BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 23, 2009

Bingit!!

Bingitt!!!

Lorong - lorong yang dahulunya sunyi kini menjadi hingar bingar dek kerakusan manusia..

Tiada lagi kedengaran bunyi cengkerik yang mengalunkan irama indah tika sang perindu mengamati indahnya malam...

Tiada lagi bunyi kedamaian sang unggas malam...

Yang ada cuma suara - suara garau dan gedik mereka-mereka yang bergelar manusia..

Mereka - mereka yang sering lupa akan asal usul dan fitrah kejadian manusia..

Kerana kemajuan membawa arus perubahan menjadikan mereka-mereka yang leka hilang arah pegangan...

Bingit!!!

Andai kau tahu nikmatnya suasana sunyi akan kau hargai setiap detik kau bergelar "ORANG KAMPUNG"

0 comments: