BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 31, 2009

Tanpa Arah

* Bingung

* Jiwa kacau

* Sesak

* Boring

* Tension

* Hilang Arah

* AaAaRrrrrRRRGGggggGHHHhhhhHH

Saturday, March 28, 2009

Majlis Ulangtahun Suraya

Hari ini merupakan hari cuti bagiku.. Tiada kuliah untuk hari ini.. Namun esok kuliah akan bermula seperti biasa dan bermula jam 1 petang. Tiada banyak perkara yang di lakukan sepanjang hari ini..Hanya di isi dengan masa untuk bersemayam di atas katil yang sudah kurang empuknya. Semalaman aku tidak melelapkan mata dan hanya tidur selepas subuh.. Apa yang aku buat? huhu melayan radio yang setia menemani aku dan bermain uno sampai ke pagi.. Ya di saat ini aku terlalu addicted dengan uno game.. Dahulu aku suka melayan soalan² kuiz dan sekarang nih aku beralih ke uno pula..

Bangun dari tidur terus mengonlinekan diri, belum cuci muka lagi tuh adoiyaii... Line internet ku kebelakangan ini agak² lemau dan lesu hahah (boleh ker macam tu) senang cerita kurang bestlah untuk aku melayar dunia maya.. Apatah lagi di saat bermain uno dan kuiz.. LAG hanya itu yang dapat aku ungkapkan.. Tatkala bermain kuiz dengan line yang semput sering sahaja jawapan di jawab oleh orang lain terlebih dahulu.. oh panasnya hati hahaha

Seusai bermandi manda di kolam yang cetek.. aku mencari benda² yang boleh di makan di dapur yang usang. Tiada apa yang dapat membuka selera.. Akhirnya maggi jugalah yang menjadi santapan.. Tapi tidak mengapa kerana petang ini aku akan menghadiri majlis jamuan sambutan hari ulangtahun Siti suraya di rumahnya. Kami mula bersiap seusai solat asar dan keluar setelah semuanya siap..

Hidangan mee kari, mee sup dan kek yang membuka selera.. Sesekali makan beramai² memang seronok.. Berkumpul bersama rakan².. Kami bersurai selepas solat maghrib.. Berjalan kaki balik kerumah sambil singgah di kedai2 di tepi jalan sambil berborak kosong.. Akhirnya sampai juga ke rumah walaupun agak lewat sedikit dari teman serumah yang balik menaiki bas :) Sesampai jer di rumah benda alah nih lah yang aku tengok dulu.. YM dah terout..kompom line bengong semasa ketiadaan aku di rumah tadi..

Mencari2 soalan bagi subjek adab balaghah yang ingin di pinjam member sambil menyelongkar kotak2 simpanan harta karun..kotak bukan sebarang kotak tau.. kotak bank soalan tuuuu... hehe Dan bila sudah di jumpai aku asingkan dengan soalan2 yang aku perlukan untuk buat rujukan soalan untuk sem ini.. Dan aku mengonlinekan diri semula sambil melawat2 site man united dan membaca forum.. Oh terlalu banyak hahaha...

o.0 ya bagaimana 60 Earth Hour kat tempat korang? Apa yang aku tengok kat mesir nih seolah2 tiada pun yang support dengan Earth Hour nih walaupun untuk sejam.. Tak tau lah di kawasan lain.. Tapi di iskandariah ni apa yang aku tengok lampu2 sentiasa terpasang... (^-^)

Buat Bestday girl siti suraya.. happy birthday.. Sannah hilwa ya gamilah.. Selamat hari lahir yang ke 24.. Hope happy olwez with someone special and will be success in ur life.. Wish u dream come true..

Kelalaian Dan Kealpaan.

Akhir2 ini diri begitu leka dengan urusan2 dunia yang kurang memberi manfaat.. Bukannya tak menyedari akan hal itu cuma ingin memberi ruang untuk diri berhibur. Namun sampai bila terus berhibur. Putaran masa terus berlalu meninggalkan kita..

Kuliah2 di hadiri mengikut jadual di minggu lepas.. Walaupun ada kelas yang di batalkan.Dan kehadiran ke kuliah untuk menyelesaikan urusan2 tandatangan dari pihak pentadbiran kuliah sudah pun selesai.. Ku panjatkan kesyukuran. Maklumlah bilamana berurusan dengan orang arab di sini, kerja yang boleh di siapkan dalam sehari menjadi dua hari walhal cuma untuk mendapatkan tandatangan sahaja.

Program biro WADI melaksanakan tasmik al-quran juga sudah mula berjalan. Dan memo untuk muqarar bagi madah al-quran sudah di lekatkan di kuliah. Alhamdulillah di beri kelonggaran kali ini dengan hafalan mengikut juzu'. Harapnya dapat menghafal dengan baik. Dan aku baru mula nak mengulang hafalan ku petang tadi. :)

Begitu banyak masa baru hari ini punya kesempatan untuk mengulang hafalan.. adess sampai bila terus menghadap laptop ini.. Apa yang ada sehingga perhatian begitu tertarik dengan laptop dan meninggalkan buku2 pelajaran.. Kejayaan itu milik mereka yang berusaha bukan mereka yang lalai dan leka..

Friday, March 27, 2009

28 Mac 2009


Semua pun dah tau pasal nih. So jangan lupa untuk sama² merasai nikmat kegelapan dunia hehe Sebelum tuh pastikan pintu2 rumah dan tingkap tertutup, takut² sang perompak menjalankan operasi di waktu dunia sedang bergelap.. Jadi kena pastikan semuanya dalam keadaan yang selamat..

Wednesday, March 25, 2009

Ruang Privacy yang bukan lagi privacy

Kadang2 kita perlukan ruang untuk kita sendiri untuk bersendirian tanpa ada orang2 yang asing dalam erti kata kebiasaannya... Namun akhir2 ini ruang itu seringkali di teroka oleh orang2 di sekeliling kita..

Mengapa tidak ada yang cuba memahami?

Sesungguhnya aku amat merindui ruang kosong yang hanya di isi olehku..
Rindukan bilik aku di malaysia.

Apakah aku akan menemui ruang itu di sini?
Cubalah untuk memahami.. Berilah ruang privacy untuk orang2 yang sepatutnya mendapat privacy di ruang sendiri..

Mungkin sekali dua bersama tidak menjadi gangguan padaku, namun bila sudah hari2 ada yang bertenggek di ruang itu membuatkan pandangan dan dadaku sesak..

cubalah untuk memahami!!!

Monday, March 23, 2009

Kuliah

Kuliah ku hari ini ku gagahi juga untuk menghadirkan diri, walaupun mata agak terasa pedih dek rasa mengantuk yang teramat sangat. Bilamana tiada tidur di waktu malam dan hanya terlena seusai azan subuh. Mujur kelas bermula jam 1 sehingga jam 3. Masih mempunyai waktu untuk ku merehatkan mata sejam dua.. Seusai jam 10 pagi aku di kejutkan teman sebilik tapi masih terlalu awal jika hendak bersiap di tambah rasa mengantuk yang masih bersisa. Tanpa ragu aku menyambung tidurku. Sedar jam lonceng sudah d setkan tiada lagi keraguan kerana yakin pasti akan terjaga juga.

Tepat jam 11.45 jam mula berlagu riang mengejutkan si pujangga yang asyik dengan lena yang berbaki. Walaupun rasa mengantuk masih ada namun ku harus mengorbankannya untuk menghadiri kelas. Ya kelas!.. Jam 12.30 aku sudah bersiap sedia untuk bergerak turun dari rumah. agak silau dan bertambah sepet mataku dengan panahan sinaran mentari itu. AArrgghh!!! terasa tidak sanggup untuk ku berjalan di bawah sinaran matahari. Andai ku tahu perlu menapak untuk ke stesyen bas ke kuliah pasti aku akan bergerak lebih awal dari rumah tadi. Dalam aku teruskan langkah kepala ku ligat berfikir..mungkin ada gunanya spek hitam di saat ini.. agar mataku tidak akan terus menjadi sepet ;P

Sesampai di kuliah aku terus ke kaunter penjualan kitab untuk mendapatkan kitab yang baru di keluarkan dan dijual. Alhamdulillah aku berjaya mendapatkannya dengan harga LE40 untuk sebuah kitab Qadayah Fiqhiah Muasirah. Sepanjang barisan menunggu puas ku memerhatikan gelagat orang arab di sini. Kita berbaris untuk mendapatkan kitab tapi yang baru datang juga yang dapat dulu. Ku tunggu dan perhatikan dengan penuh sabar. Akhirnya penantian ku itu tidak sia2..

Setiba di kelas Doktor Mohd. Ali Ramadhan sudah pun berada di dalam kelas. Mungkin baru sahaja masuk. Sesampai di ruang pintu DR baru menyuruh membuka kitab di muka surat 115. Bab saham. Ya kami dah sampai ke bab saham sekarang. Tapi kitab baru sebentar tadi aku mendapatkannya. Sepanjang kelas aku berjaya menahan mata aku dari tidur walaupun mata masih terasa mengantuk. DR teruskan pengajaran dari lembar ke lembar di selangi beberapa soalan daripada pelajar. Mungkin DR kelihatan agak tua dan ada yang keluar masuk kelas sesuka hati ketika DR mengajar. Ini perkara yang lazim akan kelihatan di dalam kuliah kecuali yang mengajar ketika itu adalah DR yang tegas dan syadid :) Bila mana DR yang mengajar adalah DR yang syadid jarang sekali akan kelihatan pelajar keluar masuk mahupun yang menjawab telefon di dalam kelas.

Kelas yang sepatutnya berakhir jam 3 petang nampaknya hanya sampai jam 2.05 ptang sahaja. Aku terus mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Berjalan seorang diri sambil mengetip kuaci di bibir. Rasa seronok terasa.. Ya kadangkala kita merasa seronok berjalan seorang diri dan kadangkala akan ada rasa takut :) Sepanjang perjalanan ku hari ini aku berjumpa dengan orang2 yang ramah dan murah dengan senyuman.. Dan bila sampai di stesyen bas aku terus mendapatkan bas untuk pulang ke rumah. Berbual dengan pakcik driver yang mengatakan keinginannya untuk datang ke malaysia.. Bila ku tanya imta?(bila) dia jawab bila dia dapat mengahwini orang malaysia.. Kau tak mau kahwin denganku? tanyanya.. Aku cuma tersenyum.. dalam hatiku terasa lucu dan mampu ketawa di dalam hati.. Walaupun rambutnya sudah di tumbuhi uban dia masih ingin berkahwin lagi. Dan pada penglihatanku seolah2 dia memang sudah beristeri pun hahaha..

Sesampai di rumah aku terus membersihkan diri dan menyediakan makanan tuk mengisi perut yang kosong. Dan selebihnya masaku mengadap laptop dan bertemu rakan2 di dunia maya. mengusik2 dan membuat penyamaran. Terasa terhibur dengan gelagat sendiri..

Friday, March 20, 2009

Likuan cinta

Ingin sekali ku pergi jauh
Namun mengapa sukar mengatur langkah
Jalan lurus luas terbentang
Mengapa likuan yang harus dilalui
Aku lemah, Kaku, dan kelu...

Cinta itu tiada arah
Cinta itu tiada pegangan
Cinta itu tiada akhirnya
Tapi mengapa..

Mengapa itu yang di buru
Mengapa itu yang dikejar
Sedang kau tahu natijahnya
Tidak semua akan sempurna..


nukilan:
nienakariena
1.05 a.m
170309

Keliru

Sesungguhnya aku amat keliru dengan perasaan aku ketika ini.. Aku keliru dalam membuat keputusan.. Keputusan yang akan melukakan hati seseorang dan mungkin juga akan melukakan hati aku sendiri. Aku sendiri tidak mengerti apa yang ada dalam hati aku sekarang. Cuma di saat ini aku tiada perasaan utuk bercinta. Rasa sayang itu sudah beransur hilang. Aku keliru samada mau meneruskan atau pun berhenti saja di sini.

Orang kata untuk apa di teruskan kalau sudah tiada rasa sayang.
Untuk apa di teruskan kalau tiada rasa cinta.

Cuma aku tiada cara untuk menyatakannya.. Aku tak boleh teruskan cinta ini atas dasar simpati. Aku tak boleh nak teruskan hubungan ini jika dalam hati aku terasa kosong. Aku tiada rasa apa2 sekarang. Agak lama aku fikirkan benda ni, dan ianya makin memberat jika selalu di fikirkan. Aku perlukan cara.. Ya cara dan masa yang sesuai untuk aku akhirkan semua kisah ini.

Mendiamkan diri berterusan bukanlah jalan terbaik. Aku tak mau ada hati yang terus mengharap. Mungkin saat ini aku kebosanan dengan cinta. Tapi mungkin satu hari aku akan kebosanan bila sendirian. Entahlah.. Sukar untuk ku menafsir apa yang ada di dalam hati.

Kalau di ikutkan saja kata hati ini, entah apalah yang akan terjadi kelak.. Segalanya nampak kabur di pandangan mata kasarku.

Serasa macam nak gila.. hahaha

Perlukah aku jumpa pakar kaunseling?

Tuesday, March 17, 2009

Duhai Hati

Duhai hati yang lemah
Yang mengalir padanya darah merah
Tatkala kesedihan menyelubungimu
Jangan pernah di biar sunyi

Hati ini bukan milik sesiapa
Hati ini milik kita
Corakkan warna keriangan
Agar tiada kesengsaraan

Duhai hati yang lemah
Ingin sekali aku membelaimu
Selembut sentuhan kasih
Seindah belaian sayang
Akan ku hiasinya
Penuh dengan rasa bahagia
Agar hatimu kembali ceria...


nukilan:
nienakariena
1.00 a.m
17.mac.2009

Saturday, March 14, 2009

Panas Beb!!!

Hati aku banyak panas hari nih beb.. Very kuang jaq lah budak yang aku jumpa kat kuiz kc tadi. Ikut sedap hati jak mau kutuk aku. Tapi aku malas mau gaduh, aku biar jak dorang mengutuk aku sesedap hati dorang. Aku tak tau apa salah aku dengan dorang. Aku cuma jawab soalan kuiz jak pun. Ya mungkin dorang sakit hati sebab aku dapat jawab soalan tuh.

First dorang suh aku berhenti main kuiz tuh.. Suka-suki hati dorang jak. Kalau mau main kuiz yang orang lain dak boleh join buatlah kuiz sendiri. tak yah bercampur dengan orang lain. Buat soalan n jawab sendiri soalan tuh. hah barulah bangang dan bahalol jadinya.. Aku rasa cam mau memaki jak tadi.. Kutuk aku nda alang2 cakap aku nih lom masuk universiti lagi kot. Padahal dorang baru abis spm pon. Keputusan baru jak keluar tapi belagak macam taik. Aku diam jak dorang kata aku lom masuk universiti. Orang belajar tinggi pon dak belagak tapi budak2 sekarang memang perangai cam taik la. Bikin hati aku panas.

Aku malas mau layan dorang kutuk2 tuh aku sambung main kuiz. aku tak peduli pon dorang. Lama2 dorang senyap. Dari tadi aku cakap dorang2 jak kan... ermm depa berdua.. aku mention nick dorang sini yang sorang nih nick jabin perangai serupa jamban. Busuk perangai macam busuknya jamban. Yang sorang lagi jasper. dua kali lima sama dengan jambin.

Tetiba aku tengah syok main kuiz sorang2 dorang muncul balik.. Datang2 cari pasal.. Aku diam2 c jabin nih p kacau lagi. Padahal aku langsung tak usik dorang pon.. Tak tau lah kenapa dia sakit hati betul dengan aku.. dia cakap aku sengal lah.. aku diam jak.. dia menyampah lah.. aku wat dunno.. jasper tegur jabin dia kata tak baik macam tuh n jangan lah kacau dia lagi.. Aku cakap kat jabin.. "aku tak tau apa masalah ko dengan aku. itu kau punya pasal lah. Aku takmo gadoh. Aku tak kacau kau pon tapi aku tak tau kenapa kau sakit hati dengan aku. Kau sakitkan hati aku, aku harap kau dapat balasan balik..

Jasper minta maaf tapi aku betul2 sakit hati beb.. Sorilah.. Tapi bukan sekarang.. Aku doakan tuhan tuh bagi balasan yang setimpal dengan kamu. Andai kata suatu hari ada orang sakitkan hati dorang harap dorang sedar itulah balasan dari hati orang yang pernah dorang sakitkan. isk tak pernah aku rasa terhina gilak macam nih.. Kang aku doakan yang dak baik2 baru padan muka dorang.. hahahha dorang orang2 yang di aniaya nih cepat jak d makbulkan kan.. hahahah kalau ikut rasa emo dan otak gila aku nih macam aku mau ermm.....

gilak gilak...

Friday, March 13, 2009

Muqarar Baru Untuk Al-Quran

hari nih aku baru tau pasal muqarar(sukatan) untuk subjek Al-Quran.. Sebelum nih, apa yang kami tahu, bagi pelajar tahun satu menghafal surah Al- Baqarah. Tahun dua surah Al- Baqarah, al-A'raf & Al-Anfal. Bagi tahun tiga pula surah pelajar tahun 1 & 2 di tambah dengan surah Maryam, Al-Haj, Al- Anbiya' & surah Thaha. Tahun empat pula kena hafal surah2 di atas tuh dan di tambah dengan surah Yassin, As_safat, sood, Az-zumar, Ghafir & fusilat.

Tapi hari ini aku mendapat perkhabaran yang agak baik. Tahun 1 cuma mengafal 1 juzu surah Al- Baqarah. tahun 2 pulan 2 Juzu. Tahun 3,3 juzu begitu juga tahun 4 dengan 4 juzu.

Mungkin agak mudah sedikit, walaupun dah ramai yang mula menghafal surah2 yang asal bermula dari sem pertama.. Apatah lagi bagi mereka yang dah repeat paper Al-Quran berulang kali. Ini merupakan satu cabaran juga untuk menghafal. Mungkin bagi mereka yang bergelar Muadalah dari Insaniah mempunyai keringanan sedikit untuk menghafal surah al-baqarah kerana di Insaniah juga menghafal surah yang sama 2 juzu untuk setiap tahun. Tapi bagi mereka yang menghafal dari surah2 yang lain kena banyak berusaha.

Nampaknya aku kena mula menghafal dari sekarang. Masa untuk berfoya-foya dengan lappy dan dunia maya nih patut di kurangkan.. no kuiz,no game online, no chatting... huhuh (boleh kew?

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihkan.. So semua tuh dari diri sendiri juga.. I hope aku dapat habiskan semua hafalan aku sebelum bulan 5 and get ready for war..

Apa2pun sebelum menghafal quran sucikan hati dulu..Kalau tak hafalan susah nak lekat kat kepala.

And today i've done my job. Very happy n tiada lagi benda yang nak d fikir lepas nih. Tinggal nak edarkan iklan jer.. Akhirnya mood tuh datang juga yer.. hahahha

Thursday, March 12, 2009

Kerja Yang Tertangguh

Akhir2 nih aku langsung tiada mood mau buat kerja yang kena suruh buat.. Bukannya sibuk tapi malas.. Terus terang aku cakap aku malas dan tiada mood. Aku suka buat kerja kalau time mood ok mau buat kerja.. Nih sudah masuk bulan tiga bermakna sudah 3 bulan lah juga kerja aku tertangguh. Yang lain semuanya sudah siap cuma ada 1 lagi yang belum siap.. mau mendapatkan gambar dan mengedit tuh yang aku payah sikit. Pening dan penat memerah otak. Serius beb.. Mungkin kalau orang yang dah terer tiada masalah mau mengedit tuh semua.. tapi bagi aku yang tiada basic dalam photoshop nih agak2 lemau sikit lah.. hahha

Benda nih sudah beberapa kali kena tanya oleh ketua DMSI.. huhuh tapi aku lom siapkan juga. Alasan aku selalu bagi lom ada gambar.. hahaha logik ka? Tapi logik juga lah.. So lepas dari hari Sambutan maulid tuh aku tiada alasan lagi mau cakap tiada gambar. So aku kena siapkan jugalah nampaknya. Adess pemalas kan aku suka tangguh kerja hahaha...

ermm Sekarang nih aku asyik main kuiz dengan game jak.. Boleh di katakan hari2 aku login room tuk main kuiz.. ntah lah apa yang best sangat main kuiz tuh.. May be kejar point kot wkakaka...

Semalam aku dapat lagi satu tugas dari ketua biro sukan.. Mau iklankan pertandingan cipta lagu BKPSM. Iklan dah siap tinggal mau print jak lagi. huhu Insyallah aku print dalam minggu nih juga sekali dengan kerja aku tuh terus. Mau hantar laporan DMSI tuk masukkan dalam web BKPSM lagi. hahah cam nda pandai mau bagi ayat skema nih buat laporan.. aku try jak lah wkakak

Aku betul2 sakit kepala hari nih. dari petang sampai ke malam.. Aku pon dak tau apa punca.. Banyak tidur? mungkin juga.. Kurang tidur? pun mungkin juga.. Terlampau mengadap lappy? mungkin juga... AaaRRggGhhhHHH!!!

Wednesday, March 11, 2009

Satu Bintang

Kau selalu mempermainkan hatiku
Hingga membuat diriku merasa tertipu
Ooh... kau pun harus mengerti
Semua cinta yang kumiliki

Mungkin hanya ada satu bintang
Yang dapat menghiasi hatimu
Dan jangan pernah engkau siakan
Seseorang yang ada di hatimu

Pastikan hanya ada satu bintang
Yang slalu menyinari jalanmu
Hingga akhirnya kau sadari
Dirikulah yang ada di hatimu




Satu Bintang - Antique

Sambutan hari Maulidur Rasul


Alhamdulillah selesai satu lagi program yang dijalankan oleh DMSI (delegasi mahasiswi Iskandariah Sabah) iaitu program sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung di kediaman Timbalan pengerusi DMSI iaitu Saudari Siti Suraya. Turut hadir pada majlis yang serba ringkas itu ialah Ustazah Habibah mat Rejab (Atase Pendidikan) dari jabatan kedutaan malaysia yang bertugas di iskandariah..

Acara di mulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Dan di teruskan dengan ucapan Timbalan pengerusi. Antara ucapan dasar dari timbalan pengerusi DMSI yang di sampaikan oleh saudari siti suraya ialah ucapan terima kasih dan di antara agenda sambutan ini selain dari sambutan maulidurrasul, turut di raikan juga majlis perpisahan dengan Ustazah Habibah yang akan habis kontrek dengan pejabat kedutaan pada april nih dan juga kak aisyah monib dan Norlina saidi yang akan balik ke malaysia dalam bulan nih insyaallah.. Juga majlis sambutan hari lahir saudari irma Ningsih dan pelancaran program Tasmi' Al-quran dan Usrah. Suraya juga menyeru agar semua pelajar sabah mencontohi si
kap rasulullah.

Dan ucapan seterusnya di sampaikan oleh Ustazah Habibah Mat Rejab.. Bermula dengan sesi suai kenal bersama pelajar2 sabah yang lain dan juga pengenalan dari ustazah sendiri. Ustazah juga menceritakan sejarah dia menuntut ilmu d jordan.. Yang mana kita belajar berjauhan dari keluarga banyak mehna yang akan kita lalui.. Tapi walau apapun yang akan berlaku kita kena kuatkan semangat. Bilamana kita dah di hantar belajar jauh bermakna restu mak ayah dan keluarga mengiringi perjalanan kita. Jadi tidak seharusnya kita mengecewakan mereka dengan pencapaian buruk mahupun berhenti di separuh perjalanan
..

Acara di teruskan dengan persembahan nasyid dari adik2 junior pelajar tahun pertama... Dua lagu di nyanyikan dan persembahan sungguh menghiburkan.. A
cara jamuan makan di teruskan setelah selesai semuanya.. Majlis berakhir dalam jam 5.00 petang.

{skema giler entri kali nih ahaha.. praktis nak hanto laporan punya pasal hukhuk}

Sunday, March 8, 2009

Suara Hati

Suara-suara itu kedengaran lagi
suara yang begitu indah
mengalunkan lagu rindu
mendendangakan irama kasih
mengungkapkan rasa cinta..

maka bertebaranlah
rasa kasih dan sayang
pada insan yang memerlukan

Saturday, March 7, 2009

Rasa Hatiku


Entah mengapa perasaan ini seolah2 ada yang tak kena sejak 2 hari ini. Sukar untuk aku huraikan mengapa dan kenapa. Apa yang ku rasa hati di usik rasa rindu.. Dengan siapa? aku sendiri kurang pasti. Boyfriend? a lil bit.. Family? ya.. rindu sangat.. Kawan2? ermm macam biasa jerk..

Aku mengambil sedikit masa untuk menghubungi family d kampung. Gembira dapat mendengar suara merdu kedua orang tuaku.. Namun belum cukup untuk meredakan rasa gundah gulana yang bersarang di hatiku.

Apa sebenarnya yang berlaku nih... Apakah aku telah membuat orang lain berasa hati sampaikan hati ku tidak setenang selalu.. Apakah aku telah membuat orang sakit hati hingga mengundang rasa gundah gulana padaku. Adakah aku telah mengabaikan perasaan orang lain? Aduhai semuanya memberat di fikiranku.

Duhai hati tenanglah dikau setenang air yang tidak berkocak dan di hempas badai..

Friday, March 6, 2009

my pebret song..

kali nih aku mau kongsi dengan korang2 semua lagu2 pebret aku.. so aku bagi korang link tuk download jugak.. kalau korang suker korang download kalau tak suke diam2 sudeh hahaha...

Kangen Band - Doy
Ari Lasso ft Bunga Citra Lestari - Aku dan Dirimu
d'masiv - Di antara Kalian
Duta ft Baizura Kahar - Cinta Antara Kita
Aizat AF5 - Sahabat

Wednesday, March 4, 2009

aiyarkk!!!


Agak kelam kabut kehidupan aku dalam beberapa hari ini. Tiada apa yang di buat tapi masa yang tak pernah nak cukup untuk aku menguruskan jadual harian aku.. hahaha boleh ker macam tuh? Sebenarnya aku sibuk dengan agenda yang aku buat sendiri. Tak de pon program2 yang di jalankan. Tapi rasa kemalasan dan kekeringan idea membuatkan aku malas mau menulis di blog nih. Ada cerita tapi otak ku kering masa tuh., So aku check2 rock2, pekena mee goreng mamak kat romansa cafe dengan pop ice capucino ada baiknya.. Betapa nikmatnya hidangan makan malam.. Sedap memang sedap, nak pekena hari2 kopak duit seh hahaha...

Semalam aku keluar lagi dengan budak2 junior... Ekceli aku keboringan duduk rumah. Bukan tiada benda nak buat, ader jer tapi aku malas.. Mood aku ader tuk hanging out jer masa tuh. Destinasi tujuan "mansyiah". Best gak lah gi jenjalan. Aku gi beli jam lagik, tapi kali nih aku beli jam yang tulisan arab punya. huhu baru jer aku beli jam kat matrouh hari tuh, nih aku beli lagik.. Adeii.. Tapi yang bestnyaaa ada orang yang bayar jam yang aku nak beli hahaha... Hadiah birthday. Thanks lah kat piqa dgn Azie..

Lewat juga kami balik dari mansyiah, kami turun d miami lagik p carik makan. Kiranya rancang mau p makan kat romansa cafe tapi takut tutup pulak. So kitorang makan kat miami jer lah.. huhu lepas makan kitorang balik n singgah kat rumah kak sam. Mau wida' lah kiranya kot2 lah dak dapat mau hantar sampai cairo. Sekalinya sampai situ durang gtau dak jadi balik malaysia 8 mac nih. Tiket lom kompom. So tunggu tiket kompom lagik... Sempat lagi jumpalah nanti..

Tapi aku kena p cairo juga.. May be dalam bulan nih juga. Agak2 malas lah mau balik p sana. Kompom duit macam air yang jatuh.. adeii nampaknya pokai lagik lah bulan nih.. Kali nih aku kena suruh buat Tahlidam(ujian darah) lah pulak. Ermm tahun lepas aku balik malaysia n terselamat tak pulak syadid nak kena buat ujian. Tapi kali nih macam kena buat juga. Nasib jer lah aku takut tasdiq kuliah tuh tak keluar kalau tak kompom aku tak buat juga hahaha.. Kalau tak keluar tasdiq alamat tak bersambunglah visa aku. Dah lah sekarang nih pon masalah visa. Dah macam Pendatang tanpa izin pon ada. Tawakal jer lah, harap2 tak kena cekup. Tapi menakutkan gak lah sebab ada member cerita kat tempat lain polis cek kat rumah2 dah.. Mintak2 lah tak buat kat sini.. hahaha Kalau ader buat juga ramailah pelajar malaysia yang akan duduk d rumah merah jadi pendatang tanpa izin.. ;P Eih ader rumah merah jugak kah di sini? Nasiblah aku p Matrouh hari tuh selamat dan tiada cek pasport. Kalau tak? tak tau nak katalah apa akan jadi huhu.. Aku harap2 tiada apa2 juga akan terjadi. Bukan silap dari kami yang tak buat pasport. Tapi pengurusan pihak2 tertentu juga melambatkan proses nih. Aku tak salahkan siapa2 pun.. Mungkin ada baiknya sistem pengurusan d mesir nih d upgrade kepada yang lebih baik.. Dari manual ker auto kew.. hahaha

huhu perjalanan yang tanpa henti..
alex - cairo ..... cairo - alex ....

Sunday, March 1, 2009

Nice Trip Matrouh 25 - 27 Februari 2009

Well aku baru jak sampai kat rumah semalam. Kalau di ikutkan memang semalam mau update cerita Matrouh nih tapi terasa penat yang teramat sangat ditambah rasa mengantuk yang dak tertahan. so terpaksalah aku tunda update ke hari nih.


Kami mula bertolak 25 februari jam 1.30 petang dari assafir
ah iskandariah menggunakan tremco sampai ke mau'af iskandariah. Seramai 14 orang yang mengikuti rombongan cik kiah ke Matrouh dan 2 orang daripadanya pelajar lelaki yang merupakan AJKT kelab umno iskandariah sekaligus menjadi Musyrif. Sampai kat Mau'af iskandariah kami menukar tremco menggunakan tremco Matrouh. Agak murah perjalanan sendiri daripada menyewa kenderaan untuk pergi dan balik. Tambang untuk pergi sahaja baru LE16 untuk satu kepala. Sepanjang perjalanan tuh ada yang tidur, sembang2 sambil makan keropok2 yang dibeli sebelum bertolak. Perjalanan mengambil masa dalam 4jam. Kami sampai ke matrouh dalam jam 8 malam. Kami berhenti kat Nadi Mubarak. Then turun cari tempat tuk menginap. Agak mudah juga nak cari tempat tinggal. Banyak jer yang kosong tapi harga tuh yang kurang berpatutan. Terjumpa dengan seorang pakcik bawab tu dia suggest kat kitorang amik sya'ah. 1 Sya'ah LE50. Dah kira ok lah tuh tapi masalahnya pulak makcik yang nak bagi sewa tuh muka kelat semacam n sombong sikit. Dah tuh sakhanah(water heater) pulak tak ok kat setiap sya'ah tuh. so kitorang tak jadi nak amik rumah tuh, kitorang p tempat lain. Dapat rumah LE50 tuk sehari. Rumah ada 3 bilik. 1 bilik ada 2 katil. Kire cukuplah untuk kami semua. Sakhanah pon ok kat rumah tuh. so kitorang amik yang tuh lah. Dia kira kami amik 2 malam 2 hari tuh dia mintak LE300.Amik 3 biji rumah, 2 untuk bebudak pompuan n 1 rumah tuk budak lelaki. Settle cari rumah, kitorang rest kejap simpan barang2 n solat. Ready nak gi cari makan malam.
Hidangan makan malam

Keluar p cari tempat makan, sempat lagi sesat, tersalah jalan.. So kitorang bergambar2 lah n then patah balik cari jalan alexandria street. Tempat tuh banyak kedai2. Hampir jam 10 lah juga baru jumpa kedai makan "sahar Restoren" semuapun kelaparan sudah. First time makan makanan arab yang nih, "tohinah" tuh sedaplah pulak. kira lidah aku leh terimalah. Yang lain2 tuh sedap gak tapi aku tak tau nama makanan tuh hehehe.... Abis makan, pengumuman pembubaran AJKT UMNO SESI 2007/2008 di sampaikan oleh Siti Aisyah. Pastu kami keluar jalan2 nak cari makanan ringan n air mineral tuk minum di rumah. Balik rumah kepenatan, bersihkan badan & tidur. Esok nak kena bangun awal pulak sambung perjalanan.
Pantai Agibah
Hari kedua di Matrouh bangun seawal jam 8 pagi, kejutkan suraya n terus p iron baju. Jenguk dapur gas kat dapur, berusaha dengan suraya nak hidupkan dapur tuh nak masak air & meggi tuk sarapan pagi. Hujan yang turun dari awal pagi membuatkan pergerakan kami agak terbantut. Selepas zohor barulah kami dapat teruskan perjalanan. Sempat bergambar2 di beranda rumah sementara menunggu hujan reda. Destinasi pertama kami "pantai Agibah" iaitu pantai ajaib yang dikatakan mempunyai 7 warna. Betapa indahnya ciptaan Tuhan, amat mengagumkan. Masa kami sampai tuh yang aku pasti ada 4 warnalah kat pantai tuh warna hijau, putih,biru muda dan biru tua. Kira lamalah juga kami di pantai agibah tuh dalam 2 jam menyusuri anak tangga turun ke bawah dan menyusuri batu2 di sepanjang perjalanan untuk ke hujung pantai. Sambil berjalan sambil kami bergambar2. Bila da balik tuh kami tak naik ikut anak tangga sebaiknya kami mendaki dari lereng bukit. Gayat gile bila tengok bawah. Tak lah tinggi sangat tapi boleh buat aku pening jugalah sikit kalau memandang kat bawah.

Cleopatra Beach

Hamam Cleopatra

Destinasi kedua kami "Cleopatra Beach". Apa yang menarik di tempat nih hamam cleopatra terletak di atas dasar laut. Iaitu bilik mandi cleopatra. Tapi kami kurang bernasib baik hari nih dengan cuaca yang mendung dan hujan renyai2 kami cuma dapat pergi ke dasar pantai dan tidak dapat menyeberangi untuk pergi ke hamam cleopatra kerana ombak yang kuat dan paras air yang tinggi. Kami cuma dapat bergambar dari jauh jew. So kami tak mengambil masa yang lama dekat situ may be adadalam setengah jam jak. setelah mengambil gambar kami bergerak menuju ke El Gharam. Lebih kurang macam Cleopatra beach jer tempatnya. Tak semua pun yang turun. Ada dalam 7 orang jer yang masih semangat turun nak bergambar2 yang lain dah kepenatan. Then kami pulang menuju ke Alexandria street tuk makan. Selesai makan kami ke pasar Libya. Mencari "balah bisyuklata" & balah biluz" iaitu kurma berinti coklat dan berinti hazelnut. Ada yang membeli baju2 dan macam2 lagi. Kami balik dari situ dalam jam 7 lebih. Lepas hantar barang kat rumah kami keluar balik p cari makanan untuk sarapan esok pagi. Sebab kalau cari esok belum tentu ada kedai buka pagi so sedia sebelah malam lah.Balik rumah bersihkan badan, solat jama' ta'khir n take a rest.. Packing barang2 tuk pulang sok n after that tido....

Ahli AJKT kelab Umno Iskandariah

Hari ketiga hujan masih turun lebat di pagi hari jumaat. Perancangan nak gi pasar Libya lagi. Kami keluar dari tempat penginapan selepas solat Jumaat. Solat zohor n jama'. Then kami keluar menuju kepantai dan pakcik bas dah tunggu kami dekat pantai. Kami sempat bergambar2 dan membawa pakcik tuh ke "ar-rumail beach". Pakcik tuh agak sporting. bergambar2 dan kami menuju ke pasar Libya. Aku nak gi beli jaket manchester. Ramai juga yang turun membeli barang2. Selesai membeli belah kami menuju ke tremco n bersedia tuk bertolak ke alex.. Ianya satu pengalaman yang best dan perjalanan yang enjoy. Semua yang mengikuti rombongan pun satu kepala. hehehe it's a nice trip.. and i hope ada lagi trip macam nih d masa akan datang.

Alhamdulillah kami dah selamat pergi dan selamat kembali ke alex. Perjalanan yang agak memenatkan tapi berbaloi. Sampai sekarang pun aku masih terbayang suasana Matrouh yang agak ketara perbezaannya dari bandar kaherah dan iskandariah. Apa yang jelas nyata Bandar Matrouh bersih dari sampah2. Dan ianya merupakan bandar terancang yang ada d mesir nih. Mempunyai trafic light dan di patuhi oleh penduduknya. Keramahan penduduk di bandar Matrouh juga menambahkan lagi keseronokan perjalanan kami. Kalau di beri peluang aku ingin menjejakinya sekali lagi. It's a nice place and trip.. I love it...