blog menegur program anjuran Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan kerjasama dari beberapa persatuan yang menjayakan program festival kebudayaan sukan asean 2009(FEKSAS) mengikut pendapat dan hujah masing2.

Pada awalnya aku langsung tidak mahu mengulas isi ini, kerana aku bukanlah seorang yang berpengalamandan arif dalam bidang pengulasan. Namun setelah banyak blog yang ku baca mengenai cerita2 asean festival ini aku terpanggil untuk menulis juga. Memandangkan aku juga salah seorang ajk yang bertugas dalam festival asean kali ini.

"Isu Tarian Joget" yang di persembahkan di malam kemuncak festival asean 2009 mesir menjadi tajuk yang hangat setelah berakhirnya program tersebut. Sesungguhnya memang aku juga amat terkejut dengan persembahan ini. Walaupun aku bertugas sebagai penjual tiket konsert pada program tersebut namun kami sendiri langsung tidak tahu akan adanya persembahan tarian daripada pelajar perempuan sekolah indonesia itu. Yang kami tahu cuma persembahan dari Bazli UNIC, Daie Nada & kumpulan nasyid yang menjadi johan pada pertandingan nasyid semasa program festival asean tersebut.

Apa yang menarik untuk aku menulis adalah sikap sesetengah penulis yang seakan2 mengundang perbalahan sesama sendiri. Tidak salah untuk menegur tapi biarlah dengan cara berhemah bukan dengan teguran berbaur politik mahupun yang boleh menimbulkan perbalahan.

Ada yang mengaitkan kelab Umno terlibat dengan program tersebut padahal kelab umno langsung tidak terlibat pada program kali ini. Adalah tidak wajar jika terdapat ahli umno yang bertugas pada program tersebut nama kelab umno di seret sekali. Kalau hendak menegur pun biarlah dengan bukti. Kalau hendak menegur pun Janganlah berbaur politik. Bencikan Umno janganlah sampai nama yang tidak terlibat di hitamkan sama.

Kita semua pelajar agama mana yang leka kita ingatkan dan andai melihat maksiat di depan mata kita tegurlah dengan baik bukan mengkiut emosi. Andainya dari awal lagi pihak penganjur tahu bahawa persembahan yang akan di hantar oleh sekolah Indonesia itu adalah persembahan tarian dari pelajar perempuan pastinya ada yang membantah terlebih dahulu dengan persembahan tersebut. Namun semuanya di ketahui di saat akhir. Mungkin silap daripada pengurusan tidak memastikan persembahan yang hendak di hantar pada malam itu.

Saudara Asri Jaafar sendiri selaku pengarah program tidak menyangka akan persembahan yang di hantar oleh sekolah Indonesia itu adalah persembahan tarian. Pada tahun lepasnya mereka menghantar muzik sahaja bila di minta membuat persembahan. Kesilapan ini tidak seharusnya berulang lagi. Di harap pada program akan datang kita semua alert dengan persembahan2 yang hendak di persembahkan.

Harap isu ini sudah di atasi. Aku salute pada penulis2 blog yang membuat teguran dengan baik. Namun pada penulis2 yang sebaliknya belajar untuk menjadi seorang yang berhemah. Kita akan menjadi ikon modal pada masyarakat. Namun andainya emosi dan akal yang pendek menguasai diri, akan terlihat kepincangan dalam pembawaan diri dalam masyarakat. Bagaimana kita hendak bersatu bersama masyarakat di Malaysia andainya kita tidak dapat bersatu sesama kita di negara orang.

Buka mata...
Buka Minda...

Renung-renungkan & selamat beramal..

0 comments: