BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 31, 2011

Penghujung 2011

Selamat melangkah ke tahun baru.. Semoga hari hari yang berlalu memberikan kenangan yang indah buat semua.. Dan tahun yang mendatang hadapi dengan tenang :)

Bagi diri aku sendiri tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan yang tak mungkin aku lupakan. aku listkan kenangan aku sepanjang tahun 2011..

JANUARI
sibuk dengan exam. last paper 23januari. 25 januari kena halau pulak dengan tuan rumah.. terpaksa bekejar masa nak pack barang coz nak pindah rumah. dah pindah rumah 25januari..duduk dalam 2hari.. mesir di landa rusuhan bermula petang tuh. 27 januari terpaksa masuk asrama yayasan sabah. supaya dapat berkumpul dengan pelajar-pelajar yang lain.

FEBRUARI
4 feb mula meninggalkan asrama seawal pagi. flight 5feb tapi terpaksa keluar awal sehari dan bermalam di airport risau akan ada rusuhan susulan pada hari jumaat. memandangkan mesir dalam keadaan tidak berapa selamat sewaktu rusuhan. Selamat sampai ke sabah 6 feb. Dapat jumpa cha kat airport hahaha.. thanks 4 coming and thanks 4 da cutie teddy...

MAC
duduk terperap di rumah. sesekali outing dengan kawan-kawan. hadir perjumpaan bersama CM sabah kat rumah dia. 20mac mula berangkat balik semula ke Mesir.

APRIL
Mula kuliah seperti biasa.. Mesir kembali aman. Cuma ada sesetengah tempat panas jer yang masih lagi berhimpun.

MAY
kuliah seperti biasa. Peperiksaan semakin hampir.

JUN
exam around a month

JULAI
cuti dah mula. tatau nak buat apa. 2weeks cuti duit dah nak seribu habis. fikir punya fikir ambil keputusan drastik balik malaysia lagi hahaha.. Hari nih cek tiket online. esok p travel agen. lusa bayar and amik tiket. balik cairo. beli- beli barang sikit and fly to malaysia end of the month.

OGOS
berpuasa dan beraya bersama keluarga. 2 years kot den tak balik malaysia and berpuasa dan beraya di perantauan. sertai konvoi merdeka jelajah sabah anjuran kementerian penerangan dan biro tatanagera sabah.. best!!!

SEPTEMBER
Duduk rumah jaga atok. Ulang alik papar ngan meruntum tiap minggu. Operasi tiram bakar..nyum2...sedap i tell u ols.

OKTOBER
chill lepak2 dengan kazen. tengok wayang. makan-makan.

NOVEMBER
nothing spesial..menghitung hari untuk balik ke mesir 27november. and sampai mesir 28. Kena pulak berita duk sibuk cerita pasal rusuhan lagi. Hampir-hampir nak postpon tiket di sebabkan kerisauan mama yang tersangat-sangat risau. Alhamdulillah semua kheir.

DISEMBER
buku-buku semua dah haraja tolong belikan.. terima kasih banyak haraja, terlalu banyak membantu mengendalikan urusan kuliah dan yuran selama den masih di sabah :) jasamu di kenang pren!!.. Kuliah macam biasa. kelas cuma 4 hari. 1 hari 1 subjek. aiyakkk...

Mungkin banyak kenangan yang pernah kita lalui bersama selama setahun ini. Terlalu manis untuk di kenang dan terlalu pahit untuk di buang. Di saat rusuhan melanda mesir ramai kawan-kawan yang begitu risau dan ambil berat. Kawan-kawan dunia maya. Terima kasih banyak-banyak. Buat yatt yang sanggup menelefon dari jauh singapore tuh.. my love ENCIK KEYBOARD masyam yang sangat risau dan hari2 mesej suruh balik malaysia haha..tahniah kerana dapat tembus talian. kawan2 yang mesej yang risaukan keselamatan den...cha..zilla..veskot..iskandar..jebond and virus. Tak lupa juga thanks so much buat kawan-kawan yang sanggup topup number mesia den masa tuh. satu-satunya nombor yang dapat guna tuk mesej hahaha... pengalaman itu sangat berharga bagi aku.. sayang kalian semua.



buntu

Aku gusar
Pada langkah yang diatur
Sering di landa badai
Aku hampa
Pada tiap jalan yang luas
Sering ku temu lorong yang sempit

Friday, July 29, 2011

ramadan kareem

Ramadhan bakal tiba dan sya'ban akan meninggalkan kita sekali lagi.. Bertanya pada diri apakah sudah menggantikan puasa yang tertinggal. Apakah semuanya sudah terlaksana.. Ramadhan kali ini amat bermakna bagi aku, dua tahun aku berpuasa di bumi mesir. Tapi tahun ini aku akan berpuasa di tanah air tercinta bersama keluarga tersayang. Dan hari ini aku juga akan meninggalkan bumi mesir menuju ke Bahrain dan pulang ke Malaysia. Semoga perjalanan ini selamat sampai amin..

ramadhan kareem ramadhan kareem.. Allahu akram..hanya tinggal beberapa hari lagi akan tibalah ia. bulan ramadan bulan keberkatan.. semoga ramadan kali ini membawa seribu erti yang bermakna buat diriku dan jua kalian semua dan terima semua amalan kita pada bulan yang mulia ini..amin..

Saturday, July 9, 2011

Spammer


Autopost entry!!!

Agak lama aku biarkan blog nih. Bukatan tiada cerita yang nak di kongsikan dan nak di taip tapi aku sibuk sikit kebelakangan ini.. Sibuk dengan exam yang sedang berlangsung. Sibuk bergayut dengan si jantung hati sepanjang hari. Dan hari ini aku tetiba rajin nak menyelak-nyelak blog usang ini dan aku temui komen-komen spam yang banyak pada entry-entry yang lalu. Mungkin ini lumrah pada blog-blog yang lama di biarkan agaknya. Rajin juga jejari aku untuk menyepamkan spam-spam ini hahahaha.. Dan kini ia suci semula dari spam yang menyemak itu hehehehe

Penantian Yang TerTunda.



Ku mohon kau mengerti
cubalah kau tabahkan hati
Mungkin di saat ini
Cinta kita sedang di uji

Tabahkanlah hatimu
oleh siksa orang tuamu
ku yakin kita mampu
bila kita saling menunggu

c/o Saat kita melangkah
dandani sayap cinta yang patah
ku yakin engkau setia
untuk selama-lamanya

Ku yakin engkau bidadari dalam tidurku
ku yakin engkau yang pantas aku tunggu
ku yakin engkau hadir dalam mimpi indahku
kau yang terbaik bagiku dan nomor satu

ku kan selalu tetap menunggu
walau sebagai simpananmu
ku kan selalu tetap menanti
walau engkau takkan ku miliki

ku kan selalu tetap menunggu
walau hanya kekasih gelapmu
ku kan selalu tetap menanti
hingga saat nafasku terhenti

Tegarkanlah hatimu
oleh siksa orang tuamu
ku yakin kita mampu
bila kita saling menunggu

Friday, July 8, 2011

Ku intai cintaku dalam anak mata yang berkaca...

Orang kata semakin kita mengenali pasangan kita semakin kita kenal dengan perangainya. Semakin lama kita bersama semakin kita nampak keburukkannya.. Orang kata juga kalau dah sayang ni, apa pun keburukkan akan selalu nampak baik bila waktu tengah hangat di lamun cinta. Bak orang kata "kentut pun bau harum saat-saat bercinta". Ada juga yang kata "tahi pun nampak macam coklat" hahahah apa punya perumpamaan sungguh menjijikkan... Oh tetiba terasa geli pula mau makan coklat hahahahah

Dalam perhubungan orang selalu gunakan kepercayaan sebagai tunas penting untuk bertahan. Di semai pula dengan kejujuran semakin kukuhlah ikatan percintaan. Di sirami pula dengan kata-kata cinta saling menghormati antara satu sama lain. Nampak segalanya sempurna di pandangan mata.

Namun adakalanya pengalaman-pengalaman lama menggangu dan menghantui kewarasan minda. Bila hati rapuh mudah di tebak rasa curiga maka bermulalah kegoyahan pada sebuah kepercayaan. Mungkin juga akan hilang bila di kenang pada imbauan kisah yang lama. Orang kata semua manusia pernah melakukan silap, kenapa tidak diberi peluang untuk berubah. Manusia ni terlalu kompleks, sukar untuk di mengerti sukar untuk di fahami. Ada jenis manusia yang bila diberi peluang dia akan mengambil peluang itu untuk betul-betul berubah dan mengembalikan kepercayaan pasangan. Ada juga jenis manusia yang kata berubah tapi hanya di bibir saja namun di belakang kita masih lagi bermain dengan sandiwara.

Kadang-kadang bila terlalu banyak peluang yang di berikan ada yang mula merasa bosan. Ada yang merasa diri terhegeh-hegeh menanti sedangkan pasangan hanya bermain sandiwara selama perhubungan.

Mungkin perbincangan langkah yang terbaik tapi bila berbincang pun selalu menjadi medan perbalahan di mana kebebasan untuk bersuara. Apakah hanya duduk berdiam diri menelan rasa ataupun meluahkan bermacam rasa yang bersarang di hati. Pasangan yang baik akan duduk berbincang merungkai masalah agar dapat terus bertahan menjernihkan kekeruhan. Tetapi yang sebaliknya akan menggunakan kata-kata kesat yang akan menambah burukkan lagi keadaan yang sedia buruk.

Ada juga pasangan yang jujur namun kekasih hati pula yang terlalu curiga hinggakan setiap gerak geri pasangan di pandang negetif. Sampaikan ada di antara pasangan yang begitu terasa hati dengan sikap kekasih hati.

Terpulang kepada pasangan sama ada bijak mengendalikan emosi. Walau apapun permasalahan yang timbul pasti ada jalan penyelesaian. Kemaafan boleh mendamaikan suatu kekeruhan tapi belum pasti akan menjernihkan setiap apa yang telah berlaku. Mungkin apa yang pernah terjadi menjadi titik sempadan pada langkah berhati-hati.

We create a love story in a life but sometimes it's not like a happy ending story in the drama.. Sumtimes you feel sad, you feel wanna cry if u have a big problem and trouble with you bf/gf. juz go with the flow.. its not the ending of my love story maybe it's a beginning of the destruction!!!

Thursday, June 16, 2011

Di godam dan penggodam


Aku tertarik dengan berita yang melanda dunia cyber negara akhir-akhir ini. Hanya kerana marahkan kerajaan Malaysia memblock beberapa laman perkongsian akhirnya laman-laman web kerajaan banyak yang diserang oleh hackers-hackers yang tidak tahu dari mana datangnya.. Apa yang lebih menyedihkan ramai di antara rakyat malaysia yang menyokong tindakan hackers ini menggodam laman-laman web kerajaan. Jika di lihat pada komen-komen yang di utarakan ada segelintir rakyat kita yang menyokong tindakan hackers-hackers ini.. Mungkin ramai yang tidak berpuas hati dengan langkah yang di ambil kerajaan untuk memblock beberapa laman perkongsian sehinggakan ramai yang bangga menyokong perbuatan geng hackers ini..

Melihat pada perkembangan ini aku terpanggil untuk rajin membaca berita online kebelakangan ini. Kalau di fikirkan dengan logik akal, kalau kerajaan malaysia yang block laman-laman perkongsian ini kenapa perlu geng anonymous nih nak marah. Lainlah kalau geng ini adalah di antara rakyat malaysia juga. Kerana tak dapat nak mengacces laman perkongsian mereka bertindak sampai begitu. pelik-pelik.. Tapi hakikatnya ini di lakukan oleh geng penggodam antarabangsa.

Tertarik aku untuk mencari asal usul anonymous nih dan aku jumpai laman web yalelawtech dan kata-kata yang menjadi moto mereka “We are Anonymous. We are Legion. We do not forgive. We do not forget. Expect us.” Dan bla bla bla aku baca sebab dia tulis orang putih aku malas nak belit-belitkan lidah membaca hahahahha aku tengok komen-komen aku tertarik dengan satu komen. Yang nih lagi panjang dia tulis macam sajak pun ada.. macam lagu pun ada hahaha

We are anonymous;
We are legion.
For every one that falls,
Ten shall take his place.
We do not forgive,
We do not forget.
We are the face of chaos,
The harbingers of judgement.
We laugh in the face of tragedy;
We mock those in pain.
We ruin the lives of other people simply because we can.
We are the embodiment of humanity,
With no remorse,
No caring,
No love
And no sense of morality.
We have only the desire for more.
We are everything
We are nothing
And now, quite simply, you have our attention.
Expect us.

Apa yang aku lihat ada baik dan buruknya laman-laman perkongsian ini di block. Mungkin salah satu darinya menggalakkan rakyat untuk mendapatkan video-video movie yang original. Namun dari satu sudut yang lain ramai yang kerugian dengan langganan akaun dari file sharing berbayar. Rakyat yang celik IT yang menggunakan laman perkongsian untuk berkongsi ebook pun menghadapi masalah dengan permblockan ini. Kenapa tidak di block sahaja laman-laman porno yang sangat mudah untuk di access. Inilah namanya "segalanya di hujung jari" dan " dunia internet tanpa sempadan". [@ ; @]

Monday, May 16, 2011

pra tension!!!

Salam ceria readers walaupun hakikatnya aku menulis dalam keadaan yang tak ceria.. kenapa? oh it's not a good place to share hak3... Ok lah.. jadual exam pun dah keluar. Nampaknya paper pertama aku akan bermula 19 jun bulan depan dan akan berakhir 10 julai.. Lamakan hehe.. nampaknya aku kena jadi ulat bukulah kalau macam ini hak3.. ye ye o0 jerk... Imtihan takhaluf pulak mula awal jun nih. Nampak macam dah suntuk tapi aku punya mood nak study lari tune. Mulanya dah ok dah mood tapi ada sesuatu yang menggangu mood aku hari ini..memang spoil gila-gila.. and now aku tension yang teramat.. cuba untuk memujuk hati sendiri dan akhirnya aku duduk menghadap blog aku nih hehehe...

Timing tidur aku ada sikit terganggu kebelakangan nih. Bila dah asyik berjaga waktu tidur pun berubah.. Ada beberapa hari siangku jadi malam dan malam ku jadi siang.. Alhamdulillah hari ini aku dapat normalkan semula waktu tidur aku.. Semalam dapat tidur di waktu malam dan bangun di waktu siang pagi ini.. Tapi suasananya agak berbeza sedikit haha... Bila dah tune tuk study lari dah tak tau nak buat menda.. DUk ngadap lappy jer lah nampaknya..

Kepala cepat pening sekarang.Tak tahan dengan tekanan.. Mula rase penat.. Mungkin terlalu lama berehat dan terkejut bilamana mula di asak dengan hafalan-hafalan.. Oh kesian dengan otak kepalaku...

**aku jiwa kacau**

Tuesday, May 10, 2011

Online

online online online.. kalau dah sambung internet nih takde benda lain di buat.. duduk bertenggek sambil mengadap facebook, bergayut dengan insan tersayang bla bla bla.... men game.. Poker hahahaha.. kebelakangan ini kegilaan berpoker amat tinggi.. Dan kegilaan berpoker itu menarik seseorang untuk turut sama berjuang di meja gelanggang hahahaha.. Actually aku tak reti sangat main benda tuh.. juz try2 main jerk..ada jugaklah menang sikit-sikit..dah main pun nilai kecikkan hahahaha...

Beberapa hari kebelakangan nih aku jarang bertemu rakan-rakan dunia mayaku.. Masa banyak terluang bersama insan tersayang. Ada banyak benda berlaku akhir-akhir ini.. Banyak mengajar aku erti persahabatan dan perhubungan. Biarpun terlalu rapat dengan kawan masih ada batas-batas pergaulan yang perlu di jaga demi menjaga hati orang yang tersayang.

owh yaaa!!! now currency malaysia dengan egypt ada sedikit peningkatan.. Oleh kerana duit malaysia makin tinggi maka tukaran kedalam egypt pun naik jugaklah.. Tapi duit tinggi dengan harga barang yang makin naik pun takde bezanya yer dak? hahahaha

Thursday, May 5, 2011

sawanG

Tolong-tolong bersihkan sesawang yang banyak dalam blog usang aku nih hahaha.. aku semakin malas untuk menulis apatah lagi untuk login dan menjenguk di ruang blog ini.. Kenapa, mengapa dan sebab apa ini semua terjadi? well.. aku dulu terputus talian internet dan kemalasan itu berpanjangan sehingga aku pulang ke sabah baru-baru ini..so sad T_T

Sekarang aku dah kembali semula ke Mesir. Alhamdulillah Mesir masih lagi tempat yang selamat untuk di kunjung. Jodoh aku untuk meneruskan pengajian di bumi anbiya ini masih panjang. dah sebulan lebih aku kembali semula ke Mesir meneruskan pengajian. Sekarang nih kuliah pun dah nak habis. Tinggal lagi nak menduduki peperiksaan. Ada yang kata Exam untuk takhaluf akan berlangsung pada pertengahan may ini dan exam untuk final akan berlangsung bulan jun. Lewat sedikit dari tahun-tahun sebelumnya..

Persiapan? persiapan aku untuk exam kali nih macam aku tak ready jerk.. Entahlah. so-so.. takut pun ada jugak. tapi orang kata kalau juz takut tapi tak study tak jadi jugakkan.. So nampaknya kenalah jadi ulat buku untuk kebelakangan ini..

Sejak bermula dari rusuhan sampailah kembali semula ke Mesir aku dah tak menyewa lagi.. I mean tak duduk di rumah sewa but tinggal di asrama pelajar yang di sediakan oleh kerajaan negeri SABAH. Oh sungguh bertuah dan bangganya aku menjadi anak jati SABAH. hehehe

Untuk pertama kalinya aku dapat visa awal pada tahun ini hahahaha selama ini ada persatuan tertentu tuutttttttt!!! yang menguruskan visa pelajar di sini.. Tapi untuk tahun ini alhamdulillah pelajar-pelajar sabah Alex bergerak sendiri.. Tahniah kepada yang berusaha.. Dan kini aku bukanlah PTI di negara arab hahahha aku ada visa okek!!!!

Monday, February 28, 2011

sabah tanah airku

Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke sabah dalam rombongan pertama pelajar sabah yang di bawa balik oleh kerajaan negeri sabah.. Terima kasih atas keprihatinan ketua menteri sabah Datuk Musa Aman, kerajaan negeri sabah, yayasan sabah, pusat zakat negeri sabah, pegawai wisma yayasan sabah kaherah dan keluarga yang banyak membantu kami selama berada di mesir tempoh hari. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian semua.
dah nak masuk sebulan aku duduk di rumah nih. sekarang dah jarang online tuh yang tak sempat nak update blog. banyak masa di gunakan berjalan kesana sini melihat kehijauan bumi sabah hahahaha...
dan mungkin tak lama lagi aku akan balik semula ke negara yang pernah bergolak dengan permasalahan politik itu. aku harapkan semuanya akan baik-baik saja di sana. Impian ku masih jauh. Dan permasalahan itu tak mungkin melunturkan semangat aku untuk tamatkan pengajian di sana.
Buat masa sekarang aku masih bercuti-cuti sabah hahaha sebab aku duduk di sabah jak cuti nih.. Sabar menantikan perkembangan untuk arahan pulang semula ke Mesir. Dengan pasport baru yang aku pohon sudah sampai ke mesir dan aku sekarang berada di sabah. Menanti panggilan dari pihak imigresen or apply pasport baru saja lagi hahahaha
times up.. next time lah aku update lagi pengalaman terperangkap di stesyen keretapi di hari pertama rusuhan hahaha.. aku ada banyak kerja mau buat nih tata...

Friday, February 4, 2011

Sabar selalu...

Akan meninggalkan bumi mesir pada jam 3 petang waktu mesir jam 9 malam waktu malaysia. semoga slamat semuanya dan di permudahkan segala urusan.. ameen..


Thursday, January 20, 2011

wallaaaaaaaaaaa....

Oleh kerana internet pon tiada di rumah aku kan sekarang nih.. kena pula malas mau updating with my cute hp.. so bersarang lah sekejap blog ku yang cumil nih hahahah...
ada widget-widget yang perlu aku buang kot dari blog nih.. Terlalu besar KB tak tercapai dengan kelajuan henpon tuk mengaccess. Almaklumlah henset cikai-cikai beli di pasar malam borong hahahahha..

Hari ini aku online di cc, sempatlah menjenguk blog sekejap. Thanks buat follower2 yang baru di dalam blog yang langsung tak canggih ini.. Memang blog ini tidak canggih.. Anda tidak akan temui gadget-gadget menarik di dalam blog ini hahaha Apatah lagi kalau anda sedang mencari koleksi-koleksi henpon, memang tidak akan jumpa di sini.

Ok cerita exam.. Baru 4 subjek yang selesai setakat ini.. Ada tinggal 1 jak lagi subjek 23 januari ni nanti. Subjek english. Di sini english kena hafal. Aku ulang balik kena HAFAL. Terutama translation dalam BI ke ARABIC. mendapat juga otak kalau tak hafal.. memang jem gile duduk dalam dewan kalau tak ready. Setakat nih soalan exam yang lepas2 memang mantap.. Aku tak dapat nak gambarkan kemantapan soalan. Standard universiti AL-Azhar lah dia punya mantap hahahah..

Kebelakangan nih selalu hujan. Baju kalau di cuci dua tiga hari jugalah baru kering. Tinggal menghitung hari jak tinggal di rumah sekarang nih. Terpaksa juga pindah huhuhu.. Kena halau sudah bila tuan rumah sudah dapat penyewa baru hahaha. so 25 januari nih terpaksalah angkat barang pindah rumah. Nasiblah dapat rumah yang okek juga dan di tingkat satu. lagi rendah dari rumah sekarang hehehe

cukuplah membebel nih..aku nak balik dah.. malam kang ada antu lak teman aku balik dari cc nih hahaha