BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 10, 2009

Cinta, Aku Dan Dia?



Denting yang berbunyi dari dinding kamarku

Sedarkan diriku dari lamunan panjang
Tak terasa malam kini semakin larut
Ku masih terjaga...

Sayang kau di mana aku ingin bersama
Aku butuh semua untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau disana merasa yang sama
Seperti dinginku di malam ini...

Rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku
Jika kau disini aku tenang

lama dak dengar lagu nih. Tetiba ingat pulak dengan filem ada apa dengan cinta. Dengar lagu nih rasa windus lak dengan sum1. Dia busy kebelakangan nih.. Tak tau dia hilang gi mana.. Gi carik duit tuk tawen kot hahaha.. amponnnn....

Akhir-akhir nih rasa happy semacam. Duk ngadap lappy pun kadang senyum sendirik. Apakah penyakit yang melanda diriku ini? Adehh.. Adakah aku di landa penyakit ANGAU. Ya sana sini sibuk bercerita tentang perasaan sekarang nih. Bukan aku seorang. Malah teman serumah dan mereka-mereka juga membicarakannya. Bila membicarakan soal hati macam-macam rasa yang dizahirkan. Ada yang geram,gembira, sedih, merajuk dan ada yang sedang memendam hati dalam kebencian.

Itu rasa-rasa mereka.. Rasa aku? aku di landa satu penyakit ganjil. Ia melibatkan hati.. hahaha aku dah mula nak melalut. Sila berhenti membaca jikalau kamu ingin mencari teori-teori sains mahupun cerita penipuan Neil Armstrong yang naik ke bulan... Ianya tiada dalam entry ini.. Harap maklum..

Orang kata bila kita selalu merindui seseorang tuh itu tandanya kita dah jatuh cinta.. Orang kata bukan aku yang kata k..Orang kata lagi hanya dengan mendengar suaranya kita akan tersenyum tanpa sebab.. (macam orang tuh, selalu nak tegelak tanpa sebab wekk!!!) Tapi bila dah tiap hari nak dengar suara itu dah jadi parah. hahaha kena buat rakaman suaralah kalau nak dengar hari-hari. Kalau tak dapat nak sembang or calling-calling leh dengar rakamankan. ahaksss

Orang kata dalam bercinta nih banyak suka duka yang di kongsi bersama. Tapi tak tahulah mana yang lebih banyak suka or duka. Terpulang kepada mereka-mereka yang sedang hangat dalam percintaan untuk mencorakkan rasa cinta mereka. Kalau kegembiraan bersama yang ingin di kecapi pandai-pandailah menjaga hubungan agar ianya penuh dengan warna warni kebahagiaan. Namun jika sebaliknya yang terjadi anggaplah ianya suatu ujian dan likuan dalam mengecapi kebahagiaan.

Orang kata bercinta selepas kahwin lagi bagus. Boleh mengelakkan dari maksiat. Kalau orang yang di kahwini tuh punya rasa tanggungjawab dan punya budi pekerti yang mulia itu tidak mengapa. Tapi jika yang dikahwini tanpa mengenali antara satu sama lain terlebih dahulu dan mempunyai perangai yang HAPRAK...sendiri yang akan merana.

Biarpun apa orang kata, terpulang pada diri kita sendiri hendak mencorakkan hala tuju hubungan kita. Yang pasti niat kita dalam berhubungan tuh kena selari dengan landasan agama. Jangan gadaikan maruah dan prinsip kita hanya kerana ingin mengambil hati orang yang tersayang.

Erkk tetiba plak entry aku kali nih sebut pasal cinta-cintakan.. Apakah aku di lamun cinta? ngeee~~~ Tepuk dada tanya hati.. Esok aku tepuk-tepuk dadaku tuk bertanya dengan hati adakah aku di lamun cinta dengan seseorang ataupun tidak. muahahahazz

Tuk sum1 yang selalu menemani aku study masa exam lalu, maceh banyak-banyak yew... ngee~~~ jasamu di kenang sampai bila-bila. Bak kata jamal abdilah dengan siti sarah..kenangan manis kau dan aku takkan terluput..ahakss..

Aku andaikan aku sedang bermain layang-layang. Ku biarkan ianya terbang bebas di udara, namun tetap dalam pemerhatianku. Sesekali ku tarik layang-layang agar ianya dekat padaku. Dan tidak sekali-kali aku akan biarkan talinya terputus di tiup angin kencang. Dan pabila sampai masanya akan ku simpul tali layang-layang dan ku bawa ianya pulang kerumah (~.*)

3 comments:

Ilyana Fauzy said...

i love that song. sgt!

nienakariena said...

aha..
lagu baik punya :)

FieQ said...
This comment has been removed by the author.