BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 14, 2009

krismes krismes...

Pejam celik dah menghampiri ke penghujung tahun.. Cepat jer masa berlalu sekarang nih.. Setahun tuh tak terasa pun. Pejam celik juga umur kian meningkat. Perjalanan masa..

Exam dah menghampiri.. tak sampai sebulan lagi dah nak exam. Hurmm persediaan? rasa macam masih kosong.. belum ada persedian apa-apa lagi untuk exam kali nih. huhuhu takut gerun.

Esok dah nak krismes.. marry christmas tuk family yang non muslim di tambunan sana.. ada family day kah lagi tahun nih? Setiap tahun macam tuh lah kalau 25-12 jer selalu wat family day dengan family-family yang non muslim tapi tiap tahun muka aku jer lah yang tiada isk isk isk tak suke tul hahaha.. rasanya lama sudah tak pergi jenjalan ke Tambunan.. Adalah kot dalam 8tahun.. wah lama-lama.. kesian aku selalu tinggal jer hahaha.. bestnye konvoi reramai jalan-jalan.

Banyak benda yang berlaku tapi oleh kerana kemalasan tahap gaban untuk menghapdet blog jadilah cerita-cerita itu bersawang dalam kotak fikiran hahaha..

17 lepas birthday abah ku.. Happy birthday abah.. Sempat gak call tengah malam.. wah aku orang pertama wish o0 hahaha best-best.. 22 baru nih pulak birthday adikku yang ke4.. sempat gak call wish..masa call tuh dorang tengah main futsal, patutlah lambat jer nak jawab call.. huhu rindu my family o0o0..aiyukk

*************************************************************************************
Esok ada program pulak. Ramah mesra suai kenal.. Hurmm.Siang nanti kena ke pasar pulak hukhuk.. Sekarang dah jam 3.33 pagi mata lom terpejam lagi. Dah tertidur awal selepas Isyak.. Bila dah terbangun semula payah lak nak lelap semula.. Jadilah ku kelawar setengah malma hahaha...

Apapun aku mo paksa juga mata nih lelap sekejap.. Bangun semula nanti pagi.. dah kena sound dah tutup lappy hukhuk..





Friday, December 11, 2009

Apadanya cerita...

Hari itu pasti akan tiba..
Tetap di nanti penuh sabar..
Hati bergetar, jantung berdegup kencang..
Kita hanya mampu merancang..

***************************************************************************************

Malas-malas dah nak update blog sekarang nih. Addicted dekat facebook.. Hahaha game game game.. Entahlah apa yang menarik sangatkan. Melalaikan pun ada. Tapi itu lah juga yang di hadap hari-hari. hihihi...

Sekarang nih masa banyak terluang bersama sidia saja. Sampaikan aku sudah malas-malas mau keluar kemana-mana.(padahal rajin jer pon berjalan)... Ada limit time bah kalau mau jalan jadi macam tak best plak kan hahaha.. so baik duduk rumah jak.. main game, gayut, sembang-sembang, ketawa hahaha... tidur kroh krah kroh krah..

Akhir-akhir ini aku terfikir pada seseorang. Mungkin aku pernah melukakan hatimu wahai sahabat namun bukanlah niatku untuk terus memusuhimu selamanya. Aku tidak berdendam pun padamu. Apa yang terluah selama ini mungkin dari desakan hati dan perasaan yang membara. Hanya hal sekecil itu tidaklah sampai ketahap aku membencimu.

Ingin sekali rasanya untuk menegurmu di saat ini.. namun... hurmmm.. Mungkin di saat itu agak tertekan.. dan mungkin juga salah faham di antara kita. Tapi cerita di sebalik itu mungkin kau tak tahu. Dari soalan mu padanya..dia menganggap aku ada yang lain dan seolah-olah aku tak bahagia bersamanya.. Mungkin aku yang terlalu emo kala itu.. maafkan aku andai coretanku telah mengguris hatimu..

Aku tak inginkan permusuhan dan juga tak ingin hilang kawan yang pernah aku kenali walaupun hakikatnya berteman didunia maya ini jarang yang kekal..

Apapun aku doakan kebahagiaanmu di samping orang-orang tersayang...


Friday, December 4, 2009

Pilu

Berat yang kau rasa itu cuma di mata
Aku yang memikulnya pasti lelah dan sebenarnya parah
Kita yang merancang dan Tuhan menentukan
Walaupun kau tahu banyak yang ku lakukan untukmu..
Kurelakan semuanya.. dan pasti kau rasa bersalah
Malah kau rasa.. Pedihnya hati terluka..

Terngiang-ngiang lagu tuh di cuping telinga. Lagu nyanyian kumpulan kesukaan ku suatu masa dulu. Mega. Dulu memang minat sangat dengan kumpulan mega.. minat dengan lagu-lagu yang membuai perasaan nyanyian dari rahmat. Dari situlah timbulnya nama nienakariena..

Kali ini lagu lain pula. Lagu nih cukup bermakna bagi aku. Biarlah aku saja yang tau kenapa lagu nih tetiba jer ringan meniti di bibir. hurmm.. sedih lagu nih sebenarnya.. Aku tengah bersedih kah? Mungkin ada juga kesedihan tuh tapi seupaya mungkin aku dapat sembunyikan.

Kenangan lama bila di ingat-ingat boleh mengalir airmata. Begitu juga kisah hari ini.. mungkin suatu hari akan menjadi suatu kenangan yang manis, pahit, masam dan masin.

Huh sentimental sungguh.. Cheer up lah sikit kan.. mungkin mood lagu pon sedih mood pun terbawa-bawa jadi sedih juga. hukhuk.. Apapun korang layan jak lah lagu di bawah nih.. Tetiba mood untuk menulis di sentap hilang idea serta merta hikhik.. nanti-nantilah aku hapdet lagik..

Sunday, November 22, 2009

Cinta Terakhir

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

C/o
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan



Aku suka dengar lagu nih.. Layan jak lah. First time aku dengar pun terus shukee dengan lagu nih. best best. Lirik yang cukup bermakna.. So wat pasangan-pasangan yang sedang hangat di lamun cinta..jadikan lagu nih sebagai panduan. Bercinta tak semestinya memiliki..

Dalam mengharungi alam percintaan semestinya kita inginkan pasangan kita menjadi pendamping kita sepanjang hayat. Namun sejauh mana kita merancang Tuhan lebih tahu dalam setiap perancangan. Ada masanya kita akan sengsara kerana terlebih keyakinan pada pasangan kita dan adakalanya kita akan menderita kerana kurang yakin. Bersederhanalah dalam bercinta..

Ku tanyakan pada diri.. Aku dalam situasi yang mana? jawapan yang aku temui? .. masih tinggal tanda tanya. belum ku temui jawapan yang pasti. Kadang lautan tenang di hempas badai gelora bahaya bagi perahu-perahu kecil hihihi..


Sekilas

Tak mudah untuk kita mencapai setiap apa yang kita rancangkan dan yang kita inginkan. Banyak yang perlu kita lalui dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini. Kadangkala untuk menperolehi sesuatu yang kita inginkan, kita terabaikan hati dan perasaan orang lain. Dan boleh jadi kita mementingkan diri sendiri dalam sesetengah hal.

Beberapa hari ini fikiran begitu terganggu dengan masalah-masalah yang memberat di kepala. Entahlah di mana titik mula dan akhirnya semua ini. Untuk di kongsikan dengan teman-teman mungkin belum masanya.

Ada waktu dan ketika diri bagaikan tidak termampu dan terdaya untuk menghadapi semua ini. Ya!! diri ini terlalu lemah untuk menghadapi bebanan. Semakin hari semakin di asak. Kepala dah semakin serabut ditambah dengan tekanan-tekanan yang belum tahu di mana penghujungnya.

Lari? mungkin itu jalan yang mudah untuk di ambil seorang yang pengecut. tapi untuk lari dari setiap masalah bukan satu jalan penyelesaian. Ada baiknya duduk berbincang sambil minum teh tarik dan makan mee goreng mamak.. hihihi

Apapun masalah yang di hadapi harus tenang..pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan mudah melatah pada apa jua masalah yang mendatang. Mungkin ada hati yang gembira bila melihat orang lain di timpa kebimbangan. Biarlah mereka-mereka terus gembira di atas kedukaan orang lain. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Yang penting jangan cepat melatah. Kadangkala tindakan yang mengikut emosi hanya membawa kepada pertengkaran dan perbalahan.

Cubalah belajar hidup dalam bermasyarakat. Di ajar dan belajar bukan untuk jadi kurang ajar.

Thursday, November 12, 2009

Baik - Baik Sayang..

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi airmata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang...

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan.. Dengarkan aku..

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik - baik sayang
Ada aku untukmu

Hanya satu pintaku
Di siang dan malammu
Baik- baik sayang
Karna aku untukmu....

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan.. Dengarkan aku...

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu..
Baik - baik sayang
Ada aku untukmu

Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik - baik sayang
Karna aku untukmu...


Monday, November 2, 2009

dunno wat 2 say

Pelanggan yang dihormati,

PENGAKTIFAN KAD MATRIX BSN

Dengan hormatnya kami merujuk kepada e-mel tuan/puan bertarikh 23 Oktober 2009 berhubung dengan perkara di atas.

Untuk makluman tuan/puan, disebabkan terdapat masalah teknikal yang berlaku terhadap talian Visa Plus, maka Kad Matrix BSN tidak dapat digunakan buat masa ini.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan atau individu yang ingin menggunakan semula Kad Matrix BSN perlu mengisi Borang Pengaktifan/Pembatalan bagi mengaktifkan semula Kad tersebut atau membatalkannya. (sepertimana yang dilampirkan). Borang permohonan tersebut perlu diemelkan semula dalam bentuk “scannner” bersama dengan dokumen yang disenaraika.....
*********************************************************************************************

Terjawab segala persoalan bilamana beberapa hari aku cuba tuk keluarkan duit tapi tak dapat dapat.. Bukan satu ATM dicuba.. tapi kesudahannya tetap sama. Hati dah mula risau..apa masalah dengan kad bank aku nih. Penyelesaian kena hubungi juga family inpom pasal nih and buat folow up kat BSN.. Call sana Call sini.. dan kesudahannya email yang aku dapat tuh menjawab segala persoalan kenapa duit aku tak leh keluar.. Jadilah aku musafir kelana hahaha

Sedih memang sedih.. orang cakap kalau tiada duit nih nda tergerak kemana-mana. Tapi alhamdulillah aku masih boleh bergerak bebas di dalam rumah nih hahaha..

Tetiba pulak start minggu nih kad tuh buat hal, selama nih guna ok jak pun. huh nda sabar mo tunggu kad baru sampai.. Mo bayar sewa rumah dah nih..aiyukkk.. pening kepala.. BSN nih pon satu.. lenkali notislah awal-awal pon kalau dah tau ada masalah macam tuh.. hukhuk kesian kami yang jauh nih.. Kena urus lagi kad buat pengaktifan. Dah lah semua dokumen dia mau ada di malaysia.. pening betul lah juga dorang nih.. hishhh

Monday, October 26, 2009

Percubaan Pertama

Ahakss hari nih aku try masak ayam masak rempah hitam. Serius aku tak pernah cuba pon rempah hitam sebelum nih. Kalau takat masak kicap tuh tak yah cakaplah memang febret.. Baru ku tau ada pulak jenis rempah nama "rempah hitam". Mungkin femes d semenanjung jak tak pernah aku jumpa di sabah. Tak tau lah kalau aku yang tak alert.. Tapi serius tak pernah aku jumpa di sabah. And semalam first time aku masak and first time aku makan masakan rempah hitam hahaha...kesian..

Actually aku dapat rempah hitam nih dari siDIA.. Dia kirimkan dengan barang-barang yang lain hari tuh.. Masakan febret dia..so dia mau juga aku tau masak guna rempah tuh.. Aiyukk nasiblah lulus juga hahaha.. Masak sambil di nilai tuh.. Tah apa angin dia mau tengok aku masak-masak di dapur.. Nasiblah webcam tak buat hal semalam.. Kalau tak adalah yang merajuk lagi.. Berapa kali sudah dia mo tengok aku masak.Dah lah aku tak reti nak masak muahaha.. Semalam dialah yang ajar aku cara-cara nak masak. Dah memang aku tak tau nak wat camna kan.. pestaim orang kata hahaha... Hasilnya .....

nyum nyum nyum.... makan jangan tak makan hahaha

Resepi:
1kg daging/ayam
1 paket rempah masak hitam
1 inci halia
10 ulas bawang merah
1/2 biji kelapa di buat kerisik
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap pekat
sedikit asam jawa
garam secukup rasa.

Bahan A.
Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.. (untuk d tumis)

Bahan B.
mesin baki bawang merah,putih, halia.

Gaul bahan yang telah di mesin bersama rempah masak hitam dengan garam,gula, dan kicap.

Tumis bahan A sampai wangi dan kuning.Kemudian masukkan Rempah masak Hitam yang telah di gaul. Apabila sudah cukup masak semua bahan tadi barulah masukkan ayam/daging bersama 2 gelas air.kemudian masukkan kerisik bersama air asam jawa.

Tunggu sehingga masak dan sedia tuk dihidang.


Thursday, October 22, 2009

yeah!!! i got it..

Dua hari lepas aku terima barang kiriman dari seseorang yang berada nun jauh di mataku tapi selalu ada dalam hati aku hihi.. Happy sangat-sangat bila barang tuh dah sampai kat tangan sendiri.

Kad ku abadikan di lappy kesayangankui got a perfume.. onedrop tuuunih makanan dia bagi.. takut beno aku kebuloq hahayeahh almond london..sedap hingga menjilat kertas hihiwe support a same team..

Thanks so much dear.. i relly appreciate it.. Terharu sangat dengan pemberian nih. luv u n miss u so much..

Wednesday, October 21, 2009

Open House di penghujung syawal.

Macam aku sambut raya pertama pulak 17 oktober lepas hahaha.. Meriah.. Aku mo cerita pun aku mengantuk gila sudah. Nantilah aku sambung cerita. Aku upload gambar jak hahaha...

Tuh jak lah gambar-gambar yang aku mampu mo share dalam majlis sambutan aidilfitri di safarah alex minggu lepas. Makanan sedap (tapi tiada pulak gambar makanannya hahaha) ada nasi impit,satey, kuah kacang, ayam masak merah, rendang daging, nasi kismis, sayur acar dan kuih karipap. Sedap.. sedap..sedap hahaha...Dari mula datang sampai mau pulang makan jak kerja.. Ada jugalah buat kerja sikit-sikit.. Sikit jak nda banyak.. Big boss yang tiada rehat buat kerja di dapur nGee~~~ ampunkan kami penunggu gua.

Majlis sepatutnya mula jam 11 pagi tapi lepas zohor baru ada yang ramai datang. Kiranya mau buat sampai jam 3 petang jak.. Alih-alih terlajak sampai ke malam pulak. Penat!!! Itu jak yang mampu aku cakap. Kerja tak banyak buat tapi tetap penat. Penat makan banyak..hahaha Penat duduk-duduk bercerita. Yang penting majlis berjaya di laksanakan. Itu target utama.

Kucar Kacir

Kebelakangan ini hidup begitu di asak dengan jadual yang padat. Bukan jadual kuliah mahupun jadual untuk berjalan-jalan membuang masa tapi pengorbanan kepada tenaga dan masa. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Selesai program dan tugas yang terpikul di bahu.

Bermula 15 OKT diri bagaikan tak punya masa yang cukup. Terkejar-kejar bagaikan orang yang bekerja mengejar dateline untuk menyiapkan proposal. Bergerak tengahari menuju ke pasar untuk membeli barang-barang yang di perlukan untuk membuat satey.. Tak percaye? haha aku pun tak percaya jugak. Kena mencari ayamnya, daging, arang, bahan-bahan tuk perap satey lagi. Dari jam 12.45 aku keluar dari rumah jam 5.15 petang baru aku sampai rumah. Dah yang bergerak pun 3 orang jer nak tunggu ayam kemain lambat. Pakcik jual ayam tuh p kejar-kejar ayam dalam reban lagi kot hahaha...

Sebelah malam pulak ada perjumpaan. Berbincang, perbincangan dan keputusan. Kadangkala di waktu kesempitan masing-masing menarik diri seolah diri tidak bersalah. Mungkin sudah tersedar dan bagaikan permasalahan itu di pikul pada bahu seorang. Mungkin benar bak di kata kalau di rungkai satu persatu mungkin nampak pokok asalnya. Aku andaikan seorang bayi kecil, jika tidak di ajarkan menyebut perkataan "mama" dia tidak akan tahu menyebutnya. Apapun yang di lakukan mesti ada panduan.

Tercapai satu keputusan, sepakat membawa berkat. Berfikir secara rasional tanpa mengikut emosional. Kadangkala kita terpaksa merendahkan ego demi menjaga hati orang lain, Tapi ada juga yang tak tau menjaga hati orang seolah diri benar belaka. Kata orang ukur baju di badan sendiri, kalau badan saiz XXL jangan pulak mengada-ngada nak pakai baju saiz S. Kalau nak pakai body fit pon orang kata agak-agaklah, kalau sampai nampak lemak di sana sini. muahahha Ada jenis orang hanya pandai melihat kelemahan pada diri orang lain tapi lupa untuk menilai kelemahan diri sendiri. Sibuk mengata hal orang lain tapi tak sedar diri di kata orang lain.

Aku lihat aku perhati dan aku temui sama saja. TALAM DUA MUKA!!!... Di depan ini kutuk yang itu di depan itu kutuk yang ini. PEREMPUAN... bukan auta tetapi fakta.

Menjadi pandai impian semua orang merasa pandai penyakit kebanyakkan orang. Iman tak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertakwa.. Kelalaian dan kelapaan juga bukan suatu warisan dalam kehidupan. Yang penting perlu ada kesedaran.

*************************************************************

Membelah arus malam mencari ketenangan. masih ada lagi barang yang tak cukup. Mencari dan terus mencari.Daging!! ya kena beli daging lagi. Nasiblah belum lewat malam dan kedai masih buka lagi.Sesekali bergotong royong dalam melakukan kerja dan berkumpul beramai-ramai memang terasa keseronokkannya. Sambutan rumah terbuka di penghujung syawal. Dan syawal tahun ini aku hanya dapat merasakan suasana raya di penghujung syawal. hahaha

Mata yang mengantuk dan berat di gagah juga. Mengejar, terkejar dan berkejar untuk memastikan segala perancangan dapat di capai. dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Monday, October 12, 2009

huh!!

Adakalanya terasa ingin berlari namun kaki berat mengatur langkah..

Adakalanya terasa ingin bergelak ketawa namun bibir sukar menguntum senyum

Adakalanya terasa ingin menjerit sepenuh hati namun suara tidak terkeluar

Adakalanya terasa ingin mengalah namun suara-suara itu menghalang..

Dan kini aku masih lagi di sini, setia dan terus setia seperti setianya malam pada siangnya hari..

Seperti setianya bintang pada sang bulan..

Namun sampai bila harus begini...

Saturday, October 3, 2009

Masih raya lagikah?

Sekarang nih sudah kurang menghapdet blog. Tak tau aper jer yang dibuatnya. Mungkin sibuk bercucuk tanam dah menternak kot hahaha.. Akhirnya aku terjebak dengan game di facebook. Semuanya bermula raya ketiga lepas. Beraya di rumah amy dan saliza menjerat aku kedalam facebook. Dan kini aku juga membuat kerja sambilan. hahaha

Raya lepas tiada yang special pun. Perayaan yang sedang-sedang saja. Beraya di rumah kengkawan dan sambutan rumah terbuka yang biasa-biasa saja. Ada ketupat, ada rendang, ada mee sup, ada rojak, ada biskut raya dan ada baju baru hakhak. Not bad.. kira ok lah tuh kan muahahaha..

Begitulah ceritanya beraya di tempat orang. Tahun lepas dapat balik ke kampung beraya dengan keluarga tahun nih pulak berayalah di rantauan. Ikut giliranlah katakan. Siapa kata orang kahwin jer yang ada giliran balik kampung hahaha.. Giliran tahun depan? hurmm wallahu a'lam.

Sekarang nih suasana raya tuh macam sudah habis pulak. Entah berapa hari sudah syawal aku pon tak ingat dah. Duduk terperuk di rumah jak sekarang nih jarang berjumpa dengan dunia luar. Menyelami dunia maya jak tiap hari. Nasiblah ada lappy nih kalau tak.. Entah apalah yang aku nak buat.

Kalau di sabah mungkin aku akan ulang alik papar and putatan. Boring di papar balik ke putatan begitu jer lah selalu. Tiap minggu kena lawat bandaraya kk pulak. kang rindu plak shopping kompleks tuh kalau aku tak jejak kaki di situ muahahaha... merapu.

Hurmm sementara menunggu masa untuk keluar nih sempatlah aku menghapdet sikit. Dunia aku berbeza sekarang tuh yang takde mende nak story kat blog. Kerana duniaku cuma di hiasi dengan bunga-bunga yang mekar berkembang. Biarlah cerita itu tersimpan dalam lipatan kain baju bukan dalam blog ini hahaha...


Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri

Hujan & Raihan - Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda
Terkenang di ketika itu

Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan

Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkinkan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan

Walau mungkin kami tak mengerti

Keperitan saat itu

Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Dibibir mu kan menguntum senyum
Andai nya anak-anak mu bahagia

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kern
a belum cukup berbakti



Menyentuh rasa betulkan lagu raihan featuring hujan nih.. Suke sangat dengar. Pejam celik berlalu sudah ramadhan kini berganti dengan syawal. Huhu Raya tahun nih beraya di perantauan. Tapi tak balik ke cairo pun.. Raya kat alex jer. Terus terang tiada mood mau balik cairo.. Sebabnya? Biarlah aku jak yang tahu. huhu

Malam raya macam aku kat rumah lah pulak tak dapat nak tidur. Biasanya kalau malam raya memang tak tidur, kena tolong masak-masak tapi inikan di mesir..lain kisahnya. Aku tengok orang arab pun biasa-biasa jak macam bukan raya jak hari nih. Semalam ada kedai baru buka di bawah tuh. Eh bukan kedai..carwash buka di bawah tuh. Bisinglah sikit.Sampai ke pagi ada jak orang di bawah tuh.

Jam 2.30 waktu malaysia aku dah keboringan tahap gaban. Si comel pulak sudah tidur ym dia jak yang on. Adoiyaii apalah yang aku mau buat nih. Last-last aku call rumah tapi tak berjawab. Call kazen aku lak, pun tak berjawab. Pelik..dorang nih tak bangun masak kew. Aku pulak yang risau lebih-lebih kan.. Jam 3 pagi tuh aku try lagi call rumah, kebetulan abah aku jawab haha tengah masak di dapur tak dengar bunyi henpon. Sembang-sembang dengan abah bagitau yang p kejut orang suruh masak. haha abah kata takde kerja. Memang pun takde kerja..keboringan punya pasal tuh yang mengacau orang. huhuhu

Sejam lebih begayut dengan abah and adik aku(ayie).. Yang lain dah tidur. Abis jer koling-koling baru aku dapat tidur. Huh sedapnya tidur lena jew.. hahaha

Hari raya semua orang gembira.. Aku pun gembira juga bah ahakss.. well aku ucapkan selamat hari raya kepada semua keluarga di malaysia juga kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini.. Maaf zahir dan batin.

Nih duit raye tuk korang.. Amiklah mana-mana duit yang mana korang nak hahaha..



Thursday, September 17, 2009

Sepandai-pandai tupai melompat..

ABDUL Kahar Ahmad Jalal atau dikenali sebagai Rasul Melayu,
yang dikehendakki oleh Jabatan Agama Islam Selangor.



SHAH ALAM: Selepas lebih tiga tahun melarikan diri daripada dibicarakan atas tuduhan mengaku sebagai Rasul Melayu, menyebarkan doktrin palsu, menghina Islam, dan menghina pihak berkuasa Islam, akhirnya Abdul Kahar Ahmad ditahan, pagi tadi.

Tertuduh ditahan sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas melarikan diri ke rumah barunya di Sungai Long, Kajang.

sumber : Berita harian

Tidak akan menghalang, Tidak juga membenarkan..

Masing-masing punya keinginan dan kemahuan.. Kalau itu bisa membuat orang lain berasa gembira teruskan saja. Aku tidak akan menghalang walaupun akan timbul pelbagai rasa masa akan datang.

Punya akal dan fikiran, mampu untuk memikirkan yang baik dan terbaik.

Nota Kaki: Stress..kepala bagai nak pecah..

Wednesday, September 16, 2009

KaD RayA UntuK K0RanG


Buat semua dari saya
Aidilfitri tiada maknanya jika ada sengketa antara kita
Maaf dipohon atas tingkah yg bukan kehendak kita
Jauh disana ingin berkasar
Apatah lagi melukakan
Namun apakan daya lisan kadangkalanya sering melukakan...

Zaman dahulu lisan perantaraan
Antara hati dan perasaan
Dizaman teknoloji ini
Dari hati menuju kejari
Mencari yg buruk mahupun yg baik
Bergantung punya diri yg punya hati...

Maafkan atas segala kesilapan
Moga diterima segala kemaafan
Dibuang segala kekeruhan
Dan dihiasi dengan kejernihan...

well semua dah pasing-pasing kad raya.. Mau send by post memang tak sempat dah. So korang amik jak lah kad yang aku tempek kat blog nih. Aku bagi ikhlas buat semua followers blog aku nih, buat semua kengkawan dunia maya, and semua kengkawan yang kenal aku di dunia realiti.. Yang tak kenal aku pun kalau nak amik korang amik jer.. Sementara aku tengah bermurah hati nak memberi hahaha..

Cuma kad jak yang aku mampu nak beri..kalau nak mintak duit raya memang tak dapat lah beb..Tapi kalau korang nak bagi aku duit raya jangan segan tuk minta number akaun aku wkakaka...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.. Eid Mubarak..

Tuesday, September 15, 2009

Laman blog kahar berjaya di hapuskan


Terdetik hati untuk meninjau laman blog pakcik yang dah nyanyuk nih. Bila jenguk ke laman tuh tengok-tengok dah berjaya di hapuskan oleh geng26 cybertrooper.. Hebat betul dorang nih hack akaun blog orang. Macam berminat pulak aku mau mendalami ilmu menghack nih. hahaha

Alhamdulillah terhapus satu lagi laman yang boleh menyesatkan umat Islam. Mungkin dia akan muncul semula dengan laman blog yang baru.

Jais doubles reward to catch ‘most wanted syariah criminal’

Compiled by LEE YUK PENG, ZALINAH NOORDIN and A. RAMAN

Date of news : 7 September 2009

THE Selangor Religious Depart-ment (Jais) has increased the RM10,000 reward to RM20,000 for anyone who has information which can lead to the arrest of a self-proclaimed Last Prophet, Abdul Kahar Ahamad Jaj, 59, reported Metro Ahad.

The reward was increased to show the department’s seriousness in arresting the cult leader after the earlier offer did not seem to motivate people in giving information.

Jais director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said the public might have not taken heed of the previous offer due to its small amount in the effort to arrest the man labelled by the department as “the most wanted syariah criminal”.

“We appeal to individuals out there who have information on Abdul Kahar to come forward,” he said. Abdul Kahar has 10 arrest warrants issued against him.

“Jais officers almost succeeded in arresting him but he somehow managed to evade them,” he said.

Link : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/7/nation/4664872&sec=nation

credit to: sahabat insaf

Kerja Masa Lapang ( ~ ; * )


hangaroo nih adik beradik kepada kanggaroo.. Tapi yang ini very da kurang asam sikit.. Suka maki-maki orang. Kalau setakat stupid dengan idiot tuh memang selalulah dengar kalau klik huruf yang tiada kaitan. Aku layan game nih semula.. Kenkadang kalau sudah keboringan tahap dewa tak tau nak buat apa.. inilah kerja yang di buat. Padahal banyak jak pun kerja boleh di buat.

Kebanyakan kengkawan sibuk bercucuk tanam, berkebun dan membuka restoran sekarang. Kerajaan patut mengambil kira tenaga belia dan beliawanis yang sudah mula mengerahkan tenaga mereka tanpa memilih pekerjaan walaupun mempunyai ijazah. Kepayahan untuk mendapatkan pekerjaan sekarang membuatkan ramai pemuda dan pemudi mula menjalankan aktiviti yang boleh membawa hasil. Dan aku lihat ramai di antara rakan-rakan ku sudah berjaya mempunyai ladang-ladang dan restoran sendiri. nGee~~~..

Mungkin patut di suarakan kepada kerajaan supaya ada elaun dan juga bonus hari raya bagi mereka yang membuat kerja fulltime ataupun part time di facebook ini..

nGaa!!!

Kalaulah kerajaan merealisasikan azam anak-anak muda yang rajin bercucuk tanam nih, nescaya bumi malaysia kehijauan dan buah-buahan yang segar mudah untuk di perolehi tanpa mengimport dari negara luar..

p/s: oitt!! kalau ada bonus raya jangan lupa belanja aku ekk..

Monday, September 14, 2009

yahoo messenger!!


makin hari aku makin boring dengan benda nih. Ada alternatif lain yang tak memboringkan ke selain yahoo messenger nih ekk.. Sekarang nih guna yahoo beta 10. Not bad, cuma ada video call je pun. Tapi aku tak suke dengan video call nih kureng clear skit gambar walaupun leh tengok gambar besar sikit daripada webcam biasa..Tapi gambar separa kabur kalau jauh sikit dari webcam.

Walaupun aku boleh buka ym sampai 10 tapi aku cuma rajin on dua id jak..sebab id ym aku pun tak sampai 10 lagi..haha samtaim aku cuma buka satu id jak. Mungkin sebab sekarang nih aku jarang chating. Kengkadang malas mau tegur orang walaupun aku online. Cuma membalas kalau ada yang tegur. Itu pun kalau rajin aku mau balas, kalau malas? %^&*()$#

huh!!!

Ikan Sungai makan tahi?



wakakakkakaka sakit perut aku ketawa tengok video nih.. Tahap keboringan punya pasal pergilah menjelajah youtube. Mata mengantuk sempat juga mau melayan video.. atukui si ampal ini bah.. mati keras anak perut aku ketawa oleh dia..

Tapi lagu raya yang dia nyanyi betul-betul buat aku rindu.. wohoo sadis o0..terusik jiwa dan sanubari. Mungkin sebab dia guna bahasa sabahan tuh kot.. main jiwa betullah.aiyakk.. mau letak video lagu raya dia tapi kena requestlak mau dapatkan embed video.. malaslah aku.. hukhuk

kamu layan jak itu video ikan sungai makan taiklah hahaha..sia mau p sambung tidur dulu..mengantuk bah sudah mata sia ini. atukuiii...

Saturday, September 12, 2009

MenanG laGi

ya United menang lagi dalam perlawanan malam nih. bukan cikai-cikai punya gol.. 3 biji beb.. muahahahha... aku suke aku suke.. memang begitulah adat bila team febret menang, happy mengalahkan pemain..macamlah aku yang main muahahaha..

Teringat dengan hagi bilamana dia kata zaman kejatuhan united sudah bermula.. Nasiblah akhir-akhir nih aku jarang online ym tuh, kalau tak ada juga point tuk chating dengan dia.. hikhik

Tapi aku pelik dengan pemain arsenGal sekarang nih.. Lebih gemar menjaringkan gol ke gawang sendiri.. Corak permainan baru yang jarang-jarang ada dalam pemain team lain. Kalau adapun mungkin sikitlah orang cakap.. Tapi arsenGal lain, memang kegemaran dorang menjaringkan gol ke gawang sendiri hahaha...

Yang menang tuh menanglah kisahnya yang kalah tuh cuba lagi..

Tuesday, September 8, 2009

Malas

Teramat malas untuk mengupdate blog ketika ini..

Sunday, September 6, 2009

Sesat dan menyesatkan..

Suatu masa dahulu kecoh satu malaysia bilamana Haji Abdul Kahar Bin Ahmad yang mengaku sebagai rasul melayu berhujah dengan wartawan..



Kini Haji Abdul kahar cuba kembali melalui medan dunia maya dengan mencipta laman blognya. http://messengerofgodtoday.blogspot.com/ Tak serik-serik lagi bilamana di hadapkan ke mahkamah. Sebelum ramai lagi orang tersesat dengan ajaran dia yang sesat nih apakata kita flag reramai blog dia nih.. Biar kena tutup jew..

Friday, September 4, 2009

Jemputlah datang.. Kalau ahli MYmanutd muahahha

Salam
nienakariena..

Mymanutd.com akan mengadakan majlis berbuka puasa pada tahun ini
di Restoran Nelayan Titiwangsa. Restoran Nelayan menjadi pilihan setelah
beberapa tempat direject atas sebab2 tertentu..hehe so detail spt dibawah :

Tarikh : 12 September 2009 (Sabtu)
Tempat : Restoran Nelayan Titiwangsa
Jam : 6 petang

Bayaran :-

Dewasa : RM40
Kanak2 : RM20 (4-12 tahun)

Menu :Malay Buffet + Steamboat + BBQ (tanpa air..tp jgn risau..air dah dikire skali dlm RM40 tu)

Pakaian : Sila vote diatas.. keputusan akan diberitahu pada 11/09/09

Person In Charge : fb3_amy

MAP
[Image: nelayanmap.gif]


Pembayaran

Sila buat pembayaran RM40 ke akaun kelab seperti dibawah :

Nama Akaun : OneUnited Resources
No Akaun : 512334306225
Bank : Maybank

mcm biasa lebihkan la 0-99sen untuk membezakan pembayaran..

then pm aku detail payment..

Pembayaran mestilah dilakukan sebelum RABU 09-09-09

Harap semua dapat menyertai Majlis Berbuka Puasa kali ini...

Jaminan daripada Amy...makan sampai muntah..xcukup air tasik ada..

Maklumat lanjut sila KLIK DISINI

Sunday, August 30, 2009

huh!!

Lama aku abaikan blog usang yang kaku ini. Terlalu banyak benda lain yang perlu di utamakan. Malas mau mengambil tahu hal-hal diluar sana. Lebih selesa melakukan kerja-kerja sendiri bersama teman-teman dunia maya. Mungkin itu lebih menghiburkan hati setelah memerah otak menghadiri kelas yang di ikuti.

Adakalanya badan terasa letih. Kepala yang sering saja sakit di akhir-akhir ini.. Duduk merehatkan diri, bersendirian sambil mendengar lagu-lagu yang diputarkan di corong radio. Mendengar celoteh rakan-rakan..bersembang kosong dengan si comel..

Masa yang ada di fokuskan dengan hal lain. Ulangkaji sikit, jelajah blog-blog member. Tapi selebihnya bersama dengan kengkawan dunia maya..

Hari ini mood kureng ok sikit.. Lesu, letih dan lemah. Dalam kelas rasa tak bermaya. Perlukan rehat yang secukupnya.

Aku melihat merenung dan membaca. Ada cerita di sebalik kisah. Pedulikan saja. Patutnya memerdekakan minda..

MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA..

Benarkah sudah merdeka atau masih dijajah di negara sendiri..? Think it..

Saturday, August 29, 2009

MU 2 ArsenGal 1

Syhhh.. diam diam..
korang layan jerk k..
jangan banyak bunyi wkakakak





Macam best jak tengok rooney tu..macam meluncur di salji pulak ku tengok haha..



Aku rasa diaby nih keliru mana satu gawang lawan dan mana satu gawang arsenal.. Dia patut dapat gelaran best own goal tuk season nih wkakaka...

bila dah tengok letak jari telunjuk dekat bibir..syhhh.. buat macam arshavin buat masa jaringkan gol pertama tuh hahahaha


Monday, August 24, 2009

Mu VS WiGaN

Di saat kemenangan besar Man United tempoh hari..semua penyokong-penyokong lawan menjadi senyap. tak seperti kekalahan Man U ketika perlawanan pertama menentang Wigan tewas 0-1 kepada wigan. tapi kali ini kemenangan 5-0 kepada wigan menutup mulut pihak-pihak lawan.

Bak kata nazri rata-rata pembenci MU tak ambil peduli dengan kemenangan MU.. Sakit hati kot bila tengok MU menang. Dan kebanggaan penyokong arsenal di awal permulaan liga menduduki tempat teratas kerana mengikut susunan abjad huruf A di atas.. Kini Arsenal dah turun.. MU dah menghampiri.. Jangan berganjak jauh..biar terus mengekori..kalau jauh pun tinggalkan kebelakang aja.. muahaha

Masih terlalu awal untuk menjangkakan.. Mungkin ketiadaan Ronaldo memberi impak besar dalam setiap perlawanan MU. Teringat PM yang ku terima di yahoo mesengger tempoh hari.. Zaman kejatuhan MU sudah bermula kata haggi. Dia true fans Chelsea begitu mengutuk MU. Rilek.. rilek.. Bola itu bulat. Kita tengok jew sampai penghujung final nanti.

TetaMU RamaDhaN

wahai tetamu Ramadhan.....

Untukmu rahmat dan maghfirah....Airmata taubat,

Dendangan tadarus,Selimut terawikh & bantal tahjud ! Moga mewarisi Jannah...Jika seluruh umur adalah dosa maka takwa dan taubatlah ubatnya...

Jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadhanlah pemutihnya...Tiada kata seindah zikir , Tiada ibadah seindah solat ,tiada bulan seindah Ramadhan Al-Mubarak..Semoga 1 bulan mendatang penuh kesabaran...4 minggu penuh keimanan,30 hari penuh keberkatan dan amalan..720 jam penuh dengan kasih sayang & 43200 saat penuh SENYUMAN....

Jadikanlah Ramadhan ini yg terbaik kerana kita tak pasti apakah masih ada lagi Ramadhan untuk kita selepas ini.....

*****************************************************************************

sempena ramadhan yg mulia ini............

buat semua dari saya......

puasa tiada maknanya jika ada
sengketa antara kita,,

maaf dipohon atas tingkah
yg bukan kehendak kita ,,,,,,

jauh disana ingin berkasar,
apatah lagi melukakan,,,,,,,

namun apakan daya
lisan kadangkalanya sering melukakan....

zaman dahulu lisan perantaraan,
antara hati dan perasaan,,,

dizaman teknoloji ini ,,,,,,,
dari hati menuju kejari ,,,,
mencari yg buruk mahupun yg baik.......

bergantung punya diri
yg punya hati.....

maaf atas kesilapan.....
moga diterima segala amalan...
dibuang segala dosa
ditambah pahala setiap keikhlasan...,

amin.....

Saturday, August 22, 2009

LayanzZzz



Nih mesti kes pra tension time exam haha.. tak bleh blah btul aku nengok video tarian budak-budak nih...



Aiyakk!!.. ini lagi satu hal..Tukar ayat jer pun..Padahal lagu bulan 8 di sandakan di tukar senikata jak..Muzik tuh sama.. muahahaha..

Kisah mula dulu kala
Saat kita baru jumpa
Namun kini tahun dua
Kita dah bersama

Tawa jiwa ubat duka
Ingat kenangan kita bina
Lagu ini khas ku gubah
Untuk mu oh semua

Kisah mula dulu kala
Saat kita baru jumpa
Namun kini dua tahun
Kita semua dah bersama
Rasa itu tak terkira
Fikiranku mahu gila
Pabila bulan purnama

Lagu ini khas ku gubah
Bukan malukan siapa
Tapi ia dalam jiwa
Bila kenang kisah lama
Bagai cara aku gubah
Cipta lagu untukmu oh semua

Maafkan khilaf ini
Jika hak tak dipenuhi
Tika kita di tahun dua
Kini ku mulai gusar
Dapatkah bersama lagi
Jumpa lagi di tahun tiga

Fi awalin ana arif masri kullu quayis
ba'din iza ana shuf masri kullu musykilah
Ana ta'rif fissabah hua bi uli bukrah
au ba'din nussu sa'ah

Fi awalin ana musyrif mubasri awi awi
ba'din ana sakin hena ana arifu masri
ana kalim arabi ana kul to'miah
ana uhibbu masri..

dua tahun di mesir...
sanah tani fi masri...
in egypt second year...

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Ahlan Ahlan Ahlan ya ramadhan
Ramadhan datang lagi..
Bulan yang sentiasa di nanti
Setiap umat islam..

Bulan yang penuh keberkatan
Bulan yang penuh keampunan

semoga ramadhan kali ini bukanlah ramadhan yang terakhir buat diriku.. Nampaknya tahun ini berpuasa dan beraya di negara orang. Semoga diberi kesempatan untuk bersama keluarga di lain waktu.. dan sempena ramadhan yang bakal tiba.. salam kemaafan aku hulurkan buat semua rakan-rakan yang mengenali diriku samada di dunia maya ataupun nyata.. Mungkin antara kita pernah bersengketa, pernah terusik jiwa, pernah tersentuh hati.. Pernah berselisih faham dan pernah tersalah faham.. Lumrah manusia tak lepas dengan kesilapan. Apatah lagi kita insan yang alpa ini.

Semoga kita semua dapat menambahkan lagi keimanan dalam bulan yang mulia ini dan menambahkan amal ibadah kita terhadapNYA yang maha Esa..

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan"Ya Allah,tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yg berikut:
Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang2 sekitarnya
Salam Ramadhan...