BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 29, 2009

Done!!

Berjuta kesyukuran ku panjatkan. Akhirnya segalanya selesai hari ini. Tiada lagi janji-janji kosong yang akan di buat. Tiada lagi aku kena menapak di awal pagi berjalan bersendirian menuju ke situ. Ketabahan dan kesabaran membuahkan hasil. Apa yang terjadi jadikan pengajaran. Cukup sekali jangan sampai pisang berbuah dua kali. Aku tak salahkan siapa-siapa, kesilapan diri sendiri. Kena beringat selepas ini setiap apa yang di sampaikan kena buat folow up juga. Jangan terus terima bulat-bulat khabar daripada orang.

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! adoiyai..merdeka apa pulak ni. Merdeka bulan ogoslah. Mimpi ke apa nih? Well sebenarnya semua urusan aku dah settle muahahah.. Syafawi pon dah selesai. Nasiblah ada juga semangat mau mengurus. Kalau tak mungkin aku give up macam tuh jak. Walaupun tiga hari berturut-turut aku kena pergi ulang alik mau tentukan jadual, akhirnya semua membuahkan hasil. Tak kisahlah tambang tuk aku ulang alik tuh, yang penting bak kata Heliza bereh!!

Dan buat kak chula yang balik ke cairo tadi, sori sesangat tak dapat nak join sekali wida ke sidi Gabir. Kemalasan untuk berjalan sudah sampai ke tahap yang paling maksimum. Cuaca panas di luar membuatkan aku rimas untuk berada di luar rumah. Lebih selesa duduk di rumah terkurung di dalam bilik.. Dan selamat berangkat pulang ke malaysia 30 jun, esok lah tuh kan. Semoga selamat sampai ke tanah air.

Maaf ku pohon buat ahli bait, mungkin akhir-akhir ini aku agak menyendiri, duduk terkurung di dalam bilik dan tak join bersama-sama di majlis bbq lepas. Bukan aku tak mau berhibur tapi selagi masalah dan segalanya tak selesai aku malas untuk bersuka ria. Mungkin ada yang terasa merasa dan dirasa, namun aku punya alasan tersendiri mengapa aku tidak dapat untuk bersama-sama dengan kalian. Bilamana syafawi aku belum selesai patutkah untukku bersukaria?

Dan beberapa entry aku yang agak suam-suam sejuknya telah membuatkan orang salah faham. Beb..kau tak yah nak terasa dengan aku bilamana kau rasa kau tak bersalah. Just Rilex. Aku tak mention nama siapa-siapa pun dalam setiap entry aku. Tak payah nak mesej aku marah-marah. kalau kau rasa kau tiada kaitan dalam hidup aku, just ignore apa yang aku tulis dalam blog aku. Antara entry "hatiku berkata-kata dan aku kau dan dia..kita kawankan.." Dua-duanya dah settle. Alhamdulillah semuanya ok. Tenang.. Setenang pantai yang tidak berombak. Setenang air yang tidak berkocak. Perbincangan itu membawa berkat. ALHAMDULILLAH. Terima kasih kawan kerana kau cukup memahami.

Dan buat yang terasa hati aku minta maaf, aku tak jangkakan semua itu akan terjadi. Kalau kau rasa kau tak bersalah, kau tak perlu nak rasa bersalah. Dan kalau kau rasa kau tiada kaitan tak perlu nak terasa dengan aku.

Manusia hari ini suka bersangka-sangka. ada sangkaan baik ada sangkaan buruk. Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhuwah seperti musnahnya kayu di makan api.

0 comments: