BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 21, 2014

rasa!

Aku selalu berbicara tentang rasa 
Rasa aku kepadamu 
Rasa yang kau tinggalkan 
Rasa rasaku sudah terlalu lama
Aku memendam rasa 
Bila aku meluahkan rasa
Cuma hati saja yang mendengar 
Kerana rasaku ini terlalu sukar 
Untuk aku sendiri mengertikannya



 nienakariena 21/02/2014 12:34pm  

Tuesday, January 14, 2014

tajuk apa?

Disaat aku terbuai aku mengabaikan 
Dan airmata ini jatuh kernamu.. 
Sejauh aku melangkah aku meninggalkan 
Namun jejak bayangmu selalu ada mengikutku.. 
Aku ingin pergi namun ku tak mampu
Aku cuba bertahan namun aku tewas 
Kerna desakan hati tak seiring dengan keinginan 
Mematahkan harapan memusnahkan impian.. 

 ::sufiesulaiman a.k.a nienakariena 1/11/13/2.05am::  

Kadang-kadang idea tu datang tanpa di sedari.. tetiba terlintas di akal fikiran.. sepatah demi sepatah..akhirnya menggambung membentuk kata.. aku suka menulis apa yang terlintas..tapi ada sesetengah yang terlintas tak dapat untuk aku habiskan dan siapkan.. sebab? Sebab idea datang setengah jak..tiada penyudah hahaha...

Saturday, January 11, 2014

" Jodoh kita "



Terdetik satu rasa
Membisikkan bahasa kata
Mebuka bicara cerita
Soal rahsia jodoh kita

Siapa pun pasti merasa
Hadir seketika cuma
Sering brulang tanda tanya
Siapakah "dia" jodoh kita

Kadang kala ia menggangu jiwa
Membius lena tiada noktahnya
Satu hati pautnya sama
Hakikat soal siapa jodoh kita

Sinar iman taqwa
Pilihan hati jiwa kita
Sebati kasih dugaan cinta
Sempurnakan kekurangan kita

Hanya Allah jawapannya
Merungkai maksud jodoh kita
Sunyi bahasa rahsianya
Masa bersedia pasti tiba

Yakinlah pada Allah
Sediakanlah jiwa seorang hamba
Untuk Memikul satu amanah
Jodoh kita rahsia Yg Esa....

Kredit : mujahid abadi

Thursday, January 9, 2014

sekian lama

Ku tinggalkan dirimu kekasihku
Ku tinggalkan semua yang telah berlalu..

Eh eh berlagu duka pulak..agak lama aku biarkan blog ni.. hari berganti hari..bulan bergantib ulan.. tahun berganti tahun.. aku masih lagi di sini setia bersama dengan blog ini walau terlalu lama aku tinggalkan..

Terlalu jauh peredaran masa.. kalau dulu rajin menulis di blog tapi sekarang rajin di facebook pula.. kalau dulu rajin di facebook tapi mungkin sekarang rajin di twitter pulak.. kalau dulu rajin di twitter tapi mungkin sekarang just capture photo then biarkan gambar berbicara di instagram.. tapi lain pulak halnya waktu ini gemar wechat dengan kengkawan sambil berkongsi moment2 yang indah.. aku terlalu jauh di bawa arus perubahan.. ini yang di namakan kemajuan dan kemodenan.. 

Jelajah punya jelajah terdetik nak buka blog sendiri.. dan akhirnyaa.. yaa akhirnyaaa aku menulis untuk pertama kali di bulan januari 2014.. masih belum terlewat bah kan.. selamat tahun baru 2014.. 

Azam baru? Ermm masih banyak yang belum terlaksana.. so azam apa yang nak di perbaharui andainya azam2 yang lama pun tak terlaksana.. berdoa dan terus berdoa agar azam2 sebelum nih dapat terlaksana.. Amin..