BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 24, 2010

Best wishes..

Tahun berganti tahun usia terus meningkat..

Happy birtday to me.. =)
Thanks buat semua family, my luv and kengkawan yang sudi wish birthday through my hp or on my FB..
Really appreciate it...
Friends 4evaa....

For my mucuk thanks 4 everything.. pict edit so cute hahaha arigato gozaimas...luv u 4 eva n eva


Tuesday, February 23, 2010

Riang Ria Cairo

Aku balik dari cairo kelmarin petang. Terasa terlalu lama aku tinggalkan Alex.. Sudah tidak betah untuk duduk berlama-lamaan di kota Kaherah. Sudah janggal barangkali. Lebih selesa duduk di rumah sewa sendiri. Balik berdua dengan ayu. Mujur dapat juga tilket train walaupun petang. Naik train jam 4 petang dan sampai ke alex jam 7.30 malam.

Badan terasa terlalu letih. Mana taknya baru sahaja habis program Bazar BKPSM di Cairo esoknya terus balik ke Alex. Alhamdulillah tahun nih dapat bersama-sama dengan semua pelajar sabah di kaherah. Tahun lepas tak dapat nak balik waktu bazar. Terlalu lama ruang yang tinggal untuk menunggu habis semua program aku dah blah awal hehehe.. Tapi tahun nih kira ok lah juga.. Strait 10 hari walaupun ada gap tuk rehlah yang tertangguh..

Masa itu kami gunakan untuk kami berjalan-jalan di sekitar Cairo. Taklah banyak sangat tempat yang kami pergi. tapi perjalanan yang best dengan orang-orang yang sporting hahahaha.... Dari falukah ke hadiqah azhar sambung plak ke wonderland di sebelah malam. 1 word ... BEST!!!.. Memang bestlah walaupun sebenarnya penat. hehehe...



Di wonderland aku hanya main bumper car dengan flying carpet ja..Tuh pun turun dari flying carpet kepala tingtong.. Pening-pening kepalaku.. Rasa macam tak mau naik lagi.. Rasa nak jatuh pun ada.. Aku cuma pejam mata ja selama benda tuh bergerak.. Betul-betul rasa tak sanggup sudah mau naik.. hahaha Terbayang aku kalaulah terpelanting dari tempat tuh.. Haishhh....

18 start dah bazar.. Kerja kitorang akan bermula sebelah malam untuk tugasan potong memotong. Ada yang ajak buat di sebelah petang tapi oleh kerana bibi minta tolong kami ambil dia di Ramsis, so kitorang ajak buat kerja di sebelah malam. Memang terasa letih, dari ramsis ke Atabah pulak, pergi mencari minyak wangi and dia mau beli barang-barang sikit tuk di bawa balik ke malaysia. Ayu pula pening tak tahan cium bau minyak wangi campur-campur.. Dengan mengejar masa tak banyak pun barang yang dia sempat beli. Boleh kira wrong timinglah.. Mungkin kalau dia datang awal sikit kami boleh je nak teman dia gi beli-beli barang.

Sampai je di rumah Sabah, rest kejap..makan terus turun tuk buat kerja. letih o0.. Sempat gak tidur kejap lepas siap potong-potong barang.. begitulah rutin selama 3 hari. Duit pun kopak gaklah hidup di cairo nih. Dengan makannya, bazarnya..huhuhu...

Lastday bazar gi makan-makan dengan semua geng yang terlibat, bahagian tukang masak, potong memotong, and buat kuih.. best makan ramai-ramai.. kecoh hahahah....

Thursday, February 11, 2010

somewhere

Alhamdulillah aku dah selamat sampai kat Cairo semalam. Boleh gak lah online hasil tumpang-tumpang dengan kawan hahahha.. Ada gak wireless tapi susah mo cari line..so malaslah mo menyusahkan diri jugak. Lagipun ada sibuk sikit sekarang nih tiada masa mo online guna lappy. Online guna henpon jak senang nak bawa kesana sini.

Aku sampai kat Ramsis Cairo semalam jam 6 petang and dorang pika and da geng da sampai tunggu situ, sempat di tegur ustaz yang nampak kami kat situ tanya ada musyrif ke tidak.. Dun worry brother ada gak musyrif yang amik kami hehehhe... Naik bas Awal Abbas then sempat pergi shopping kat markato..baru balik rumah sabah.

Sampai rumah sabah Tengok orang dah sibuk-sibuk dengan meeting and perjumpaan kumpulan. Aiyukk sempat gak lah tarik nafas sekejap then baru pergi perjumpaan kumpulan.

Hari nih mula dah program hari putri. Baru beberapa program yang selesai di jalankan. Aku terlibat dengan explorace hari nih. Memandangkan AJK kena jaga Checkpoint so kitorang gerak awal. Kena jaga dekat kedai juz(assir) nak ragging peserta minum air yang tak sedap hahaha.. Tapi dorang kata sedap jer air tuh.. laban subiya.. tah lah apa rasa dia aku pun tak pernah rasa. Dan check point terakhir dorang kena makan khusyairi..sejenis makanan arab. Dan selesai semua kena kembali semula ke rumah Sabah. Ada 7 check point semua yang kena di lalui. Bermula dari rumah sabah berlari ke Metro, hadra maut, KFC, Pizza Master, assir, syaikhul balad dan kembali ke rumah sabah.

Semua berkumpul di bawah setelah selesai berlari-lari anak mencari klu-klu di check point memasing. Dan bilamana semua klu sudah di kumpul dengan bahan-bahan yang hendak di cari sudah di berikan kepada ajk bertugas peserta pun bersurai.Ada kesempatan untuk menghapdet blog sebentar dan merehatkan diri. Bergayut dengan my cayang yang tengah demam tuh..kesian kat dia huhuhu..

Malam nih ada program lagi untuk acara dalaman. hahaha aku pula ikut main game malam nih win lose or draw.. hahaha best nih aku suka hahaha.. yeahh..

Wednesday, February 10, 2010

Back 2 Cairo

i'm going back to cairo again and again huhuh... program akan bermula esok..so, hari nih kena gerak pergi sana.. hope perjalanan ini selamat pergi dan selamat sampai..

will miss u my bucukk sayang hahaha.. jaga diri hiasi peribadi.. jangan nakal-nakal, namo curang muahahahha...and 1 more thing namo nanes bah bucuk.. bukan gi lama pun.. balik juga nanti. will miss u bucuk.. :(

off from facebooking, blogging and all gaming.

Monday, February 8, 2010

Jalan-jalan melihat alam

Baru-baru nih aku berkesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar alexanderia melihat keindahan alam sambil menemankan rakan-rakan yang datang dari Cairo untuk melawat Alexanderia. memandangkan ini kali pertama dorang datang ke Alex jadi kami bawalah dorang jalan-jalan ke beberapa tempat yang dikira tempat melanconglah di Alex nih. Hari pertama dorang sampai kami ke Ma'murah salah satu tempat permainan ala-ala wonderland tapi takde lah macam sunway lagoon tuh hahaha.. Bergerak sebelah petang dan bermain basikal di kawasan pantai. Melihat indahnya ciptaan tuhan di kala matahari terbenam..

Sewa basikal selama 2 jam, kenalah LE10. Semua pon guna duit okek hahahha... Kemudian kami masuk ke tapak permainan. Tak banyak yang aku main sebab semua pun mengerikan dan membuatkan aku pening-pening kalau turun dari permainan tuh. Di pusing-pusing macam ayam panggang.. hahahha Sempat main bumper car dengan roller coster jer malam tuh. Rakan-rakan lain jer yang seronok mencuba permainan lain tapi turun ada yang jadi macam mabuk kepala pening-pening di pusing di udara hahaha...

Puas bermain kami ke Miami Beach melihat rumah Sabah baru yang masih dalam renovation dan berjalan-jalan di tapak jualan. Tiada apa yang hendak di beli kemudian balik kerumah dan menyambung perjalanan keesokan harinya. Setiba di rumah tekak sudah mula terasa amat pedih. Dalam hati terdetik kompom akan demam. Lewat malam aku sudah di serang selsema dan batuk-batuk. Panggilan telefon yang tak berhenti memaklumkan program akan bermula 11 februari.. Meeting on 9 februari.. hohoho...

Esok paginya Haraja call bagitau bergerak jam 9 pagi, mulanya berat mata nak bangun di tambah kepala dah mula pening-pening, selsema dan batuk. Tapi memandangkan aku teringin nak makan nasi lemak aku gagahkan juga diri tuk pergi bersama dorang hahaha.. Lama tak makan nasi lemak nih.. :(

Destinasi pertama Qal'ah QietBeh di hujung Alex mengahadap laut. Sempat lagi dorang naik perahu sampai ke hujung tembok. Aku? ahh tiada kekuatan untuk naik ke perahu itu walaupun pernah naik perahu sebelum ini. Aku terbayang-bayang akan jatuh hahahah jadi aku tak berani tuk ikut serta. Memandangkan laut tuh luas dan dalam.. huishhh gerun seh hahaha...

Lepas dari Qal'ah kami singgah di masjid sebentar kemudian meneruskan perjalanan ke library. Library yang ada 6 tingkat dan besar tuh tak dapat nak round habis. Dan itu destinasi terakhir kemudian kitorang balik rumah keletihan seharian berjalan. Demam aku makin teruk. Kepala aku makin sakit. Lepas makan nasi lemak tadi aku telan panadol active5. Panadol malaysia tuh hahaha.. Nasiblah ada bekalan ubat yang baru dikirimkan.. Thanks sayang berguna juga ubat tuh. Aku singgah di farmasi kejap tuk beli ubat batuk.Sampai di rumah aku rest-rest kejap. Masak, makan then telan ubat batuk n panadol solibel. Mata mengantuk gilaaaaaaa bila dah makan ubat. Tapi aku tahan juga sebab mau tengok raja lawak sampai habis. Penat aku tunggu loading hohoho.. Habis jer tengok tanpa segan silu aku off terus lappy dan tidur..


Thursday, February 4, 2010

Kepenatan

Aku baru jer sampai di rumah.. Memandangkan bertolak lewat dari Cairo so lambatlah sampai ke Alex. Jam 4 kami baru dapat bas untuk ke Ramsis. Train pulak bertolak jam 5.30.. Kami sampai di Mahattah sidi Ghabir jam 9.30 malam. Sempat singgah membeli makanan sebelum mengambil bas untuk sampai ke rumah.

Terasa letih sangat, nak tidur dalam train tapi tak dapat nak lena. Sejuk melampau lah pulak. Perjalanan mengikut perancangan. Sememangnya tak mau berlama-lamaan di Cairo, mungkin sekarang sudah kurang selesa untuk berlama-lamaan di situ.

Mungkin akan datang semula ke Cairo tapi tunggulah dulu bila semuanya sudah confirm. Kalau sekadar khabar-khabar yang belum pasti tak mungkin akan bertolak kesana terlalu awal. Ku inginkan segalanya mengikut perancangan..

Sesampai di rumah on lappy.. on ym.. On facebook. Gayut sambil belek-belek apa yang ada kat facebook.. Tengok cafe world, nasib tak basi lagi masakan aku hahahah... addicted tul.. Habis belek-belek tuh restkan diri.. Tidooo

Tuesday, February 2, 2010

ok GO!!!

Perjalanan aku ke Cairo sepatutnya kelmarin terpaksa tertunda.. Kerana kemengantukkan mata tahap gaban di tambah tiada tidur semalaman membuatkan mata ku hampir lebam macam mata panda. Jam 3 pagi aku masih setia bersama laptop sambil bermain game aku hapdet sikit blog aku.. (entry yang lepas tuh) hihi

Pagi nih pula ada perjumpaan bersama dengan Dato' Razali Hj. Ibrahim Timbalan Menteri Belia dan Sukan di hotel Sheraton. Kalau aku tidur kompom tak dapat bangun pagi.. So aku buat-buatlah kerja sikit sambil chat dengan bibi cerita pasal illuminati dengan freemason.. Bila lama-lama kepala aku jadi pening dengan di tambah dengan mata yang dah mula mengantuk. berundur dari chat cuba untuk lelap seketika.. Tapi tetap lena tak berkunjung.. Perut mula rasa pedih.. Padahal dah makan malam di majlis ramah mesra bersama Dato' dan Datin di dewan Amirah.. Lena pun tak kunjung tiba dengan perut yang pedih, akhirnya masak juga di dapur di awal pagi.. Memang tak tidur langsung malam tuh. Siap masak terus bersiap-siap untuk ke hotel pulak.

Tambahan ada benda yang aku nak beli di Cairo tapi tak jadi nak pergi, so aku cari barang tuh kat sini jer. Balik dari perjumpaan dengan dato' aku pergi memengsankan diri sekejap. memang pening tambah palau-palau sudah.. hihihi nyaman jer tidur bila rasa letih. Lena ku idam sampai ke petang tapi di terganggu dengan panggilan telefon. Aargghhh.. Akhirnya duduk bergayut sambil melayan fb..huhuhu

Malam tuh keluar dengan member-member pergi mencari barang. Alhamdulillah semuanya ada..So tak payah nak fikir apa lagi.. Yahoo... boleh rileks-rileks sudah.. Sampai jer rumah aku layan raja lawak sekejap lepas tuh bergayut dalam tidur dann..... PENGSAN..

Terjaga bilamana orang tuh kejut dia nak pergi kerja dah.. Huhuhu... Lepas tuh mata dah mula payah nak lelap. Layan FB kejap lepas subuh lena semula..huhu

And now aku tengah tunggu member untuk bertolak. Tunggu dia bersiap-siap. Kejap lagi boleh ar bergerak.. Mataku teramat mengantuk saat ini. Mungkin lena menjemput di dalam tren nanti hahahha.. k doakan perjalanan ku selamat pergi dan selamat kembali.. c u d mana-mana...

Monday, February 1, 2010

Hoye-hoyeee...

Hoye hoyee... dah pun habis exam tadi. First and the last paper tuk sem nih.. now, leh lah bercuti-cuti egypt.. Tapi tak lama pun cuti.. Mesti dah banyak program kena susun sepanjang cuti. Biro-biro sure berlumba-lumba nak laksanakan semua aktiviti. Hurmm...


Exam tadi so far oklah..Bila sudah berusaha diiringi dengan doa yang terakhir tuh tawakal.. Sempat jugalah kepala pening, pusing-pusing macam gasing.. Nasib tak mati jer lah tengok soalan tuh. Ya lah kan orang kata subjek killer hihihi...

Balik dari exam rest kejap call my parents.. Oh rindunyaa.. Sayangnya tak dapat nak call lama..kredit hanya tinggal 0.24euro.. sikitkan.. Tak puas nak sembang. Bolehlah.. Just tuk inform yang aku nak ke Cairo tomorrow.. Tujuan utama surelah duit poketkan hahahah.. :blushing:

Petang jam 6 aku keluar pulak. Malam nih ada majlis ramah mesra bersama Datuk Razali Hj. Ibrahim di dewan amirah iskandariah.. Ramai juga yang hadir dalam 90 orang termasuk pegawai dan pelajar. Tengah makan-makan dengar suara riuh rendah di bawah.. Suara-suara meraikan kemenangan egypt dalam national of cup lawan ghana.. Jalan pun jadi jem dengan orang menari-nari di tengah jalan.. Tapi best jugak tengok hahha sakai....

Musuh lagenda pun berentap malam nih antara MU dgn Arsengal.. dan kemenangan itu pastinya di sebelah MU :) 3-1 cukuplah tuh hahahha...

Huh sekarang dah jam 4.09 pagi..Sok jam 8 pagi aku kena keluar pulak.. Ada lagi urusan-urusan yang perlu di selesaikan sebelum aku bertolak ke Cairo.. Mungkin perjalanan aku tidak berteman kali ini. Hidup di tempat orang belajar berdikari. Pastinya boring perjalanan selama 3jam tanpa ada teman tuk bersembang. Apapun ku harap perjalanan ku akan selamat sampai ke Cairi nanti.. :)

Huhuhu mata masih belum mengantuk.. Mungkinkah aku tak tidur sampai pagi..Oh tidakkkk... Aku mo try paksa mata aku tidur walau sejam..Selamat beradu putri lindungan bulan.. muahahahhazzzz