BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 8, 2010

Oh lenaku yang meragam...

Bila dah tejaga dari tidur memang payah untuk kembali lena. Kepala dah mula rasa memberat. Denyutan yang terasa semakin berirama. Sudah kerap rambut jadi mangsa ditarik untuk melegakanya sedikit. Kepala di tekan2 tapi masih terasa denyutan itu..Kebelakangan ni jadual tidur tak berapa nak cun..Asyik tidur lewat dan tak dapat nak lena mimpi yang indah2 pun tak kunjung tiba. Entah apa je yang difikir sampaikan mata tak leh nak pejam lama..Serasaku otak ku kosong, tak juga memikirkan maralah megara.. Tak kan kepalaku sakit kesan dari harga barang yang makin naik di malaysia.. Haha tak kan berfikir cerita mat jenin yang selalu berangankan keindahan membuatkan kepalaku sakit berfikir haha..Mungkin otakku perlukan rehat yang secukupnya..Jadi harus untuk keluarkan otak bagi dia duduk di kerusi rehat? Hahaha tak perlu rasanya huh..

Dua hari lepas aku terima sms dari seorang pegawai memanggil untuk menghadiri mesyuarat sukan dan kepimpinan yang akan diadakan di Cairo 8hb ni. Ya hari ini..Macamana aku nak hadirkan diri bila aku belum tidur lagi ni haha..Tadi dah confirmkan nak datang. Insyaallah aku and dua orang kawan akan betolak sebelum tengahari.Memandangkan meeting jam 3.30 petang so sempat rasanya kalau kami bertolak tengahari. Tiket pun belum beli lagi harap2 dapat bangun awal haha

Meeting di jangka habis sebelum maghrib,so sempatlah untuk aku pulang ke alex di sebelah malam. Tak betah untuk duduk lama di cairo di saat2 kepala serabut memikirkan exam yang makin hampir. Cuma ada tinggal sebulan je lagi..

Oh internet di rumahku masih tak ok lagi. Dah sebulan lebih takde tenet..Brodben pun aku dah pulangkan tadi kat kawan aku. So lepas ni aku hanya akan jenguk2 bila aku rasa rindu dan bosan hehe.. Almaklumlah online guna hp ni skrin tak besar gedabak. Penglihatan terhad. Lagipun nak fokus dengan study dalam tempoh sebulan ni. Aku kena bangkit semula hope sempat aku nak catch up semua subjek dalam tempoh ni. Aku mampu.Ya aku mampu.Aku mesti boleh buat...Huhu gerun takut serabut semua ada. Mungkin ini yang buat kepala aku selalu sesak. Kadang stress sangat2. Tambah lagi mood yang tak menentu.. Mulalah duduk mengadap lappy sambil main game haha.. Aku kena tinggalkan semua ini sementara waktu.. Aarrgghh gambate!!

0 comments: