BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 31, 2011

Penghujung 2011

Selamat melangkah ke tahun baru.. Semoga hari hari yang berlalu memberikan kenangan yang indah buat semua.. Dan tahun yang mendatang hadapi dengan tenang :)

Bagi diri aku sendiri tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan yang tak mungkin aku lupakan. aku listkan kenangan aku sepanjang tahun 2011..

JANUARI
sibuk dengan exam. last paper 23januari. 25 januari kena halau pulak dengan tuan rumah.. terpaksa bekejar masa nak pack barang coz nak pindah rumah. dah pindah rumah 25januari..duduk dalam 2hari.. mesir di landa rusuhan bermula petang tuh. 27 januari terpaksa masuk asrama yayasan sabah. supaya dapat berkumpul dengan pelajar-pelajar yang lain.

FEBRUARI
4 feb mula meninggalkan asrama seawal pagi. flight 5feb tapi terpaksa keluar awal sehari dan bermalam di airport risau akan ada rusuhan susulan pada hari jumaat. memandangkan mesir dalam keadaan tidak berapa selamat sewaktu rusuhan. Selamat sampai ke sabah 6 feb. Dapat jumpa cha kat airport hahaha.. thanks 4 coming and thanks 4 da cutie teddy...

MAC
duduk terperap di rumah. sesekali outing dengan kawan-kawan. hadir perjumpaan bersama CM sabah kat rumah dia. 20mac mula berangkat balik semula ke Mesir.

APRIL
Mula kuliah seperti biasa.. Mesir kembali aman. Cuma ada sesetengah tempat panas jer yang masih lagi berhimpun.

MAY
kuliah seperti biasa. Peperiksaan semakin hampir.

JUN
exam around a month

JULAI
cuti dah mula. tatau nak buat apa. 2weeks cuti duit dah nak seribu habis. fikir punya fikir ambil keputusan drastik balik malaysia lagi hahaha.. Hari nih cek tiket online. esok p travel agen. lusa bayar and amik tiket. balik cairo. beli- beli barang sikit and fly to malaysia end of the month.

OGOS
berpuasa dan beraya bersama keluarga. 2 years kot den tak balik malaysia and berpuasa dan beraya di perantauan. sertai konvoi merdeka jelajah sabah anjuran kementerian penerangan dan biro tatanagera sabah.. best!!!

SEPTEMBER
Duduk rumah jaga atok. Ulang alik papar ngan meruntum tiap minggu. Operasi tiram bakar..nyum2...sedap i tell u ols.

OKTOBER
chill lepak2 dengan kazen. tengok wayang. makan-makan.

NOVEMBER
nothing spesial..menghitung hari untuk balik ke mesir 27november. and sampai mesir 28. Kena pulak berita duk sibuk cerita pasal rusuhan lagi. Hampir-hampir nak postpon tiket di sebabkan kerisauan mama yang tersangat-sangat risau. Alhamdulillah semua kheir.

DISEMBER
buku-buku semua dah haraja tolong belikan.. terima kasih banyak haraja, terlalu banyak membantu mengendalikan urusan kuliah dan yuran selama den masih di sabah :) jasamu di kenang pren!!.. Kuliah macam biasa. kelas cuma 4 hari. 1 hari 1 subjek. aiyakkk...

Mungkin banyak kenangan yang pernah kita lalui bersama selama setahun ini. Terlalu manis untuk di kenang dan terlalu pahit untuk di buang. Di saat rusuhan melanda mesir ramai kawan-kawan yang begitu risau dan ambil berat. Kawan-kawan dunia maya. Terima kasih banyak-banyak. Buat yatt yang sanggup menelefon dari jauh singapore tuh.. my love ENCIK KEYBOARD masyam yang sangat risau dan hari2 mesej suruh balik malaysia haha..tahniah kerana dapat tembus talian. kawan2 yang mesej yang risaukan keselamatan den...cha..zilla..veskot..iskandar..jebond and virus. Tak lupa juga thanks so much buat kawan-kawan yang sanggup topup number mesia den masa tuh. satu-satunya nombor yang dapat guna tuk mesej hahaha... pengalaman itu sangat berharga bagi aku.. sayang kalian semua.



buntu

Aku gusar
Pada langkah yang diatur
Sering di landa badai
Aku hampa
Pada tiap jalan yang luas
Sering ku temu lorong yang sempit