BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 16, 2011

pra tension!!!

Salam ceria readers walaupun hakikatnya aku menulis dalam keadaan yang tak ceria.. kenapa? oh it's not a good place to share hak3... Ok lah.. jadual exam pun dah keluar. Nampaknya paper pertama aku akan bermula 19 jun bulan depan dan akan berakhir 10 julai.. Lamakan hehe.. nampaknya aku kena jadi ulat bukulah kalau macam ini hak3.. ye ye o0 jerk... Imtihan takhaluf pulak mula awal jun nih. Nampak macam dah suntuk tapi aku punya mood nak study lari tune. Mulanya dah ok dah mood tapi ada sesuatu yang menggangu mood aku hari ini..memang spoil gila-gila.. and now aku tension yang teramat.. cuba untuk memujuk hati sendiri dan akhirnya aku duduk menghadap blog aku nih hehehe...

Timing tidur aku ada sikit terganggu kebelakangan nih. Bila dah asyik berjaga waktu tidur pun berubah.. Ada beberapa hari siangku jadi malam dan malam ku jadi siang.. Alhamdulillah hari ini aku dapat normalkan semula waktu tidur aku.. Semalam dapat tidur di waktu malam dan bangun di waktu siang pagi ini.. Tapi suasananya agak berbeza sedikit haha... Bila dah tune tuk study lari dah tak tau nak buat menda.. DUk ngadap lappy jer lah nampaknya..

Kepala cepat pening sekarang.Tak tahan dengan tekanan.. Mula rase penat.. Mungkin terlalu lama berehat dan terkejut bilamana mula di asak dengan hafalan-hafalan.. Oh kesian dengan otak kepalaku...

**aku jiwa kacau**

Tuesday, May 10, 2011

Online

online online online.. kalau dah sambung internet nih takde benda lain di buat.. duduk bertenggek sambil mengadap facebook, bergayut dengan insan tersayang bla bla bla.... men game.. Poker hahahaha.. kebelakangan ini kegilaan berpoker amat tinggi.. Dan kegilaan berpoker itu menarik seseorang untuk turut sama berjuang di meja gelanggang hahahaha.. Actually aku tak reti sangat main benda tuh.. juz try2 main jerk..ada jugaklah menang sikit-sikit..dah main pun nilai kecikkan hahahaha...

Beberapa hari kebelakangan nih aku jarang bertemu rakan-rakan dunia mayaku.. Masa banyak terluang bersama insan tersayang. Ada banyak benda berlaku akhir-akhir ini.. Banyak mengajar aku erti persahabatan dan perhubungan. Biarpun terlalu rapat dengan kawan masih ada batas-batas pergaulan yang perlu di jaga demi menjaga hati orang yang tersayang.

owh yaaa!!! now currency malaysia dengan egypt ada sedikit peningkatan.. Oleh kerana duit malaysia makin tinggi maka tukaran kedalam egypt pun naik jugaklah.. Tapi duit tinggi dengan harga barang yang makin naik pun takde bezanya yer dak? hahahaha

Thursday, May 5, 2011

sawanG

Tolong-tolong bersihkan sesawang yang banyak dalam blog usang aku nih hahaha.. aku semakin malas untuk menulis apatah lagi untuk login dan menjenguk di ruang blog ini.. Kenapa, mengapa dan sebab apa ini semua terjadi? well.. aku dulu terputus talian internet dan kemalasan itu berpanjangan sehingga aku pulang ke sabah baru-baru ini..so sad T_T

Sekarang aku dah kembali semula ke Mesir. Alhamdulillah Mesir masih lagi tempat yang selamat untuk di kunjung. Jodoh aku untuk meneruskan pengajian di bumi anbiya ini masih panjang. dah sebulan lebih aku kembali semula ke Mesir meneruskan pengajian. Sekarang nih kuliah pun dah nak habis. Tinggal lagi nak menduduki peperiksaan. Ada yang kata Exam untuk takhaluf akan berlangsung pada pertengahan may ini dan exam untuk final akan berlangsung bulan jun. Lewat sedikit dari tahun-tahun sebelumnya..

Persiapan? persiapan aku untuk exam kali nih macam aku tak ready jerk.. Entahlah. so-so.. takut pun ada jugak. tapi orang kata kalau juz takut tapi tak study tak jadi jugakkan.. So nampaknya kenalah jadi ulat buku untuk kebelakangan ini..

Sejak bermula dari rusuhan sampailah kembali semula ke Mesir aku dah tak menyewa lagi.. I mean tak duduk di rumah sewa but tinggal di asrama pelajar yang di sediakan oleh kerajaan negeri SABAH. Oh sungguh bertuah dan bangganya aku menjadi anak jati SABAH. hehehe

Untuk pertama kalinya aku dapat visa awal pada tahun ini hahahaha selama ini ada persatuan tertentu tuutttttttt!!! yang menguruskan visa pelajar di sini.. Tapi untuk tahun ini alhamdulillah pelajar-pelajar sabah Alex bergerak sendiri.. Tahniah kepada yang berusaha.. Dan kini aku bukanlah PTI di negara arab hahahha aku ada visa okek!!!!