BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 4, 2009

Pilu

Berat yang kau rasa itu cuma di mata
Aku yang memikulnya pasti lelah dan sebenarnya parah
Kita yang merancang dan Tuhan menentukan
Walaupun kau tahu banyak yang ku lakukan untukmu..
Kurelakan semuanya.. dan pasti kau rasa bersalah
Malah kau rasa.. Pedihnya hati terluka..

Terngiang-ngiang lagu tuh di cuping telinga. Lagu nyanyian kumpulan kesukaan ku suatu masa dulu. Mega. Dulu memang minat sangat dengan kumpulan mega.. minat dengan lagu-lagu yang membuai perasaan nyanyian dari rahmat. Dari situlah timbulnya nama nienakariena..

Kali ini lagu lain pula. Lagu nih cukup bermakna bagi aku. Biarlah aku saja yang tau kenapa lagu nih tetiba jer ringan meniti di bibir. hurmm.. sedih lagu nih sebenarnya.. Aku tengah bersedih kah? Mungkin ada juga kesedihan tuh tapi seupaya mungkin aku dapat sembunyikan.

Kenangan lama bila di ingat-ingat boleh mengalir airmata. Begitu juga kisah hari ini.. mungkin suatu hari akan menjadi suatu kenangan yang manis, pahit, masam dan masin.

Huh sentimental sungguh.. Cheer up lah sikit kan.. mungkin mood lagu pon sedih mood pun terbawa-bawa jadi sedih juga. hukhuk.. Apapun korang layan jak lah lagu di bawah nih.. Tetiba mood untuk menulis di sentap hilang idea serta merta hikhik.. nanti-nantilah aku hapdet lagik..

Sunday, November 22, 2009

Cinta Terakhir

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

C/o
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan



Aku suka dengar lagu nih.. Layan jak lah. First time aku dengar pun terus shukee dengan lagu nih. best best. Lirik yang cukup bermakna.. So wat pasangan-pasangan yang sedang hangat di lamun cinta..jadikan lagu nih sebagai panduan. Bercinta tak semestinya memiliki..

Dalam mengharungi alam percintaan semestinya kita inginkan pasangan kita menjadi pendamping kita sepanjang hayat. Namun sejauh mana kita merancang Tuhan lebih tahu dalam setiap perancangan. Ada masanya kita akan sengsara kerana terlebih keyakinan pada pasangan kita dan adakalanya kita akan menderita kerana kurang yakin. Bersederhanalah dalam bercinta..

Ku tanyakan pada diri.. Aku dalam situasi yang mana? jawapan yang aku temui? .. masih tinggal tanda tanya. belum ku temui jawapan yang pasti. Kadang lautan tenang di hempas badai gelora bahaya bagi perahu-perahu kecil hihihi..


Sekilas

Tak mudah untuk kita mencapai setiap apa yang kita rancangkan dan yang kita inginkan. Banyak yang perlu kita lalui dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini. Kadangkala untuk menperolehi sesuatu yang kita inginkan, kita terabaikan hati dan perasaan orang lain. Dan boleh jadi kita mementingkan diri sendiri dalam sesetengah hal.

Beberapa hari ini fikiran begitu terganggu dengan masalah-masalah yang memberat di kepala. Entahlah di mana titik mula dan akhirnya semua ini. Untuk di kongsikan dengan teman-teman mungkin belum masanya.

Ada waktu dan ketika diri bagaikan tidak termampu dan terdaya untuk menghadapi semua ini. Ya!! diri ini terlalu lemah untuk menghadapi bebanan. Semakin hari semakin di asak. Kepala dah semakin serabut ditambah dengan tekanan-tekanan yang belum tahu di mana penghujungnya.

Lari? mungkin itu jalan yang mudah untuk di ambil seorang yang pengecut. tapi untuk lari dari setiap masalah bukan satu jalan penyelesaian. Ada baiknya duduk berbincang sambil minum teh tarik dan makan mee goreng mamak.. hihihi

Apapun masalah yang di hadapi harus tenang..pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan mudah melatah pada apa jua masalah yang mendatang. Mungkin ada hati yang gembira bila melihat orang lain di timpa kebimbangan. Biarlah mereka-mereka terus gembira di atas kedukaan orang lain. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Yang penting jangan cepat melatah. Kadangkala tindakan yang mengikut emosi hanya membawa kepada pertengkaran dan perbalahan.

Cubalah belajar hidup dalam bermasyarakat. Di ajar dan belajar bukan untuk jadi kurang ajar.

Thursday, November 12, 2009

Baik - Baik Sayang..

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi airmata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang...

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan.. Dengarkan aku..

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik - baik sayang
Ada aku untukmu

Hanya satu pintaku
Di siang dan malammu
Baik- baik sayang
Karna aku untukmu....

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan.. Dengarkan aku...

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu..
Baik - baik sayang
Ada aku untukmu

Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik - baik sayang
Karna aku untukmu...


