BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 25, 2009

gamble travel to matrouh.

Hari ini aku n da geng budak2 ahli umno yang lain akan mulakan pengembaraan ke matrouh. Program last minute kelab umno iskandariah. Dak dapat mau gambarkan lagi macamana keadaan matrouh siwa tuh. Tapi yang aku tau matrouh siwa merupakan salah satu pusat pelancongan d mesir nih. Dan uniknya laut dia mempunyai tujuh warna. tapi bukan selalunya boleh nampak 7 warna tuh. Orang kata kalau nasib baik nampaklah. Kalau bukan nasib tedalah nampak.

Seawal pagi d malaysia aku dah kol my mom minta keizinan tuk pergi jauh. Dak pon jauh mana makan masa dalam 4 jam perjalanan lah dari alexandria nih. Lebih kurang p cairo jugalah. huhu Best nih. First time akulah pergi matrouh hari nih. Dah tuh kena support pulakkan hahaha so aku jalan lenggang kangkung jaklah. Ikut agenda amik percutian 3 hari 2 malam. Tapi tuh lom kompom lagi. Semuanya kena urus hari ini. Sampai nanti mau cari motel, tempat makan dan apa2 lagi. Semuanya bergerak sendiri. Hope semuanya success. Kalau biasanya kelab umno sediakan coaster untuk setiap perjalanan tapi kali nih adventure sikit, tiada coaster d sewa tapi ramai2 naik bas . Kiranya mau save budgetlah juga nih. Jadual aku till hujung bulan february nih penuh. hahaha Nampaknya sibuklah aku untuk beberapa hari ini. Dak dapat mau update blog. Laptop pon dak bawa.

Aku harap perjalanan kitorang nih selamat sampai dan selamat pulang. Harap2 tiada masalah di sana nanti. Doakan semuanya selamat dan okek..

Tuesday, February 24, 2009

bestday party

Well aku baru jer selesai dengan bestday party aku tadi.. happy lah juga.. ramai member2 yang datang. hadiah? hahah tua sudah teda hadiah boss... Ramai juga yang wish bestday aku.. thanks lah dengan semua yang wish kat aku. Yang paling best celebrate dengan dj2 fungkurfm kat radio seawal jam 2pagi d malaysia dan jam 8 malam d mesir... hahaha kelakar giler.. Dengan lawak kelubi_seman n da geng. Dj affa yg sporting dengan lagu2 bestday. Apek sesat yang pelat cakap melayu hahahah... Yana yang mempunyai suara yg merdu sporting menyanyi kat fungkurfm. Dan tak lupa juga amun_tecik yang terer bersajak. Thanks 4 u guys.

Malam tuh bila reny dah sampai kat rumah kitorang start arr buat kerja2 tuk majlis besok. Menu yang kitorang rancang laksa. Fewiittt sedap beb. Dah pandai makan laksa nih sukalah pulak makan benda tuh haha.. Dulu masa duk kedah pernah gak try tapi bile rasa banyak sangat tulang terus dak berapa suka makan laksa. Tapi bila dah sampai kat mesir nih, first time Jenon dengan pika buat hari tuh rasa cam sedap pula. Tiada tulang. Dari situlah mula suka makan laksa. Dah abis buang tulang semalam kami buat kek pula. hahaha makan kek buat sendiri semalam. kek coklat. Kami berlima jer pon yang ada kat rumah. Aku,kak chula,reny,jenon & naimah. hahah Puaslah makan kek coklat semalam. Kira2 jam 3 lebih dah baru kami siap buat kerja. Sudah siap2 buat kerja baru kami rehat2 dan tidur.
Kek malam bestday

2 biji kek lagi kena buat tuk majlis celebrate party. best o0o0 sedap plak tuh. aku dengan reny sambut birthday sama2. Alhamdulillah semua siap juga walaupun lambat sikit acara mula. Lepas asar jugalah start majlis kami. Semua pun ok bejalan dengan lancar. best dan enjoy juga. Dengar rakaman kami becerita d radio fungkurfm yang kelubi pasang kat radio fungkur member2 pon tegelak sakan. huhuhu


so nih antara gambar2 kek kami masa celebrate tadi.Kek time celebrate

Monday, February 23, 2009

Adakah Mesir masih selamat?

KAHERAH: Empat, termasuk dua pelancong asing maut apabila sebutir bom diletupkan di tengah dataran awam yang sesak di tengah ibu negara Mesir, malam tadi.

Pelancong luar yang maut itu ialah seorang wanita warga Perancis dan seorang lagi yang belum dikenal pasti.

Letupan yang berlaku pada waktu senja itu bertempat di pasar lama kurun ke-14, Khan el-Khalili di tengah kota raya Kaherah, dengan kebanyakan pelancong asing minum dan menonton perlawanan bola sepak di kedai kopi di deretan tepi jalan.


"Kami dengar dentuman yang amat kuat tetapi tidak tahu apa sebenarnya," kata seorang saksi kepada stesen tv Mesir.

"Mereka adalah pelancong yang tidak berdosa, yang tidak terbabit dalam politik dan cuma datang ke Mesir untuk melancong," katanya.

Menteri Kesihatan Mesir, Hatem el-Gabali, berkata wanita Perancis adalah antara yang terbunuh manakala 17 lagi cedera termasuk 10 pelancong Perancis, seorang Jerman dan tiga dari Arab Saudi.

Enam daripada mereka yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.


Saksi memberitahu, sebutir bom meletup sebaik dilemparkan seorang penunggang motosikal, manakala satu lagi berjaya dimatikan pakar pemusnah bom.

Agensi berita MENA pula memetik seorang saksi ternampak bom berkenaan dibaling dari bumbung rumah yang berdekatan. - Reuters


Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20090223074942/Article/index_html

Glory2 Man United..


Yeah yeah man united menang lagi semalam.. hahah bilamana aku letak status "Man U memang hebat" ramai lak yang pm aku cam dak setuju dengan status aku tuh hahaha.. well finally Man U dak menghampakan semalam.Walaupun menang tipis 2-1 dengan blackburn tapi hakikatnya Man U menang hahaha... So hazwan terpaksa mengakuinya semalam bahawa Man U memang hebat. Walaupon dia kata Finally Man U got Bollos. But they still win yihaaaa....

Mulanya aku dak lah tengok perlawanan tuh, Ya lah kan tiada TV dah kat umah. Rasa cam sunyi pulak bila tiada TV sudah. Selalu kalau ada perlawanan bola mesti berkumpul d ruang tamu sama2 tengok bola hahaha sekarang tiada geng sudah. Chat dengan Damn lak semalam dia kata MU akan kalah hahaha.. Aku just balas dak mungkin. Dia gtau dah 1-0 masa tuh. So aku usaha try cari online stream. Akhirnya aku jumpa juga. Dapatlah aku tengok walaupun dah separuh perlawanan. Masa tuh 1-1 dah. At least aku dapat gak tengok jaringan terakhir dari Ronaldo hahaha..

Tapi semalam aku ada sedikit rasa sedikit tak puas hati dengan sum1. Aku di nilai dari ayat dan cara aku chating beb. Ya lah dia kata aku dak macam student azhar. Hyper semacam. Sorilah aku bukan jenis yang hipokrit mau buat2 ayu or sumthing like that depan orang. Ini diri aku. So ko dapat terima or tak tuh ko punya pasalah. Aku hyper kew aper bukan sebab aku amik syabu. Ko becakap ikut sedap jari kau menaip tapi langsung dak fikir perasaan orang. Kau mau ajar aku baik buruk tapi kau lupa mau cermin diri kau beb. Walau apa pun aku ucap terima kasih lah juga walaupun aku di perli dengan cara halus, sebab tengok perlawanan bola. yer lah "aurat tuh saudari". Tapi kalau kau pon masih melayan rancangan2 yang di siarkan di TV aku pulangkan juga kata2 tuh "aurat tu brader" yer lah banyak jer pon pompuan2 yang berlakon seksikan yang lebih menampakkan aurat yang boleh kau tengok daripada aurat seorang pemain bola iaitu aurat lelaki. So kalau kau masih melayan rancangan2 TV tiada beza antara kita. Kalau kau chating dengan ayat2 yang entahapantah aku rasa biarpun ayat aku sikit kasar tapi aku lebih baik dari kau yang menggunakan ayat separa lucah. So kau mau menilai aku kau nilai diri kau dulu. Jangan sampai nampak kepincangan dalam diri kau yang boleh aku bidas.

Kebanyakan orang kita tau sedikit ilmu tapi berlagak seolah seorang yang tau banyak perkara. So jangan terlalu taksub beb. Belajar tuk jadi orang yang berhemah.

Sunday, February 22, 2009

Sepagi Bersama Ahli BPN mesir.

Pagi jumaat yang damai dan suasana yang sejuk membuatkan aku teramat2 malas untuk bangun. Semalaman dak dapat tidur. Bila dah dapat tidur kena pulak bangun sebelum jam 8.00 pg. Bukan jadual untuk aku bangun seawal pagi kalau time2 cuti. Kena pulak tidur lepas subuh lepas semalaman dak tidur. Siapa yg suruh dak tidurkan? salah sendiri juga hahah..

Kelewatan maklumat yang sampai dengan kami pun membuat aku ada sedikit bengang jugalah. Ya lah kan kalau mau buat perjumpaan tuh impom lah awal
2, Bukannya esok pagi mau jumpa malam nih baru mau bagitau. Macam sekarang nih. hehehe kalut jugalah sekejap,ya lah kena suruh bawa kuih tuk jamuan sarapan pagi. Adeii mana ada barang2 tuk buat kuih d rumah kami sekarang nih. Nasiblah juga masa tuh reny dekat supermarket. sempatlah c jenon calling2 suruh beli barang. Malam tuh jam kami turun p kedai bawah tuh mau cari plastik tuk polystyren. Alhamdulillah jumpa juga. Kalau mau cari pagi kompom kedai lom bukakan.

Perjumpaan sepatutnya bermula jam 9.00 pagi bertempat d montazah tapi agak lewat sedikit kami sampai. Tetiba on da way hujan pulak turun. So kenalah berteduh sementara, kang dak pasal
2 lak demam. Acara di mulakan bilamana semuanya sudah sampai. Seramai 14 orang yang hadir dalam perjumpaan serba ringkas. Kunjungan dari AJKT Badan Perhubungan Negara Kelab Umno Kaherah yg di ketuai oleh saudara Eko Sudarmono bersama ahli yang lain bertujuan ingin mengetahui perjalanan Kelab Umno Iskandariah dan aktiviti yang di jalankan. Di mulakan dengan sesi ta'aruf di antara AJKT BPN dan ajk Kelab Umno Iskandariah. Taklimat aktiviti dan ahli jawatankuasa dan sedikit tazkirah dari saudara Anwar.

Sedikit jamuan di sediakan selepas selesai perbincangan. Mee goreng, cucur keria, dan kuih lenggang. Nyaman jua lah sarapan pagi jumaat nih. Ya lah jarang bangun pagikan time cuti. Apatah lagi mau bersarapan pagi. heheh n then kami bersurai lepas semua sudah siap makan. Masing
2 dengan haluan sendiri. Aku dengan kak fynz lepak fathallah mau p beli pizza. Ajkt BPN pon join sekali p fathallah sementara tunggu solat jumaat. Sampai di fathallah plak market tuh tutup sebab get ready tuk solat Jumaat. uhuh awalnya tutup. So kitorang minum2 dekat pronto cafe sementara tunggu supermarket tuh bukak balik.

Kira lama jugalah kami lepak d situ sampai habis solat jumaat. Sekali mau masuk market ramai sudah orang bediri2 menunggu kedai buka. Ajkt BPN balik ke cairo lepas solat jumaat. Aku dengan kak fynz pula p menyoppingkan diri d fathallah. Dak banyak pon di beli pizza dgn koki jew. Balik rumah kak chula dengan reny mau balik dah. Nasib terjumpa dekat tangga. So dapatlah bagi pizza dia terus. Petang tuh terasa betul mata berat n mengantuk. Tidur cuma 2 jam 30 minit lepas subuh tadi. Memang dak leh tahan sudah mata nih. Aku tidur petang tuh sampai maghrib. Malam tuh kami lepak d rumah kak chula pula, p makan rojak. sedap o0o0. Balik dari rumah kak chula hujan lagi. Mesti best tidur nih.hehe