BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 29, 2009

Done!!

Berjuta kesyukuran ku panjatkan. Akhirnya segalanya selesai hari ini. Tiada lagi janji-janji kosong yang akan di buat. Tiada lagi aku kena menapak di awal pagi berjalan bersendirian menuju ke situ. Ketabahan dan kesabaran membuahkan hasil. Apa yang terjadi jadikan pengajaran. Cukup sekali jangan sampai pisang berbuah dua kali. Aku tak salahkan siapa-siapa, kesilapan diri sendiri. Kena beringat selepas ini setiap apa yang di sampaikan kena buat folow up juga. Jangan terus terima bulat-bulat khabar daripada orang.

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! adoiyai..merdeka apa pulak ni. Merdeka bulan ogoslah. Mimpi ke apa nih? Well sebenarnya semua urusan aku dah settle muahahah.. Syafawi pon dah selesai. Nasiblah ada juga semangat mau mengurus. Kalau tak mungkin aku give up macam tuh jak. Walaupun tiga hari berturut-turut aku kena pergi ulang alik mau tentukan jadual, akhirnya semua membuahkan hasil. Tak kisahlah tambang tuk aku ulang alik tuh, yang penting bak kata Heliza bereh!!

Dan buat kak chula yang balik ke cairo tadi, sori sesangat tak dapat nak join sekali wida ke sidi Gabir. Kemalasan untuk berjalan sudah sampai ke tahap yang paling maksimum. Cuaca panas di luar membuatkan aku rimas untuk berada di luar rumah. Lebih selesa duduk di rumah terkurung di dalam bilik.. Dan selamat berangkat pulang ke malaysia 30 jun, esok lah tuh kan. Semoga selamat sampai ke tanah air.

Maaf ku pohon buat ahli bait, mungkin akhir-akhir ini aku agak menyendiri, duduk terkurung di dalam bilik dan tak join bersama-sama di majlis bbq lepas. Bukan aku tak mau berhibur tapi selagi masalah dan segalanya tak selesai aku malas untuk bersuka ria. Mungkin ada yang terasa merasa dan dirasa, namun aku punya alasan tersendiri mengapa aku tidak dapat untuk bersama-sama dengan kalian. Bilamana syafawi aku belum selesai patutkah untukku bersukaria?

Dan beberapa entry aku yang agak suam-suam sejuknya telah membuatkan orang salah faham. Beb..kau tak yah nak terasa dengan aku bilamana kau rasa kau tak bersalah. Just Rilex. Aku tak mention nama siapa-siapa pun dalam setiap entry aku. Tak payah nak mesej aku marah-marah. kalau kau rasa kau tiada kaitan dalam hidup aku, just ignore apa yang aku tulis dalam blog aku. Antara entry "hatiku berkata-kata dan aku kau dan dia..kita kawankan.." Dua-duanya dah settle. Alhamdulillah semuanya ok. Tenang.. Setenang pantai yang tidak berombak. Setenang air yang tidak berkocak. Perbincangan itu membawa berkat. ALHAMDULILLAH. Terima kasih kawan kerana kau cukup memahami.

Dan buat yang terasa hati aku minta maaf, aku tak jangkakan semua itu akan terjadi. Kalau kau rasa kau tak bersalah, kau tak perlu nak rasa bersalah. Dan kalau kau rasa kau tiada kaitan tak perlu nak terasa dengan aku.

Manusia hari ini suka bersangka-sangka. ada sangkaan baik ada sangkaan buruk. Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhuwah seperti musnahnya kayu di makan api.

Morning itu pagi.

Pagi in da morning. Buka mata je dah tengok henset. Picit-picit butang keypad. SEND. Macam tu lah selalunya bila tiada online bersama. Tak cukup YM, henset pun di bedal. Statistik rekod topup akan meningkat dengan mendadak. Perghhh!!! pakcik kayo kalau hidup macam nih. hahaha

Aku masih punya misi hari ini. Bangun seawal pagi duduk mengadap lappy sambil bermain mesej. Menanti saat untuk berpergian. Masih terlalu awal. Janjiku jam 9.30. So sebelum waktu tuh aku mesti dah sampai ke destinasi. Agak letih bila berulang alik ke destinasi yang sama. Mujur meeting untuk ajk DMSi di batalkan kelmarin. Kalau jadipun maaf ku ucapkan aku tak dapat untuk menghadirkan diri. Bukan tak nak bagi komitmen tapi selagi hal-hal yang aku uruskan tak selesai aku tiada mood untuk bermuzakarah.

Aku harapkan hari ini semuanya akan selesai. Sudah letih untuk berulang alik ke tempat yang sama. Aku ingin segalanya terlepas dari bebanan otakku. Malas hendak fikirkan akan ada janjitemu seterusnya. Kurang selesa asyik keluar rumah di musim panas begini. Kesabaran sentiasa teruji. Lebih seronok duduk bersemayam di atas katil sambil mengadap lappy kesayanganku. Bertemu kawan-kawan dunia maya sambil bergelak ketawa.

o.O folowers blog ku bertambah seorang hari ini. Cik comoi yang comel loteh. hikhik sudah beberapa hari aku tak jejak ruang chatboxnya. Masih belum ada kesempatan untuk bersama. Akhir-akhir ini di landa kesibukan yang tidak terduga. Rasa rindu nak bergelak ketawa sambil mendengar radio di ruang chatbox. Huhu bila agaknya punya masa terluang.

Wah!!.. waktu tak pernah untuk terhenti. Masa terus berlalu dengan pantas. Aku ingin bersiap-siap dahulu sebelum berpergian. wat cik comoi sampaikan salam rinduku buat kengkawan di rusakfm.

Saturday, June 27, 2009

Wakenabeb di hari sabtu. Beb dabel o0 kena wkaka

sinar suria menerangi siang bak kata penyanyi RustyBlade. Pagi yang indah..Ku kerling jam di tangan menunjukkan 9.15 minit pagi. Kaki di hayun mengatur langkah. Visi dan misi harus di sudahi walau apapun kesudahannya kelak. Dalam asyik ku mengatur langkah menuju ke perhentian kepala ligat berputar mengenangkan suasana rumah. Ya rumah!.. Homesick betul akhir-akhir nih. Kalau di rumah waktu-waktu cuti di hujung minggu begini mungkin aku sedang melayan teh susu dengan mee goreng sentuhan keramat mama aku. Tapi lain kisahnya aku di negara orang. seawal pagi sabtu aku dah bangun, bermalas-malasan di atas katil sambil menekan-nekan keypad telefon.

Akhirnya aku memilih untuk membersihkan diri dan bersiap-siap. Bersarapan sekadar mengisi perut yang kosong belum di isi sepanjang malam. Mengatur langkah keluar dengan seribu harapan. Destinasi aku hari ini hanya satu. Dan aku akan pastikan aku akan sampai tepat pada waktunya. Ya asing sekali kerana cuma aku keseorangan tanpa ada sesiapa yang aku kenali. Mereka-mereka terlalu asing. Tiada seorang pun yang aku kenali melainkan pegawai-pegawai yang bertugas di situ. Itu pun tidak semua ku kenali hanya segilintir yang pernah ku lihat. Duduk menanti hingga waktunya tiba. Namun orang yang membuat janji denganku tidak pula menghadirkan diri hari ini. Aku mula mencari siapa-siapa yang boleh aku dapatkan info, dan bila ku tanyakan nampaknya madam fadhwa tidak akan hadir hari ini. Dugaan pertama di pagi sabtu yang cerah.

Dan untuk kesekian kalinya aku di suruh datang semula keesokan harinya. Dan aku temukan seorang teman di situ. Punya raut wajah yang serius namun berhati mulia. Walaupun kakinya cacat tapi dia punya kegigihan.Dalam hatiku terdetik dia punya semangat yang tinggi. Apa yang ku tahu tujuan kami di situ sama. Kami punya misi yang satu. Akhirnya aku bersama-sama dengan dia mencari jalan penyelesaian. Bila berbicara dengan orang asing dariku aku segera teringatkan dengan pelakon gerak khas inspektor Lim dan Linggam. Tersenyum sendiri aku bila mengenangkan watak mereka bilamana seorang menggunakan bahasa cina seorang lagi menggunakan bahasa india.

Naik ke tingkat dua mencari salah seorang pegawai iatu Abdullah. Kemudian dia arahkan kami untuk berjumpa dengan pegawai lain yang aku tidak ketahui namanya. Akhirnya keputusan tetap sama. Bukrah(esok) nampaknya esok pun kena bangun awal juga. Tiada istilah bangun lewat di hujung minggu hahaha..ambik mung!! Kalau semua dah katakan esok! sok! esok! apa nak tunggu lagi..balik rumah jer la. Sambung dating di dunia maya.muahahahha Kadangkala berurusan dengan orang arab memang payah!!

Sesampai di rumah terasa bahang mentari. Duduk berehat sambil membelek henset. Ada mesej. Satu sikapku yang jelas bila berada di mesir nih, aku jarang membawa henset keluar. Selalu tinggal jer kat rumah. Baca mesej terus on lappy. Cek email on ym. Buzz!!

Sepanjang hari aku terlantar di atas katil macam orang sakit padahal aku langsung tak sakit pun. Cuma adalah buat-buat sakit yang membuatkan orang terkena WAKENABEB!!! muahaha Ya ampun sesungguhnya perut ku tidak tertahan untuk terus tertawa. Silalah anda bersabar menanti rancangan Wakenabeb yang seterusnya. Di saat kesengalan terserlah macam-macam akan terlintas di otak yang luar biasa ini. wkakak


***************************************************

Sedang encik keyboard asyik membelek katalog jualan barang-barang. Dia pun menyuarakan pendapatnya kepada cik Skrin.

Encik Keyboard : Cantiklah kasut sukan nih. Cube ko tengok skrin.

Cik Skrin : a'a cantik.

Encik Keyboard : Pakai dengan seluar jins pon kenakan.

Cik skrin : (dengan muka serius) eh ko nampak tak selalu dekat tepi-tepi jalan ade orang jalan tak pakai apa-apa (b***l). Langsung tak mengiyakan apa yang encik keyboard katakan.

Encik keyboard : Dekat jalan mana?

Cik Skrin : Mana-mana jalan pun ada tau. Sekarang nih dah ramai yang buat macam tuh.

Encik Keyboard : tak pernah nampak pun.

Cik skrin : Dengan buat-buat muka serius. Nanti ko tengoklah tepi-tepi jalan. Mesti ada.

Encik keyboard : Orang gila?

Cik Skrin : tak lah.. waras.. tak kira usia tau. budak kecil,pompuan, laki, orang tuan pun ada tau jalan-jalan tak pakai apa-apa.

Encik Keyboard : mane ader..dah mule gelak-gelak. nih mesti nak kenakan orang

Cik Skrin :(dah pecah ketawa.) Ya lah.. semua orang dok pakai seluar jins. jin- jin kat luar tuh tak de apa dah depa nak pakai. Tuh yang dok jalan tak pakai apa-apa dah.. wkakakaka

Encik keyboard dan cik skrin dah tak terkata apa dah. bergelak ketawa sakan.

P/s : kasihanlah kat jin-jin di luar sana. Bagilah semula seluar-seluar mereka yang telah di pinjamkan kepada manusia wkakakakak

Friday, June 26, 2009

Hoye Hoye

Dalam seminggu nih aku punya kerja yang bukan salah satu daripada jenis pekerjaan.. wkaka macamana tuh? ini semua pengaruh daripada dia. Dia yang telah membuatkan minat aku telah beralih arah. adoiyaii..wat eva la.. yang penting happy.

Nampaknya cuti-cuti summer tahun nih taklah memboringkan sangat. Dah ada hobi baru tuk di lakukan dan di kongsi bersama dengan tetttt dan kengkawan yang baru dan lama. Yang bestnya aktiviti bersama kengkawan dunia maya ku akan kembali aktif semula. Ya lah kan.. exam pon dah berlalu. So it's time to rilex and enjoy..

Oh yeah!! selamat berangkat pulang ke cairo bagi mereka-mereka yang akan pulang ke tanah air. Sorilah tak dapat nak wida-widaan dekat sidi gabir. Tiada kerajinan untuk berjalan hari ini. Lagipun aku punya visi dan misi yang masih belum selesai. Kepala masih memberat dengan agenda esok hari. Persediaan? Huh picit hidung dengar bunyi kentut.. wkakka aku dah mula untuk merapu. adoiyaii kesengalan dah mula terserlah.

Apapun selamat dan selamat buat semua.. Semoga selamat sampai ke tanah air. Sampaikan salam dari kejauhan buat keluarga di sana. Wah seronok ya dapat pulang bercuti. Yang tak balik ke tanah air tuh, ada banyak program yang akan di jalankan di cairo. Yang pasti hari keluarga bakal menyusul julai ini. Bersedia untuk pulang ke cairo beramai-ramai. haha Jumpa di sanaaaaaaaaaaaa

Aku Kau Dan Dia..KIta kawanKan.

Kita kawan-kawan tak mau lawan.Kita kawan-kawan tak mau buat pasal beb. Mungkin suatu masa dulu cerita antara kau dan dia sebagai sahabat. Tapi sekarang nih cerita aku dan dia sebagai sepasang kekasih.

Sebolehnya aku tak mahu kau menjadi penghalang dalam hubungan yang terjalin. tak mahu setiap kali pergaduhan berpunca daripada kau. kami inginkan ruang kami sendiri. Ruang yang tak mungkin ada kau masuk dalam cerita cinta kami.

Dalam kami melayari alam berkasih sayang, alhamdulillah kami bahagia, ketawa riang bersama, berkongsi setiap cerita dan juga masalah. Antara kami saling memerlukan. Kebahagiaan mula terlakar di setiap wajah kami. Hanya kami tahu cerita cinta di sebalik hubungan kami.

Hari-hari ku mula berubah di temani dia siang dan malam. Saling memberikan semangat dan gelak tawa bersama si dia. Bagaikan tiada wujud insan lain di sekeliling kami. Yang ada cuma aku dan dia. Setiap hari kami bersama bagaikan tiada lagi kerja lain yang kami boleh lakukan tanpa bersama. Katanya sehari tak bersama bagaikan setahun lamanya.

Walaupun dugaan sering datang menguji kami, namun kami tabah. Tak mudah melatah dengan setiap dugaan yang melanda. Setiap masalah kami settlekan sebaiknya. Dan punca masalah yang selalu membelenggu hubungan kami takde lain kau, kau dan kau...

Kenapa ekk.. aku rasa aku tak pernah nak ganggu hidup kau. Tapi kenapa kau nak menyibuk dalam hubungan kami. Ya untuk pengetahuan kau kami bahagia sekarang. Tak ada apa-apa masalah dalam hubungan kami.

Mungkin selama nih aku kurang bercerita kisah cinta aku dengan dia di blog ini. Bagi aku kisah cinta kami bukanlah untuk paparan umum, kisah cinta kami cuma terlakar dalam blog aku dan dia. Mungkin tiada siapa yang menjumpai blog tersebut kerana cuma aku dan dia saja yang boleh menghuni teratak cinta kami.

Aku harap lepas nih takde pulak spekulasi liar yang timbul. Mungkin aku banyak bercerita tentang kedukaan di blog ini, banyak ku zahirkan rasa hati aku.Tapi itu tidak bermakna rasa-rasa yang aku lalui bersama sidia. Kerana dunia aku dan dia cuma ada kami berdua bukan dengan orang sekeliling. And i Luv him so much....

p/s: aku tak berniat nak menyinggung mana-mana perasaan, tapi kalau ada yang terasa, ku susun sepuluh jari memohon kemaafan.

Kita kawan-kawan tak mahu lawan. Mungkin ada baiknya aku dan dia menyepikan diri dari dunia orang lain. Agar tiada lagi cerita yang kurang enak tuk kami dengar.

Thursday, June 25, 2009

Hatiku berkata-kata

Adakalanya aku mampu untuk sembunyikan rasa hatiku, rasa kecewa, rasa marah, walaupun orang lain yang melihat diriku sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa bersama seolah-olah aku tak punya masalah.

Namun adakalanya aku tidak mampu menahan setiap rasa yang lama ku pendam..Hingga akhirnya aku membuat duniaku sendiri terasing sepi tanpa ada sesiapa pun yang menjadi penghuni dalam duniaku.

Setiap insan itu punya sikapnya tersendiri, punya rasa ego dan punya rasa kasih. Namun disebalik rasa-rasa itu aku punya rasa tersendiri yang kadangkala aku sendiri sukar tuk menafsirkan perasaanku.

Walaupun duniaku sepi, namun aku tetap bersyukur masih ada yang sudi menghibur hatiku di saat aku gundah gulana, di saat jiwaku merasa dukanya dan di saat aku bersendirian.

Biarlah mereka-mereka terus gembira walaupun aku bersedih. Biarlah mereka-mereka dalam keriangan walaupun hatiku berduka. Dan biarlah aku terus hanyut dalam duniaku sendiri bersama orang-orang yang ku sayang.

Aku relakan senyum tawa mereka di atas kedukaanku.


p/s: Aku tak tujukan entry nih tuk orang yang aku sayang. So jangan buat spekulasi liar yang boleh membuatkan aku dan sidia bergaduh. Cerita kami tiada kaitan dengan entry ini.

Sunday, June 21, 2009

Selamat hari Bapa

Majlis kahwin kak jah di sandakan.

Kring..Kring..

(~.^) : hello..assalammualaikum..
Abah: waalaikumsalam..
(~.^) : (sore excited) selamat hari bapa...
Abah : terima kasih..hehe
(~.^) : kamu di mana nih bah?
tut tut tut tut (talian terputus)

Kring..kring..
Abah : Hello
(~.^) : hello..
Abah : aa..
Tut tut tut... ( talian terputus)

$%#*!~^$ line tenet aku macam arem kan. Kol asyik putus jerk.. Adeii time-time camnih la pulak line tenet sengal. Dah la windu dengan family. Tak sempat nak sembang dengan my mom.. Hurmm andai dapat di selami rasa hatiku di kala ini.. sesungguhnya aku amat merindui orang-orang tersayang.Rasa rindu itu kian menggamit naluriku dan rasa ingin bersama mereka selalu.

Sempena hari bapa nih aku mo wishkan selamat hari bapa buat abahku tersayang yang dirindui selalu AG. SULAIMAN the only one abah yang aku ada yang banyak memberikan nasihat dan semangat di kala aku lemah dan menjadikan belakangnya tempat ku bersandar di saat aku di landa kecewa. Abah yang cukup memahami akan perangai anak-anaknya. Walaupun adakalanya setiap teguran bersahut dengan dentuman pintu, setiap teguran bagaikan angin yang bertiup di pandang dingin oleh anak-anak..Ketabahan mu dalam mendidik kami anak-anakmu penguat semangatku walaupun seringkali duduk berjauhan dari keluarga tersayang.

Aku rasa aku patut stop sampai di sini jak.Kalau aku teruskan menulis mungkin boleh banjir bilik nih dengan airmata aku. Rinduu sesangat. Rindu family aku. Luv my mom n my dad...

Saturday, June 20, 2009

Never

Never say i love u
If you really don't care
Never talk about feelings
If they aren't really there
Never hold my hand

If you are gonna break my heart
Never say you are going to
If you don't plan to start

Never look into my eyes

If all you do is lie
Never say hi
If you really mean goodbye
If you really mean forever
Then say you will try
Never say forever
Cuz forever makes me cry...

Friday, June 19, 2009

wanita dan cemburunya..

Kadang-kadang rasa cemburu itu seringkali menguasai fikiran wanita. Bukan kadang-kadang tapi selalunya. Dan bilamana rasa cemburu itu telah menguasai fikiran macam-macam yang akan di fikirkan. Adakalanya pergaduhan seringkali terjadi kerana rasa cemburu. Mulalah rasa rendah diri dan kurang yakin hendak mendampingi pasangan.

Hati berbisik..Ah!! untuk apa rasa cemburu kalau belum tentu lagi dia jadi milik yang mutlak.. Namun cemburu itu sering di kaitkan dengan rasa sayang. Cemburukan tandanya sayang. Dan bilamana kita merasa cemburu melihat kekasih kita bermesra dengan orang lain itu tandanya kita ada perasaan sayang dan takut dia akan terlepas dari kita.

Apalak aku buat entry cemburu-cemburu nih? aku sedang di landa cemburu tahap maksima punya bapak gaban kew? well..

wahai lelaki ketahuilah kadangkala aku merasa cemburu bilamana kau dengan mereka-mereka membuatkan aku rasa cemburu.

Tuesday, June 16, 2009

Dunia sekolah Rendahku

Apa yang aku nak citer ekk dalam entry aku yang ke 100 nih? Rasa-rasa tiada juga cerita yang best. Zaman sekolah? Hurmm sekolah rendah aku sekolah kat kampung. Tinggal pun dengan nenek and atok aku. Mama dengan abah aku tinggal kat tempat lain. Memandangkan sekolah depan rumah nenek aku jerk so kami adik beradik tinggallah dengan nenek aku di waktu zaman-zaman hingusan. Hari- hari gi sekolah jalan kaki jerk. Pagar sekolah pon bedepan jer dengan pagar rumah tok haku. Mama dengan abah aku lak tinggal dekat separa bandar.haha Sekolah pon jauh dari rumah. Masa tuh mama and abah aku risau takde yang nak urus kami kalau tinggal kat sana. Sebab mama dengan abah aku kerje.

Masa sekolah tadika nenek aku lah yang rajin dok teman aku gi sekolah. Tiap-tiap hari dia tunggu aku sekolah. Jalan pagi-pagi gi sekolah balik jam 11. Bezanya nenek aku tak bawak buku sekolah macam aku.nGee!! nenek aku lah yang teman hari-hari, kalau takde teman aku taknak gi sekolah. Sampailah setengah tahun nenek aku gi sekolah sama-sama aku. Takde yang berani nak gaduh dengan aku masa tuh sebab nenek aku ada teman aku.hahaha Bila dah berani kat sekolah nenek aku just hantar aku jerk gi sekolah pastu time balik dia amik. Dah tak kene tunggu lagi.

Bila masuk sekolah rendah, abah aku lak yang dok hantar aku gi sekolah. Terpaksa cuti kerja sehari haha.. Padahal sekolah depan rumah jer. Masa tuh abah aku kerja kat UMW Toyota. Cikgu dok pujuk-pujuk supaya bagi abah aku balik tapi aku lak nangis taknak kena tinggal. Cikgu tuh segan kot nak mengajar depan abah aku wkakaka.. Tapi tuh sehari jer. Esoknya mama cuma hantar jer aku gi sekolah, takde dah kene tunggu. Mulalah aku belajar untuk jadi pandai. Masuk lak kelas budak2 pandai. Saingan o.0.. Exam sem bape tah aku tak dapat amik exam, sebab aku masuk sepital sakit mata sampai kene tahan tuh... Bila dah naik darjah 2, dah mula kena pecah-pecah kelas. Bermulalah saingan yang best dengan guru kelas aku masa tuh ya ampunn garang yang amat. Siapa yang buat salah merasalah pusat di cubit dan di pulas. Sakitnya hanya mereka yang merasa jer tau. Setiap kali exam kami akan bersaing dapatkan number top 3. Masa tuh aku, nurfaizah dengan ana mariana selalu berebut nombor. Pusing-pusing nombor tuh gak.Bila ada pelajar baru masuk, yarina name dia, saingan mula bertambah.Sampai pernah aku kongsi nombor 3 dengan dia. ceittt.. Dan setiap kali dapat nombor top3 nih setiap kali itulah juga aku dapat hadiah dari mama dengan abah. Best o0..

Bila dah masuk tahap kedua, kawan-kawan aku bersaing dah mula berubah. Aku pon dah kena pindah kelas. Nak dapatkan top3 tuh dah mula rasa susah. Paling dekat pun nombor 4. dan paling jauh lebih dari top10, nombor 11. Perghh jauh beb.faizah dengan ana pulak dah pindah sekolah masa tuh. Tahap dua nih aku aktif dalam bidang sukan dah. Sekolah rendah mana yang kami tak pergi tuk perlawanan. Sampaikan berenang dalam air hujan pun ada. Memang best gila. Sukan apa aku join? alah sukan main guli jer tak lah hebat manapun wkaka... Bola jaring dan bola tampar jer. Sukan lain-lain aku tak berapa nak into sangat. Apatah lagi kalau acara padang. Boleh lepas sampai selection kedua jer. Bila dah jumpa dengan semua kaki panjang memang akulah yang akan tinggal belakang hahaha.. Darjah 6 lak aku into sikit dengan muzik sekolah. Sampai pergi sekolah cina ikut pertandingan muzik. AKu main alat tuh ha xylophon. Tapi kalau sekarang jangan nak suruh aku main benda tuh.. Leh ingat sikit jerk tinggal hahah.. Sampai kami kamcing dengan guru muzik, even kunci kelas muzik pun kami leh pegang untuk berlatih kunun. Padahal menari dalam kelas tuh.haha.. Dulu aku ada geng menari kat sekolah. Tapi aku tak into tarian zapin or joget masa tuh. Bagi kat abang aku jer kalau tarian-tarian macam tuh. Dia jer yang suka ahaha..kami menari rap dalam kelas.Kunun nak buat persembahan masa penyampaian hadiah tahun akhir sekalinya guru besar plak tak bagi. Aku tak hingat dah ape reason dia tak bagi masa tuh. Padahal mula-mula dah kata ok.

Darjah 6 jugak aku terpilih tuk Program Pelajar Cemerlang(PPC) kelas tambahan kena buat kat s.k Pekan Papar. Tapi cuma setiap hari sabtu jerk, persediaan untuk UPSR. Masa tuh lah aku belajar-belajar nak menambang pegi ke pekan. Ya lah selama nih sekolah depan rumah jer. Aku tak hingat berapa sekolah bergabung masa tuh tuk program tuh. Kira lama jugaklah kelas PPC tuh hampir 3 bulan tak silap. Yang tak terpilih pulak tetap ada kelas tambahan kat sekolah kami. So takde lah bezapun. Masa kelas tambahan nih ada gosip best, Yang aku ingat dia budak sk pengalat kecil. Tak ingat dah nama dia. Depa dok gosip aku dengan dia.haha Tapi aku selalu ejek budak tuh, "beg besar kepala kecik". hahaha Kepala dia memang kecik.Nampak skema sikit haha. Rasanya dia tahu kami duk ejek-ejek dia tuh. Masa kelas PPC tuh jer kami jumpa, pernah sekali ternampak lagi dia masa kami kena pergi sekolah dia program apatah, lepas tuh dah tak hingat dah muka dia. Keputusan UPSR aku? Bila keluar jerk keputusan hati dok debar-debar nak nengok keputusan. Nampak makcik aku kat bilik guru tuh dia kata, tak payah lah amik keputusan kau..pergilah kahwin. Adoii rasa down jugak dengar takut gagal. Ceitt!! takder lah teruk sangat pun sampai dia cakap macam tuh. aiyakkk...Tapikan... Leh kawen kew dengan sijil UPSR wakakakaka...

Walaupun aku sekolah dua sesi, pagi sekolah melayu and petang sekolah agama tapi aku lagi suka pergi sekolah melayu. Masa kat sekolah agama aku banyak main jer. Lebih seronok bila rumput-rumput kat sekolah baru kena potong, mulalah rancang dengan kengkawan main rumah sarang burung. Semua dok pakat kumpul rumput nak buat sarang.haha.. Apatah lagi bila ada program yang kena hadir gi sekolah melayu di sebelah petang. Ramai yang sanggup escape balik tuk pegi sekolah melayu. Datang gi amik kehadiran and masuk 2 or 3 kelas jer haha.. Nakal. Dan nombor-nombor aku kat sekolah agama langsung tak mampu nak bersaing dengan budak-budak pandai :( Nak dapat top3 kat sekolah agama tuh jauh ayam panggang dari mulut. Peperiksaan (UPSU) Ujian Penilaian Sekolah Ugama pon aku dapat pangkat 2 jew. Tak mantopz..

Aku langsung tak menyerlah kat sekolah agama. Rasanya tak ada aktiviti pun kat sekolah agama. Pernah ikut nasyid jer lah masa majlis penyampaian hadiah hahaha.. Yang bestnya bila darjah 6 kelas kami asing dengan pelajar lelaki. Sampai ada yang bawa radio kecik pegi sekolah. Kami main dalam kelas, siap kunci pintu kelas tuh haha. susun kerusi dan yang lain mesti berjalan pusing dalam bulatan kerusi tuh. Bila muzik kena stop siapa yang tak dapat kerusi dia dikira mati dan kena denda. Kami bawa mangga dan sambal belacan, makan ramai-ramai. Perghh sedap.. Bila dah riuh sangat kelas, guru besar datang ketuk pintu. Sempat nak sorok radio jer bila pintu kena buka. Mangga dengan belacan atas meja kami pon dia nak rampas. Mesti ustaz tuh makan dalam bilik guru wkakaka... ader ke patut rampas mangga dengan belacan tuh..

Macam-macam perangai kengkawan masa aku sekolah rendah. Sekarang nih cuma segelintir jer yang aku masih jumpa. Yang lain sudah membina keluarga masing-masing. Ada yang masih terjumpa bila balik kampung ada yang memang dah tak nampak batang hidung. Mungkin juga aku yang jarang ada di negeri sendiri membuatkan aku tak nampak dorang semua. Hurmm bila agaknya pengembaraan ilmu ini akan berakhir..

Sunday, June 14, 2009

Kawan YanG Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebajikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat di luahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka tetapi untuk di jadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita..

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!

Wednesday, June 10, 2009

Cinta, Aku Dan Dia?



Denting yang berbunyi dari dinding kamarku

Sedarkan diriku dari lamunan panjang
Tak terasa malam kini semakin larut
Ku masih terjaga...

Sayang kau di mana aku ingin bersama
Aku butuh semua untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau disana merasa yang sama
Seperti dinginku di malam ini...

Rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku
Jika kau disini aku tenang

lama dak dengar lagu nih. Tetiba ingat pulak dengan filem ada apa dengan cinta. Dengar lagu nih rasa windus lak dengan sum1. Dia busy kebelakangan nih.. Tak tau dia hilang gi mana.. Gi carik duit tuk tawen kot hahaha.. amponnnn....

Akhir-akhir nih rasa happy semacam. Duk ngadap lappy pun kadang senyum sendirik. Apakah penyakit yang melanda diriku ini? Adehh.. Adakah aku di landa penyakit ANGAU. Ya sana sini sibuk bercerita tentang perasaan sekarang nih. Bukan aku seorang. Malah teman serumah dan mereka-mereka juga membicarakannya. Bila membicarakan soal hati macam-macam rasa yang dizahirkan. Ada yang geram,gembira, sedih, merajuk dan ada yang sedang memendam hati dalam kebencian.

Itu rasa-rasa mereka.. Rasa aku? aku di landa satu penyakit ganjil. Ia melibatkan hati.. hahaha aku dah mula nak melalut. Sila berhenti membaca jikalau kamu ingin mencari teori-teori sains mahupun cerita penipuan Neil Armstrong yang naik ke bulan... Ianya tiada dalam entry ini.. Harap maklum..

Orang kata bila kita selalu merindui seseorang tuh itu tandanya kita dah jatuh cinta.. Orang kata bukan aku yang kata k..Orang kata lagi hanya dengan mendengar suaranya kita akan tersenyum tanpa sebab.. (macam orang tuh, selalu nak tegelak tanpa sebab wekk!!!) Tapi bila dah tiap hari nak dengar suara itu dah jadi parah. hahaha kena buat rakaman suaralah kalau nak dengar hari-hari. Kalau tak dapat nak sembang or calling-calling leh dengar rakamankan. ahaksss

Orang kata dalam bercinta nih banyak suka duka yang di kongsi bersama. Tapi tak tahulah mana yang lebih banyak suka or duka. Terpulang kepada mereka-mereka yang sedang hangat dalam percintaan untuk mencorakkan rasa cinta mereka. Kalau kegembiraan bersama yang ingin di kecapi pandai-pandailah menjaga hubungan agar ianya penuh dengan warna warni kebahagiaan. Namun jika sebaliknya yang terjadi anggaplah ianya suatu ujian dan likuan dalam mengecapi kebahagiaan.

Orang kata bercinta selepas kahwin lagi bagus. Boleh mengelakkan dari maksiat. Kalau orang yang di kahwini tuh punya rasa tanggungjawab dan punya budi pekerti yang mulia itu tidak mengapa. Tapi jika yang dikahwini tanpa mengenali antara satu sama lain terlebih dahulu dan mempunyai perangai yang HAPRAK...sendiri yang akan merana.

Biarpun apa orang kata, terpulang pada diri kita sendiri hendak mencorakkan hala tuju hubungan kita. Yang pasti niat kita dalam berhubungan tuh kena selari dengan landasan agama. Jangan gadaikan maruah dan prinsip kita hanya kerana ingin mengambil hati orang yang tersayang.

Erkk tetiba plak entry aku kali nih sebut pasal cinta-cintakan.. Apakah aku di lamun cinta? ngeee~~~ Tepuk dada tanya hati.. Esok aku tepuk-tepuk dadaku tuk bertanya dengan hati adakah aku di lamun cinta dengan seseorang ataupun tidak. muahahahazz

Tuk sum1 yang selalu menemani aku study masa exam lalu, maceh banyak-banyak yew... ngee~~~ jasamu di kenang sampai bila-bila. Bak kata jamal abdilah dengan siti sarah..kenangan manis kau dan aku takkan terluput..ahakss..

Aku andaikan aku sedang bermain layang-layang. Ku biarkan ianya terbang bebas di udara, namun tetap dalam pemerhatianku. Sesekali ku tarik layang-layang agar ianya dekat padaku. Dan tidak sekali-kali aku akan biarkan talinya terputus di tiup angin kencang. Dan pabila sampai masanya akan ku simpul tali layang-layang dan ku bawa ianya pulang kerumah (~.*)

Tuesday, June 9, 2009

Jalan Pulang Ke Rumah!!

Kepenatan bila separuh hari berjalan tanpa tujuan. Hanya mengikut teman-teman berjalan meringankan otak yang baru sahaja selesai menghadapi peperangan peperiksaan. Menghilangkan rasa rawan dan jiwa-jiwa yang mati di dalam diri. Dan yang aku temui kepenatan yang tidak terhingga..

Serasa bantal melambai-lambai saat kaki masih lagi melangkah menongkah arus perjalananku. Dan perut yang bernyanyi-nyanyi dengan lagu yang kurang enak di dengar meminta diisi. Tak dapat untuk ku agak lagu-lagu apa yang sedang rancak berlagu dalam perutku, yang pasti bukan lagi irama keroncong yang biasa di dengar di perut-perut orang yang sedang kelaparan. Lagu-lagu yang bermain dalam perutku sudah di upgrade ke rentak-rentak yang lebih MANTOPz dan lebih millenium.. Serasaku rentak indie.

Dan di saat melepaskan lelah di romansa cafe.. Tekak mula mencari-cari air yang mempunyai ketulan-ketulan putih berupa ais. Sesungguhnya berjalan di bumi mesir di saat ini terlalu perit. Tekak sentiasa kering dek cahaya dan kepanasan yang membahang bagaikan menyedut setiap air yang berada di tubuhku. Dan hanya lafaz Alhamdulillah dapat ku ungkapkan di saat segalanya selesai menjadi santapan..

Kehangatan dan kepenatan itu hilang bilamana dapat menghapuskan debu-debu kotoran dan bermandikan sabun yang menyegarkan..Katil melambai-lambai dan aku terus bermimpi..

Sunday, June 7, 2009

Bermonolog Di Awan Biru


Tekad!!

Ku atur langkah mengikut gerak hati.. Biarpun sumbang tetap ku teruskan jua perjalanan ini...

Aku perlukan masa..

Hati perlu di tenangkan dahulu..

Bila mana keraguan beraja di hati..kita perlukan ruang untuk kita sendiri menenangkan fikiran dengan kewarasan akal yang ada.

Sungguhpun telah banyak gurisan-gurisan yang mencalarkan perasaan ini,aku masih mampu untuk bertahan..Cuma di saat ini aku perlukan masa untuk diriku sendiri. Ruang agar aku boleh merehatkan minda dari terus berfikir yang bukan-bukan..

Kadangkala kita tak sedar perbuatan kita melukakan hati insan lain. huh!! kejam.

Adioss...

My mom n my uncle bestday

Wohoo.. pengembaraan tertunda ahakss...

Hari nih 7 jun dah pulak..Bestday my mom n my uncle. Wah..cepatnya masa berlalu.. Awal lagi dah wish dengan my mum sebelum tido.. Sure lambat bangun sebab lewat tido semalam. So mesej la awal2..

Bangun tido on lappy terus kol umah. Tapi line cam bengong2 jak..Mencik tul. Ada jak problem mau kol. Adehh.. nyampess tul. Dapat gak lah sembang kejap..tapi!!! putus-putus jak uwaaaaaaaa sob sob sobs... sadis tul line nih..macam mau di pijak2 jak.. tak sporting tul..ampehhh...

To my mum Asiah @ Aisah Bte Bujang @ ujang selamat hari lahir yang ke tetttt.... o.0 yang ke 49. Semoga mama panjang umur di berikan kesihatan dan rezeki yang baik dan sentiasa gembira selalu.. Doa dari anakmu di kejauhan sentiasa mengiringimu setiap hari.. Salam sayang,rindu peluk syiom tuk mama tersayang..

To my uncle Abdul hamid Bin Ujang..(abg mamaku) selamat hari lahir juga. Yang keberape ekk? Tak hingat la..ya ampunnn!!! maafkan daku :-P Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki..

Wah ada celebrate kah di hujung minggu nih. hehe.. Bestnya kalau ada kongsi tarikh hari lahir dengan adik badek nih.. Leh celebrate same2.. Bile la agaknye aku dapat celebrate bestday dengan my family lagi..huhu..

Sesungguhnya rindu ini teramat berat untuk di tanggung.. ngeee~~~ miss my family so much much much....

Berdiam Diri Seketika

Rasanya ini yang terbaik tuk masa ini...
Pening kepala nak fikir semua nih...
Exam dah habis..cuma ujian lisan lagi yang menanti...
Tapi kepala tetap berat dengan masalah2 sendiri.
Huh.. kenapa..mengapa..

Akhir- akhir nih jadi terlalu sensitif la pulak. Pantang ada silap sikit cepat sangat hati nak merajuk. Macam mengada-ngade pun ada jugak. Tak boleh ke nak keraskan hati tuh sikit. Tapi nak buat macamna..itu je la hati aku yang ada. Nak letak dalam peti ais kot bekukan die supaya leh jadi keras.. So, takde la nak merajuk - merajuk lagi.. adehh...

Kenapa suke sangat nak uji aku macam nih. Aku tak sekuat mana nak hadapi semua nih.. Kenapa tak pernah untuk cuba memahami.. Mungkin airmata ku tidak bernilai baginya..

Mungkin aku kena berehat tuk seketika. Mungkin tidur tanpa bangun tuk 7 hari 7 malam lebih baik. erkkk!!!.. leh jadi rasa cam lumpuh di atas katil kalau wat macam tuh.. Hurmm.. Berdiam diri tuk memujuk hati.. Ya!! tuh lagi baik.. Memujuk hati sendiri..

Wahai orang- orang yang merajuk di luar sana..pujuklah hati kamu sendiri, janganlah mengharapkan orang lain untuk datang memujuk kamu..

YM = Offline
Celcom = de nambe u hav dail is not in sebis..tengkiu.
Digi = de nambe u hav dail kenot be ric at de momen.tengkiu.
Vodafone = nombor yang anda dail, berada di luar kawasan..terima kasih..

Tetiba plak line vodafone leh tukar gi bahasa melayu.. megic tul...
Aku nak pegi betapa buat sementara waktu.. Mau melapangkan fikiran wat seketika..
Tak tau lagi gua mana nak jadi lokasi.. Ikut kaki melangkahlah.. Mana arah ringan kaki melangkah ahakss..
Nanti aku update blog kalau jumpa cc dalam gua.. :)
Andai ada rindu yang bertandang di hati, aku ku jejak jalan pulang ;)

Wednesday, June 3, 2009

Aku Tak Kemana-mana

P/S : sila abaikan entry sebelum ini.


*********

Hari nih terasa pulak ingin menulis dalam blog yang kaku ni. Lama dak mencarut dalam blog sendiri. ahakss.. Aku tak kemana-manapun selama aku hilangkan d
iri dalam seminggu nih.. Aku ada dalam tiada. Still online macam biasa cuma tiada masa untuk mengUPDATE blog ini.. Masa aku yang ada pun cuma tetttt....

Entry lepas tuh aku cuma merapu kosong tanpa ada niat mahupun kaitan dengan pemain MU sebenarnya. Saja-saja menulis tanpa ada hala
tuju. Tapi di sebalik entry tuh ada pulak yang tanya aku pergi mana? Aku p cari kerja kah? Aku dah macam jurulatihlah..muahahaha terasa lawak lah pulak.. no no no... aku bukan p cari kerja mahupun melakukan kerja2 part time. Aku busy dengan dunia yang aku ciptakan sendiri. Aku busy dengan tetttttttt...

Online? memang aku ada online..tapi invi jak..Chat dengan orang yang menegur aku sahaja. Bukan mau bersembunyi ataupun sombong dengan kengkawan tapi aku budget masa sebenarnya.. Kadang aku menepek nick dengan tidak malunya di chatrum comoi, saja menghilangkan rasa boring bilamana sudah terlalu menghadap kertas putih. Dan kadang aku melihat aksi comel si budak comel di webcamnya.hikhik siapalah agaknya tuh.. adehh comei kew?

Ekceli sebenarnya aku ada exam esok. Last paper. Tuh sebab aku malas mau update blog nih. Pendek kata idea mau merapu tuh hilang seketika. Jadi aku tumpukan dengan study. Dah kena warning, study rajin2.. Hari2 kena tanya dah study lom. Kena balik tahun depan gak. Tak leh sangkut2.. Cuba dan terus mencuba...wish me luck...

So lepas habis exam esok aku updatelah kalau ada cerita2 yang best aku mo kongsi..Tapi yang pasti, habis jak exam sok dah ada agenda tuk berjoli2 dengan member.. Mau p makan besar. Lama dak keluar makan2...ROMANSA CAFE destinasi tuk hari esok.. Amacam ada bran mo join? hikhik... makan ramai-ramai bayar sendiri-sendiri lah beb...hikhik..

Itu esok punya story.. Aku mau sambung study dulu.. orait bebeh.. Aku tak kemana-mana k.
Aku bukan jurulatih mau pun mencari kerja part time.ahakss... muahahaha


**pssttt... tettttt = study... jangan ada yang corner lain k.