BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 16, 2011

Di godam dan penggodam


Aku tertarik dengan berita yang melanda dunia cyber negara akhir-akhir ini. Hanya kerana marahkan kerajaan Malaysia memblock beberapa laman perkongsian akhirnya laman-laman web kerajaan banyak yang diserang oleh hackers-hackers yang tidak tahu dari mana datangnya.. Apa yang lebih menyedihkan ramai di antara rakyat malaysia yang menyokong tindakan hackers ini menggodam laman-laman web kerajaan. Jika di lihat pada komen-komen yang di utarakan ada segelintir rakyat kita yang menyokong tindakan hackers-hackers ini.. Mungkin ramai yang tidak berpuas hati dengan langkah yang di ambil kerajaan untuk memblock beberapa laman perkongsian sehinggakan ramai yang bangga menyokong perbuatan geng hackers ini..

Melihat pada perkembangan ini aku terpanggil untuk rajin membaca berita online kebelakangan ini. Kalau di fikirkan dengan logik akal, kalau kerajaan malaysia yang block laman-laman perkongsian ini kenapa perlu geng anonymous nih nak marah. Lainlah kalau geng ini adalah di antara rakyat malaysia juga. Kerana tak dapat nak mengacces laman perkongsian mereka bertindak sampai begitu. pelik-pelik.. Tapi hakikatnya ini di lakukan oleh geng penggodam antarabangsa.

Tertarik aku untuk mencari asal usul anonymous nih dan aku jumpai laman web yalelawtech dan kata-kata yang menjadi moto mereka “We are Anonymous. We are Legion. We do not forgive. We do not forget. Expect us.” Dan bla bla bla aku baca sebab dia tulis orang putih aku malas nak belit-belitkan lidah membaca hahahahha aku tengok komen-komen aku tertarik dengan satu komen. Yang nih lagi panjang dia tulis macam sajak pun ada.. macam lagu pun ada hahaha

We are anonymous;
We are legion.
For every one that falls,
Ten shall take his place.
We do not forgive,
We do not forget.
We are the face of chaos,
The harbingers of judgement.
We laugh in the face of tragedy;
We mock those in pain.
We ruin the lives of other people simply because we can.
We are the embodiment of humanity,
With no remorse,
No caring,
No love
And no sense of morality.
We have only the desire for more.
We are everything
We are nothing
And now, quite simply, you have our attention.
Expect us.

Apa yang aku lihat ada baik dan buruknya laman-laman perkongsian ini di block. Mungkin salah satu darinya menggalakkan rakyat untuk mendapatkan video-video movie yang original. Namun dari satu sudut yang lain ramai yang kerugian dengan langganan akaun dari file sharing berbayar. Rakyat yang celik IT yang menggunakan laman perkongsian untuk berkongsi ebook pun menghadapi masalah dengan permblockan ini. Kenapa tidak di block sahaja laman-laman porno yang sangat mudah untuk di access. Inilah namanya "segalanya di hujung jari" dan " dunia internet tanpa sempadan". [@ ; @]