Monday, November 2, 2009

dunno wat 2 say

Pelanggan yang dihormati,

PENGAKTIFAN KAD MATRIX BSN

Dengan hormatnya kami merujuk kepada e-mel tuan/puan bertarikh 23 Oktober 2009 berhubung dengan perkara di atas.

Untuk makluman tuan/puan, disebabkan terdapat masalah teknikal yang berlaku terhadap talian Visa Plus, maka Kad Matrix BSN tidak dapat digunakan buat masa ini.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan atau individu yang ingin menggunakan semula Kad Matrix BSN perlu mengisi Borang Pengaktifan/Pembatalan bagi mengaktifkan semula Kad tersebut atau membatalkannya. (sepertimana yang dilampirkan). Borang permohonan tersebut perlu diemelkan semula dalam bentuk “scannner” bersama dengan dokumen yang disenaraika.....
*********************************************************************************************

Terjawab segala persoalan bilamana beberapa hari aku cuba tuk keluarkan duit tapi tak dapat dapat.. Bukan satu ATM dicuba.. tapi kesudahannya tetap sama. Hati dah mula risau..apa masalah dengan kad bank aku nih. Penyelesaian kena hubungi juga family inpom pasal nih and buat folow up kat BSN.. Call sana Call sini.. dan kesudahannya email yang aku dapat tuh menjawab segala persoalan kenapa duit aku tak leh keluar.. Jadilah aku musafir kelana hahaha

Sedih memang sedih.. orang cakap kalau tiada duit nih nda tergerak kemana-mana. Tapi alhamdulillah aku masih boleh bergerak bebas di dalam rumah nih hahaha..

Tetiba pulak start minggu nih kad tuh buat hal, selama nih guna ok jak pun. huh nda sabar mo tunggu kad baru sampai.. Mo bayar sewa rumah dah nih..aiyukkk.. pening kepala.. BSN nih pon satu.. lenkali notislah awal-awal pon kalau dah tau ada masalah macam tuh.. hukhuk kesian kami yang jauh nih.. Kena urus lagi kad buat pengaktifan. Dah lah semua dokumen dia mau ada di malaysia.. pening betul lah juga dorang nih.. hishhh

Monday, October 26, 2009

Percubaan Pertama

Ahakss hari nih aku try masak ayam masak rempah hitam. Serius aku tak pernah cuba pon rempah hitam sebelum nih. Kalau takat masak kicap tuh tak yah cakaplah memang febret.. Baru ku tau ada pulak jenis rempah nama "rempah hitam". Mungkin femes d semenanjung jak tak pernah aku jumpa di sabah. Tak tau lah kalau aku yang tak alert.. Tapi serius tak pernah aku jumpa di sabah. And semalam first time aku masak and first time aku makan masakan rempah hitam hahaha...kesian..

Actually aku dapat rempah hitam nih dari siDIA.. Dia kirimkan dengan barang-barang yang lain hari tuh.. Masakan febret dia..so dia mau juga aku tau masak guna rempah tuh.. Aiyukk nasiblah lulus juga hahaha.. Masak sambil di nilai tuh.. Tah apa angin dia mau tengok aku masak-masak di dapur.. Nasiblah webcam tak buat hal semalam.. Kalau tak adalah yang merajuk lagi.. Berapa kali sudah dia mo tengok aku masak.Dah lah aku tak reti nak masak muahaha.. Semalam dialah yang ajar aku cara-cara nak masak. Dah memang aku tak tau nak wat camna kan.. pestaim orang kata hahaha... Hasilnya .....

nyum nyum nyum.... makan jangan tak makan hahaha

Resepi:
1kg daging/ayam
1 paket rempah masak hitam
1 inci halia
10 ulas bawang merah
1/2 biji kelapa di buat kerisik
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap pekat
sedikit asam jawa
garam secukup rasa.

Bahan A.
Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.. (untuk d tumis)

Bahan B.
mesin baki bawang merah,putih, halia.

Gaul bahan yang telah di mesin bersama rempah masak hitam dengan garam,gula, dan kicap.

Tumis bahan A sampai wangi dan kuning.Kemudian masukkan Rempah masak Hitam yang telah di gaul. Apabila sudah cukup masak semua bahan tadi barulah masukkan ayam/daging bersama 2 gelas air.kemudian masukkan kerisik bersama air asam jawa.

Tunggu sehingga masak dan sedia tuk dihidang.


Thursday, October 22, 2009

yeah!!! i got it..

Dua hari lepas aku terima barang kiriman dari seseorang yang berada nun jauh di mataku tapi selalu ada dalam hati aku hihi.. Happy sangat-sangat bila barang tuh dah sampai kat tangan sendiri.

Kad ku abadikan di lappy kesayangankui got a perfume.. onedrop tuuunih makanan dia bagi.. takut beno aku kebuloq hahayeahh almond london..sedap hingga menjilat kertas hihiwe support a same team..

Thanks so much dear.. i relly appreciate it.. Terharu sangat dengan pemberian nih. luv u n miss u so much..