BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 29, 2009

Api-api yang membakar diri.

Aduhai insan.. Jangan terlalu bermegah dengan kata-katamu, kelak kau sendiri yang terkena bisanya. Bilamana kau ingin ungkapkan kata-katamu biarlah kena dengan cara dan situasi. Jangan sampai kata-katamu memakan dirimu sendiri. Aku suka menengok orang yang berkata-kata angkuh tanpa memandang tinggi dan rendahnya langit. Akan ku pegang kata-katamu itu. Namun bilamana suatu hari nanti kau tersungkur dek kata-katamu akan ku ingatkan kau kembali betapa keangkuhan mu itu tak membawa erti.

Sepatutnya kau kaji dulu setiap patah bicaramu, sebelum kau nyalakan api yang akan membakar dirimu. Jangan kerana api yang membara dalam tubuhmu kau siramkan lagi dengan minyak lantas kau aturkan kata-kata tanpa memikirkan kesudahan di kemudian hari.

duhai insan bilamana kau berada di atas jangan lupa memandang ke bawah, Mungkin kau sudah jauh tersasar. Dan bilamana kau terus memandang ke atas, itu yang akan mambuatkan keangkuhan semakin beraja di dalam dirimu.

0 comments: