BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 4, 2010

Thanks dear

Alhamdulillah.. hari ini punya rehat yang cukup setelah mengharungi perjalanan yang panjang selama 2 hari. Bertolak waktu tengahari ke kota kaherah pada hari jumaat lepas dan kembali semula ke alexanderia pada hari sabtu. Sempat berehat melelapkan mata di waktu malam sahaja. Tujuan untuk mengambil barang-barang kiriman dari malaysia dan menemani pida yang ingin membeli barang-barang tuk di bawa balik malaysia.

Sampai di kaherah jam 4 lebih dan berehat sebentar sambil menunaikan solat. bersembang-sembang dan mengisi perut dengan kuih karipap yang di bawa dari alex. Sementara menunggu solat maghrib sempat juga pergi berjumpa yanti untuk mengambil barang-barang kiriman dari sidia. Alhamdulillah semuanya sampai ke tanganku. Gembira sangat-sangat. Tak putus dia mengirimkan barangan untuk ku yang jauh di sini. Bahagia punya kekasih hati yang menyayangi dan memahami. Ku hargai semua pemberianmu sayang. :-*

2010..permulaan yang baru.. segalanya indah di pandangan mata. Ku harap biarlah ianya kan kekal selamanya. :)

usai solat maghrib kami terus bergerak ke hussin untuk membeli barang-barang di situ. Tempat yang agak serasi dan pemes bagi mereka-mereka yang ingin membeli barang untuk di bawa balik ke malaysia :).

Terasa letih dan penat kaki berjalan. Mencari restoran makanan malaysia yang ada, namun kehampaan bilamana semua restoran masakan melayu tutup. Akhirnya mengisi perut dengan kfc.

Sesampai di rumah, duduk berehat sambil bersembang. Membersihkan diri dan merehatkan badan. Baru sahaja hampir terlena, terkejut dengan khabar kematian Ayah kepada bekas housemate ku dulu. Ayah abda solehah meninggal di awal pagi 2 januari waktu malaysia. Takziah buat ahli keluarga mereka. Moga tabah menghadapi ujian hidup.

Mata terpejam lena bertandang.. merehatkan diri untuk balik ke alex pula.. Jam 2 petang baru bertolak dari rumah sabah dan sampai ke alex sebelah malamnya.. Alhamdulillah perjalananku selamat pergi dan kembali :)

0 comments: