BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 2, 2009

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Putaran kehidupan. Adakalanya manis adakalanya pahit. Hidup penuh dengan ujian dan dugaan. Tuhan akan sentiasa menguji hambanya dalam kehidupan seharian untuk melihat apakah manusia tabah dan sentiasa ingat padaNYA walaupun di uji dengan kesenangan dan kepayahan dunia.

Ketenangan itu datang pada mereka-mereka yang mahu hatinya tenang. Alhamdulillah aku masih mampu bertenang. Aku masih mampu merasa nikmatnya tenang dalam kehidupan. Walaupun adakalanya hati di usik rindu pada keluarga yang jauh di mata.

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum
Ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum..kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum..membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan....

Sentiasalah tersenyum untuk menaikkan seri di wajah muahahaha.... Senyum itu sedekah. Senyum itu pelindung kedukaanmu. Dan senyum itu mampu membuatkan orang yang bersedih merasa tenang. :)

0 comments: