BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 19, 2010

Salam Lebaran


Masih belum terlewat rasanya untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua rakan2 blogger dan juga muslimin dan muslimat yang menyambut hari raya... Syawal kali ini aku dan rakan-rakan yang lain berkampung d Kaherah.. Seronok raya beramai-ramai. Sempat lagi membuat kuih muih hehehe...

Hari raya pertama ada majlis sambutan raya pelajar sabah bersama pegawai.. Dapat juga makan nasi impit,rendang daging,satey dan kuih muih.. Raya kedua duduk bersantai di rumah.. Raya ketiga dah di shopping kompleks nak main boling, sambil temankan kawan mencari external hard disk. Dah makin murah harga hard disk sekarang.. berbaloi-baloi kalau beli hahahah Raya keempat aku dah beraya di kedai kristal pulak hahaha.. bukan gi berkunjung rumah kengkawan tapi beraya di kedai-kedai jer.. Tak ramai yang buat open house tahun nih.. Selalunnya tiap tahun setiap apartment akan buat open house tapi mungkin kesuntukkan masa dan kesibukan nak menyambut pelajar baru sampai ke mesir ramai yang tak dapat nak buat open house..

Lebih kurang sepuluh hari duduk berkampung di Kaherah sempat juga berkenalan dengan pelajar-pelajar baru yang sampai.. Boleh tahan ramainya.. Dan bilamana nanti pelajar yang bercuti balik ke mesir boleh jadi penuh dan sesaklah rumah tuh nanti.. hehe

Next month ada plan untuk turun ke kaherah semula untuk mengurus pasport yang dah hampir expired dan menghadiri pesta konvokesyen yang bakal berlangsung di ICC cairo.. Hope semua urusan pasport nanti berjalan lancar..

Lately rajin pulak call my family.. Almaklumlah baru topup lowrate.. bolehlah nak call.. Bila dah habis kredit nanti senyaplah semula hahaha..

Hari ini dah ramai yang mula balik ke kolej masing-masing.. Isnin dah mula hari bekerja dan sekolah.. My luv pon dah balik ke hostel dan esok dah start kelas. siap ada test lagi.. Hope u will success dear.. Rindu sangat.. Sedey pon ada saat dia nak pergi tadi. Lepas nih dah tak dapat nak gayut tiap-tiap hari cuma leh chat jer till final exam. T_T huk3 study rajin-rajin ekk kat sana.. moga berjaya selalu.. will miss u