BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri

Hujan & Raihan - Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda
Terkenang di ketika itu

Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan

Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkinkan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan

Walau mungkin kami tak mengerti

Keperitan saat itu

Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Dibibir mu kan menguntum senyum
Andai nya anak-anak mu bahagia

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kern
a belum cukup berbakti



Menyentuh rasa betulkan lagu raihan featuring hujan nih.. Suke sangat dengar. Pejam celik berlalu sudah ramadhan kini berganti dengan syawal. Huhu Raya tahun nih beraya di perantauan. Tapi tak balik ke cairo pun.. Raya kat alex jer. Terus terang tiada mood mau balik cairo.. Sebabnya? Biarlah aku jak yang tahu. huhu

Malam raya macam aku kat rumah lah pulak tak dapat nak tidur. Biasanya kalau malam raya memang tak tidur, kena tolong masak-masak tapi inikan di mesir..lain kisahnya. Aku tengok orang arab pun biasa-biasa jak macam bukan raya jak hari nih. Semalam ada kedai baru buka di bawah tuh. Eh bukan kedai..carwash buka di bawah tuh. Bisinglah sikit.Sampai ke pagi ada jak orang di bawah tuh.

Jam 2.30 waktu malaysia aku dah keboringan tahap gaban. Si comel pulak sudah tidur ym dia jak yang on. Adoiyaii apalah yang aku mau buat nih. Last-last aku call rumah tapi tak berjawab. Call kazen aku lak, pun tak berjawab. Pelik..dorang nih tak bangun masak kew. Aku pulak yang risau lebih-lebih kan.. Jam 3 pagi tuh aku try lagi call rumah, kebetulan abah aku jawab haha tengah masak di dapur tak dengar bunyi henpon. Sembang-sembang dengan abah bagitau yang p kejut orang suruh masak. haha abah kata takde kerja. Memang pun takde kerja..keboringan punya pasal tuh yang mengacau orang. huhuhu

Sejam lebih begayut dengan abah and adik aku(ayie).. Yang lain dah tidur. Abis jer koling-koling baru aku dapat tidur. Huh sedapnya tidur lena jew.. hahaha

Hari raya semua orang gembira.. Aku pun gembira juga bah ahakss.. well aku ucapkan selamat hari raya kepada semua keluarga di malaysia juga kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini.. Maaf zahir dan batin.

Nih duit raye tuk korang.. Amiklah mana-mana duit yang mana korang nak hahaha..



Thursday, September 17, 2009

Sepandai-pandai tupai melompat..

ABDUL Kahar Ahmad Jalal atau dikenali sebagai Rasul Melayu,
yang dikehendakki oleh Jabatan Agama Islam Selangor.



SHAH ALAM: Selepas lebih tiga tahun melarikan diri daripada dibicarakan atas tuduhan mengaku sebagai Rasul Melayu, menyebarkan doktrin palsu, menghina Islam, dan menghina pihak berkuasa Islam, akhirnya Abdul Kahar Ahmad ditahan, pagi tadi.

Tertuduh ditahan sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas melarikan diri ke rumah barunya di Sungai Long, Kajang.

sumber : Berita harian

Tidak akan menghalang, Tidak juga membenarkan..

Masing-masing punya keinginan dan kemahuan.. Kalau itu bisa membuat orang lain berasa gembira teruskan saja. Aku tidak akan menghalang walaupun akan timbul pelbagai rasa masa akan datang.

Punya akal dan fikiran, mampu untuk memikirkan yang baik dan terbaik.

Nota Kaki: Stress..kepala bagai nak pecah..

Wednesday, September 16, 2009

KaD RayA UntuK K0RanG


Buat semua dari saya
Aidilfitri tiada maknanya jika ada sengketa antara kita
Maaf dipohon atas tingkah yg bukan kehendak kita
Jauh disana ingin berkasar
Apatah lagi melukakan
Namun apakan daya lisan kadangkalanya sering melukakan...

Zaman dahulu lisan perantaraan
Antara hati dan perasaan
Dizaman teknoloji ini
Dari hati menuju kejari
Mencari yg buruk mahupun yg baik
Bergantung punya diri yg punya hati...

Maafkan atas segala kesilapan
Moga diterima segala kemaafan
Dibuang segala kekeruhan
Dan dihiasi dengan kejernihan...

well semua dah pasing-pasing kad raya.. Mau send by post memang tak sempat dah. So korang amik jak lah kad yang aku tempek kat blog nih. Aku bagi ikhlas buat semua followers blog aku nih, buat semua kengkawan dunia maya, and semua kengkawan yang kenal aku di dunia realiti.. Yang tak kenal aku pun kalau nak amik korang amik jer.. Sementara aku tengah bermurah hati nak memberi hahaha..

Cuma kad jak yang aku mampu nak beri..kalau nak mintak duit raya memang tak dapat lah beb..Tapi kalau korang nak bagi aku duit raya jangan segan tuk minta number akaun aku wkakaka...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.. Eid Mubarak..

Tuesday, September 15, 2009

Laman blog kahar berjaya di hapuskan


Terdetik hati untuk meninjau laman blog pakcik yang dah nyanyuk nih. Bila jenguk ke laman tuh tengok-tengok dah berjaya di hapuskan oleh geng26 cybertrooper.. Hebat betul dorang nih hack akaun blog orang. Macam berminat pulak aku mau mendalami ilmu menghack nih. hahaha

Alhamdulillah terhapus satu lagi laman yang boleh menyesatkan umat Islam. Mungkin dia akan muncul semula dengan laman blog yang baru.

Jais doubles reward to catch ‘most wanted syariah criminal’

Compiled by LEE YUK PENG, ZALINAH NOORDIN and A. RAMAN

Date of news : 7 September 2009

THE Selangor Religious Depart-ment (Jais) has increased the RM10,000 reward to RM20,000 for anyone who has information which can lead to the arrest of a self-proclaimed Last Prophet, Abdul Kahar Ahamad Jaj, 59, reported Metro Ahad.

The reward was increased to show the department’s seriousness in arresting the cult leader after the earlier offer did not seem to motivate people in giving information.

Jais director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said the public might have not taken heed of the previous offer due to its small amount in the effort to arrest the man labelled by the department as “the most wanted syariah criminal”.

“We appeal to individuals out there who have information on Abdul Kahar to come forward,” he said. Abdul Kahar has 10 arrest warrants issued against him.

“Jais officers almost succeeded in arresting him but he somehow managed to evade them,” he said.

Link : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/7/nation/4664872&sec=nation

credit to: sahabat insaf

Kerja Masa Lapang ( ~ ; * )


hangaroo nih adik beradik kepada kanggaroo.. Tapi yang ini very da kurang asam sikit.. Suka maki-maki orang. Kalau setakat stupid dengan idiot tuh memang selalulah dengar kalau klik huruf yang tiada kaitan. Aku layan game nih semula.. Kenkadang kalau sudah keboringan tahap dewa tak tau nak buat apa.. inilah kerja yang di buat. Padahal banyak jak pun kerja boleh di buat.

Kebanyakan kengkawan sibuk bercucuk tanam, berkebun dan membuka restoran sekarang. Kerajaan patut mengambil kira tenaga belia dan beliawanis yang sudah mula mengerahkan tenaga mereka tanpa memilih pekerjaan walaupun mempunyai ijazah. Kepayahan untuk mendapatkan pekerjaan sekarang membuatkan ramai pemuda dan pemudi mula menjalankan aktiviti yang boleh membawa hasil. Dan aku lihat ramai di antara rakan-rakan ku sudah berjaya mempunyai ladang-ladang dan restoran sendiri. nGee~~~..

Mungkin patut di suarakan kepada kerajaan supaya ada elaun dan juga bonus hari raya bagi mereka yang membuat kerja fulltime ataupun part time di facebook ini..

nGaa!!!

Kalaulah kerajaan merealisasikan azam anak-anak muda yang rajin bercucuk tanam nih, nescaya bumi malaysia kehijauan dan buah-buahan yang segar mudah untuk di perolehi tanpa mengimport dari negara luar..

p/s: oitt!! kalau ada bonus raya jangan lupa belanja aku ekk..

Monday, September 14, 2009

yahoo messenger!!


makin hari aku makin boring dengan benda nih. Ada alternatif lain yang tak memboringkan ke selain yahoo messenger nih ekk.. Sekarang nih guna yahoo beta 10. Not bad, cuma ada video call je pun. Tapi aku tak suke dengan video call nih kureng clear skit gambar walaupun leh tengok gambar besar sikit daripada webcam biasa..Tapi gambar separa kabur kalau jauh sikit dari webcam.

Walaupun aku boleh buka ym sampai 10 tapi aku cuma rajin on dua id jak..sebab id ym aku pun tak sampai 10 lagi..haha samtaim aku cuma buka satu id jak. Mungkin sebab sekarang nih aku jarang chating. Kengkadang malas mau tegur orang walaupun aku online. Cuma membalas kalau ada yang tegur. Itu pun kalau rajin aku mau balas, kalau malas? %^&*()$#

huh!!!

Ikan Sungai makan tahi?



wakakakkakaka sakit perut aku ketawa tengok video nih.. Tahap keboringan punya pasal pergilah menjelajah youtube. Mata mengantuk sempat juga mau melayan video.. atukui si ampal ini bah.. mati keras anak perut aku ketawa oleh dia..

Tapi lagu raya yang dia nyanyi betul-betul buat aku rindu.. wohoo sadis o0..terusik jiwa dan sanubari. Mungkin sebab dia guna bahasa sabahan tuh kot.. main jiwa betullah.aiyakk.. mau letak video lagu raya dia tapi kena requestlak mau dapatkan embed video.. malaslah aku.. hukhuk

kamu layan jak itu video ikan sungai makan taiklah hahaha..sia mau p sambung tidur dulu..mengantuk bah sudah mata sia ini. atukuiii...

Saturday, September 12, 2009

MenanG laGi

ya United menang lagi dalam perlawanan malam nih. bukan cikai-cikai punya gol.. 3 biji beb.. muahahahha... aku suke aku suke.. memang begitulah adat bila team febret menang, happy mengalahkan pemain..macamlah aku yang main muahahaha..

Teringat dengan hagi bilamana dia kata zaman kejatuhan united sudah bermula.. Nasiblah akhir-akhir nih aku jarang online ym tuh, kalau tak ada juga point tuk chating dengan dia.. hikhik

Tapi aku pelik dengan pemain arsenGal sekarang nih.. Lebih gemar menjaringkan gol ke gawang sendiri.. Corak permainan baru yang jarang-jarang ada dalam pemain team lain. Kalau adapun mungkin sikitlah orang cakap.. Tapi arsenGal lain, memang kegemaran dorang menjaringkan gol ke gawang sendiri hahaha...

Yang menang tuh menanglah kisahnya yang kalah tuh cuba lagi..

Tuesday, September 8, 2009

Malas

Teramat malas untuk mengupdate blog ketika ini..

Sunday, September 6, 2009

Sesat dan menyesatkan..

Suatu masa dahulu kecoh satu malaysia bilamana Haji Abdul Kahar Bin Ahmad yang mengaku sebagai rasul melayu berhujah dengan wartawan..



Kini Haji Abdul kahar cuba kembali melalui medan dunia maya dengan mencipta laman blognya. http://messengerofgodtoday.blogspot.com/ Tak serik-serik lagi bilamana di hadapkan ke mahkamah. Sebelum ramai lagi orang tersesat dengan ajaran dia yang sesat nih apakata kita flag reramai blog dia nih.. Biar kena tutup jew..

Friday, September 4, 2009

Jemputlah datang.. Kalau ahli MYmanutd muahahha

Salam
nienakariena..

Mymanutd.com akan mengadakan majlis berbuka puasa pada tahun ini
di Restoran Nelayan Titiwangsa. Restoran Nelayan menjadi pilihan setelah
beberapa tempat direject atas sebab2 tertentu..hehe so detail spt dibawah :

Tarikh : 12 September 2009 (Sabtu)
Tempat : Restoran Nelayan Titiwangsa
Jam : 6 petang

Bayaran :-

Dewasa : RM40
Kanak2 : RM20 (4-12 tahun)

Menu :Malay Buffet + Steamboat + BBQ (tanpa air..tp jgn risau..air dah dikire skali dlm RM40 tu)

Pakaian : Sila vote diatas.. keputusan akan diberitahu pada 11/09/09

Person In Charge : fb3_amy

MAP
[Image: nelayanmap.gif]


Pembayaran

Sila buat pembayaran RM40 ke akaun kelab seperti dibawah :

Nama Akaun : OneUnited Resources
No Akaun : 512334306225
Bank : Maybank

mcm biasa lebihkan la 0-99sen untuk membezakan pembayaran..

then pm aku detail payment..

Pembayaran mestilah dilakukan sebelum RABU 09-09-09

Harap semua dapat menyertai Majlis Berbuka Puasa kali ini...

Jaminan daripada Amy...makan sampai muntah..xcukup air tasik ada..

Maklumat lanjut sila KLIK DISINI