BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 28, 2009

PERHATIAN!!

Blog nih terpaksa di selenggarakan buat sementara waktu.. Aku terpaksa tinggalkan sementara masih dalam penyelenggaraan.. Dek kerana kekecewaan aku di atas kekalahan MU (tak munasabah tul) ahaksss aku tak akan menulis untuk beberapa detik waktu..

Aku mau mencari beberapa orang pemain baru untuk MU, gantikan pemain yang dah tak layak main untuk MU lagi... Kata SAF dia lebih mahukan duit daripada pemain yang dah fames.. huahua yer yer jerk citer aku nih...

Untuk seketika aku terpaksa bekerja separuh masa tuk cari duit mau kumpul duit bikin beli pemain baru.. Tuk beli kasut baru lagi.. Tak kanlah mau bagi kasut yang koyak di tampal2kan wkakaka.... macam hati haku yang bertampal2 nih...campur2 sudah nih.. hati ayam, hati kerbau, ada hati unta sikit.... Dak tau lah lepas nih hati apa lagi aku mau simpan.. Hati yang sedia ada makin kecik pulak aiyakkk!!!!

Dan mungkin juga aku tak dapat online..uwaaaaaaaaaaaaa..sedih sob sob... ade beberapa misi penting yang harus aku laksanakan.. Misi mencari hati unta..

Yang pastinya aku akan merindui..merindui teman2 chatingku..merindui mereka2 yang rapat denganku..dan merindui si dia.. Ya si dia.. Si dia yang banyak menggembirakan hatiku akhir2 ini.. sidia yang banyak berkongsi cerita denganku.. Si dia yang telah membuat air mata ini gugur untuk kesekian kalinya.. hukhuk...

miz u all.. papai...

MU 0 Barca 2

Kekalahan MU keatas Barcelona... Semua pon dah tau MU kalah semalam. Kemain lagi MU kena kutuk huhu... Aku rilek jerk.. Sabo jer lah... Nasib lah tak semangat sangat kempen MU. Kalau tak kompom kena kutuk kaw2 punyee hahaha... Mungkin instinct tuh ade kot MU nak kalah. hahah Sedih gak lah nengok corak mainan MU semalam.

Apapon BOLA ITU BULAT!!! Tahniah to Barca... Dorang memang layak menang.

huh aku teda mood nak menulis kekalahan MU nih. Mood aku sekarang nih kewinduan jerk..wakakakak... semalam nengok bola dengan orang tuh.. jadi windu2 jerk nengok bola.. tuh yang aku takde feel nak nulis nih wkakaa.. sowi la... Lain tahun jerk aku citer MU nih..



Wednesday, May 27, 2009

Permanent Offline?

Suka hati kaulah mo wat permanent offline pon kat haku. Aku tak de hal..Kalau kau dah marah sangat kat haku, aku nak wat macamna kan.. cuma aku nak kau tau aku tak penah nak buang kau dari list ym or wat permanent offline kat kau.. Sumtimes kita tak leh nak ikutkan sangat kehendak orang bilamana kita tak sukakan...So aku harap ko faham.. Apa yang ko nak tak dapat tuk aku tunaikan... Sori bebanyak k.. Aku tau kau marah tapi aku tak leh nak paksa diri aku buat sesuatu yang aku tak minat dan takde hati nak buat.

Macam tuh gak kat member2 yang lain nak wat permanent offline kat nama haku pon haku tak kisah.. Kalau delete terus pon takpe..Haku tak kisah...!!! Ya aku tak KISAH!!! Ada baiknya delete terus dari aku nengok YM aku detect ko wat offline or permanent kat nama haku... Kalau tak, meh aku tolong delete kan bagi pihak kau..huahuahua... Maafkan aku kawan bukan niat nak menceroboh YM mu..hukhuk kejammmmmmmmm!!!!!

betapa remuk jantungku
kau tipu aku
kau tipu aku

betapa sakit hatiku
kau buang aku
kau buang aku

Ku tatap langit yang hitam
saat menanti malam
kau pun tak kunjung datang
kau buat gelap pelangi
lalu kau datang lagi
membuat luka ini

Kau jangan mencuba untuk di sini
kau jangan mencuba untuk kembali
Bila kau di sini
Biar ku yang pergi

kau telah ingkari semua janjimu
kau telah ingkari semua sumpahmu
sudah usai sudah
cerita tentang kita

Jangan pernah kau di sini
jangan pernah kau kembali


nota kaki: rajukku padamu seorang kawan,teman,sahabat, dan kekasih.. Haku perlu tinggalkan dunia maya ini untuk seketika.. mungkin kembali setelah rajuk ku hilang.. mungkin kembali setelah rawan hatiku hilang. sedih!!! Kau guris lagi perasaan ini..HILANG dalam TERANG.

Tuesday, May 26, 2009

Aku dan Rakan2 Chat

Terlalu lama tidak menjengah room2 chat yang pernah di lewati bersama rakan2 ku di dunia maya. Ada room yang sudah tidak lagi bermaya ada yang masih aktif lagi. Seawalnya aku bermula di room penangchat. Room kepunyaan Maxis. Seorang student berasal dari penang. Walaupun tidak ramai user yang selalu join namun kami gembira. Room yang aku temui url nya d sebuah cc d bandar alor star sewaktu belajar di negeri itu. Bermula itu aku mula aktif join dalam room tuh menggunakan nick nienakariena bersama 2 orang rakan ku Rindiani & Miss_Malaya. Tak silap ku bermula tahun 2002. Setiap hari kami akan ke cc untuk bersama2 dengan rakan2 chatku.

Aku mula mengenali, wan @ jebond, Rio, Ricardo_Kaka, Mizi_Putera,Aceh, Lime, Castello_Buragas, Maxies, Selkom,Ducks, Shark, kitty88,nana89, Miss_bell, OmbakRindu, kak faranabila. (sori kalau ade yg tertinggal. Dah lame sngt maybe ade yg dah lupe).

First time jadi moderator di room penangchat, dengan tak tau mende ape.. Banyak belajar dari jebond and da geng. Jebond lah yang bagi status mode dengan haku masa tuh. Same2 invite kat Room KC yang masih femes sampai sekarang. Online dari lab sebelah malam sampai ke tengah malam. Penah sampai seminggu tak dapat masuk room KC sebab kena klined masa tuh..invite punya pasal..wakakakakka

Bila dah tak dapat masuk KC, mula guna IRC, invite lak kat chanel2 masa tuh nak ramaikan user kat room penangchat. Tapi, akhirnya room penangchat tetap berkubur juga bilamana jebond and da geng keluar buat 1 lagi room lain.

Bermulalah detik2 aku bersama room wawasanchat. Dua2 room pun masih masuk lagi. Lepak dua2. Lama2 room penangchat tutup. Dengan wawasanchat nih plak sempat perang2 lagik wkakaka.. perang flood dengan room lain. Seingat aku masa tuh perang dengan budak2 kampungburn dengan room KC.net.

Tapi sekarang aku tak tau dah room2 yang lain tuh masih aktif lagi atau tak. Yang aku tau dah banyak sangat room2 yang muncul.. Aku pon dah kurang sangat nak jelajah room2 chat nih. Kalau ader pon aku masuk kat KC dan main uno or kuiz kat Malaychat jerk. Room penangchat dah lama tutup. Wawasanchat pon dah tutup gak sekarang nih. Dulu tutup tapi depa on balik kali nih aku tak pasti lak depa nak on lagi atau tak. Server dah tak bayar dah kate Ducks hari tuh. Maybe tutup teruslah gamaknye..

Shark ader bukak wawasan komuniti sekali dengan channel chat, tapi aku dah kurang aktif nak chat kat room2 nih. Aku layan ym jerk sekarang. Nantilah kalau ade mood aku masuklah balik. Member2 chat lama pon dah lama yang bersara. Kaka dah aktif dengan politik sekarang wkakaka amponnnn... Rio lak bz dengan kedai songkok dan kainnya... Jebond dah jadi usahawan berjaya kat Gerik tuh wkakaka amponnnnn... Bell dengan nana yang aku tau masih study lagi.. Aceh dah kawen kot...dah lame tak dengar khabar dia. Kak fara lak busy dengan family die kot.

Rindu dengan kawan2 nih semua.. Rindu nak bergelak ketawa ramai2 sambil mengusik2. Rindu nak kenakan orang sambil menyamar dalam room. hahaha Sekarang nih kalau masuk room pun kat KC jerk. Terlalu banyak dah nick aku d situ. Ada yang sampai tak ingat password dah wkakaka... menyamar menyamar menyamar... lama-lama kena tendang g myanmar huahuahua. Tapi sekarang nih aku malas nak masuk chat kat room. Boring dah haku wakakakak.. Best lagi aku chat kat SB dengan geng2 rusak n fungkurians muehehehe...

Sunday, May 24, 2009

Seribu kenangan

Kenangan bersama kekal selamanya
Sekalipun kau hilang di mata
sering aku merindu

Terkenangmu senyumanmu
detik pertama berseminya cinta
kian tiba penghujung waktu
saling berlinangan pilu

Setia ku menyayangi
tiada ku kesali
walau kian hanya berteman
seribu kenangan

bagiku terlalu indah
setiap detik bersama
Rela akhirnya ku terluka dariku
hidup tanpa kenal cintamu

Mau dedicate dis song 4 sum1 la.. Sapa ekk? Ermm... no need to mention his name here ahakss...tapi tuk orang yg dengo same2 kat YM tuh.. hikhik.. Bio dia jerk yang tau lagu nih tuk dia.. :-* haha ;) wink...wekkk!!!

Entry aku banyak lagu lak bulan nih.. Nih time2 jiwa rawan namanya... hahaha.. layan jak la.. Blog aku bukan blog sapa2 pun muehehe...





Saturday, May 23, 2009

BIntang 14 Hari

14 hari ku mencari dirimu
untuk menanyakan dimanakah dirimu
14 hari ku datangi rumahmu
agar engkau tahu tertatihku menunggumu

aku kangen sama kamu
apa kamu udah gak sayang aku

maafkanlah aku lari dari kenyataan
bukan karena aku tak punyai rasa sayang
maafkanlah aku mencoba tuk berlari
karena suatu nanti engkau pasti kan mengerti

* kamu pacar terbaikku
walau hanya sekejap di hatiku

reff:
mengapa hanya sekejap saja
ku merasakan indahnya dengan dirimu
mengapa hanya untaian kata
ku rasa tiada sempurna cerita cinta kita

repeat reff [2x]

Sejujurnya hati aku terusik dengar lagu nih. Best.. Shuke sangat... Tak tau dah berapa kali aku putar lagu nih... aduhaii hati.. Rawan hati ku dengar lagu nih.. Hilang ketenangan seketika..

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Bingit!!

Bingitt!!!

Lorong - lorong yang dahulunya sunyi kini menjadi hingar bingar dek kerakusan manusia..

Tiada lagi kedengaran bunyi cengkerik yang mengalunkan irama indah tika sang perindu mengamati indahnya malam...

Tiada lagi bunyi kedamaian sang unggas malam...

Yang ada cuma suara - suara garau dan gedik mereka-mereka yang bergelar manusia..

Mereka - mereka yang sering lupa akan asal usul dan fitrah kejadian manusia..

Kerana kemajuan membawa arus perubahan menjadikan mereka-mereka yang leka hilang arah pegangan...

Bingit!!!

Andai kau tahu nikmatnya suasana sunyi akan kau hargai setiap detik kau bergelar "ORANG KAMPUNG"

Friday, May 22, 2009

Ibarat Bunga Yang di Tanam

Bermulanya dari tunas yang kau semai. Kau jaga dan kau bajai agar ianya subur. Kau berikan ia sinaran cahaya yang secukupnya agar dapat menghasilkan sistem fotosintesisnya dengan baik.Kau berikan air hampir setiap hari.

Hari berganti hari,ia menjadi sepohon pokok bunga yang subur. Kuntum2 bunga mula menampakkan dirinya... Tapi.. kini kau tidak lagi mempedulikan pokok bunga itu. Tiada lagi baja yang kau tabur. Tiada lagi siraman air yang membasahi dirinya..Dan tiada lagi sinaran yang dapat memberika proses fotosintesisnya berjalan lancar.

Akhirnya pucuk bunga yang hendak mekar terabai begitu sahaja. Daun2 mula berguguran. Kelopak2 bunga gugur ke tanah. Tak mampu untuk berkembang mekar. dan akhirnya pokok bunga itu terbiar layu dan mati.

Begitulah ibarat cinta yang cuba kau semai. Kau suntik semangat dan kasih sayang dalam diriku, kau mekarkan kuntum2 perasaan hati ini, Dan kau wujudkan kerinduan yang menggebu dan terpendam.

Namun akhirnya kau biarkan aku sendirian terkapai-kapai dalam mencari erti sebenar sebuah perhubungan. Kau membisu mendiamkan segala yang pernah kau ciptakan. Kau tinggalkan segaris kelukaan dan membiarkan aku sendiri membalutnya.

Biarpun ianya segaris kelukaan..
Biarpun ianya belum berkembang mekar..
Namun cukup membuatkan aku terkesan..
Kerana aku wanita punya hati yang rapuh..
Tapi bukanlah untuk di sakiti selalu...

Thursday, May 21, 2009

jalan - jalan cari angin.

Aku keluar petang tadi lepas jak post entry. Lagi pula tiada apa di buat. Boring + bohsan sikit. Jadi aku keluar menghiburkan hati sendiri.. Aku ajak hani munazah keluar. Dia pun tiada mau buat apa. Petang2 pun bukan study juga. so aku ajaklah dia. Mau ajak member serumah tapi durang semua dak mau jalan. Hani tanya mau p mana lah kunun? aku cakap jenjalan gi miami jak. ok jom.. haha best lak ajak orang yang mau jak di bawa jalan nih. So kami jalan berdua jak. Jam 6 kami keluar dari rumah. Aku singgah kat farmasi beli ubat batuk lagik. Ubat batuk yang hari tuh beli mau habis sudah tapi nda juga baik2 batuk ku nih. Ryan suggest ngan aku 1 jenis ubat batuk lagi.. Ospict. Aku try lagik la beli. Harap2 yang nih leh hilang batuk aku. Panggil piqa dari bawah suruh turunkan bakul, and letak barang2 aku beli dalam bakul then dia tarik naik atas... best kan rumah kami hahah... Pastu aku gerak ar jalan keluar p hujung simpang.

Nampak hani dah tunggu. ho liau..lama aku dak jumpa dia nih. Dah hampir setahun lebih dia tak jejak kaki ke rumah kami. Tak tau apa krisis or masalah dia. May be ada, tapi malas mau masuk campur. Kami pegi tengok2 pakaian yang kena jual di sana..meriah, banyak dah orang berjualan di kaki2 lima dan tepi2 kedai. Lebih kurang pasar malam kat malaysia tuh.. Siap menari2 dan menyanyi durang menjual tuk tarik pelanggan. Aku sempat beli baju dengan seluar. Memang tujuan asal mau jalan pun mau cari seluar..

Jam 7 lebih kami mula gerak pulang. Singgah kat miami pitza belikan fatirah bissukar tuk member di rumah. Durang pesan beli2 makanan.. so aku beli itulah. Hilang rasa sunyi + boring + bohsan seketika.. :)

Sunyi

Sunyi.. Hari nih betul2 rasa sunyi.. Online dengan kazen tadi. Dia send kan gambar majlis kahwin ana.. Tiba2 rasa rindu dengan family di kampung. Tapi tak dapat nak online lama kata santi, dia mau balik kerja sudah.. Nanti malam online dari rumah. Janji jam 9 mau online.. Jam 8.30 dia dah online hehe..

pelamin

Sempat gak lah tengok2 gambar masa ana nikah dengan gam
bar pelamin.. Online kat rumah lak gambar tak keluar masa sharing tuh. 1 jerk gambar yang keluar uwaa... aper lah masalah nih. Pastu minta dia send gambar jer lah kat email. Alhamdulillah dapat gak. Nampak gambar abah, mama and gambar kazen2 yang lain..hehe rindu sama family.. uwaaa rindu..rindu... Sempat webcam tadi..kejamnya dorang panggil abah datang rumah..abah nangis... Sebak rasa tengok.adeiii kejam betul anak buah abah aku nih... uwaaa rinduuuu.. Kalau fikir2 hati yang rindu nih rasa cam nak balik gak cuti nih, Tapi tiap tahun asyik balik pon boring gak. Habisnya belum2 lagik. Jenguh aku nak jawab orang asyik tanya bila nak abis study. huh
Flower girl

Ermm aku tak tau nak buat apa nih, chat jer nak hiburkan hati. Tapi aku masih rasa sunyi jugak hari nih. Mungkin aku patut jenjalan keluar rumah kot. Asyik beperap jerk kat dalam bilik nih. Ya aku jarang keluar rumah lak akhir2 nih. Malas nak keluar. Batuk pon tak baik lagi nih.. Ubat dah nak habis dah minum. Uwaa apa yang mengganggu perasaan ku di saat ini.. Sunyi.. kosong..


Monday, May 18, 2009

Keboringan

Semalam aku keboringan tahap gaban. Exam aku tiada paper untuk 2 weeks nih. Paper aku 4 jun nanti. Jadi ada ruang untuk aku merehatkan otak aku yang ermm..boleh lah aku katakan tengah serabut sekarang nih. kehek2... Dalam keboringan tuh seharian aku surfing tenet jak. Memang tiada kerja betulkan. huhu Ekceli aku nda tau mau buat apa nih. Memang keboringan yang betul2 boring. Cek nama2 yang ada dalam YM aku, terlalu banyak sudah. Sampai aku sendiri pun sudah kurang kenal dengan durang. Ada yang add 6 7 tahun yang lepas dan sekarang sudah dak aktif. Rasa macam mau delete sebahagian yang dak aktif tuh lagi. Tapi malas. Nantilah delete time2 rajin.

Pergi merayau2 tengok2 blog orang. Datang rajin hari nih p baca2 blog orang. Memang selalu aku rajin pun baca tapi baca blog yang baru update dalam list aku lah. Tapi hari nih aku p merayau orang2 yang tiada dalam list aku. Rayau punya rayau tetiba teringat mau buka blog ekino, chatter yang aku jumpa dalam 1 chatrum yang alya invite tuk aku masuk. Best gak lah chat dalam rum tuh.. Peramah2 user dier ahakss... kah aku yang terlebih peramah hari tuh hahaha...

So tengah baca2 blog dia tuh aku terjumpa lah typing speedtest nih. Mau juga tau tahap kelajuan aku menaipkan..ahaksss aku try lah juga. result pertama aku..

41 perkataan

Speed test



Kamu mencapai 211 markah, jadi kamu berada di posisi 16595 dari 73945 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 267 aksara seminit
you mendapat 41 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah

Bolehlah..tak lah laju sangat... Tapi best hahah... korang try2 lah...

Jendela Hati

Aku Ingin Hidup Secerah Mentari
Yang Menyinar Di Taman Hatiku
Aku Ingin Seriang Kicauan Burung
Yang Terdengar Di Jendela Kehidupan

Aku Ingin Segala Galanya damai
Penuh Mesra Membuah Ceria
Aku Ingin Menghapus Duka Dan Lara
Melerai Rindu Di Dalam Dada

Sedamai Pantai Yang Memutih
Sebersih Titisan Embunan Pagi
Dan Ukhuwah Kini Pasti Berputik
Menghiasi Taman Kasih Yang Harmoni

Seharum Kasturi Seindah Pelangi
Segalanya Bermula Di Hati Di Sini...





Sunday, May 17, 2009

paper Al-Quran

Hari nih first paper aku. Madah(subjek) al-quran. Semalam aku dah tak dapat nak ngafal lagi. kepala dah berat + pening2. Nak tambah tapi dah tak dapat. Paksa pun, kepala aku yang sakit. Akhirnya aku pilih untuk tidur. Mulanya mau tidur kejap jak, mau ringankan kepala. Bila bangun tengah malam tu masih sama juga. Baca dak dapat masuk.Ulang hafalan ada yang sangkut. Aduh apasal nih.. Kalut, Serabut, Hilang punca.. Tapi aku rilekss jak..Dak mau gelabah2 takut nanti tak dapat nak ingat ayat yang lain. So apapun jadi aku cool...Rilexx...

Lastly aku sambung tidur. Tunggu kazen aku online dari sabah sebab janji mau online hari ahad tapi tiada pula dia online. Akhirnya aku terlelap juga. Sekali tengok siang sudah baru terbangun. Jam 7 lebih. Exam start jam 9.30. So aku bangun la mau bersiap2... Jam 9 bertolak dari rumah p Kuliah, memandangkan hari ni hari pertama exam jadi boleh masuk awal untuk mencari dewan exam.Nih soalan exam aku tadi. Alhamdulillah aku dapat habiskan exam hari ini. Sempat aku rasa mengantuk masa jawab soalan ;)) Soalan satu surah al baqarah ayat 110 - 114. kedua 143 - 148. ketiga 260 - 264.keempat surah Al-Imran ayat 6 - 13. kelima ayat 51 - 58. Marbeles :) huhu


Saturday, May 16, 2009

Jemputan

Salam sejahtera nienakariena,

Makluman yang ringkas dan padat untuk anda.

Aktiviti minggu ini.

Sabtu :

Match View @ Restoran Hakim Syek 7 Shah Alam sempena perlawanan penentuan kejuaraan Man Utd Vs Arsenal. Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi suasana.

Game - Man Utd VS Arsenal
Tempat - Restoran Hakim (BARU) Seksyen 7 ,Tingkat 1

Tarikh - 16/05/2009 @ SABTU
Masa - 7.00 PM ( tolong dtg awal )
Pakaian - Jersi Man Utd atau Baju MyManUtd
PERSON INCHARGE : hffie7@fie 012-6354525
wauwee : 016-6364113


Maklumat lanjut klik : http://mymanutd.com/forum/thread-2366.html

Teruskan Setia Bersama Mymanutd!!

Terima Kasih.

Aku rasa aku patut pertimbangkan kalau depa bagi aku tiket free pulang balik dari egypt ke malaysia.. Korang rasa macamna? wakakkka



Dan yang nih aku baru dapat dalam beberapa hari lepas gak.



Salam sejahtera nienakariena


Perkara : Pembayaran untuk pre-order tiket
MU Tour 2009


Pembayaran boleh mula dibuat mulai sekarang.
Pembayaran yang dibuat sebelum 29 Mei 2009, akan diberi 1 pass (Training
pass
) untuk melihat Manchester United berlatih untuk perlawanan menentang
Malaysia nanti.


Selepas tarikh 29 Mei, pass ini tidak
lagi diberi.


Untuk maklumat pembayaran, sila klik disini :

http://mymanutd.com/forum/thread-2390-page-1.html

Terima kasih


Kalau kapal yang bawa player MU tuh dapat singgah aku d egypt nih, Insyaallah aku bayar sebelum akhir bulan mueheheh...





Friday, May 15, 2009

Indahnya Cinta

"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"

"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"

"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"

"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"

"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"

"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"

"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"

"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"

"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab"

Hanya itu yang ku mahu...Andai kau bisa...

Thursday, May 14, 2009

MU vs Wigan

Aku nengok game nih semalam cam hampeh jerk.. Dah lah line tenet aku cam siput. Buat aku hangin pon ader. Play 2 saat pastu sangkut. Kalau nak di kira berapa kali aku refresh pon aku dah tak terkire. Dah lah main separuh masa pertama cam ayam jenjalan bawa anak2 ayam yg kecik2... Kira hebat gak lah wigan semalam main masa pertama.. Dan aku tetap kata bola itu bulat kalau wigan yang menang semalam.. Ronaldo dengan Rooney main tamak..Macam takder player lain yang main..Tau la masing2 nak tambah score peribadi... hek eleh...

Aku suka tengok game kalau ader partner nengok. Semalam aku nengok bola dengan member. Tengok dari tempat yang berlainan dan pc berlainan wkakaka.... Yer la dia dok mesia aku lak tercampak kat sini, Nasib tak kena demam campak jew.... Sementara line aku sangkut2 dia lah yang jadik pengulas masa game tuh... Yang wat aku tak sabar nak tengok bila dia kata "sikit lagi wigan nak score" Baru masa pertama..Tak sampai 20 minit lagik main dah kena try. Aku yang dengar dah cuak masa tuh. Biar betul MU dah kena try seawal macam tuh. yer lah kan wigan bukanlah team marbeles orang kata... huh...

Nasiblah ader hero penyelamat separuh masa kedua. 5star la tuk tevez dengan carrick semalam.

realiti insani & PGK

Ekceli lagu nih aku dah pernah dengar sebelum nih tapi aku kurang amik port sangat sebab tak tau tajuk dengan penyanyi dia. Dengar2 begitu jer la. Tapi bila ada sum1 suruh aku p dengaq lagu tuh aku g carik gak lah kat Youtube. Bile dengaq best lak..layan jugak la orang kate. Ngamm dengan jiwa. Best memang best.. Aku tak tipu beb.

PGK (5/9/2009 9:59:41 PM): jap2...nk bukak youtube carik lagu...realiti insan
nienakariena (5/9/2009 9:59:50 PM): aiyakkk
nienakariena (5/9/2009 9:59:58 PM): lupe lak aku ko suh cari lagu tuh kan
nienakariena (5/9/2009 10:00:00 PM): hahahaha
PGK (5/9/2009 10:00:04 PM): heheheh...
PGK (5/9/2009 10:00:13 PM): chat sambil layan lagu baru best...
PGK (5/9/2009 10:00:20 PM): ko mmg macam tu pon..
PGK (5/9/2009 10:00:23 PM): selalu lupa...
nienakariena (5/9/2009 10:00:26 PM): wakakkaka
nienakariena (5/9/2009 10:00:29 PM): tuh la pasal
nienakariena (5/9/2009 10:00:32 PM): aku nih skrg pelupa
PGK (5/9/2009 10:01:01 PM): banyak makan semut laa tu..
PGK (5/9/2009 10:01:18 PM): cuba laa ko makan labi2 lak..
nienakariena (5/9/2009 10:01:23 PM): wakakkakaka
nienakariena (5/9/2009 10:01:24 PM): ampehhh
PGK (5/9/2009 10:01:29 PM): tak pun ko makan rumput ker...wakakaka
PGK (5/9/2009 10:01:53 PM): ko dengar laa lagu yg aku swuh ko carik tu...lagu tu aku tujukan untuk ko..
nienakariena (5/9/2009 10:02:07 PM): yer lah
PGK (5/9/2009 10:02:11 PM): buat semangat disamping dorongan untuk success
nienakariena (5/9/2009 10:02:13 PM): aku tngh carik lah nih
PGK (5/9/2009 10:02:26 PM): aku tak lupa gak doakan kt ko...semoga berjaya laa
PGK (5/9/2009 10:02:38 PM): ko ingat aku nie kedekut sgt ker...heheheh
nienakariena (5/9/2009 10:02:44 PM): hahahahhaha
nienakariena (5/9/2009 10:02:46 PM): ampehh jerk
nienakariena (5/9/2009 10:02:52 PM): aku x der kate mcm tuh pon
PGK (5/9/2009 10:02:52 PM): hah...carik jgn tak carik..
PGK (5/9/2009 10:03:29 PM): mana laa tau kan...
PGK (5/9/2009 10:03:32 PM): hehehehe...
PGK (5/9/2009 10:03:57 PM): aku syg kat ko..takat doa2 lepas solat tu no hal punya laa...sure aku doakan laa kt ko.
nienakariena (5/9/2009 10:04:12 PM): hehehe
nienakariena (5/9/2009 10:04:15 PM): thanks lah ekkk
nienakariena (5/9/2009 10:04:19 PM): ko nih mmng baik
nienakariena (5/9/2009 10:04:33 PM): rugi aku dpt kwn dgn ko
nienakariena (5/9/2009 10:04:39 PM): * x rugi
nienakariena (5/9/2009 10:04:40 PM): adehhh
nienakariena (5/9/2009 10:04:45 PM): jari nih terkehel jerk
PGK (5/9/2009 10:04:59 PM): aku paham laa,....
PGK (5/9/2009 10:05:03 PM): hohohoo...
PGK (5/9/2009 10:05:08 PM): lapar laaa niena...
nienakariena (5/9/2009 10:05:09 PM): hahahhaha
nienakariena (5/9/2009 10:05:14 PM): nape x g makan?
nienakariena (5/9/2009 10:05:32 PM): sntekee kan penyanyi lagu tuh
PGK (5/9/2009 10:08:01 PM): napa laa jinbara taruk tajuk "farhana"...kalu diorang letakkan tajuk nienakariena kan best....hahahhah
nienakariena (5/9/2009 10:08:13 PM): wakakakkakaka
nienakariena (5/9/2009 10:08:24 PM): sebab mega dah letak tajuk nina karina
nienakariena (5/9/2009 10:08:26 PM): mana leh sama
nienakariena (5/9/2009 10:08:33 PM): ko try carik lagu mega
PGK (5/9/2009 10:09:45 PM): <_peminat>
PGK (5/9/2009 10:09:58 PM): aku tgh dengar lagu nina karina nie...
nienakariena (5/9/2009 10:10:07 PM): hahahaha
PGK (5/9/2009 10:10:09 PM): syg tul laa aku kt ko nie...
nienakariena (5/9/2009 10:10:13 PM): jgn dok feeling lelebih dah ar
PGK (5/9/2009 10:10:21 PM): tu laa pasal..
PGK (5/9/2009 10:10:28 PM): tetiba air mata ku bederai...
nienakariena (5/9/2009 10:10:53 PM): hahahahah
nienakariena (5/9/2009 10:10:57 PM): melampau lah pulak tuh



KoranG layan jer lah lagu di atas nih. Korang suke tak suke tuh korang punya suke lah miahaha.. Aku nih kadang baik hati jugak, aku hargai orang2 yang bagi aku lagu. tapi kena lagu yang ngam dengan jiwa lah beb. Aku suke dapat kawan macam PGK nih, selalu buat aku gelak jer bile chat dengan dia. Best o0 kawan dengan dia. banyak bagi aku nasihat. SayanGGGG sama itu PGK haha..

Monday, May 11, 2009

\''\( ^ ; ^ )/''/

Dalam keterpaksaan menyuarakan suara hati ada hati2 yang terguris..

Dalam keriangan hati ada hati2 lain yang bersedih.

Dalam pencarian harus ada yang di cari dan mencari..

Dan dalam kehidupan yang berliku memang ada yang akan tersentuh..

Hidup tak selalunya indah.. Roda2 kehidupan akan terus berputar. Yang leka akan terus tinggal di belakang, Yang Berusaha akan terus maju kehadapan..

Salam Imtihan Buat semua teman2 dan penuntut di bumi barakah.. Moga kejayaan milik kita semua.. Selamat menempuh peperiksaan yang bakal menjelang. Salam kemaafan di atas keterlanjuran kata2.

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu dan selamat pengantin baru.

Tak sedar pulak hari nih hari ibu. Bangun tidur tadi on lappy dengar dj momok mendj potpet pasal hari ibu. Otomatik teringat kat my mom d kampung. Ermm hati cam d cuit2 mau wat kol p rumah. Tapi perut lak nyanyi2 lagu keroncong. Tengok jam dah jam 1 lebih. Kalau kat malaysia dalam jam 6 lebih kot. Fikir punya fikir mesti my mom tiada d rumah sekrang nih. Kol nanti tengah malam la.

Dalam jam 11 malam waktu malaysia tuh aku kol lah henpon my mom tapi dua2 number tutup. So kol g number abah aku lak.. Bunyi riuh semacam..hingaq bingaq...hahha betul ker dak tuh..ikut suke aku jer nak bedal bahasa. Aku pon tak tau napa la nih aku dok asyik kuar loghat utara. Dok ghindu dengan oghang utara kot wkakaka...

Dapat gak aku kol my mom tadi wish hari ibu, tapi takde hadiah hahah.. my mom tanya hadiah aku cume gelak jer bagitau takde hadiah.. Tunggu baliklah.. Hutang hadiah boleh tak? hhahaha

Hari nih majlis kahwin kazen aku, patutlah riuh bunyi masa aku kol. Siap ada karaoke2 orang nyanyi lagik. Nasib lah aku kol tuh line tenet tak berapa ok. Tak dapat aku nak mengkritik wkakak... Tetiba rasa rindu serindu rindunya dengan family di kampung. Bestnya kalau ada d kampung time2 ada orang kahwin. Boleh makan kenduri. Teringin mau makan masakan time kenduri kahwin. Sedap2 makanan time tuh. Mau masak di sini tapi nda sama, sebab tiada yang kahwin wkakaka.... Ermm setiap kali kazen2 aku kahwin mesti aku tiada. Mesti aku d tempat lain. Sedihnya jadi perantau nih. Asyik ketinggalan jak. Hurmm bilalah agaknya aku dapat sama2 dengan family aku kan. Time aku balik malaysia dak ramai pulai yang kahwin. Sudah aku balik mesir ramai pula yang kahwin. Sedih siot!!!.. Nasiblah aku balik tahun lepas sempat gak tengok majlis abang aku kahwin. Kalau nda menangis meraung aku d sini minta pulang juga hahha..

Apapun aku tetap mendoakan yang terbaik dalam majlis kenduri kazen aku nih. Selamat pengantin baru buat suhana Mamat dan pasangannya. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Friday, May 8, 2009

Exam dah dekat aku tak habis ngapai quran lagikkk

Aku tak tau nak kata apa, aku tak tau nak wat camna.. Ngapai sikit2 tapi yang nak di hapai tuh tak abis2 lagi.. Berat seh.. Tok aku pernah kate kalau hati tak bersih memang susah nak ngapai.. Mungkin betul kot..Hati aku tak cukup bersih lagi tuh yang liat sangat nak ngapai. Boleh masuk apa yang di hapai tuh tapi masalahnya MALAS. Dok ngadap benda alah nih jer.. Aku pun tak tau ape yang aku dok suke sangat bukak benda nih. Haishh hari2 dok ngadap benda yang sama. dok buat benda yang sama. Tak boring kew? aku tanye aku jawab balik ekk... (tiru ayat adlin aman ramli) Nak kata boring tuh tak juga nak kata tak boring tuh tak juga. Tengah2. Jumpa lak member2 sekepala kat dunia maya mana nak boringkan. adehhh!!!

Tapi bukan benda tuh yang aku nak cerita.. Aku nak citer pasal exam aku yang ada dalam beberapa hari nih lagi. Exam aku start 17 mei nih. Pastu kena lak ngapai 3 juzu' quran. sekarang yang ada kat kepala aku nih adehhh macam ciput jerk hafalan aku nih.. Agak2 aku leh perabih ker dak ngapai quran nih. Ketaq tak yah citer ar hari2 dok kate ee takut tak abih ngapai lagik..tapi ngapainyer dak jugak. Bila aku dok hitung2 aku ada masa seminggu jer lagik. Dapat ker nak habiskan semua tuh? Aku nak target soalan pon aku takut tak mengena. Dah lah baru tahun nih start muqarar(sukatan) ikut juzu, sebelum nih ikut surah2, kang aku main target2 takut target aku melencong. Contoh soklan tuh belum ada lagik. Harap2 aku sempat lah nak ngapai semua tuh. Aku nak sorok dulu benda alah nih. Selagi ada kat depan mata selagi tuh agaknya tak bukak buku.

Haissshhh kalau aku sorok tak dapatlah aku nak tengok bola miahahaha... Kenapalah bola nih main time2 aku nak exam kan..tak pun kenapalah exam aku nih time bola tengah hangat nih. wakakaka boleh ker macam tuh? Hurmm

Exam tak start lagi kadang aku dah fikir apa aku nak buat cuti summer nih. May be tak balik malaysia tahun nih. So aku bercuti2 egypt jer. Tak der nak cuti2 malaysia. Ermm aper ekk yang best nak buat? Tido sepanjang cuti? isk lame2 boring.. Nak gi jenjalan.. Tengok budget jugak. huh Nanti fikirlah.. Aku nak start ngapai nih. Harap2 aku dapat habiskan. Kalau ada yang nak tolong hapai tuk aku pon leh jugak. Naik saing ngapai dengan aku pon leh jugak. Jom2 ngapai quran juzu 1 sampai 3 k..

Wednesday, May 6, 2009

Aku happy MU ke final tapi aku SEDIH fungkurfm takde.

Dan akhirnya setelah bertarung untuk second leg MU berjaya mara ke final setelah menewaskan arSENGAL 3-1 dengan agriget 4-1 ;p hahah.. puas hati aku.. Biarpun pipiyapong saiko penyokong MU dengan mengutuk pemain CR7 kat blognya. hahah akhirnya MU membuktikan kepada fans arSENGAL, yang banyak bunyik bahawa MU telah menewaskan arsenal. hahah So aku nak tunggu entry terbaru pipi apa yang dia nak cakap atas kekalahan arsengal ni. Kompom entry dia ngelak punya hahha...tak pun tak tulis langsung dah kekalahan arsenal.. Senyap lah penyokong arsengal tuh hahaha... sebelum main cakap banyak... saiko2...

Tapi yang tak bestnya, radio yang selalu aku dengar dah tak dapat nak dengar sekarang..sedey sangat2... Fungkurfm tutup tuk sementara waktu tapi tak tau sampai bile.. sedey siot..Pas nih dah x dapat dengar fungkur. so aku letak radio chatzfm jer wat sementara kat blog nih. hurmm :( Selalu kemain lagi bangun tido trus bukak blog dengar lagu2 & celoteh dj tapi sekarang.... uwaaaaaaaa sunyi sepi hidupku tanpa gelak ketawa bersama fungkur. sedih siot. Aku harap tak lah lama sangat masa yang dorang nak amik tuk baiki radio fungkur tuh.


Kembalikan keceriaan hidupku bersama FUNGKURFM pelis!!!

Sunday, May 3, 2009

Jamuan Perpisahan

1 Mei lepas pelajar2 sabah telah di jemput oleh pegawai atase pendidikan jabatan penuntut malaysia iskandariah bertandang kerumah beliau dalam majlis jamuan dan perpisahan beliau yang akan tamat perkhidmatan di bumi barakah ini pada akhir bulan mei ini. Selama diri mengenali Puan habibah banyak nasihat2 yang telah di berikan dan beliau merupakan seorang yang baik hati dan peramah dengan pelajar2.

Acara bermula jam 3 petang, ramai juga pelajar2 yang turut hadir ke rumah ustazah habibah. Kami sampai d rumah beliau selepas solat asar. Dan pelajar2 sabah yang lain dah ada yang sampai dan selesai makan. Duduk2 bersembang bersama yang lain. Kami lepak di balkoni sambil bersembang2. Seketika menjadi riuh dengan gelak tawa rakan2 yang kurang bersama akhir2 ini dengan kesibukan menelaah pelajaran di saat2 menghampiri exam. Kesempatan bertemu seketika tidak di lepaskan peluang untuk bersama. Usik mengusik di antara satu sama lain di tambah usikan keriuhan "Geng Gelimats" sesama sendiri.

Selesai menjamu selera kami mengambil peluang untuk bergambar bersama2 ustazah Habibah. Mungkin akan bertemu semula di malaysia dan mungkin juga tidak. Kerana beliau yang duduk di semenanjung dan kemungkinan akan bekerja semula di semenanjung dan kami yang akan kembali ke sabah memungkinkan peluang untuk bertemu agak tipis. Namun perhubungan itu insyaallah tidak akan terputus andainya masih ada ruang2 perhubungan di antara kita.

Kami mula bersurai selepas bersalam-salaman dengan ustazah dan membawa haluan masing2. Ada yang hendak pulang kerumah terus, ada yang mau ke bank dan ada yang hendak ke mansyiah membeli2 barang. Ahli baitku( housemate) yang lain semua menuju ke san stafino mall dan aku pergi ke mansyiah bersama geng2 yang lain.

Dalam demam ku gagahi juga berjalan, sempat pekena jus mangga yang d belanja kak fenz, (thanks kak fenz). Makin menjadilah batuk nih nampaknya. hahaha Kesana sini kami berjalan mencari barang yang hendak di beli. Jam 9 lebih kamu mula bergerak untuk pulang ke rumah. Sesampai di rumah member lain belum balik lagi. Berseorangan seketika. Damai. Jam 10 lebih mereka dah sampai dan masing2 membuat kerja sendiri. Berkumpul untuk membayar sewa rumah dan bersembang. Terasa lapar pula di tengah malam, sempat lagi masak2 dan menjamu selera sambil bersembang isu semasa. Wah!! tanpa ku sedari dalam ku menyendiri banyak kisah yang tidak ku ketahui. :)

Batuk aku makin teruk.. dan akhirnya aku beli ubat batuk juga walaupun aku memang tak suka dengan ubat batuk. aiyakkk!!!

Friday, May 1, 2009

Demam

Hari nih badan rasa kurang best sikit. Aku demam. Demam nak exam ker atau demam sebab MU menang semalam. Bangun pagi tadi aku masih sihat lagi. Bila dah balik dari pejabat jabatan penuntut malaysia iskandariah tengahari tuh dah mula rasa sakit tekak.. singgah kat kedai gi beli air mirinda dan to'miah bil beid. Aku g lepak rumah reny lagi lepas tuh nak gi scan surat nak hantar gi sabah.

Lama jugalah lepak di situ sempat lagi online dari rumah dorang. Tapi masa tuh dah terasa sakit2 tekak. Reny buat air teh perisa apatah..lupa dah.. pestaim rase memang tak ingat nama. Boleh tahan gak rasa die.. Sedap!!..tambah pulak ader kuih kek sarang semut. Makan2 sambil bersantai di depan pc lah aku di situ. Kena menggodek pc lagi tak pernah2 guna scan kat situ. Belajar lagi sekejap..baca itu baca ini. Alhamdulillah segalanya selesai.

Lama duk ngadap pc aku p bantai mirinda lagi. Sejuk2 sedap bila masuk tekak time panas tengahari. Sakit tekak dah tak peduli masa tuh. Agak2 masih boleh tahan, telan jer... siap semua surat2 tuh aku scan, lepak sembang2 dengan orang rumah reny. Hampir jam 2 tuh aku gerak lah balik rumah. Rasa mengantuk bila kurang tido.

Sampai rumah on lappy line tenet lak takde. mama(tuan rumah) off line kot. Adess malasnya nak kol mama lagi nak suruh on router kat bawah. Tak per la rilek2 jap.. Gi makan meggi kejap, goreng kokki makan fries.. nyaman...yamee~~~ Mata mula memberat bila dah siap makan.gaya ular sawa betullah.. Dah makan mata ngantuk hikhik...Tapi aku tak tido gak..sembang2 dengan member serumah. Jam 4.30 tuh dah keboringan tahap gaban aku kol gak lah mama tuh minta on kan tenet umah nih. Sempatlah mengonlinekan diri sekejap. Tapi mata makin memberat. tekak yang sakit semakin bertambah sakit, dah mula terasa ada aliran di hidung yang penyek nih. Aduh selsema lagi. Nih kompom leh demam nih dalam hati aku. Akhirnya aku hanya mampu online dalam masa kurang sejam saja petang tuh. Pastu aku p tido. Memang terasa dak selesa dengan tekak yang sakit dan hidung yang tersumbat payah nak bernafas.

Bangun tidur terasa makin teruk tekak dengan selsema nih, siap muntah lagik.. Nampaknya kena cari ubat jugalah esok. Aiyakk malasnya mau keluar rumah. Time2 nak exam plak leh demam. Hope leh cepat sembuh.