BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 29, 2010

huh!!

Hari berganti hari, hanya tinggal beberapa hari lagi untuk exam..satu-satunya paper exam yang aku ambil untuk sem nih..paper adab balaghah.. Orang cakap madah killer.. memang killer pun..Tiap tahun ramai jak yang sangkut paper nih. gentar ada takut pun ada. Orang kata kalau cukup persediaan cukup peluru untuk turun ke medan peperiksaan tiada apa yang perlu di takutkan. tapi dah orang kata subjek nih subjek killerkan.. tetap juga ada rasa gentar.

Hanya tinggal esok jak masa yang ada untuk tambah hafalan. Harap-harap sempat mau habiskan semua. Usaha, usaha dan terus berusaha. Usaha tangga kejayaan. Rajin berusaha membuahkan hasil yang lumayan. tapi kalau asyik berusaha depan lappy sambil menjaga masakan di cafe world di facebook tuh takkan kemana kan.. So stop lah dulu gaming on facebook. Focus on study..

Ada di antara rakan yang sudah pun habis exam, ada juga yang masih lagi merangkak dalam perjuangan. Semuanya menghampiri penghujung peperangan.
Chayo chayo.. aja aja fighting...

Sunday, January 17, 2010

Gud Luck ( ~ : * )

Exam around Da corner.. Busy studykah? atau masih busy dengan game-game di facebook. Hahahah.. Ramai yang sudah mula study dari awal, ada juga yang study last minit. Masih tak berubah, masih dengan kelekaan, walaupun sudah berulang kali strategi itu terkandas. Namun belum juga ada kesedaran untuk bermula dari awal. Aku? bak kata Nabil (Raja Lawak)..sama dengan jer orang yang bercakap tuh hahahaha...

Hari ini merupakan hari pertama exam bagi pelajar-pelajar uni Al-Azhar Mesir. tak kira cawangan manapun.. Kebanyakannya baru bermula hari ini.

Bagi yang mempunyai madah exam yang bermula hari ini..Chayo-chayo!!!... Buat yang terbaik. Insyaallah ganjaran yang terbaik kita perolehi bilamana usaha dan doa diiringi bersama... Gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Jangan biarkan peluang itu berlalu begitu sahaja sehingga kita sendiri yang akan merasa besarnya harga kerugian yang kita alami.

Gud luck 4 all Azharian students.. Do da best among da best.. Bittaufiq Wannajah..


Monday, January 4, 2010

Thanks dear

Alhamdulillah.. hari ini punya rehat yang cukup setelah mengharungi perjalanan yang panjang selama 2 hari. Bertolak waktu tengahari ke kota kaherah pada hari jumaat lepas dan kembali semula ke alexanderia pada hari sabtu. Sempat berehat melelapkan mata di waktu malam sahaja. Tujuan untuk mengambil barang-barang kiriman dari malaysia dan menemani pida yang ingin membeli barang-barang tuk di bawa balik malaysia.

Sampai di kaherah jam 4 lebih dan berehat sebentar sambil menunaikan solat. bersembang-sembang dan mengisi perut dengan kuih karipap yang di bawa dari alex. Sementara menunggu solat maghrib sempat juga pergi berjumpa yanti untuk mengambil barang-barang kiriman dari sidia. Alhamdulillah semuanya sampai ke tanganku. Gembira sangat-sangat. Tak putus dia mengirimkan barangan untuk ku yang jauh di sini. Bahagia punya kekasih hati yang menyayangi dan memahami. Ku hargai semua pemberianmu sayang. :-*

2010..permulaan yang baru.. segalanya indah di pandangan mata. Ku harap biarlah ianya kan kekal selamanya. :)

usai solat maghrib kami terus bergerak ke hussin untuk membeli barang-barang di situ. Tempat yang agak serasi dan pemes bagi mereka-mereka yang ingin membeli barang untuk di bawa balik ke malaysia :).

Terasa letih dan penat kaki berjalan. Mencari restoran makanan malaysia yang ada, namun kehampaan bilamana semua restoran masakan melayu tutup. Akhirnya mengisi perut dengan kfc.

Sesampai di rumah, duduk berehat sambil bersembang. Membersihkan diri dan merehatkan badan. Baru sahaja hampir terlena, terkejut dengan khabar kematian Ayah kepada bekas housemate ku dulu. Ayah abda solehah meninggal di awal pagi 2 januari waktu malaysia. Takziah buat ahli keluarga mereka. Moga tabah menghadapi ujian hidup.

Mata terpejam lena bertandang.. merehatkan diri untuk balik ke alex pula.. Jam 2 petang baru bertolak dari rumah sabah dan sampai ke alex sebelah malamnya.. Alhamdulillah perjalananku selamat pergi dan kembali :)

Friday, January 1, 2010

010110

Ku tinggalkan suka dan duka hari semalam dengan harapan yang indah di tahun baru..
Biarkan yang berlalu menjadi seribu kenangan dan igauan suram.
Akan ku hiasi kehidupan ini dengan warna warni yang indah agar segalanya tak lagi nampak kusam.