BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 15, 2010

Random

Agak lama di biar blog nih tak berhapdet.. Line internet yang selalu saja buat masalah dengan kesibukan melanda diri dengan hal-hal sendiri hehehe. By the way... selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat.. HAri nih dah masuk hari kelima kita berpuasa dan malam keenam untuk umat islam mengerjakan solat terawih.. Semoga ramadhan kali ini mendekatkan lagi kita kepada Allah s.w.t dan dapat meningkatkan ibadah kita kepadaNYA.

Alhamdulillah keputusan peperiksaan ku sudah pun keluar.. Dan Aku lulus untuk peperiksaan kali ini.. Melangkah setapak lagi untuk menuju kepuncak.. Aku harapkan kejayaan ini akan terus berkekalan..

Baru-baru nih ada majlis perasmian asrama yayasan sabah iskandariah di rasmikan oleh Ketua Menteri Sabah. Lepas nih pelajar-pelajar sabah di alexandria tiada masalah dengan rumah sewa lagi.. Sudah ada kemudahan penempatan di sediakan oleh kerajaan negeri sabah. Alhamdulillah syukur.. Bertambah seronok bila mana dapat duit raya pada malam perasmian itu.. Almaklumlah tak balik bercuti raya di tanah air.

Cuti tahun nih ramai juga yang akan balik ke malaysia.. Pasti seronok dapat bercuti dan beraya di kampung.. Aku? untuk kali ini aku memilih untuk tidak pulang juga. Walaupun sudah di offer untuk balik bercuti. Tapi ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan aku memilih untuk tidak balik. Mungkin orang kata aku menolak peluang tapi bila difikirkan dari satu sudut yang lain, biarlah aku pulang dengan segulung ijazah, Mungkin itu lebih membanggakan dan tidak membelanjakan wang yang banyak. hehe


Cuti-cuti tahun nih banyak masa stay kat alex jer. Nak turun Cairo tapi mungkin belum masanya.. Panas terik di alex pasti lebih terik di Cairo.. So amik masa tuk mempelajari tajwid al-quran setiap hari jumaat. Dan banyak masa untuk pergi berjalan-jalan juga. Sebelum nih banyak masa menghadap laptop jer, dah line pun kurang cun dan tak dapat nak join geng-geng lain dalam room, gunalah masa tuk pergi bersiar-siar..

Dan acara tahunan family Day Alexandria pun sempat di laksanakan sebelum sehari sebelum puasa. Dan amat seronok bila sesekali berkumpul dan sukaneka bersama.. Terasa keakraban dalam satu keluarga dan organisasi.. Semoga ukhuwah antara kita akan terus berkekalan..