BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 30, 2009

Game Gila


inilah game yang aku dok layan tiap hari. Game Gila. Aku pon tak tau siapa yang namakan game nih Game GIla. Tapi memang boleh jadi gila bila asyik layan benda nih. Bukan gila sebab apa, tapi gila asyik nak main jew. Bila tiada kerja jak mula lah layan game nih. Even time dok detim pon masih sempat main lagi. Sampaikan tetttt kata aku main game kanak-kanak ribena.. padahal dia jeles muahahaha

Try lah main bila free, sekali main sure nak main lagi.. Mau dapatkan score tinggilah kunun. Tapi tak lah tinggi mana pun. Tak sampai macam tinggi pokok kelapa. takat-takat rumput padang jer hahaha..

Semalam tah apa angin tetiba tettt tuh mintak game nih. Betulkan dio jeles senonye aku asyik main game. haha sekarang dia pon dah join kelab kanak-kanak ribena main game gila nih hahah.. Yang tak tahan tuh siap begaya nak ajak fight pulak tuh hahaha... takpa berlatih bersungguh-sungguh muahahahha.. amponnnnn

Tapi game nih sebenarnya tak baik untuk mereka-mereka yang rabun. Boleh menambahkan tahap kerabunan anda menjadi bular. Yang ada migrain pon tak elok dok ngadap benda nih.. Boleh sakit kepala tiap hari wkakakka..

Sekarang nih aku dah tak berapa rajin nak update blog. Bukan tak mau menulis tapi takde idea. Takkan nak tulis yang merapu jer tiap hari. Nak merapu pun dah buhsan. Kekadang tuh ada jugalah aku menulis di sini, dan kekadang tuh di tuttttt... biarlah rahsia muahahah

1 ogos nih aku ada program kursus pengurusan jenazah. Tak tahu siapa yang akan jadi model sebagai mayat. Mungkin dia, mungkin juga kau, dan mungkin juga awak si anak patung hikhik.
Moga di berikan kesihatan untuk menghadiri kursus ini.

Dan aku punya tugas-tugas tertangguh yang menuntut perhatian aku. Antara komitmen dan tugas, tanggungjawab yang di amanahkan. i'll try my best...

Wednesday, July 29, 2009

Api-api yang membakar diri.

Aduhai insan.. Jangan terlalu bermegah dengan kata-katamu, kelak kau sendiri yang terkena bisanya. Bilamana kau ingin ungkapkan kata-katamu biarlah kena dengan cara dan situasi. Jangan sampai kata-katamu memakan dirimu sendiri. Aku suka menengok orang yang berkata-kata angkuh tanpa memandang tinggi dan rendahnya langit. Akan ku pegang kata-katamu itu. Namun bilamana suatu hari nanti kau tersungkur dek kata-katamu akan ku ingatkan kau kembali betapa keangkuhan mu itu tak membawa erti.

Sepatutnya kau kaji dulu setiap patah bicaramu, sebelum kau nyalakan api yang akan membakar dirimu. Jangan kerana api yang membara dalam tubuhmu kau siramkan lagi dengan minyak lantas kau aturkan kata-kata tanpa memikirkan kesudahan di kemudian hari.

duhai insan bilamana kau berada di atas jangan lupa memandang ke bawah, Mungkin kau sudah jauh tersasar. Dan bilamana kau terus memandang ke atas, itu yang akan mambuatkan keangkuhan semakin beraja di dalam dirimu.

Desiran Rindu - Amelina

Di bawah sinar terang bulan
Ku duduk sendirian
Merenungi kasih seorang
Yang jauh di negeri orang

Kala bulan mulai tenggelam
Hati pun ikut suram
Kerinduan semakin dalam
Mengharapkanmu kan pulang

Korus

Desir angin malam
Tolonglah sampaikan
Rinduku kepada kekasihku
Dan tolong katakan
Ku sudah tak sabar
Menanti dirinya kembali

Betapa sedihnya hatiku
Jauh darimu
Oh kekasih pujaan




Apa mimpi ntah aku layan dangdut malam-malam nih. Tapi banyak-banyak lagu dangdut yang aku layan lagu nih yang memikat jiwa wkakakaka... cam ampeh jak ayat tuh.. Mungkin aku dalam kerinduan tuh yang rasa ngam jak lagu nih dengan jiwa. ahakss.. layannn....

Sunday, July 26, 2009

Kekeringan Idea

SERIUS!!!...

aku kekeringan idea mau menulis di blog nih. Macam tak reti dan tak tahu nak tulis apa dah. Tuh sebab aku biarkan blog nih seketika. Aku ada banyak urusan-urusan lain yang perlu aku buat. Dan mungkin lepas ini aku akan bertambah sibuk. Sebab? Shark minta aku buat tugas di laman berteman yang pernah aku aktifkan diri suatu masa dulu. Ya!! insyaallah aku akan kembali bertamu di ruangan itu. Tapi tak tahulah apakah akan seaktif seperti masa lalu ataupun tidak. Wait and see jak lah orang putih cakap... Kalau orang hitam yang cakap..makan budu dengan belacan pon sodap.. Ahh aku tak pandai makanG budu...

Apa aku buat ekk kebelakangan nih? Nak kata aku busy sangat tuh memanglah tak sangat. Busy sikit-sikit jak.. Ya sikit jak.. Tak banyak!! Selebihnya cuma meluangkan masa bersama tetttt jak.
Itu satu kemestian tapi belum sampai tahap kewajipan lagilah. hahaha

Mesir terlalu panas sekarang nih. Dah lama hujan tak turun.. Ada hujan turunkah time summer? Entah.. tak pernah rasa summer lagi di sini. Ini first time aku mau rasa summer. Memang panas. Nasib lah duduk rumah jak, tak sanggup mau keluar berjalan-jalan. Kepala pon asyik sakit jak. wat hal betul.. Kin malas pon ada..

Hati banyak bedebar-debar jak kebelakangan nih. Natijah dah nak keluar. Baru-baru nih lughah 3 punya natijah dah kena tampal. Aiyakk dag dig dug2x jantung berdebar hatiku kecut.. adehh hancur lagu haiza nih hahaha.. Hope will success la semuanya.

Baru-baru nih Kelab umno iskandariah ada buat majlis sambutan isra' mikraj. Alhamdulillah berjaya di laksanakan. Program pertama bagi sesi 08/09. Maklumlah baru buat perlantikan ajkt juga. Tergendalam seketika perjalanan program kelab, tumpuan dengan study dan exam lepas. So cuti-cuti nih jak masa untuk jalankan program. InsyaAllah program solat jenazah menyusul lepas nih. Harap ada input yang baik di jadikan panduan kelak.

Friday, July 17, 2009

pertemuan ahli-ahli Mymanutd.com

Salam sejahtera nienakariena,

Kami disini ingin memberitahu bahawa pihak kami telah membuat keputusan untuk berkumpul
di "Green Gate" pada pukul 12 tgh hari hari sabtu ini.

Ini adalah kerana kami mahu semua ahli Mymanutd.com yang akan hadir pada hari sabtu ini
dapat sertai kami dan duduk di Level 1 untuk lebih dekat menyaksikan perlawanan ini.

Jangan ketinggalan!! Banyak aktiviti yang akan dilakukan pada hari perlawanan nanti.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Narutokun (0122961085) , Hazique (0166907391), Rushdi (0193645052)

Jumpa anda disana!!!

************************************************************************************

Semalam dorang hantarkan email nih dengan aku. Tapi sayangnya, aku tak dapat nak join sekali. hukhuk...Agak lama aku tak menjenguk komuniti m.united nih. Banyak berita yang aku ketinggalan. Dan bukan sebab perpindahan CR7 yang membuatkan aku tiada masa untuk login dalam komuniti, tapi masa yang menuntut aku untuk membuat hal-hal lain. Dan hari ini bila dapat email dari mymanutd nih, tergerak pulak untuk masuk ke forum. Perghh banyaknya berita..

Michael owen join m.u for 2 years. Ahakss.. 1 pergi 1 datang.. Tanpa ku duga..tiada angin tiada ribut SAF dapat mengikat Owen untuk bersama-sama MU. Hope MU takkan berkubur untuk next season walaupun ramai yang mengagak MU tak kan terus menyengat. huhuhu Apapun wait and see jew lah nanti.. Agak-agak owen akan pakai jersi number berapa ekk?

Ronaldo believes the often crocked striker is worthy of taking over the number 7 shirt...

Speaking at a press conference today, Cristiano Ronaldo attested that, having given up the number 7 shirt at Old Trafford, Michael Owen is a good choice to fill the jersey.

Number 7 nih memang untuk top player kot.

Wednesday, July 15, 2009

Aku Balik Malaysia Yeahhh!!!

Esok aku akan balik malaysia.. Sum1 yang beriya-iya meminta untuk aku balik ke malaysia dan bercuti di tanah air. ahakss.. siapa lah budak tuh ekk? hikhik. Alhamdulillah semua sudah di uruskan. Cuma tinggal untuk aku balik meninggalkan bumi anbiya jak.

Mulanya memang aku tak menjangkakan semua ini.. ya lah kan dah set awal-awal nak bercuti kat mesir jer tahun nih. Tapi bila dah ada orang yang sanggup sponsor untuk aku balik tuh, aku tak mau lepas peluang.haha thanks so much sayang...

Esok aku akan berlepas menaiki pesawat MAS
2428. Tu nombor bertuah tuh hahah.. Hep hep..jangan nak amik number tuh pulak.. cepat jer tangan korang nak tulis number tuh ekk.. Nak gi amik number ekor lah tuh hahaha...PERINGATAN!!! Judi adalah haram.(iklan ditaja oleh jabatan kesihatan Malaysia.. eh eh silap.. Jabatan Agama Malaysia) adehh...Dan aku berdoa aku akan berjumpa dengan insan-insan tersayang di malamnya nanti. Terasa amat rindu dengan kalian. Buat yang tersayang..thanks ekk bagi kapal nih tuk aku balik hahaha...

Nih la gambar kapal untuk aku balik esok. Hahaha tah bila masalah MAS ada buat penerbangan lagi pergi mesir nih kan. Seingat aku tahun 2006 last penerbangan MAS ke Mesir. Tapi dia bagi kapal nih tadi untuk aku balik ke malaysia. Katanya kena balik esok juga. So aku nak get ready lah jumpa dia bila sampai di malaysia nanti. of coz jumpa malam esok dalam mimpi jak. hahaha Kesian...

Well nantikan aku dalam mimpi jak ekk.. Tak kan sampainya ke malaysia dengan replika kapal tuh. see u in my dream... hahaha and of coz in you dream too..ahaksss chow sin chiiiiiiii....

Monday, July 13, 2009

Family Day DMSI 2009

11 Julai lepas berjaya juga di laksanakan program tahunan DMSI yang di rancang. Hari keluarga untuk bebudak sabah alexandria. Mulanya dalam perancangan program hari keluarga di buat sekali dengan semua muhafazah di bawah anjuran DEMMAS. Tapi last minit tak jadi pulak durang mau datang. Durang buat program di cairo pulak. May be kekurangan budget kot. So kami yang dah set awal-awal tuk sambut bebudak dari muhafazah lain datang ke alex nih exited jugalah buat meeting tuk bagi-bagi tugas. Alih-alih tak jadi pulak. Dah last minit tau so, malaslah nak balik cairo. Tiada pula khabar-khabar kena suruh balik cairo pon untuk join program tuh. haha Kami tak di perlukan kot ahakss..

Walaupun ada sedikit salah faham di kalangan ahli DMSI yang senior sebab kurang bersetuju untuk kami jalankan program tersebut. Bagi aku mungkin cara 9 tahun yang lepas kita boleh jadikan sebagai panduan saja tapi bukanlah untuk kita buat begitu setiap kali berprogram. Kalau asyik ikut cara yang lama mungkin tiada pembaharuan yang akan berlaku. Sampai ke tahun 3000 sekalipun tetap begitu juga. Kita di alaf milennium pemikiran sudah banyak berubah. Walaupun program hari keluarga di jalankan di cairo tapi tiada salah andainya di buat juga di alex bagi mereka-mereka yang tak dapat pulang ke cairo. Bukan tak nak bagi komitmen dengan program yang dijalankan di cairo tapi mengikut perancangan asal pun di jalankan di alex cuma last minit baru di beritahu tak dapat buat di sini. Bukan salah kami kalau tak balik cairo.

Tak kan baru sekali ini kami tak hadirkan diri dalam program besar BKPSM kami di cop tak bagi komitmen dan tak menghormati majlis. Apa selama ini kami tak pernah bagi komitmen kah? Kalau nak menegur pun biarlah kena dengan caranya. Jangan sampai nampak kepincangan diri yang menegur. Hadir di cairo jer pun kalau tak join sama dengan program tak ada maknanya. Kalau nak cerita pasal komitmen ramai lagi yang tak bagi komitmen dengan program yang pernah di jalankan. Tapi kenapa benda yang tak sepatutnya jadi isu di timbulkan.

Stop cerita yang memanaskan keadaan..

Walau macamanapun program tetap program. Tetap di jalankan juga. huahuahua.. Best and superb. Mandi pantai. Kami buat program di pantai mandarah. Wah marbeless...awal pagi dah ramai orang dekat pantai. Bawa makanan untuk sarapan pagi di pantai. Siap bayar khemah dan kerusi kami bersarapan dulu. Nak tergelak jugaklah.. macam datang-datang pi pantai terus makan la pulak. hahaha.. Lepas makan kami buat senaman regangkan otot yang kejung eh silap yang kejang.. Lepas tuh terus pi mandi pantai hahaha..a asikah macam tuh? takut matahari meninggi tuh yang mandi pantai awal-awal.

Pertandingan tetap di jalankan. Antara pertandingan yang sempat di jalankan, membina istana pasir, lumba lari dalam air, keretapi pantai, pertandingan menyelam, sekaki bersama, dan rebut kerusi. muahahah best betul. Kena pulak yang ada di alex semua yang sporting morting bagi kerjasama dengan baiknya..

Selesai semua program kami pun balik dan berehat-rehat di rumah sementara menunggu untuk acara penutupan di sebelah malam. Ada buat bbq.. Best o0..

Thursday, July 9, 2009

Bila Internet Ku Buat Hal..

Makin ampeh pulak line tenet kebelakangan nih. Dan kelmarin hari paling teruk. Seharian line tenet tiada. AarggHHhh Tensen di tahap power rangers yang berlawan dengan lipas kecil. Dah lah kelmarin hari yang penting untuk aku guna internet.. Sebab? erkk sebab apa ekk? Sebab si comel mau pergi jalan jauh hari ini, so.. kunun mau cetim metim dan detim sama dialah kunun. Tapi line tenet pulak buat hal. Pandai betul dia cari timing mau wat hal. Dah lah akhir-akhir nih line tenet memang macam chipsmore pon.

Pelik Bin Ajaib juga kadang-kadang. Napa line tenet rumah kami jak yang buat hal? Member-member lain ok jew line tenet durang. Tak kan kami nih kes spesel sikit sampai jadi macam tuh. Macam guna berukban lah pulak. Sampaikan si ayed tegur tanya guna line apa? kalau celcom better tukar pergi maxis dia kata.. Aargghhh aku bukan guna berukban.. Tapi nih lain DSL yang super sengal akhir-akhir nih. Mungkin memang macam tuh kot bila time summer..semua jadi sengal-sengalan tahap dewa muahahahaha...

Kelmarin aku pergi cc, online dari cc lah nampaknya. Tapi tak lah lama.. Just mau cetim sama si comel jak. Sempat juga tuh mau c2c haha... muka nampak merah..apasal ekk? lama tak nengok muka si comel nih, nampak lain pulak.. kulit dia kemerah-merahan..hahaha dia cakap orang putih memang macam tuh.. PERASANNNN!!!! wkakakakka Balik dari cc on lappy.. line masih juga sama. Tenet takde. OH sungguh memboringkan cuti-cuti egypt bila tak tau apa nak buat dan internet tiada.

Malam kami keluar berempat. Aku,jay,kinah dan yatie. Jenjalan ke miami lepas tuh pergi shopping dekat Fathallah Market. Sempat singgah di ma'rad(jual-jual baju). Pulang rumah sudah jam %$#.. Terpaksa di sensorkan wkakaka... Memang bejalan sakanlah nampaknya yew. Bila musim summer tak terasa masa yang berlalu. Tengok-tengok jam dah lewat. O.0 keluar pun dah memang lewat semalam.

Sampai rumah rehat-rehat. On lappy main game. Line masih malu-malu lagi.. Malu dia mau ok bila aku ada depan lappy. Cam ampehh jak ayat tuh. wkakakak

Mandi manda di tengah malam..Rasa tak selesa, badan macam berhabuk jak bila sudah keluar rumah. Malam pun malamlah..bukan selalu mandi lewat pun. Siap-siap ready mau tidur.. Tapi tak leh lelap.. Main sms pulak dengan si comel sementara dia belum jalan lagi. Sampai subuh aku tak dapat tidur. Last-last kira duit. wow abis dah duit aku p shopping mopping tadi.. aiyakkk... Masih awal bulan nih..wkakaka

Macam mau menyanyi pulak time-time nih.. Oh tabung di mana kau tabung.. tabung tabung tabung wkakakakka... Tuh tandanya mau mengorek tabung.

Sunday, July 5, 2009

Meeting Hari Keluarga.

Nampaknya kesibukan menjengah lagi. Meeting untuk sambutan hari keluarga pun dah di buat petang kelmarin. Penat.. Terasa kepenatan bila dah semuanya selesai. Walaupun hanya duduk berbincang sambil makan-makan. Santai saja perbincangan, namun banyak yang hendak di fikirkan. Sambutan pelajar yang datang dari muhafazah lain, Program sukan, dan majlis penutupan. Student yang ada di alex sekarang hanya ada berapa kerat untuk sempurnakan semua tugas.

Perbincangan ku agak terganggu bilamana di suruh menghantar pasport ke markaz untuk di bawa ke imigresen esoknya. Kena turun tangga dari tingkat 5 dan balik ke rumah naik pulak tingkat 4. Pastu ambil pasport kena hantar pula ke markaz. Dan kembali semula ke rumah suraya di tingkat 5 sambil mendengar perbincangan yang sudah menghampiri penghujungnya. Kalau tak datang balik pun tak pa agaknya.hahaha

Habis perbincangan aku memilih untuk pulang saja kerumah. Terasa keletihan yang teramat. Mau berehat dan berbaring saja rasanya. Wohoo aku tidur keseorangan pulak malam ini, Tetiba depa tak jadi balik rumah. Aiyakk rasa takut, seram segala-galanya ada. Nasiblah ada juga yang sudi menemani aku bersembang walaupun di dunia maya. Eh.. dia teman aku ke atau aku yang temankan dia muahahaha... chating tak habis-habis..!!!

Memang terasa kemengantukan bila balik rumah tapi masih mampu bertahan untuk bersama sidia di alam maya tuk berchating sebentar. Esok kena bangun awal pulak, kena pegi imigresen. Visa.. Visa.. Visa.. Dah nak hampir 7 bulan aku tak de visa nih. Ibarat pelarian pulak.. haha kalau di sabah dulu bukan main lagi aku mengutuk pendatang tanpa izin yang membanjiri sabah, sekarang nih aku pun ibarat pendatang tanpa izin di bumi arab. Tapi itu bukan salah aku, pengurusan yang kurang sistematik. Aargghh lantaklah.. Yang penting visa aku siap nanti.

Datang p pejabat imigresen pon just duduk-duduk jak, kasih penuh opis imigresen pepagi.haha Ingatkan ada mau soal selidik kah apa, just mau tunjuk muka jak pun. Ganggu timing tidur tul laa.. hahaha Aku rasa aku ketip-ketip kuaci pastu menyembang dengan saliza and amy jak di pejabat tuh. Jam 9.30 tuh aku dengar suara, dah boleh balik dah! erkk.. macam belum panas pun aku duduk di kerusi tuh, kuaci pon tak abis makan lagi. haha sekejap jer urusan. Adoiyaii kalau tau, baik aku tak pergi. hahaha

Urusan duniawi semuanya.. adehhh!!!

Friday, July 3, 2009

Makin hari makin meragam

Adoilah makin hari makin minta puji. Bikin aku panas hati jak selalu line tenet di rumah aku nih. macam aku mau sepak-sepak jak line tuh. Sebelum nih tiadapun balik-balik mau terputus line. Macam kena sabotaj pun ada.. Dulu boleh jak pun direct seminggu tak off router. Tapi kenapa sekarang asyik off jak. Aku bayar tiap bulan tapi pakai line macam hampeh..

Mula-mula putus line aku malas mau kata apa lagi. Mungkin mau rehatkan router. Tapi bila dah setiap hari, hati aku pun jadi panas. Kacau line aku mau dating jak hahaha.. Bila call mama(arab tuan rumah kami) dia kata ok dia on. Jadi maknanya dia off kan line tenet la tuh kan. Tapi kenapa mau off tiap hari. Dulu-dulu tak macam tuh pun. Tapi bila call, anak dia pulak yang angkat mesti dia cakap maybe line problem dari syarikat. Hari-hari line problem dari syarikat? Musy ma'ul kidah ya walla...

Makin hari aku makin jadi menyampah. Kalau mau off line pun off lah time aku tak guna tenet. So cek-cek la bila masanya yang aku tak guna tenet muahaha.. Aku rasa time aku tidur pon tenet aku guna sebab hikhik biolah rasio...aku dan dia jak yang tau ahakss...

Sekarang nih bila line asyik putus jak macam dah malas mau chating. Malas dan malas segala-gala. Adoi betul-betul buat aku hilang mood di musim-musim panas begini. ahakss.. Tapi yang pasti, kadang-kadang tuh kalau sudah sampai time mau dating aku call jak mama(arab) tuh suruh on kan tenet. Dia ok jak pun kalau mau suruh on. Tapi aku pula yang jadi segan bila tiap hari call. Nampak sangat tiada buat apa-apa. wkakakkaka ya lah kan dah namanya cuti, memanglah tiada mau di buat apa. Duduk bersemayam dia atas katil jak la melayan lappy dengan tettttt...

Dia cakap makin hari makin rindu, makin sayang dan makin cinta.. wohooo i'm falling in love muahahaha... Oh line internet ku yang sengal, bilakah kau akan ok sepenuhnya. Aku pun dah mereng dengan kesengalanmu wahai internet muahahhaaazzz...

Thursday, July 2, 2009

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Putaran kehidupan. Adakalanya manis adakalanya pahit. Hidup penuh dengan ujian dan dugaan. Tuhan akan sentiasa menguji hambanya dalam kehidupan seharian untuk melihat apakah manusia tabah dan sentiasa ingat padaNYA walaupun di uji dengan kesenangan dan kepayahan dunia.

Ketenangan itu datang pada mereka-mereka yang mahu hatinya tenang. Alhamdulillah aku masih mampu bertenang. Aku masih mampu merasa nikmatnya tenang dalam kehidupan. Walaupun adakalanya hati di usik rindu pada keluarga yang jauh di mata.

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum
Ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum..kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum..membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan....

Sentiasalah tersenyum untuk menaikkan seri di wajah muahahaha.... Senyum itu sedekah. Senyum itu pelindung kedukaanmu. Dan senyum itu mampu membuatkan orang yang bersedih merasa tenang. :)