BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 14, 2012

wallaweiiiii....

Actually aku bukan dalam mood nak menhapdet blog.. Juz singgah jak tadi.. bila dah jenguk-jenguk tadi.. fulamak.. i was shocked!!!! memang terkejut gaban.. Tetiba ada popup lucasssssssssss dalam gadget counter visitor yang pernah aku ambil dulu.. Astaghfirullah al azim.. masyaAllah.. Oleh Kerana aku login mau buang itu code gadget, aku pun ter.. ter okey.. terajin lah mengupdate sikit.. aku tukar itu chat box... sungguh nda mesra alam kan chatbox sebelum nih hahaha.. yang ini okek sikit. tapi aku lebey suka dengan kaler yang aku guna kat shoutmix dulu. Tapi nda ingat sudah.. haizzz...

Aku sekarang terlalu sibuk.banyak cerita yang aku mau kongsi.. tapi!!!! aku jarang singgah di blog aku sendiri. haha selalu merajinkan diri skodeng blog orang.. baca blog-blog yang menarik. Kadang aku rasa aku tiada masa untuk diri sendiri. Kalau adapun masa cuma pada waktu-waktu cuti hujung minggu bila tiada program yang di anjurkan atau planning untuk berjalan-jalan. Semalam baru sahaja lepas satu program forum bertajuk ada apa dengan ITHAR? haa aku cerita dalam entry yang lainlah kalau aku ada masa dan kerajinan untuk mengupdate lagi hahaha...

Terus terang minat aku untuk berbloging sekarang menurun. Dengan line internet yang selalu buat hal di sini. Dengan kesibukan aku bermain game sekejap-sekejap.. haha dengan bergayutnya dan dengan kerja. Aku masih lagi belajar tapi dalam masa yang sama aku juga bekerja di sini. Sekadar membantu pegawai asrama di tempat tinggal aku. sekurang-kurangnya ada juga pengalaman yang dapat aku timba.

Now aku mula rasa seronok dengan semua ini. enjoy my life with happiness. Aku dengan MyLuv pulak sekarang masih selalu dan rajin berhubung. Bergantung dengan line internet nih la penghubung setia. Yahoo messenger semestinya. Alhamdulillah hubungan kami masih bertahan walaupun adakalanya bercanggah pendapat, bertikam lidah. Atas kesabaran yang tinggi kami masih dapat atasi dugaan dan masalah yang mendatang.

Ahh aku dah tak rajin nak menaip nih.. Mata pun dah mula layu. lagi tujuh minit menghampiri jam 4 subuh.. fulamak!!! sekarang nih dah musim spring.. tak lama lagi nanti masuklah summer. maka akan terasalah bahangnya duduk di bumi mesir nih. Berjalan di luarpun dah tak pakai jaket sekarang.. Time tuh lah nanti orang akan malas untuk keluar di waktu siang kerana bahang panas dan juga silau matahari. itu bagi diri aku lah. kalau orang arab dorang suka ke pantai. Akan penuhlah pantai-pantai nanti.. hehehe okeylah masa untuk menidurkan diri sudah sampai. next time aku update lagi cerita yang tak berapa best hak3..

Friday, February 17, 2012

Selamat Malam Cinta

Selamat Malam Cinta

(A lullaby song)


Lagu: Encik Mimpi
Lirik: Encik Mimpi

Sebelum kau terlena
Dengarkan irama ku
Sebagai peneman rindu
Mengharungi malam mu

Hilangkan resah hati mu
Hilangkan duka jiwa mu
Yakin ku ada di sisi
Temani mimpi-mimpi mu

Malam, ku meminta kepadamu
Lindungi permaisuri ku
Ku sungguh menyayangi nya

Sayang, pegang erat jemariku
Dan jangan kau lepaskannya
Ku kan ada di sisi mu
Selamat Malam Cinta



Bestkan lagu di atas nih. Lagu nih amat bermakna bagi aku. Sebab lagu nih selalu dinyanyikan oleh orang tersayang. Biarpun suara dia tak semerdu macam suara encik mimpi tapi suara my encik keyboard tetap menjadi igauan malam aku haahaha...

Mula-mula dia nyanyikan lagu nih beriya-iya duk tanya siapa punya lagu tapi dia tak nak bagitau... Akhirnya aku jumpa sendiri web blog encik mimpi nih.. baca punya baca blog dia akhirnya aku jumpa lagu nih hehehe.. sangat-sangat menyentuh jiwa..

to my bucok encik Keyboard :) as i post in ur facebook... thanks 4 everything and love u till the end of my life :)
mungkin syg slalu curiga dgn b. tp curiga syg bersebab..
mungkin syg kurang percaya dgn b.. tp itu jg bersebab..
syg tak minta b janjikan kemewahan dunia tuk hubungan kita..
cukup kejujuran dan kesetiaan b yg syg harapkan.. ♥ 4eva
mungkin syg tak kuat tuk harungi semua dugaan seorang diri..
thanks sebab selalu ada d sisi syg..

Thursday, January 19, 2012

Blackout lagi!!!

Semalaman aku tak dapat tidur semalam. Sudah puas di paksa mata nih tuk tidur tapi kesudahannya tetap juga bertahan sampai ke pagi. Kena pula blackout mula jam 2.30 pagi sampai ke petang esoknya tiada elektrik di asrama ni.

Dalam remang subuh tuh aku terasa ingin nak menulis. Nak update blog dah blackout macamana nak updatekan. Handfon jangan cakaplah.. empat2 hanfon aku bateri kong hahahaha.. Selagi bateri tak nazak tak di cas sampailah kiok. So dengan bertemankan cahaya lilin aku menulis juga.

(SUNYI)
Sunyi malam yang kelam
tiada lampu-lampu yang menerangi
hanya di sinari sang bintang dan rembulan
menemani hati yang sepi...

Duduk termenung terus berfikir
mengimbau 1001 kenangan
pahit manis berlalu pergi
berdepan dengan realiti..

Hadapi..
dan akan terus di hadapi
tiap likuan yang mendatang
agar diri semakin tabah
menjalani hari yang mendatang...
18jan2012-6.37am

(INSAN)
Hakikat hidupnya insan
tiada pernah merasa puas
selalu inginkan lebih
pada semua yang di hajati
kerana terlalu mengejar nikmat
hingga terlupa akan kesyukuran...

Hakikat hidupnya insan
sering alpa pada penciptaNya
kerana di ulit kemewahan
Bongkak, sombong jadi pegangan..

Sedarlah wahai insani
hidup di dunia hanya sementara
dunia fana hanya pinjaman
perbanyakkanlah bekalanmu
untuk menuju ke dunia abadi
Akhirat jua yang menanti
2012/1/18-6.46am

Tuesday, January 17, 2012

shoutmix oh shoutmix

Memandangkan shoutmix dah umumkan sebelum ini akan memberhentikan khidmat shoutmix yang free tuh.. Dan aku pun dah lama tak masuk melawat blog aku nih. Ada jer jenguk-jenguk tapi tiada masa untuk update entry baru. Jadilah blog aku usang tanpa ada perkembangan hehehe..

Kawan-kawan yang aku follow pun dah ramai yang resign jadi blogger. Cuma adalah sebilangan kecil yang masih menulis. Aku tetiba rajin 2 3hari ini. Ubah sikit-sikit. Betulkan coding radio di bawah tuh. dah berbunyi semulakan radio di bawah tuh hehehe.. Kalau tak berbunyi tuh maknanya server radio tuh down. haha Tukar shoutbox. not bad. Tapi aku lebih suka kaler shoutmix aku yang dulu. Cuma aku tak berapa boleh nak recall warna-warna yang aku guna.. oh goshh... sangat-sangat lemah ingatan sekarang nih :P

Apapun kalau ada ruang masa nanti aku edit lagilah kaler chatbox aku tuh. Nampak macam tak mesra alam pulak warna tuh hahahaha..

Sunday, January 15, 2012

exam week!!

Saat ini aku tengah berperang dengan nota-nota dan buku buku pelajaran. Almaklumlah sekarang nih musim peperiksaan. Dan aku pun tak terlepas dari semua itu. Dalam sibuk-sibuk nak exam nih lah selalu mood nak main game and layan movie tuh juga tinggi.. Aku pun nda tau mau cakap macamana.. Seolah-olah macam habit pun ada. Dan aku tak boleh nak lari dari semua tuh hahahah..

Tapi walau bagaimanapun aku akan cuba untuk lawan ketagihan aku bermain game tuh. Mungkin ada baiknya aku tutup lappy supaya tak main game.. Tapi fon pulak yang akan jadi mangsa hahaha.. Addicted?

16 januari merupakan hari pertama aku menduduki peperiksaan. Untuk sem nih aku cuma ada 2 paper jerk. Ya 2 sahaja.. Tapi yang 2 itu bukan mudah bagi aku. Sebab kedua-duanya adalah subjek killer. hahaha Qawaidul fiqhiah and Adab balaghah. my last paper on 23 january.. Ermm dunno what to say, but i really2 hope i can pass this year and finished my study.. Wish 4 me k..

Monday, January 9, 2012

berfikir sejenak!

Kadang-kadang kita terlalu sibuk untuk mengejar dunia, mengejar nama.. Dengan zaman sekarang ni macam-macam yang nak di perjuangkan.. Perjuangan mahasiswa, perjuangan politik, perjuangan mencari jalan penyelesaian kepada masalah, perjuangan untuk meneruskan hidup, dan aku? aku dalam perjuangan menempuhi peperiksaan yang mendatang.

Sekarang di negaraku yang aman damai macam dah jadi trend dengan demonstrasi.. Sana sini cerita demonstrasi.. Hak kebebasan bersuaralah katakan.. Tapi perlukah dengan demonstrasi? Mungkin ramai yang punya semangat berkobar-kobar dalam berdemonstrasi tapi ada juga yang hanya menjadi pak turut. Bila ada cerita, sembang kemain lebat ada ikut serta tapi sebenarnya hanya meramaikan perarakan sahaja :P

Bagi diri aku yang berada di negara yang tercetusnya rusuhan menjatuhkan pimpinan negara mesir ini, kalau boleh di beri pilihan aku ingin memilih negara malaysia yang aman tanpa ada yang mencacatkan kemakmuran yang sedia ada. Namun inilah hakikatnya sekarang. Yang mahasiswanya sibuk memperjuangkan hak kebebasan mahasiswa.. AUKU auku auku..

Tapi pernahkah terfikir oleh diri seorang pelajar di mana hak kita sebagai seorang pelajar? di mana hak kita sebagai seorang anak? di mana hak kita sebagai orang islam. Hak diri kita sendiri kita perjuangkan ker atau sekadar melepas batuk di tangga. Apakah kita bangga andainya hak kita sebagai pelajar tak dapat kita laksanakan sebaiknya. Ada yang sampai mengulang tahun pengajian, ada yang kena bar dari menduduki peperiksaan. Banggakah kita untuk memberitahu orang tua kita yang kita gagal dalam peperiksaan?

perjuangkanlah hak diri kita yang kita dukung sebelum kita memperjuangkan hak yang belum tentu akan ada imbalannya..hidup hidup!!


Sunday, January 1, 2012

New Year!!

Selamat melangkah ke tahun baru 2012.