BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 3, 2009

Jamuan Perpisahan

1 Mei lepas pelajar2 sabah telah di jemput oleh pegawai atase pendidikan jabatan penuntut malaysia iskandariah bertandang kerumah beliau dalam majlis jamuan dan perpisahan beliau yang akan tamat perkhidmatan di bumi barakah ini pada akhir bulan mei ini. Selama diri mengenali Puan habibah banyak nasihat2 yang telah di berikan dan beliau merupakan seorang yang baik hati dan peramah dengan pelajar2.

Acara bermula jam 3 petang, ramai juga pelajar2 yang turut hadir ke rumah ustazah habibah. Kami sampai d rumah beliau selepas solat asar. Dan pelajar2 sabah yang lain dah ada yang sampai dan selesai makan. Duduk2 bersembang bersama yang lain. Kami lepak di balkoni sambil bersembang2. Seketika menjadi riuh dengan gelak tawa rakan2 yang kurang bersama akhir2 ini dengan kesibukan menelaah pelajaran di saat2 menghampiri exam. Kesempatan bertemu seketika tidak di lepaskan peluang untuk bersama. Usik mengusik di antara satu sama lain di tambah usikan keriuhan "Geng Gelimats" sesama sendiri.

Selesai menjamu selera kami mengambil peluang untuk bergambar bersama2 ustazah Habibah. Mungkin akan bertemu semula di malaysia dan mungkin juga tidak. Kerana beliau yang duduk di semenanjung dan kemungkinan akan bekerja semula di semenanjung dan kami yang akan kembali ke sabah memungkinkan peluang untuk bertemu agak tipis. Namun perhubungan itu insyaallah tidak akan terputus andainya masih ada ruang2 perhubungan di antara kita.

Kami mula bersurai selepas bersalam-salaman dengan ustazah dan membawa haluan masing2. Ada yang hendak pulang kerumah terus, ada yang mau ke bank dan ada yang hendak ke mansyiah membeli2 barang. Ahli baitku( housemate) yang lain semua menuju ke san stafino mall dan aku pergi ke mansyiah bersama geng2 yang lain.

Dalam demam ku gagahi juga berjalan, sempat pekena jus mangga yang d belanja kak fenz, (thanks kak fenz). Makin menjadilah batuk nih nampaknya. hahaha Kesana sini kami berjalan mencari barang yang hendak di beli. Jam 9 lebih kamu mula bergerak untuk pulang ke rumah. Sesampai di rumah member lain belum balik lagi. Berseorangan seketika. Damai. Jam 10 lebih mereka dah sampai dan masing2 membuat kerja sendiri. Berkumpul untuk membayar sewa rumah dan bersembang. Terasa lapar pula di tengah malam, sempat lagi masak2 dan menjamu selera sambil bersembang isu semasa. Wah!! tanpa ku sedari dalam ku menyendiri banyak kisah yang tidak ku ketahui. :)

Batuk aku makin teruk.. dan akhirnya aku beli ubat batuk juga walaupun aku memang tak suka dengan ubat batuk. aiyakkk!!!

0 comments: