BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 3, 2009

Masih raya lagikah?

Sekarang nih sudah kurang menghapdet blog. Tak tau aper jer yang dibuatnya. Mungkin sibuk bercucuk tanam dah menternak kot hahaha.. Akhirnya aku terjebak dengan game di facebook. Semuanya bermula raya ketiga lepas. Beraya di rumah amy dan saliza menjerat aku kedalam facebook. Dan kini aku juga membuat kerja sambilan. hahaha

Raya lepas tiada yang special pun. Perayaan yang sedang-sedang saja. Beraya di rumah kengkawan dan sambutan rumah terbuka yang biasa-biasa saja. Ada ketupat, ada rendang, ada mee sup, ada rojak, ada biskut raya dan ada baju baru hakhak. Not bad.. kira ok lah tuh kan muahahaha..

Begitulah ceritanya beraya di tempat orang. Tahun lepas dapat balik ke kampung beraya dengan keluarga tahun nih pulak berayalah di rantauan. Ikut giliranlah katakan. Siapa kata orang kahwin jer yang ada giliran balik kampung hahaha.. Giliran tahun depan? hurmm wallahu a'lam.

Sekarang nih suasana raya tuh macam sudah habis pulak. Entah berapa hari sudah syawal aku pon tak ingat dah. Duduk terperuk di rumah jak sekarang nih jarang berjumpa dengan dunia luar. Menyelami dunia maya jak tiap hari. Nasiblah ada lappy nih kalau tak.. Entah apalah yang aku nak buat.

Kalau di sabah mungkin aku akan ulang alik papar and putatan. Boring di papar balik ke putatan begitu jer lah selalu. Tiap minggu kena lawat bandaraya kk pulak. kang rindu plak shopping kompleks tuh kalau aku tak jejak kaki di situ muahahaha... merapu.

Hurmm sementara menunggu masa untuk keluar nih sempatlah aku menghapdet sikit. Dunia aku berbeza sekarang tuh yang takde mende nak story kat blog. Kerana duniaku cuma di hiasi dengan bunga-bunga yang mekar berkembang. Biarlah cerita itu tersimpan dalam lipatan kain baju bukan dalam blog ini hahaha...


0 comments: