BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 22, 2009

Cinta Terakhir

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

C/o
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan



Aku suka dengar lagu nih.. Layan jak lah. First time aku dengar pun terus shukee dengan lagu nih. best best. Lirik yang cukup bermakna.. So wat pasangan-pasangan yang sedang hangat di lamun cinta..jadikan lagu nih sebagai panduan. Bercinta tak semestinya memiliki..

Dalam mengharungi alam percintaan semestinya kita inginkan pasangan kita menjadi pendamping kita sepanjang hayat. Namun sejauh mana kita merancang Tuhan lebih tahu dalam setiap perancangan. Ada masanya kita akan sengsara kerana terlebih keyakinan pada pasangan kita dan adakalanya kita akan menderita kerana kurang yakin. Bersederhanalah dalam bercinta..

Ku tanyakan pada diri.. Aku dalam situasi yang mana? jawapan yang aku temui? .. masih tinggal tanda tanya. belum ku temui jawapan yang pasti. Kadang lautan tenang di hempas badai gelora bahaya bagi perahu-perahu kecil hihihi..


Sekilas

Tak mudah untuk kita mencapai setiap apa yang kita rancangkan dan yang kita inginkan. Banyak yang perlu kita lalui dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini. Kadangkala untuk menperolehi sesuatu yang kita inginkan, kita terabaikan hati dan perasaan orang lain. Dan boleh jadi kita mementingkan diri sendiri dalam sesetengah hal.

Beberapa hari ini fikiran begitu terganggu dengan masalah-masalah yang memberat di kepala. Entahlah di mana titik mula dan akhirnya semua ini. Untuk di kongsikan dengan teman-teman mungkin belum masanya.

Ada waktu dan ketika diri bagaikan tidak termampu dan terdaya untuk menghadapi semua ini. Ya!! diri ini terlalu lemah untuk menghadapi bebanan. Semakin hari semakin di asak. Kepala dah semakin serabut ditambah dengan tekanan-tekanan yang belum tahu di mana penghujungnya.

Lari? mungkin itu jalan yang mudah untuk di ambil seorang yang pengecut. tapi untuk lari dari setiap masalah bukan satu jalan penyelesaian. Ada baiknya duduk berbincang sambil minum teh tarik dan makan mee goreng mamak.. hihihi

Apapun masalah yang di hadapi harus tenang..pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan mudah melatah pada apa jua masalah yang mendatang. Mungkin ada hati yang gembira bila melihat orang lain di timpa kebimbangan. Biarlah mereka-mereka terus gembira di atas kedukaan orang lain. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Yang penting jangan cepat melatah. Kadangkala tindakan yang mengikut emosi hanya membawa kepada pertengkaran dan perbalahan.

Cubalah belajar hidup dalam bermasyarakat. Di ajar dan belajar bukan untuk jadi kurang ajar.

Thursday, November 12, 2009

Baik - Baik Sayang..

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi airmata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang...

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan.. Dengarkan aku..

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik - baik sayang
Ada aku untukmu

Hanya satu pintaku
Di siang dan malammu
Baik- baik sayang
Karna aku untukmu....

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan.. Dengarkan aku...

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu..
Baik - baik sayang
Ada aku untukmu

Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik - baik sayang
Karna aku untukmu...


Monday, November 2, 2009

dunno wat 2 say

Pelanggan yang dihormati,

PENGAKTIFAN KAD MATRIX BSN

Dengan hormatnya kami merujuk kepada e-mel tuan/puan bertarikh 23 Oktober 2009 berhubung dengan perkara di atas.

Untuk makluman tuan/puan, disebabkan terdapat masalah teknikal yang berlaku terhadap talian Visa Plus, maka Kad Matrix BSN tidak dapat digunakan buat masa ini.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan atau individu yang ingin menggunakan semula Kad Matrix BSN perlu mengisi Borang Pengaktifan/Pembatalan bagi mengaktifkan semula Kad tersebut atau membatalkannya. (sepertimana yang dilampirkan). Borang permohonan tersebut perlu diemelkan semula dalam bentuk “scannner” bersama dengan dokumen yang disenaraika.....
*********************************************************************************************

Terjawab segala persoalan bilamana beberapa hari aku cuba tuk keluarkan duit tapi tak dapat dapat.. Bukan satu ATM dicuba.. tapi kesudahannya tetap sama. Hati dah mula risau..apa masalah dengan kad bank aku nih. Penyelesaian kena hubungi juga family inpom pasal nih and buat folow up kat BSN.. Call sana Call sini.. dan kesudahannya email yang aku dapat tuh menjawab segala persoalan kenapa duit aku tak leh keluar.. Jadilah aku musafir kelana hahaha

Sedih memang sedih.. orang cakap kalau tiada duit nih nda tergerak kemana-mana. Tapi alhamdulillah aku masih boleh bergerak bebas di dalam rumah nih hahaha..

Tetiba pulak start minggu nih kad tuh buat hal, selama nih guna ok jak pun. huh nda sabar mo tunggu kad baru sampai.. Mo bayar sewa rumah dah nih..aiyukkk.. pening kepala.. BSN nih pon satu.. lenkali notislah awal-awal pon kalau dah tau ada masalah macam tuh.. hukhuk kesian kami yang jauh nih.. Kena urus lagi kad buat pengaktifan. Dah lah semua dokumen dia mau ada di malaysia.. pening betul lah juga dorang nih.. hishhh