BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 1, 2009

1 Ogos 2009

Aku rasa memang penat sesangat..mata mengantuk tapi tak dapat nak lena. mencikk!!!.. kalau dah mengantuk sepatutnya letak jer kepala kat bantal leh tido terus, Tapi sampai sekarang tak tido lagi.. Dah lah line tenet sengal-sengal ubi jer malam nih. Asyik terputus jerk line nih.. Kang aku amik pisau gi kerat-kerat wayar semua buat sup wayar lagi baik..

1 Ogos dah rupanya ekk.. Cepat jer masa berlalu. Dan tak lama lagi nak puasa dah. Korang dah habis bayar pose ker? ha ha jangan nak tipu, tak baik o0o0... baik bayar pose cepat-cepat sebelum datangnya bulan ramadhan. Kang kena bayar dabel lak kalau tak sempat ganti pose.

Seharian aku tiada di rumah hari nih, Bukan aku jak, sekali dengan durang-durang yang join program lah tadi. Hari nih ada kursus pengurusan jenazah di bawah kendalian Kelab Umno Iskandariah. Alhamdulillah semuanya selamat dan dapat di jalankan dengan baik. Walaupun ada beberapa kelemahan yang tak dapat nak di elak. Ya!! memang tak dapat di elak. Bukan salah kami okey.. Salah durang yang amik tender makanan tuh yang lambat siapkan makanan hahaha.. sian orang lapar o.O

Bulan nih nampaknya aku makin busy. Hukhuk mungkin tak dapat nak online dalam seminggu lebih nanti. Adeh macam malas-malas sia mau p cairo o.O hahah.. Kalau itu mood datang sia pigi la sana arr.. bulikah itu macam? hahaha

Aiyakk bilalah ini mata mau tidur loh.. Mau paksa-paksa dulu ini mata tidur. sia betul-betul penat ini hari o.O.. isuk-isuk la sia serita sama pasal itu kursus jenazah. Mau bermimpi dulu. Mana tau ada mimpi baik punya hahaha.. c yaa!!


0 comments: