BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 27, 2009

Wakenabeb di hari sabtu. Beb dabel o0 kena wkaka

sinar suria menerangi siang bak kata penyanyi RustyBlade. Pagi yang indah..Ku kerling jam di tangan menunjukkan 9.15 minit pagi. Kaki di hayun mengatur langkah. Visi dan misi harus di sudahi walau apapun kesudahannya kelak. Dalam asyik ku mengatur langkah menuju ke perhentian kepala ligat berputar mengenangkan suasana rumah. Ya rumah!.. Homesick betul akhir-akhir nih. Kalau di rumah waktu-waktu cuti di hujung minggu begini mungkin aku sedang melayan teh susu dengan mee goreng sentuhan keramat mama aku. Tapi lain kisahnya aku di negara orang. seawal pagi sabtu aku dah bangun, bermalas-malasan di atas katil sambil menekan-nekan keypad telefon.

Akhirnya aku memilih untuk membersihkan diri dan bersiap-siap. Bersarapan sekadar mengisi perut yang kosong belum di isi sepanjang malam. Mengatur langkah keluar dengan seribu harapan. Destinasi aku hari ini hanya satu. Dan aku akan pastikan aku akan sampai tepat pada waktunya. Ya asing sekali kerana cuma aku keseorangan tanpa ada sesiapa yang aku kenali. Mereka-mereka terlalu asing. Tiada seorang pun yang aku kenali melainkan pegawai-pegawai yang bertugas di situ. Itu pun tidak semua ku kenali hanya segilintir yang pernah ku lihat. Duduk menanti hingga waktunya tiba. Namun orang yang membuat janji denganku tidak pula menghadirkan diri hari ini. Aku mula mencari siapa-siapa yang boleh aku dapatkan info, dan bila ku tanyakan nampaknya madam fadhwa tidak akan hadir hari ini. Dugaan pertama di pagi sabtu yang cerah.

Dan untuk kesekian kalinya aku di suruh datang semula keesokan harinya. Dan aku temukan seorang teman di situ. Punya raut wajah yang serius namun berhati mulia. Walaupun kakinya cacat tapi dia punya kegigihan.Dalam hatiku terdetik dia punya semangat yang tinggi. Apa yang ku tahu tujuan kami di situ sama. Kami punya misi yang satu. Akhirnya aku bersama-sama dengan dia mencari jalan penyelesaian. Bila berbicara dengan orang asing dariku aku segera teringatkan dengan pelakon gerak khas inspektor Lim dan Linggam. Tersenyum sendiri aku bila mengenangkan watak mereka bilamana seorang menggunakan bahasa cina seorang lagi menggunakan bahasa india.

Naik ke tingkat dua mencari salah seorang pegawai iatu Abdullah. Kemudian dia arahkan kami untuk berjumpa dengan pegawai lain yang aku tidak ketahui namanya. Akhirnya keputusan tetap sama. Bukrah(esok) nampaknya esok pun kena bangun awal juga. Tiada istilah bangun lewat di hujung minggu hahaha..ambik mung!! Kalau semua dah katakan esok! sok! esok! apa nak tunggu lagi..balik rumah jer la. Sambung dating di dunia maya.muahahahha Kadangkala berurusan dengan orang arab memang payah!!

Sesampai di rumah terasa bahang mentari. Duduk berehat sambil membelek henset. Ada mesej. Satu sikapku yang jelas bila berada di mesir nih, aku jarang membawa henset keluar. Selalu tinggal jer kat rumah. Baca mesej terus on lappy. Cek email on ym. Buzz!!

Sepanjang hari aku terlantar di atas katil macam orang sakit padahal aku langsung tak sakit pun. Cuma adalah buat-buat sakit yang membuatkan orang terkena WAKENABEB!!! muahaha Ya ampun sesungguhnya perut ku tidak tertahan untuk terus tertawa. Silalah anda bersabar menanti rancangan Wakenabeb yang seterusnya. Di saat kesengalan terserlah macam-macam akan terlintas di otak yang luar biasa ini. wkakak


***************************************************

Sedang encik keyboard asyik membelek katalog jualan barang-barang. Dia pun menyuarakan pendapatnya kepada cik Skrin.

Encik Keyboard : Cantiklah kasut sukan nih. Cube ko tengok skrin.

Cik Skrin : a'a cantik.

Encik Keyboard : Pakai dengan seluar jins pon kenakan.

Cik skrin : (dengan muka serius) eh ko nampak tak selalu dekat tepi-tepi jalan ade orang jalan tak pakai apa-apa (b***l). Langsung tak mengiyakan apa yang encik keyboard katakan.

Encik keyboard : Dekat jalan mana?

Cik Skrin : Mana-mana jalan pun ada tau. Sekarang nih dah ramai yang buat macam tuh.

Encik Keyboard : tak pernah nampak pun.

Cik skrin : Dengan buat-buat muka serius. Nanti ko tengoklah tepi-tepi jalan. Mesti ada.

Encik keyboard : Orang gila?

Cik Skrin : tak lah.. waras.. tak kira usia tau. budak kecil,pompuan, laki, orang tuan pun ada tau jalan-jalan tak pakai apa-apa.

Encik Keyboard : mane ader..dah mule gelak-gelak. nih mesti nak kenakan orang

Cik Skrin :(dah pecah ketawa.) Ya lah.. semua orang dok pakai seluar jins. jin- jin kat luar tuh tak de apa dah depa nak pakai. Tuh yang dok jalan tak pakai apa-apa dah.. wkakakaka

Encik keyboard dan cik skrin dah tak terkata apa dah. bergelak ketawa sakan.

P/s : kasihanlah kat jin-jin di luar sana. Bagilah semula seluar-seluar mereka yang telah di pinjamkan kepada manusia wkakakakak

0 comments: