BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 30, 2009

huh!!

Lama aku abaikan blog usang yang kaku ini. Terlalu banyak benda lain yang perlu di utamakan. Malas mau mengambil tahu hal-hal diluar sana. Lebih selesa melakukan kerja-kerja sendiri bersama teman-teman dunia maya. Mungkin itu lebih menghiburkan hati setelah memerah otak menghadiri kelas yang di ikuti.

Adakalanya badan terasa letih. Kepala yang sering saja sakit di akhir-akhir ini.. Duduk merehatkan diri, bersendirian sambil mendengar lagu-lagu yang diputarkan di corong radio. Mendengar celoteh rakan-rakan..bersembang kosong dengan si comel..

Masa yang ada di fokuskan dengan hal lain. Ulangkaji sikit, jelajah blog-blog member. Tapi selebihnya bersama dengan kengkawan dunia maya..

Hari ini mood kureng ok sikit.. Lesu, letih dan lemah. Dalam kelas rasa tak bermaya. Perlukan rehat yang secukupnya.

Aku melihat merenung dan membaca. Ada cerita di sebalik kisah. Pedulikan saja. Patutnya memerdekakan minda..

MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA..

Benarkah sudah merdeka atau masih dijajah di negara sendiri..? Think it..

Saturday, August 29, 2009

MU 2 ArsenGal 1

Syhhh.. diam diam..
korang layan jerk k..
jangan banyak bunyi wkakakak





Macam best jak tengok rooney tu..macam meluncur di salji pulak ku tengok haha..



Aku rasa diaby nih keliru mana satu gawang lawan dan mana satu gawang arsenal.. Dia patut dapat gelaran best own goal tuk season nih wkakaka...

bila dah tengok letak jari telunjuk dekat bibir..syhhh.. buat macam arshavin buat masa jaringkan gol pertama tuh hahahaha


Monday, August 24, 2009

Mu VS WiGaN

Di saat kemenangan besar Man United tempoh hari..semua penyokong-penyokong lawan menjadi senyap. tak seperti kekalahan Man U ketika perlawanan pertama menentang Wigan tewas 0-1 kepada wigan. tapi kali ini kemenangan 5-0 kepada wigan menutup mulut pihak-pihak lawan.

Bak kata nazri rata-rata pembenci MU tak ambil peduli dengan kemenangan MU.. Sakit hati kot bila tengok MU menang. Dan kebanggaan penyokong arsenal di awal permulaan liga menduduki tempat teratas kerana mengikut susunan abjad huruf A di atas.. Kini Arsenal dah turun.. MU dah menghampiri.. Jangan berganjak jauh..biar terus mengekori..kalau jauh pun tinggalkan kebelakang aja.. muahaha

Masih terlalu awal untuk menjangkakan.. Mungkin ketiadaan Ronaldo memberi impak besar dalam setiap perlawanan MU. Teringat PM yang ku terima di yahoo mesengger tempoh hari.. Zaman kejatuhan MU sudah bermula kata haggi. Dia true fans Chelsea begitu mengutuk MU. Rilek.. rilek.. Bola itu bulat. Kita tengok jew sampai penghujung final nanti.

TetaMU RamaDhaN

wahai tetamu Ramadhan.....

Untukmu rahmat dan maghfirah....Airmata taubat,

Dendangan tadarus,Selimut terawikh & bantal tahjud ! Moga mewarisi Jannah...Jika seluruh umur adalah dosa maka takwa dan taubatlah ubatnya...

Jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadhanlah pemutihnya...Tiada kata seindah zikir , Tiada ibadah seindah solat ,tiada bulan seindah Ramadhan Al-Mubarak..Semoga 1 bulan mendatang penuh kesabaran...4 minggu penuh keimanan,30 hari penuh keberkatan dan amalan..720 jam penuh dengan kasih sayang & 43200 saat penuh SENYUMAN....

Jadikanlah Ramadhan ini yg terbaik kerana kita tak pasti apakah masih ada lagi Ramadhan untuk kita selepas ini.....

*****************************************************************************

sempena ramadhan yg mulia ini............

buat semua dari saya......

puasa tiada maknanya jika ada
sengketa antara kita,,

maaf dipohon atas tingkah
yg bukan kehendak kita ,,,,,,

jauh disana ingin berkasar,
apatah lagi melukakan,,,,,,,

namun apakan daya
lisan kadangkalanya sering melukakan....

zaman dahulu lisan perantaraan,
antara hati dan perasaan,,,

dizaman teknoloji ini ,,,,,,,
dari hati menuju kejari ,,,,
mencari yg buruk mahupun yg baik.......

bergantung punya diri
yg punya hati.....

maaf atas kesilapan.....
moga diterima segala amalan...
dibuang segala dosa
ditambah pahala setiap keikhlasan...,

amin.....

Saturday, August 22, 2009

LayanzZzz



Nih mesti kes pra tension time exam haha.. tak bleh blah btul aku nengok video tarian budak-budak nih...



Aiyakk!!.. ini lagi satu hal..Tukar ayat jer pun..Padahal lagu bulan 8 di sandakan di tukar senikata jak..Muzik tuh sama.. muahahaha..

Kisah mula dulu kala
Saat kita baru jumpa
Namun kini tahun dua
Kita dah bersama

Tawa jiwa ubat duka
Ingat kenangan kita bina
Lagu ini khas ku gubah
Untuk mu oh semua

Kisah mula dulu kala
Saat kita baru jumpa
Namun kini dua tahun
Kita semua dah bersama
Rasa itu tak terkira
Fikiranku mahu gila
Pabila bulan purnama

Lagu ini khas ku gubah
Bukan malukan siapa
Tapi ia dalam jiwa
Bila kenang kisah lama
Bagai cara aku gubah
Cipta lagu untukmu oh semua

Maafkan khilaf ini
Jika hak tak dipenuhi
Tika kita di tahun dua
Kini ku mulai gusar
Dapatkah bersama lagi
Jumpa lagi di tahun tiga

Fi awalin ana arif masri kullu quayis
ba'din iza ana shuf masri kullu musykilah
Ana ta'rif fissabah hua bi uli bukrah
au ba'din nussu sa'ah

Fi awalin ana musyrif mubasri awi awi
ba'din ana sakin hena ana arifu masri
ana kalim arabi ana kul to'miah
ana uhibbu masri..

dua tahun di mesir...
sanah tani fi masri...
in egypt second year...

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Ahlan Ahlan Ahlan ya ramadhan
Ramadhan datang lagi..
Bulan yang sentiasa di nanti
Setiap umat islam..

Bulan yang penuh keberkatan
Bulan yang penuh keampunan

semoga ramadhan kali ini bukanlah ramadhan yang terakhir buat diriku.. Nampaknya tahun ini berpuasa dan beraya di negara orang. Semoga diberi kesempatan untuk bersama keluarga di lain waktu.. dan sempena ramadhan yang bakal tiba.. salam kemaafan aku hulurkan buat semua rakan-rakan yang mengenali diriku samada di dunia maya ataupun nyata.. Mungkin antara kita pernah bersengketa, pernah terusik jiwa, pernah tersentuh hati.. Pernah berselisih faham dan pernah tersalah faham.. Lumrah manusia tak lepas dengan kesilapan. Apatah lagi kita insan yang alpa ini.

Semoga kita semua dapat menambahkan lagi keimanan dalam bulan yang mulia ini dan menambahkan amal ibadah kita terhadapNYA yang maha Esa..

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan"Ya Allah,tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yg berikut:
Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang2 sekitarnya
Salam Ramadhan...

Monday, August 17, 2009

Jodoh Dah Sampai


Banyak penafian..Banyak kebenaran..
Bila jodoh sampai ke pelamin jua akhirnya..

Keseronokkan yang mendemamkan

Baru sahaja kembali dari Cairo pagi kelmarin. Dan tamatlah program IDWIM bagi sesi ini. Seronok!! itu yang dapat aku ungkapkan walaupun hanya dapat bersama selama 3 hari. Letih takyah nak cakaplah.

Aku rasa sepanjang hari aku hanya tidur dan terus tidur. Tekak dah mula pedih-pedih sepanjang perjalanan balik kelmarin. uwaaa demam dan demam lagi.. Dah tidur petang..sepanjang malam pun aku tidur lagi. perghhh kenyang mata aku.. hukhuk...

Aku sempat join acara explorasi di pagi hari terakhir program..walaupun aku sibuk untuk menyiapkan hadiah-hadiah yang belum habis di beli dan dibungkus haha..macam kelam kabut jadinya hidup aku di petang hari tuh..

Tapi explorasi tetap best.. bergerak dalam satu kumpulan untuk mencari klu-klu yang akan membawa ke destinasi terakhir. Yang aku tak leh nak tahan kena makan roti fino.. haha kalau ada jem takpo gak..leh raso sedap gak makan roti tuh.. nih roti kosong kena habiskan dalam satu kumpulan.. Tercekik!! tercekik!! wakakakka.... menyangkut roti di leher...

Balik dari explorasi aku rest kejap..lepas zohor kena keluar beli hadiah lagi dan kena bungkus lagi.. Nasiblah banyak yang membantu. Thanks friend.. Alhamdulillah settle juga hadiah-hadiah semua..

Berjalan di tengah panas mentari, minum air tin yang sejuk memang nikmat..Tapi hasilnya tekak menjadi perit.. Aduhhh!!!

Thursday, August 13, 2009

Percutian yang bukan cuti hahaha!!!

Kejap lagi aku akan berlepas ke kota kaherah.. Ceh macam lah mau pergi naik kapal kan mau berlepas segala..Padahal naik bas jak pun..hahaha

Program IDWIM yang hanya berbaki 3 hari untuk di tuju.. Dan hari ini warga alexanderia akan berkampung di Cairo untuk menyertai program yang berlangsung selama seminggu itu. Hanya 3 hari jer masa yang ada untuk kami bersama. Jadual kelas yang padat menghalang untuk bersama sedari mula program.

Kata bossku lewat panggilan tempoh hari, tak pa kak..takda hal pun kalau lambat datang.. dan aku bersyukur punya ketua yang cukup memahami. Bukan macam sesetengah orang yang tak pernah cuba memahami. nGaa!!

Doakan perjalanan ini selamat pergi dan kembali..

p/s : buat si bucuk..jangan nenakal.. jangan lupa mandi.. dah bucuk semakin bucuk jadinya bila malas mandi hahaha.. will miss u so much dear.. Rinduku Rindumu Bersatu Menjadi Selautan Rindu..

innamal a'malu binniat...

Tuesday, August 11, 2009

Lemah!!!

Terasa amat lemah tubuh ini, selemah otak yang memikul bebanan hal-hal yang perlu difikirkan. Semalaman aku tak dapat melelapkan mata. Berfikir dan terus berfikir.

Dan kesudahannya aku terlalu letih. Letih bilamana kebuntuan yang aku temui di setiap hal yang aku fikirkan.

Mungkin aku perlu berehat. Perlu menCUTIkan diri. Menenangkan fikiran. Mendamaikan hati.. Hati yang sememangnya kecil sudah semakin kecil bilamana torehan-torehan luka diasak berterusan..

Terlalu lemah diri ini jadinya..

Manusia Biasa

Seandainya ku bisa
Inginku petik bintang
Untukmu aku persembahkan
Namun ku manusia bukanlah dewa
Yang kupunya hanyalah cinta kasih sayang

Aku hanyalah manusia biasa
Yang tak pernah lepas dari khilaf
Ku mencoba merubah segalanya
Mungkin ada kesempatan

Aku juga merasa ingin dicinta
Disanjung dipeluk selamanya
Kalau memang kusalah berikan maaf
Demi sumpah cinta yang pernah kita ucapkan

Aku hanyalah manusia biasa
Yang tak pernah lepas dari khilaf
Ku mencoba merubah segalanya
Mungkin ada kesempatan untukku

Saturday, August 8, 2009

aunty muda

ahakss.. aku dah jadi aunty hari ini.. abang aku baru jak selamat melahirkan anak yang sulung.. hoye hoye.. eh silap..ada pulak abang aku yang melahirkan anak.. Isteri abang akulah yang beranak.. hohoho...

aunty muda? mudakah aku? hahaha mudalah kan selagi belum tua. ahakss... macamana tuh? isteri abang aku selamat melahirkan baby lelaki seberat ??? aku belum pergi timbang lagi berat dia hahah... Wah macam best pulak tau... Ada sikit tercuit hati macam mau balik malaysia... Kena pula abang aku asyik tanya jak bila mau balik..mau suruh aku balik.. Dia kata sempat lagipun.. Lama juga tuh cuti kalau balik sekarang. Hishh... Masalahnya... Tiap kali balik aku tak tau mau buat apa doh.. Duduk rumah, berjalan pergi KK... Lepak sembang-sembang dengan kekazen aku.. betul-betul tiada kerjakan..

Mulanya sembang kat Ym dengan adik sepupu aku, so dialah yang bagitau abang aku dah dapat anak. Cerita-cerita dengan ibu and bapa tadi. Agak lama aku tak dengar suara bapa(atok) aku. Seronok pula bersembang, tak sedar ada insan terabai seketika..ampun ya emba...

Petang tadi, aku call abang aku. Dia kat hospital Likas dia kata. Tengah jaga isteri tersayang ahakss... Kak ipar aku terpaksa di operation, sebab dia tak pandai nak meneran. Tu lah kena operation. Aku tak terbayang..Sempat bergelak ketawa dengan abang aku.. ikut sedap mulut jer aku cakap.."alah teran jerlah macam nak berak tuh" ewah-ewah bukan main lagi mulut akukan.. abang aku kata tak samalah..o0 ye kew tak sama... sempat aku berseloroh..dia takut terberak ker time nak teran tuh.. hahaha ketawa kami pecah... Otak sewel ko tak pernah nak hilang ekk kata abang aku.. ciss!!!

Tanya kat abang aku apa nama anak dia.. so dia suruh aku carikan nama... belek-belek cadang kat dia nama mohd safwan akmal.. ahakss.. panjangnyew nama... Insyaallah tuh lah kot nama anak dia.. Mohd Safwan Akmal Bin Mohd Shahrizan. Wah tak daftar lagi nama tapi dah berdaftar dalam blog aku hahaha...

Alhamdulillah anak abang aku sihat-sihat sahaja.. Insyaallah hari isnin dah boleh keluar dari hospital. Lupa lak tanya anak dia tuh hensen ker tak..Kalau hensem leh la aku booking untuk jadi pacarku hahahah.. Sempat tua nak tunggu budak tuh membesar.. wkakakka... Abang aku kata ada tanda lahir dekat dahi dia, warna merah. Ada lesung pipit. wah mesti comel macam lesung burung pipit hahaha.... abang aku cakap dia dengan isteri dia takde pulak lesung pipit, tak tau mana datang lesung pipit tuh..aku kata ikut kat aku wkakaka..betapa tahap keperasanan aku tuh meninggikan... hahahha tapi abang aku iyakan jugak... :)

Wah Rindu-rinduan terus..

Friday, August 7, 2009

Hati Menangis..

Hati menangis..

Mereka hanya mampu melihat tapi mereka tak mampu untuk merasa..

Mereka bergelak ketawa keriangan tapi aku sendirian dalam kedukaan..

Suara-suara lantang berkata.. Life must go on.. life must go on... semuanya ada hikmah.. Tawakal.. Redha... Sabar..

Aku tenggelam dalam kesyahduan..

Terdengar lagi suara-suara itu.. kalau kau merasa sedih, ada orang lain lagi yang paling merasa sedih.. kalau kau berduka ada insan lain lagi yang merasa dukanya..

Hidup ini menuntut pengorbanan..

Hidup ini punya cerita tersendiri..
Dan kita terus-terusan berlakon di pentas dunia.. Menanti hari dimana segalanya akan dinilai kelak..

Dan hati-hati yang menangis akan dipujuk agar duka berganti suka, sedih berganti gembira..

Ingin ku corakkan warna keriangan dalam kehidupanku.. Tapi tetap jua terselit wajah kedukaan.. Tenang...

Nyanyikanlah lagu gumbira...


Entry pertama dengan bahasa yang kurang di fahami!!!

Nya ku ngerati iyen kan tenulis mitu. Nya dangai alap atai ku. Abar duka tekole' ku betiu. daras pan atai ku kan ngogo kuliah sini' kabak-kabak pan jantung kan ngenda iyen tekole' nang perikso bangi eh'.. Betah pan te' aku me'e mari minggo nu terua rekot keratas pote anu pengen tulisan terua potostet eh.. abis neraun sekemon..kali tetemu ta' bunda beloang posok ngogo kelas. Nah tambah nu makin kabak-kabak jantungku.

Nya pan ru'un rejiki menaik lagi. kakal pan bege'e.. iyen nu kan benara ta' iyang ko ema' ku tuh. reso-reso nai masam ko kan serender nu pan aku tuh. tapi nya kan bege'e jo kesudahan nai. mau pan aku ru'un beno'o mole penengketo ta' ga iyang ko ema'.. sanang pan atai segai ko'.

tah la..nya nu ku tetutur yen-yen.. telu lagi beno'o kali tu.. dekau jo lai lepah.. payah bana pan ko'.. e'e nu jomo sekul bana-bana, nya ngerati jo aku huh!!!

nya ru'un atai ku kan nulis lagi.. baya' nai nu do'. penensanang do' atai tuh... mun rai sanang- sanang baru nu ku nulis lagi.

p/s : untuk entry nih korang kena carik penterjemah bahasa kalau nak faham.. di perlukan penterjemah bahasa tamil dan france.. aku harap-harap nahu @ grammer aku dalam menyusun ayat tuh tak salah wkakakka...

Wednesday, August 5, 2009

i'm walking away


I'm walking away from the troubles in my life
I'm walking away oh to find a better day
I'm walking away from the troubles in my life
I'm walking away oh to find a better day
I'm walking away

sometimes some people get me wrong
when it's something I've said or done
sometimes you feel there is no fun
that's why you turn and run
but now I truly realise
some people don't wanna compromise
well I saw them with my own eyes spreading those lies
and well I don't wanna live a lie, too many sleepless nights
not mentioning the fights, I'm sorry to say lady

I'm walking away from the troubles in my life
I'm walking away oh to find a better day
I'm walking away from the troubles in my life
I'm walking away oh to find a better day
I'm walking away

Well I'm so tired baby
things you say you're driving me away
whispers in the powder room baby
don't listen to the games they play
girl I thought you'd realise
I'm not like them other guys
coz I saw them with my own eyes
you should've been more wise
and well I don't wanna live a lie, too many sleepless nights
not mentioning the fights, I'm sorry to say lady

I'm walking away from the troubles in my life
I'm walking away oh to find a better day
I'm walking away from the troubles in my life
I'm walking away oh to find a better day
I'm walking away

Berjalan-jalan melihat alam sambil mengetip pen di bibir... Asyik mendengarkan lagu yang berkemundang melalui mp3.. Kaki di hayun terus melangkah tanpa tahu arah tujuan. Ingin mencari ruang untuk bersendirian. Melihat indahnya alam. duduk menyendiri di gigi pantai..sambil bermain dengan si anak ombak. huh!!

Leka..melihat tenangnya laut. Damai.. Aku amat merindui kedamaian itu. Aku inginkan suasana yang jauh dari kebisingan kota. Mengapa perlu adanya pembangunan yang membawa kepada kesibukan kota. Sedangkan ketenangan di kampung lagi menyelesakan.

Aku hanya anak kampung yang tak betah tinggal di kota. Damailah...


Monday, August 3, 2009

Review

Balik dari perjumpaan dengan ajkt Bkpsm dengan wisa tadi terus jer on lappy. Bukak lappy, on ym.. bukak blog..Try tengok entry Julai pasal nih. Adalah dua tiga kali aku baca balik entry nih. Tapi aku tak jumpa pulak kata-kata yang menunjukkan rasa tak puas hati pada persatuan. kalau adapun cuma luahan pendapat aku, ya lah kan mau cerita balik pon rasa macam malas.

Pemahaman orang yang tau cerita dengan tak tahu cerita mungkin berbeza.
"Walaupun ada sedikit salah faham di kalangan ahli DMSI yang senior sebab kurang bersetuju untuk kami jalankan program tersebut."
Cukup itu.. Jelas!!!

Dan aku katakan:
Tak kan baru sekali ini kami tak hadirkan diri dalam program besar BKPSM kami di cop tak bagi komitmen dan tak menghormati majlis. Apa selama ini kami tak pernah bagi komitmen kah?
Dan kehangatan bertambah bilamana ungkapan komitmen yang di utarakan. Tapi apa yang aku tengok si pembicara sendiri bilamana ada program tak pun bagi komitmen sepenuhnya. Usah bicara perihal komitmen bialamana semangatmu hanya hangat-hangat taik ayam..

Dan aku highlightkan "di kalangan ahli DMSI". Harap tiada yang salah faham. muahahah ya salah faham.. salah faham.. salah faham..

Kita menulis dari pandangan yang berbeza, dan orang yang membaca dari pandangan yang berbeza.

Maaf pada sesiapa yang terkilan di atas ketidakhadiran kami warga alex ke kota kaherah lewat program hari keluarga tempoh hari. Maaf juga kepada saudara ashley selaku Ketua Demmas penganjur program hari keluarga. Dan terima kasih kepada AJKT tertinggi BKPSM dan WISA yang datang ke alexandria dalam rangka lawatan ahli DMSI.


Sunday, August 2, 2009

nGee!!

Mau balik? itu pertanyaan abah aku bila aku call dia tadi.hahah macam best pulakkan.. Tapi aku macam mau macam tak nak jugak balik sabah. Tak tau kenapa. Takda rasa ingin nak balik pun. Lama juga aku tak call rumah, baru hari nih ada peluang dan masa yang lebih untuk bersembang-sembang dengan my family. Rindu gilak o.0...

Last aku kol my mom guna celcom hari tuh, tapi kredit dah habis. terlupa nak tukar setting masa call someone..sekali tengok dia telan duit laju macam air muahahha.. ampess tul.

Dapat call abah kejap jak masa tuh, coz abah tengah driving. Ada meeting katanya. So, tak dapat nak menyembang lelama. hukhuk abah suruh call my mom tapi mom kat rumah orang kawen. Malas nak call. so bagitau abah call nanti malam jak la..

Bila dah asyik duk online terlupa lak nak call gi rumah balik. adeiii.... dah agak lewat jugaklah aku call mymom malam tuh. Dah hampir jam 10 waktu malaysia.. Nasiblah durang belum tidur lagi. Kalau tak..sure tak kena jawab dah panggilan aku hahaha...

Lama gak lah gayut dengan mama aku, lama tak sembang tuh. Macam-macam cerita ada.. hahah Asyik tergelak jer. Isk isk kadang-kadang aku rasa mama aku nih boleh masuk ratu lawak jugak rasanya..hahaha

Baru tersedar, terlalu cepat masa berlalu.. adik bongsu aku amik PMR pulak tahun nih. Mama kata dia baru balik dari motivasi kena tidur dekat asrama sekolah. hahah kesian.. Dia orang yang kedua pernah tidur di asrama sekolah selepas abang aku. Haha Dah tak kena lepas bawak kereta terpaksalah tinggal asrama yer dak.. Padan muka muahahaha(gelak kejam)

Huh!!..

Saturday, August 1, 2009

1 Ogos 2009

Aku rasa memang penat sesangat..mata mengantuk tapi tak dapat nak lena. mencikk!!!.. kalau dah mengantuk sepatutnya letak jer kepala kat bantal leh tido terus, Tapi sampai sekarang tak tido lagi.. Dah lah line tenet sengal-sengal ubi jer malam nih. Asyik terputus jerk line nih.. Kang aku amik pisau gi kerat-kerat wayar semua buat sup wayar lagi baik..

1 Ogos dah rupanya ekk.. Cepat jer masa berlalu. Dan tak lama lagi nak puasa dah. Korang dah habis bayar pose ker? ha ha jangan nak tipu, tak baik o0o0... baik bayar pose cepat-cepat sebelum datangnya bulan ramadhan. Kang kena bayar dabel lak kalau tak sempat ganti pose.

Seharian aku tiada di rumah hari nih, Bukan aku jak, sekali dengan durang-durang yang join program lah tadi. Hari nih ada kursus pengurusan jenazah di bawah kendalian Kelab Umno Iskandariah. Alhamdulillah semuanya selamat dan dapat di jalankan dengan baik. Walaupun ada beberapa kelemahan yang tak dapat nak di elak. Ya!! memang tak dapat di elak. Bukan salah kami okey.. Salah durang yang amik tender makanan tuh yang lambat siapkan makanan hahaha.. sian orang lapar o.O

Bulan nih nampaknya aku makin busy. Hukhuk mungkin tak dapat nak online dalam seminggu lebih nanti. Adeh macam malas-malas sia mau p cairo o.O hahah.. Kalau itu mood datang sia pigi la sana arr.. bulikah itu macam? hahaha

Aiyakk bilalah ini mata mau tidur loh.. Mau paksa-paksa dulu ini mata tidur. sia betul-betul penat ini hari o.O.. isuk-isuk la sia serita sama pasal itu kursus jenazah. Mau bermimpi dulu. Mana tau ada mimpi baik punya hahaha.. c yaa!!