BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 16, 2009

Dunia sekolah Rendahku

Apa yang aku nak citer ekk dalam entry aku yang ke 100 nih? Rasa-rasa tiada juga cerita yang best. Zaman sekolah? Hurmm sekolah rendah aku sekolah kat kampung. Tinggal pun dengan nenek and atok aku. Mama dengan abah aku tinggal kat tempat lain. Memandangkan sekolah depan rumah nenek aku jerk so kami adik beradik tinggallah dengan nenek aku di waktu zaman-zaman hingusan. Hari- hari gi sekolah jalan kaki jerk. Pagar sekolah pon bedepan jer dengan pagar rumah tok haku. Mama dengan abah aku lak tinggal dekat separa bandar.haha Sekolah pon jauh dari rumah. Masa tuh mama and abah aku risau takde yang nak urus kami kalau tinggal kat sana. Sebab mama dengan abah aku kerje.

Masa sekolah tadika nenek aku lah yang rajin dok teman aku gi sekolah. Tiap-tiap hari dia tunggu aku sekolah. Jalan pagi-pagi gi sekolah balik jam 11. Bezanya nenek aku tak bawak buku sekolah macam aku.nGee!! nenek aku lah yang teman hari-hari, kalau takde teman aku taknak gi sekolah. Sampailah setengah tahun nenek aku gi sekolah sama-sama aku. Takde yang berani nak gaduh dengan aku masa tuh sebab nenek aku ada teman aku.hahaha Bila dah berani kat sekolah nenek aku just hantar aku jerk gi sekolah pastu time balik dia amik. Dah tak kene tunggu lagi.

Bila masuk sekolah rendah, abah aku lak yang dok hantar aku gi sekolah. Terpaksa cuti kerja sehari haha.. Padahal sekolah depan rumah jer. Masa tuh abah aku kerja kat UMW Toyota. Cikgu dok pujuk-pujuk supaya bagi abah aku balik tapi aku lak nangis taknak kena tinggal. Cikgu tuh segan kot nak mengajar depan abah aku wkakaka.. Tapi tuh sehari jer. Esoknya mama cuma hantar jer aku gi sekolah, takde dah kene tunggu. Mulalah aku belajar untuk jadi pandai. Masuk lak kelas budak2 pandai. Saingan o.0.. Exam sem bape tah aku tak dapat amik exam, sebab aku masuk sepital sakit mata sampai kene tahan tuh... Bila dah naik darjah 2, dah mula kena pecah-pecah kelas. Bermulalah saingan yang best dengan guru kelas aku masa tuh ya ampunn garang yang amat. Siapa yang buat salah merasalah pusat di cubit dan di pulas. Sakitnya hanya mereka yang merasa jer tau. Setiap kali exam kami akan bersaing dapatkan number top 3. Masa tuh aku, nurfaizah dengan ana mariana selalu berebut nombor. Pusing-pusing nombor tuh gak.Bila ada pelajar baru masuk, yarina name dia, saingan mula bertambah.Sampai pernah aku kongsi nombor 3 dengan dia. ceittt.. Dan setiap kali dapat nombor top3 nih setiap kali itulah juga aku dapat hadiah dari mama dengan abah. Best o0..

Bila dah masuk tahap kedua, kawan-kawan aku bersaing dah mula berubah. Aku pon dah kena pindah kelas. Nak dapatkan top3 tuh dah mula rasa susah. Paling dekat pun nombor 4. dan paling jauh lebih dari top10, nombor 11. Perghh jauh beb.faizah dengan ana pulak dah pindah sekolah masa tuh. Tahap dua nih aku aktif dalam bidang sukan dah. Sekolah rendah mana yang kami tak pergi tuk perlawanan. Sampaikan berenang dalam air hujan pun ada. Memang best gila. Sukan apa aku join? alah sukan main guli jer tak lah hebat manapun wkaka... Bola jaring dan bola tampar jer. Sukan lain-lain aku tak berapa nak into sangat. Apatah lagi kalau acara padang. Boleh lepas sampai selection kedua jer. Bila dah jumpa dengan semua kaki panjang memang akulah yang akan tinggal belakang hahaha.. Darjah 6 lak aku into sikit dengan muzik sekolah. Sampai pergi sekolah cina ikut pertandingan muzik. AKu main alat tuh ha xylophon. Tapi kalau sekarang jangan nak suruh aku main benda tuh.. Leh ingat sikit jerk tinggal hahah.. Sampai kami kamcing dengan guru muzik, even kunci kelas muzik pun kami leh pegang untuk berlatih kunun. Padahal menari dalam kelas tuh.haha.. Dulu aku ada geng menari kat sekolah. Tapi aku tak into tarian zapin or joget masa tuh. Bagi kat abang aku jer kalau tarian-tarian macam tuh. Dia jer yang suka ahaha..kami menari rap dalam kelas.Kunun nak buat persembahan masa penyampaian hadiah tahun akhir sekalinya guru besar plak tak bagi. Aku tak hingat dah ape reason dia tak bagi masa tuh. Padahal mula-mula dah kata ok.

Darjah 6 jugak aku terpilih tuk Program Pelajar Cemerlang(PPC) kelas tambahan kena buat kat s.k Pekan Papar. Tapi cuma setiap hari sabtu jerk, persediaan untuk UPSR. Masa tuh lah aku belajar-belajar nak menambang pegi ke pekan. Ya lah selama nih sekolah depan rumah jer. Aku tak hingat berapa sekolah bergabung masa tuh tuk program tuh. Kira lama jugaklah kelas PPC tuh hampir 3 bulan tak silap. Yang tak terpilih pulak tetap ada kelas tambahan kat sekolah kami. So takde lah bezapun. Masa kelas tambahan nih ada gosip best, Yang aku ingat dia budak sk pengalat kecil. Tak ingat dah nama dia. Depa dok gosip aku dengan dia.haha Tapi aku selalu ejek budak tuh, "beg besar kepala kecik". hahaha Kepala dia memang kecik.Nampak skema sikit haha. Rasanya dia tahu kami duk ejek-ejek dia tuh. Masa kelas PPC tuh jer kami jumpa, pernah sekali ternampak lagi dia masa kami kena pergi sekolah dia program apatah, lepas tuh dah tak hingat dah muka dia. Keputusan UPSR aku? Bila keluar jerk keputusan hati dok debar-debar nak nengok keputusan. Nampak makcik aku kat bilik guru tuh dia kata, tak payah lah amik keputusan kau..pergilah kahwin. Adoii rasa down jugak dengar takut gagal. Ceitt!! takder lah teruk sangat pun sampai dia cakap macam tuh. aiyakkk...Tapikan... Leh kawen kew dengan sijil UPSR wakakakaka...

Walaupun aku sekolah dua sesi, pagi sekolah melayu and petang sekolah agama tapi aku lagi suka pergi sekolah melayu. Masa kat sekolah agama aku banyak main jer. Lebih seronok bila rumput-rumput kat sekolah baru kena potong, mulalah rancang dengan kengkawan main rumah sarang burung. Semua dok pakat kumpul rumput nak buat sarang.haha.. Apatah lagi bila ada program yang kena hadir gi sekolah melayu di sebelah petang. Ramai yang sanggup escape balik tuk pegi sekolah melayu. Datang gi amik kehadiran and masuk 2 or 3 kelas jer haha.. Nakal. Dan nombor-nombor aku kat sekolah agama langsung tak mampu nak bersaing dengan budak-budak pandai :( Nak dapat top3 kat sekolah agama tuh jauh ayam panggang dari mulut. Peperiksaan (UPSU) Ujian Penilaian Sekolah Ugama pon aku dapat pangkat 2 jew. Tak mantopz..

Aku langsung tak menyerlah kat sekolah agama. Rasanya tak ada aktiviti pun kat sekolah agama. Pernah ikut nasyid jer lah masa majlis penyampaian hadiah hahaha.. Yang bestnya bila darjah 6 kelas kami asing dengan pelajar lelaki. Sampai ada yang bawa radio kecik pegi sekolah. Kami main dalam kelas, siap kunci pintu kelas tuh haha. susun kerusi dan yang lain mesti berjalan pusing dalam bulatan kerusi tuh. Bila muzik kena stop siapa yang tak dapat kerusi dia dikira mati dan kena denda. Kami bawa mangga dan sambal belacan, makan ramai-ramai. Perghh sedap.. Bila dah riuh sangat kelas, guru besar datang ketuk pintu. Sempat nak sorok radio jer bila pintu kena buka. Mangga dengan belacan atas meja kami pon dia nak rampas. Mesti ustaz tuh makan dalam bilik guru wkakaka... ader ke patut rampas mangga dengan belacan tuh..

Macam-macam perangai kengkawan masa aku sekolah rendah. Sekarang nih cuma segelintir jer yang aku masih jumpa. Yang lain sudah membina keluarga masing-masing. Ada yang masih terjumpa bila balik kampung ada yang memang dah tak nampak batang hidung. Mungkin juga aku yang jarang ada di negeri sendiri membuatkan aku tak nampak dorang semua. Hurmm bila agaknya pengembaraan ilmu ini akan berakhir..

2 comments:

sako said...

dah 100 post....rajin tol niena nihhh

nienakariena said...

nGee!!
rajin merapu jerk sako..