BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 13, 2009

Family Day DMSI 2009

11 Julai lepas berjaya juga di laksanakan program tahunan DMSI yang di rancang. Hari keluarga untuk bebudak sabah alexandria. Mulanya dalam perancangan program hari keluarga di buat sekali dengan semua muhafazah di bawah anjuran DEMMAS. Tapi last minit tak jadi pulak durang mau datang. Durang buat program di cairo pulak. May be kekurangan budget kot. So kami yang dah set awal-awal tuk sambut bebudak dari muhafazah lain datang ke alex nih exited jugalah buat meeting tuk bagi-bagi tugas. Alih-alih tak jadi pulak. Dah last minit tau so, malaslah nak balik cairo. Tiada pula khabar-khabar kena suruh balik cairo pon untuk join program tuh. haha Kami tak di perlukan kot ahakss..

Walaupun ada sedikit salah faham di kalangan ahli DMSI yang senior sebab kurang bersetuju untuk kami jalankan program tersebut. Bagi aku mungkin cara 9 tahun yang lepas kita boleh jadikan sebagai panduan saja tapi bukanlah untuk kita buat begitu setiap kali berprogram. Kalau asyik ikut cara yang lama mungkin tiada pembaharuan yang akan berlaku. Sampai ke tahun 3000 sekalipun tetap begitu juga. Kita di alaf milennium pemikiran sudah banyak berubah. Walaupun program hari keluarga di jalankan di cairo tapi tiada salah andainya di buat juga di alex bagi mereka-mereka yang tak dapat pulang ke cairo. Bukan tak nak bagi komitmen dengan program yang dijalankan di cairo tapi mengikut perancangan asal pun di jalankan di alex cuma last minit baru di beritahu tak dapat buat di sini. Bukan salah kami kalau tak balik cairo.

Tak kan baru sekali ini kami tak hadirkan diri dalam program besar BKPSM kami di cop tak bagi komitmen dan tak menghormati majlis. Apa selama ini kami tak pernah bagi komitmen kah? Kalau nak menegur pun biarlah kena dengan caranya. Jangan sampai nampak kepincangan diri yang menegur. Hadir di cairo jer pun kalau tak join sama dengan program tak ada maknanya. Kalau nak cerita pasal komitmen ramai lagi yang tak bagi komitmen dengan program yang pernah di jalankan. Tapi kenapa benda yang tak sepatutnya jadi isu di timbulkan.

Stop cerita yang memanaskan keadaan..

Walau macamanapun program tetap program. Tetap di jalankan juga. huahuahua.. Best and superb. Mandi pantai. Kami buat program di pantai mandarah. Wah marbeless...awal pagi dah ramai orang dekat pantai. Bawa makanan untuk sarapan pagi di pantai. Siap bayar khemah dan kerusi kami bersarapan dulu. Nak tergelak jugaklah.. macam datang-datang pi pantai terus makan la pulak. hahaha.. Lepas makan kami buat senaman regangkan otot yang kejung eh silap yang kejang.. Lepas tuh terus pi mandi pantai hahaha..a asikah macam tuh? takut matahari meninggi tuh yang mandi pantai awal-awal.

Pertandingan tetap di jalankan. Antara pertandingan yang sempat di jalankan, membina istana pasir, lumba lari dalam air, keretapi pantai, pertandingan menyelam, sekaki bersama, dan rebut kerusi. muahahah best betul. Kena pulak yang ada di alex semua yang sporting morting bagi kerjasama dengan baiknya..

Selesai semua program kami pun balik dan berehat-rehat di rumah sementara menunggu untuk acara penutupan di sebelah malam. Ada buat bbq.. Best o0..

0 comments: