BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 28, 2010

SelamaT BerjuanG

Salam perjuangan
salam imtihan
dan selamat turun ke medan peperangan
buat semua Azharian student...
Semoga najah dalam Imtihan yang akan di harungi..

Esok akan bermula hari peperangan dalam peperiksaan bagi student2 yang berada di iskandariah dan juga warga Azharian. Dan untuk sem ini aku ada dua subjek yang perlu aku duduki dalam exam nanti. Satu pada hujung bulan nih 30/5 untuk subjek Al-Quran dan satu lagi pada 13/6 untuk subjek Qadayah Fiqhiyah. Dua-dua pun subjek yang agak berat bagi aku. Berat untuk menghafal :)

Orang selalu cakap, kalau study pon last minit jangan impikan hasil yang lebih. So bermulalah dari awal, agar tiada sesalan di kemudian hari. Beberapa hari nih kepala selalu sakit, pening, Migrain. Mungkin kurang rest, mungkin juga terlalu di asak dengan hafalan. Otak pun perlukan rehat yang cukup. Betapa menzalimi diri study di saat akhir.

Apapun aku doakan yang terbaik buat semua kengkawan, semoga semuanya najah dalam imtihan ini. Bittaufiq Wannajah..


28/may/2010


28 may 2010.. Tak sangka secepat itu waktu berlalu.. Happy anniversary dear.. Genap setahun hubungan cinta yang dibina.. Hope will be together olwez... Even kengkadang dugaan datang silih berganti.. Namun cinta yang di bina terus utuh bersemadi..

Mungkin antara kita pernah terkasar bahasa..
Mungkin antara kita pernah diburu rasa curiga
Mungkin antara kita pernah di buru rasa sangsi...
Mungkin antara kita pernah terluka..
Mungkin antara kita pernah mengalir airmata...
Itu semua lumrah dalam mengharungi alam percintaan...

Sayangi aku kerana kelemahanku...
kasihi aku dengan rasa cinta yang ada di hatimu
Bimbinglah aku dengan ilmu yang ada dalam dirimu
Lindungi aku kerana aku adalah amanah buatmu...

To my luv.. i luv u so much till the end of my life.. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup sayang :) Moga hari-hari yang dilalui akan bertambah ceria dan bahagia bersama. Ku hargai cintamu yang tulus.. Ku sayangi dirimu kerana dirimu begitu bererti dalam hidupku..

Thursday, May 27, 2010

Catatanku~~~

Awan-awan menghitam
Langit runtuhkan bumi
Saat aku tahu
Kenyataan menyakitkan...

Mengapa semua menangis
Padahal ku selalu tersenyum
Usap airmatamu
Aku tak ingin ada kesedihan

Burung sampaikan nada pilu
Angin terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia diharinya
Berikan dia hidup

Tuhan terserah padamu
Aku ikut mahumu tuhan
Ku catat semua ceritaku
Dalam harianku...

Monday, May 24, 2010

Exam Week!!!

Exam around the corner but i'm still lazy.. Dunno why!!! Still playing like i didn't have a final exam. Paper start end of this month but nothing preparation.. Scared? yes,i am... but how can i focus on my study when i didn't have mood to study huh!!!

Selalu saja bermalas-malasan.. macamana mod nak datang kan.. Hurmm..macamana nak bangkitkan semula and datangkan mood tuk study ekk.. Macam makin malas pulak sekarang nih... Still playing around and do the same activity.. Chating, listening radio and dating.. Dating? ow wopss!!! :P

ok lah tak mo taip bebanyak..dah lama bertenggek depan lappy nih sambil layan2 lagu..nak gi study plak.. Counting days.. semakin hari di hitung semakin mendebarkan.. Hope will be success.


Sunday, May 23, 2010

wohooo!!!

Lately nih lah yang selalu di buat hahaha.. menyembang dengan kengkawan and bermain kuiz.. Best kalau dah jumpa dengan member-member yang sporting.. Kadang ada jer topik and ada masa-masanya kapet tuh jadi sunyi.. Apa yang bestnya, leh chatting sambil main uno, kuiz and trivia. Makin hari makin ramai kawan yang aku temui. Dan yang best dorang nih sporting!!!..

credit tuk sc shark yg cun :P

Mungkin aku akan kurangkan masa tuk disini, oleh kerana exam pon dah makin hampir. So better aku tumpukan dengan exam aku.. Untuk bersama kengkawan dunia maya nih bila-bila pun boleh jika punya kelapangan. Yang utama sekarang study..

Bak kata pepatah "utamakan yang lebih utama" dan aku selalu berpegang pada kata-kata itu.

Sunday, May 2, 2010

Aku kembali!!!

Aku kembali untuk menulis di ruangan blog yang kaku ini.. bukan kerana lupa pada blog yang usang ini tapi banyak masa ku telah di luangkan pada benda yang lain.. So, kali ini aku tekad untuk menulis semula.. Mungkin tidak untuk setiap saat.. tidak juga mungkin untuk setiap detik.. Apatah lagi untuk setiap hari. tapi aku cuba untuk menulis semula seperti dulu..

Ada masa-masanya aku rindu untuk menaip di papan kekunci lappy ku.. Tapi bila ingin menulis cepat saja idea itu hilang di ganggu dengan hal-hal lain. Lebih-lebih lagi sekarang nih, suka sangat melepak dengan kengkawan yang separa sengal.. Bersembang dan bermain game bersama...

Kadangkala bila kita sudah lama mengenali baru kita tau perangai sebenar orang lain kan.. Dalam dunia chatting banyak mengajar aku... erti persahabatan.. erti perkenalan dan erti kasih sayang. Bila kita ikhlas dalam berkawan insyaallah hubungan persahabatan itu selalu indah..

Aku bersyukur punya ramai teman dan rakan yang selalu membuat aku ketawa.. selalu ada bila aku dalam kesedihan. Selalu membuat aku rindu bila tidak bersama dengan mereka.. Suka duka di kongsi bersama tak ubah macam satu keluarga...

Aku harapkan persahabatan yang terjalin tak akan putus begitu sahaja.. Hargai kawan hargai juga persahabatan yang terjalin :) peace!!!