BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 22, 2009

Ibarat Bunga Yang di Tanam

Bermulanya dari tunas yang kau semai. Kau jaga dan kau bajai agar ianya subur. Kau berikan ia sinaran cahaya yang secukupnya agar dapat menghasilkan sistem fotosintesisnya dengan baik.Kau berikan air hampir setiap hari.

Hari berganti hari,ia menjadi sepohon pokok bunga yang subur. Kuntum2 bunga mula menampakkan dirinya... Tapi.. kini kau tidak lagi mempedulikan pokok bunga itu. Tiada lagi baja yang kau tabur. Tiada lagi siraman air yang membasahi dirinya..Dan tiada lagi sinaran yang dapat memberika proses fotosintesisnya berjalan lancar.

Akhirnya pucuk bunga yang hendak mekar terabai begitu sahaja. Daun2 mula berguguran. Kelopak2 bunga gugur ke tanah. Tak mampu untuk berkembang mekar. dan akhirnya pokok bunga itu terbiar layu dan mati.

Begitulah ibarat cinta yang cuba kau semai. Kau suntik semangat dan kasih sayang dalam diriku, kau mekarkan kuntum2 perasaan hati ini, Dan kau wujudkan kerinduan yang menggebu dan terpendam.

Namun akhirnya kau biarkan aku sendirian terkapai-kapai dalam mencari erti sebenar sebuah perhubungan. Kau membisu mendiamkan segala yang pernah kau ciptakan. Kau tinggalkan segaris kelukaan dan membiarkan aku sendiri membalutnya.

Biarpun ianya segaris kelukaan..
Biarpun ianya belum berkembang mekar..
Namun cukup membuatkan aku terkesan..
Kerana aku wanita punya hati yang rapuh..
Tapi bukanlah untuk di sakiti selalu...

2 comments:

Anonymous said...

salam kak niena..wah..wah..agak2 berlainan sedikit bicara mu kali ini..ibarat bunga nan mekar seketika dulu telah layu di tasik belakang rumah ku..oh!..begitula lumrah percintaan..tapi sedarkah kita Cinta yang bersifat Universal ini semua adalah dari-Nya..renung-renungkan..selamat beramal..woha..(rainwidd.bling2)jiwa ku pun turut dalam kesamaran

nienakariena said...

huhu rain..cinta cintun megi cintan wokk..
bunga yg layu d tasik belakang rumahmu tuh bunga taik ayam..ini cerita bunga orkid di pasu rumah mamaku hahaha...mahal tuh beb bunga orkid wkaakka

cinta itu bermakna tatkala bersama, cinta itu bererti ketika berpisah... :">