BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 26, 2009

Aku Kau Dan Dia..KIta kawanKan.

Kita kawan-kawan tak mau lawan.Kita kawan-kawan tak mau buat pasal beb. Mungkin suatu masa dulu cerita antara kau dan dia sebagai sahabat. Tapi sekarang nih cerita aku dan dia sebagai sepasang kekasih.

Sebolehnya aku tak mahu kau menjadi penghalang dalam hubungan yang terjalin. tak mahu setiap kali pergaduhan berpunca daripada kau. kami inginkan ruang kami sendiri. Ruang yang tak mungkin ada kau masuk dalam cerita cinta kami.

Dalam kami melayari alam berkasih sayang, alhamdulillah kami bahagia, ketawa riang bersama, berkongsi setiap cerita dan juga masalah. Antara kami saling memerlukan. Kebahagiaan mula terlakar di setiap wajah kami. Hanya kami tahu cerita cinta di sebalik hubungan kami.

Hari-hari ku mula berubah di temani dia siang dan malam. Saling memberikan semangat dan gelak tawa bersama si dia. Bagaikan tiada wujud insan lain di sekeliling kami. Yang ada cuma aku dan dia. Setiap hari kami bersama bagaikan tiada lagi kerja lain yang kami boleh lakukan tanpa bersama. Katanya sehari tak bersama bagaikan setahun lamanya.

Walaupun dugaan sering datang menguji kami, namun kami tabah. Tak mudah melatah dengan setiap dugaan yang melanda. Setiap masalah kami settlekan sebaiknya. Dan punca masalah yang selalu membelenggu hubungan kami takde lain kau, kau dan kau...

Kenapa ekk.. aku rasa aku tak pernah nak ganggu hidup kau. Tapi kenapa kau nak menyibuk dalam hubungan kami. Ya untuk pengetahuan kau kami bahagia sekarang. Tak ada apa-apa masalah dalam hubungan kami.

Mungkin selama nih aku kurang bercerita kisah cinta aku dengan dia di blog ini. Bagi aku kisah cinta kami bukanlah untuk paparan umum, kisah cinta kami cuma terlakar dalam blog aku dan dia. Mungkin tiada siapa yang menjumpai blog tersebut kerana cuma aku dan dia saja yang boleh menghuni teratak cinta kami.

Aku harap lepas nih takde pulak spekulasi liar yang timbul. Mungkin aku banyak bercerita tentang kedukaan di blog ini, banyak ku zahirkan rasa hati aku.Tapi itu tidak bermakna rasa-rasa yang aku lalui bersama sidia. Kerana dunia aku dan dia cuma ada kami berdua bukan dengan orang sekeliling. And i Luv him so much....

p/s: aku tak berniat nak menyinggung mana-mana perasaan, tapi kalau ada yang terasa, ku susun sepuluh jari memohon kemaafan.

Kita kawan-kawan tak mahu lawan. Mungkin ada baiknya aku dan dia menyepikan diri dari dunia orang lain. Agar tiada lagi cerita yang kurang enak tuk kami dengar.

0 comments: