BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 26, 2009

Aku dan Rakan2 Chat

Terlalu lama tidak menjengah room2 chat yang pernah di lewati bersama rakan2 ku di dunia maya. Ada room yang sudah tidak lagi bermaya ada yang masih aktif lagi. Seawalnya aku bermula di room penangchat. Room kepunyaan Maxis. Seorang student berasal dari penang. Walaupun tidak ramai user yang selalu join namun kami gembira. Room yang aku temui url nya d sebuah cc d bandar alor star sewaktu belajar di negeri itu. Bermula itu aku mula aktif join dalam room tuh menggunakan nick nienakariena bersama 2 orang rakan ku Rindiani & Miss_Malaya. Tak silap ku bermula tahun 2002. Setiap hari kami akan ke cc untuk bersama2 dengan rakan2 chatku.

Aku mula mengenali, wan @ jebond, Rio, Ricardo_Kaka, Mizi_Putera,Aceh, Lime, Castello_Buragas, Maxies, Selkom,Ducks, Shark, kitty88,nana89, Miss_bell, OmbakRindu, kak faranabila. (sori kalau ade yg tertinggal. Dah lame sngt maybe ade yg dah lupe).

First time jadi moderator di room penangchat, dengan tak tau mende ape.. Banyak belajar dari jebond and da geng. Jebond lah yang bagi status mode dengan haku masa tuh. Same2 invite kat Room KC yang masih femes sampai sekarang. Online dari lab sebelah malam sampai ke tengah malam. Penah sampai seminggu tak dapat masuk room KC sebab kena klined masa tuh..invite punya pasal..wakakakakka

Bila dah tak dapat masuk KC, mula guna IRC, invite lak kat chanel2 masa tuh nak ramaikan user kat room penangchat. Tapi, akhirnya room penangchat tetap berkubur juga bilamana jebond and da geng keluar buat 1 lagi room lain.

Bermulalah detik2 aku bersama room wawasanchat. Dua2 room pun masih masuk lagi. Lepak dua2. Lama2 room penangchat tutup. Dengan wawasanchat nih plak sempat perang2 lagik wkakaka.. perang flood dengan room lain. Seingat aku masa tuh perang dengan budak2 kampungburn dengan room KC.net.

Tapi sekarang aku tak tau dah room2 yang lain tuh masih aktif lagi atau tak. Yang aku tau dah banyak sangat room2 yang muncul.. Aku pon dah kurang sangat nak jelajah room2 chat nih. Kalau ader pon aku masuk kat KC dan main uno or kuiz kat Malaychat jerk. Room penangchat dah lama tutup. Wawasanchat pon dah tutup gak sekarang nih. Dulu tutup tapi depa on balik kali nih aku tak pasti lak depa nak on lagi atau tak. Server dah tak bayar dah kate Ducks hari tuh. Maybe tutup teruslah gamaknye..

Shark ader bukak wawasan komuniti sekali dengan channel chat, tapi aku dah kurang aktif nak chat kat room2 nih. Aku layan ym jerk sekarang. Nantilah kalau ade mood aku masuklah balik. Member2 chat lama pon dah lama yang bersara. Kaka dah aktif dengan politik sekarang wkakaka amponnnn... Rio lak bz dengan kedai songkok dan kainnya... Jebond dah jadi usahawan berjaya kat Gerik tuh wkakaka amponnnnn... Bell dengan nana yang aku tau masih study lagi.. Aceh dah kawen kot...dah lame tak dengar khabar dia. Kak fara lak busy dengan family die kot.

Rindu dengan kawan2 nih semua.. Rindu nak bergelak ketawa ramai2 sambil mengusik2. Rindu nak kenakan orang sambil menyamar dalam room. hahaha Sekarang nih kalau masuk room pun kat KC jerk. Terlalu banyak dah nick aku d situ. Ada yang sampai tak ingat password dah wkakaka... menyamar menyamar menyamar... lama-lama kena tendang g myanmar huahuahua. Tapi sekarang nih aku malas nak masuk chat kat room. Boring dah haku wakakakak.. Best lagi aku chat kat SB dengan geng2 rusak n fungkurians muehehehe...

0 comments: