BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 19, 2012

Blackout lagi!!!

Semalaman aku tak dapat tidur semalam. Sudah puas di paksa mata nih tuk tidur tapi kesudahannya tetap juga bertahan sampai ke pagi. Kena pula blackout mula jam 2.30 pagi sampai ke petang esoknya tiada elektrik di asrama ni.

Dalam remang subuh tuh aku terasa ingin nak menulis. Nak update blog dah blackout macamana nak updatekan. Handfon jangan cakaplah.. empat2 hanfon aku bateri kong hahahaha.. Selagi bateri tak nazak tak di cas sampailah kiok. So dengan bertemankan cahaya lilin aku menulis juga.

(SUNYI)
Sunyi malam yang kelam
tiada lampu-lampu yang menerangi
hanya di sinari sang bintang dan rembulan
menemani hati yang sepi...

Duduk termenung terus berfikir
mengimbau 1001 kenangan
pahit manis berlalu pergi
berdepan dengan realiti..

Hadapi..
dan akan terus di hadapi
tiap likuan yang mendatang
agar diri semakin tabah
menjalani hari yang mendatang...
18jan2012-6.37am

(INSAN)
Hakikat hidupnya insan
tiada pernah merasa puas
selalu inginkan lebih
pada semua yang di hajati
kerana terlalu mengejar nikmat
hingga terlupa akan kesyukuran...

Hakikat hidupnya insan
sering alpa pada penciptaNya
kerana di ulit kemewahan
Bongkak, sombong jadi pegangan..

Sedarlah wahai insani
hidup di dunia hanya sementara
dunia fana hanya pinjaman
perbanyakkanlah bekalanmu
untuk menuju ke dunia abadi
Akhirat jua yang menanti
2012/1/18-6.46am

Tuesday, January 17, 2012

shoutmix oh shoutmix

Memandangkan shoutmix dah umumkan sebelum ini akan memberhentikan khidmat shoutmix yang free tuh.. Dan aku pun dah lama tak masuk melawat blog aku nih. Ada jer jenguk-jenguk tapi tiada masa untuk update entry baru. Jadilah blog aku usang tanpa ada perkembangan hehehe..

Kawan-kawan yang aku follow pun dah ramai yang resign jadi blogger. Cuma adalah sebilangan kecil yang masih menulis. Aku tetiba rajin 2 3hari ini. Ubah sikit-sikit. Betulkan coding radio di bawah tuh. dah berbunyi semulakan radio di bawah tuh hehehe.. Kalau tak berbunyi tuh maknanya server radio tuh down. haha Tukar shoutbox. not bad. Tapi aku lebih suka kaler shoutmix aku yang dulu. Cuma aku tak berapa boleh nak recall warna-warna yang aku guna.. oh goshh... sangat-sangat lemah ingatan sekarang nih :P

Apapun kalau ada ruang masa nanti aku edit lagilah kaler chatbox aku tuh. Nampak macam tak mesra alam pulak warna tuh hahahaha..

Sunday, January 15, 2012

exam week!!

Saat ini aku tengah berperang dengan nota-nota dan buku buku pelajaran. Almaklumlah sekarang nih musim peperiksaan. Dan aku pun tak terlepas dari semua itu. Dalam sibuk-sibuk nak exam nih lah selalu mood nak main game and layan movie tuh juga tinggi.. Aku pun nda tau mau cakap macamana.. Seolah-olah macam habit pun ada. Dan aku tak boleh nak lari dari semua tuh hahahah..

Tapi walau bagaimanapun aku akan cuba untuk lawan ketagihan aku bermain game tuh. Mungkin ada baiknya aku tutup lappy supaya tak main game.. Tapi fon pulak yang akan jadi mangsa hahaha.. Addicted?

16 januari merupakan hari pertama aku menduduki peperiksaan. Untuk sem nih aku cuma ada 2 paper jerk. Ya 2 sahaja.. Tapi yang 2 itu bukan mudah bagi aku. Sebab kedua-duanya adalah subjek killer. hahaha Qawaidul fiqhiah and Adab balaghah. my last paper on 23 january.. Ermm dunno what to say, but i really2 hope i can pass this year and finished my study.. Wish 4 me k..

Monday, January 9, 2012

berfikir sejenak!

Kadang-kadang kita terlalu sibuk untuk mengejar dunia, mengejar nama.. Dengan zaman sekarang ni macam-macam yang nak di perjuangkan.. Perjuangan mahasiswa, perjuangan politik, perjuangan mencari jalan penyelesaian kepada masalah, perjuangan untuk meneruskan hidup, dan aku? aku dalam perjuangan menempuhi peperiksaan yang mendatang.

Sekarang di negaraku yang aman damai macam dah jadi trend dengan demonstrasi.. Sana sini cerita demonstrasi.. Hak kebebasan bersuaralah katakan.. Tapi perlukah dengan demonstrasi? Mungkin ramai yang punya semangat berkobar-kobar dalam berdemonstrasi tapi ada juga yang hanya menjadi pak turut. Bila ada cerita, sembang kemain lebat ada ikut serta tapi sebenarnya hanya meramaikan perarakan sahaja :P

Bagi diri aku yang berada di negara yang tercetusnya rusuhan menjatuhkan pimpinan negara mesir ini, kalau boleh di beri pilihan aku ingin memilih negara malaysia yang aman tanpa ada yang mencacatkan kemakmuran yang sedia ada. Namun inilah hakikatnya sekarang. Yang mahasiswanya sibuk memperjuangkan hak kebebasan mahasiswa.. AUKU auku auku..

Tapi pernahkah terfikir oleh diri seorang pelajar di mana hak kita sebagai seorang pelajar? di mana hak kita sebagai seorang anak? di mana hak kita sebagai orang islam. Hak diri kita sendiri kita perjuangkan ker atau sekadar melepas batuk di tangga. Apakah kita bangga andainya hak kita sebagai pelajar tak dapat kita laksanakan sebaiknya. Ada yang sampai mengulang tahun pengajian, ada yang kena bar dari menduduki peperiksaan. Banggakah kita untuk memberitahu orang tua kita yang kita gagal dalam peperiksaan?

perjuangkanlah hak diri kita yang kita dukung sebelum kita memperjuangkan hak yang belum tentu akan ada imbalannya..hidup hidup!!


Sunday, January 1, 2012

New Year!!

Selamat melangkah ke tahun baru 2012.