BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 30, 2009

MU vs ArSENGAL

Perlawanan di antara musuh lagenda bola sepak yang berlangsung di Old Trafford malam ini nampaknya menyebelahi MU bilamana dapat menewaskan ArSENGAL dengan kemenangan 1-0. Arsengal jangan banyak bunyi pulak bila dah kalah. Menang nasib ke tak nasib ke sememangnya setiap perlawanan mempunyai nasib tertentu.

Jaringan tunggal dari John O'shea seawal minit ke 17 membawa kemenangan kepada MU dan merupakan hadiah hari jadinya. Dan arSENGAl cuma mampu ternganga bilamana tiupan wisel penamat berbunyi. Andainya tendangan Ronaldo tak terkena palang pastinya ada jaringan kedua buat MU. Sayangnya hanya bunyi "pangggg" sahaja yang kedengaran. Permainan yang cantik di masa pertama dan MU banyak menguasai malam ni.h akhakhak puas hati aku. Dan keyakinan member aku untuk arsengal menang semalam hanya tinggal harapan yang tak kesampaian.

hardy (4/29/2009 3:36:58 PM): salam...
hardy (4/29/2009 3:37:06 PM): amboi mancister nih...
nienakariena (4/29/2009 3:37:06 PM): waalaikumsalam
nienakariena (4/29/2009 3:37:09 PM): huahauhaua
hardy (4/29/2009 3:37:46 PM): lagu ni bg semangat kat gooner...nah
hardy (4/29/2009 3:37:48 PM): http://www.youtube.com/watch?v=LSd72nxgG1c
nienakariena (4/29/2009 3:39:21 PM): hakhakahka
nienakariena (4/29/2009 3:39:28 PM): siap ade lagu nak bg smngt lg ekk
hardy (4/29/2009 3:39:37 PM): haha
hardy (4/29/2009 3:39:42 PM): biasa...
nienakariena (4/29/2009 3:39:58 PM): wekkk!!!
hardy (4/29/2009 3:40:17 PM): rase2 arsenal menang 2-1...
hardy (4/29/2009 3:40:23 PM): cam epl lepas...
nienakariena (4/29/2009 3:40:24 PM): hakhakhak
hardy (4/29/2009 3:40:25 PM): huahuahua
nienakariena (4/29/2009 3:40:36 PM): niena rase2 lak MU mnang 2-1
nienakariena (4/29/2009 3:40:48 PM): mnng lpas x smstinya mnang jg ari nih
hardy (4/29/2009 3:41:25 PM): xsemestinya...tp boleh kan...
hardy (4/29/2009 3:41:57 PM): ni mesti minat kat ronaldo je nih...
hardy (4/29/2009 3:42:00 PM): kan...
nienakariena (4/29/2009 3:42:08 PM): hauhauhauhaua
nienakariena (4/29/2009 3:42:17 PM): yerp boleh
nienakariena (4/29/2009 3:42:21 PM): tp bola itu bulat
hardy (4/29/2009 3:42:29 PM): lain mcm tul gelak die nih
nienakariena (4/29/2009 3:42:35 PM): lg pon tonggak pemain utama arsengal x leh main mlm nih
nienakariena (4/29/2009 3:42:41 PM): arshavin x layak main
nienakariena (4/29/2009 3:42:45 PM): persie lak cedera
hardy (4/29/2009 3:42:47 PM): fabregas ade
nienakariena (4/29/2009 3:42:54 PM): hrpan dgn fabregas n nasri
hardy (4/29/2009 3:43:02 PM): yeah...
nienakariena (4/29/2009 3:43:14 PM): tp mu 1st eleven masih leh main
nienakariena (4/29/2009 3:43:17 PM): muehehhehe
hardy (4/29/2009 3:43:21 PM): sebelum ni menang mane ade arshavin...
nienakariena (4/29/2009 3:46:07 PM): yer lah
nienakariena (4/29/2009 3:50:35 PM): hukhuk
nienakariena (4/29/2009 3:50:40 PM): x besh ar lagu tuh
nienakariena (4/29/2009 3:50:41 PM): hahaha
hardy (4/29/2009 3:50:46 PM): haha
hardy (4/29/2009 3:50:59 PM): ni tul semangat mancister nih...
hardy (4/29/2009 3:51:00 PM): hehe
nienakariena (4/29/2009 3:51:05 PM): hahahahha
nienakariena (4/29/2009 3:51:11 PM): tau x per
nienakariena (4/29/2009 3:51:23 PM): dngr skit jer lagu tuh x leh masuk dlm jiwa

hakhakhak lagu arsengal lak dia nak suruh aku dengar, memanglah tak leh into dalam jiwa beb. Aku bukan penyokong setia kelab arsengal tuh. Kalau dia suruh aku dengar lagu MU mungkin aku layan lah jugak wkakaka...

Dan selepas perlawanan antara MU dgn arsengal:
nienakariena (4/29/2009 11:45:58 PM): salam
nienakariena (4/29/2009 11:46:01 PM): arsengal dah kalah
nienakariena (4/29/2009 11:46:03 PM): hukhuk
hardy (4/29/2009 11:51:37 PM): wslm...
hardy (4/29/2009 11:51:43 PM): haizzz...
hardy (4/29/2009 11:51:47 PM): xpe baru sebelah kaki...
hardy (4/29/2009 11:51:59 PM): hehe...
hardy (4/29/2009 11:52:37 PM): tggu 2nd leg k...
nienakariena (4/29/2009 11:53:46 PM): hahahaha
nienakariena (4/29/2009 11:53:52 PM): ok la
nienakariena (4/29/2009 11:53:55 PM): g tido
nienakariena (4/29/2009 11:54:08 PM): jgn mimpi2 kekalahan arsengal lak

Wednesday, April 29, 2009

Exam around da corner.

Jadual exam dah mula keluar kelmarin. Degupan jantung semakin kencang bagaikan ombak yang mengganas menghempas tepian pantai.. perghh!! ayat... huahua Memang dag dig dug lah bunyi degupan jantung sekarang nih. Masa yang dak pernah mau cukup di saat2 akhir tuk mengulangkaji. Di tolak dengan masa yang di buang dengan berpeleseran di dunia maya. Kelas2 tambahan semakin rancak di saat2 akhir. Ada yang buat study group, ada yang belajar sendiri2. Dan ada yang masih gigih menghafal al-quran. Semakin hari semakin terasa keresahan di dalam hati. Ujian lisan(syafawi) untuk pelajar sannah ula (tahun pertama) akan dimulakan awal bulan mei. bermakna bulan mei adalah bulan peperangan di kalangan pelajar2 Azhar. Dan peluru2 untuk berperang haruslah disiap sediakan sebelum turun ke medan peperangan.

Peperiksaan Takhaluf bagi pelajar yang repeat paper pula akan bermula 7 mei dan berakhir pada 13 mei. Manakala peperiksaan untuk sem 2 bagi tahun 2008/2009 akan bermula pada 16 mei sampai ke jun nanti. Nampaknya masa yang ada sudah semakin genting untuk pelajar2 menyediakan alat2 untuk bertempur di medan peperiksaan. Apa yang penting usaha dan kesungguhan kita dalam mancapai sesuatu impian dan menggapai kejayaan. Impikan Mumtaz usaha mestilah berlipat ganda.. Bukannya badan yang hampir berlipat menahan kesejukan dalam keenakan tidur di penghujung musim sejuk ini.

Akhir2 ini aku kurang rajin untuk mengupdate blog ini, kesibukan dengan tugas2 harian di tambah dengan kesibukan hal2 yang tidak sepatutnya menyibukkan aku. hahaha ma' na eih? Fikiran yang kusut dengan perkara2 yang sentimental dan Jazz yang masih belum mempunyai jawapan. huh!!!... malas mau fikir.

Exam... Exam... Exam...
Persoalannya? Adakah anda sudah bersedia?
hanya kamu yang bakal mengahadapi saat getir itu yang tau jawapannya...

Tuesday, April 28, 2009

Majlis Solat Hajat

Hari ahad lepas berlangsung majlis solat hajat bagi pelajar2 sabah yang berada di Alexandria sempena kedatangan exam sem 2 yang bakal menjelang. Pelajar2 di minta untuk hadir sebelum solat maghrib dan akan melakukan solat maghrib berjemaah.. Aku datang awal sikit sebab nak hantar ais takut kak lang nak guna ais tuh awal tuk buat air. Sampai kat situ belum ramai lagi yang datang. Kami dok sembang2 lagi kemenangan MU. Kak lang cuma gelak. masa tuh aku, reny dengan kak lang jer yang ada dalam bilik tuh. Tak lama lepas tuh pelajar2 lain dah mula sampai.

Solat maghrib jemaah di mulakan dan setelah selesai solat jemaah, bacaan yaasin oleh semua pelajar sabah dan sedikit tazkirah di sampaikan oleh saudari irma. Banyak nasihat yang di sampaikan oleh saudari irma pada malam itu. Dan di antaranya hubungan kasih sesama insan, tugas dan amanah yang di pertanggungjawabkan, ecam yang semakin hampir dan hati2 yang bermasalah. Sayangnya aku tak dapat untuk mendengar keseluruhan nasihat yang disampaikan saudari irma malam itu kerana aku di minta untuk mengambil 3 orang pelajar sabah yang baru sampai dari cairo iaitu ustaz syauqi,safwan & Tamen yang datang ke alex untuk mengajar pelajar2 sabah dan mereka yang minta untuk di buat kelas tambahan di alex.

Solat hajat di mulakan selepas solat isyak berjemaah. Dan jamuan makan di sediakan selepas semuanya selesai. Alhamdulillah dapat juga di laksanakan satu lagi program yang menjadi acara tahunan dan termasuk dalam takwim DMSI.

Sunday, April 26, 2009

Kemenangan Berganda


Hati banyak berlagu gumbira ini hari..Setelah mencatat kemenangan ke atas portsmouth MU terus mara dengan mengalahkan Tottenham petang semalam dengan kemenangan 5-2. ;P
hikhik... senyap seketika mulut2 yang anti kepada MU.

Walaupun kemenangan MU ke atas portsmouth dikatakan jaringan2 yang mudah tanpa mempamirkan aksi yang hebat dalam perlawanan, namun kehebatan MU tetap terpamir dalam perlawanan menentang Tottenham kali ini.

Walaupun aku agak tak senang duduk tengok perlawanan dalam separuh masa pertama bilamana jaringan2 yang di dahului Tottenham kelmarin. Hati agak panas melihatkan bahagian pertahanan MU masa tuh. Rentak jaringan yang sama di tunjukkan oleh pemain Tottenham.

Mulanya aku tengok siaran langsung nih d "Romansa Cafe", kebetulan masa tuh aku keluar dengan kak lang dan kak nija ke Bank dan singgah ke Fathallah market tuk beli sikit barang2 keperluan. Lepas tu kami p makan d "romansa Cafe". Sempatlah juga tengok perlawanan bola separuh masa pertama. Betul2 aku tak senang duduk tengok perlawanan tuh. Kak lang siap perli aku "ko dapat aper kalau MU menang pun?" aku kata kepuasan. hakhakhak...

Kak lang siap cakap kalau MU kalah aku bagi ko segenih (LE1) tapi kalau MU menang aku bagi ko rubu'(25sen) jerk.. hakhakhak apa barangkan?... celet ar bagi LE50 kah wkakakaka.... Bila Tottenham dah start score dia mula saiko aku..alah kalah lah MU nih. aiyakkk!!! aku makin tak keruan beb. Bila masuk jaringan kedua Tottenham dia ubah lagi, kalau MU menang dia kata dia bagi aku LE5.. Kak nija ketawa2 jak.Tapi hati aku memang dag dig dug macam lagu dangdut Haiza tuh. Aku ejas duduk aku balik2. Bila tengok MU tak pandai nak score aku ajak dorang balik rumah. Sambung tengok kat rumahlah. Bising jak aku kat restoran tuh nanti. Aku nih emosi sikit wkakaka...Lagipun giliran aku masak hari ni kesian lak member2 kat rumah lambat makan sedangkan aku dah makan kat luar.

Sampai jak di rumah aku terus on lappy, bukak channel bola tengok live streaming. Adeii tengah rehat separuh masa pertama. Masak nasi kejap then p potong2 daging. Aku masak daging hari nih beb. Daging masak kari. Sambil masak sambil tengok game. Apa kau rasa? hahaha Ok jugalah. Sempat jugalah tengok sikit2. Siap koling2 dengan kak nija lagi cerita pasal bola. Ya lah dorang tengok pakai TV aku tengok online. Sangkut2 beb. hahaha Kak nija cakap esok tagih dengan kak lang LE5 wkakaka siap lah kak lang, siapa suruh janji dengan aku. Nasib lah LE5 kalau LE50? haha makan besar aku dengan kak nija. (ini bukan pertaruhan ya harap maklum, kami bukan bet tuk this game k)

Habis jak game kak lang mesej mintak aku buat ais batu tuk program esok. Nasib lah peti sejuk kami ada ruang hari ini hahah selalunya penuh jak peti sejuk tuh. Aku balaslah msj kak lang say "OK". pastu gtau dia MU menang 5-2 wakakka sok aku tagih duit LE5. dia balas balik, "aik biar betul? nasiblah aku janji LE5 kalau LE50 kompom aku nyorok dalam almari la bila ko datang". wakkakaka nasiblah beb..lain kali jangan pertaruhkan kemenangan MU hakhakhak..

Thursday, April 23, 2009

Teguran..Teguran..& Teguran..

Sudah beberapa minggu berlalu dan teguran serta kelantangan penulis2 blog menegur program anjuran Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan kerjasama dari beberapa persatuan yang menjayakan program festival kebudayaan sukan asean 2009(FEKSAS) mengikut pendapat dan hujah masing2.

Pada awalnya aku langsung tidak mahu mengulas isi ini, kerana aku bukanlah seorang yang berpengalamandan arif dalam bidang pengulasan. Namun setelah banyak blog yang ku baca mengenai cerita2 asean festival ini aku terpanggil untuk menulis juga. Memandangkan aku juga salah seorang ajk yang bertugas dalam festival asean kali ini.

"Isu Tarian Joget" yang di persembahkan di malam kemuncak festival asean 2009 mesir menjadi tajuk yang hangat setelah berakhirnya program tersebut. Sesungguhnya memang aku juga amat terkejut dengan persembahan ini. Walaupun aku bertugas sebagai penjual tiket konsert pada program tersebut namun kami sendiri langsung tidak tahu akan adanya persembahan tarian daripada pelajar perempuan sekolah indonesia itu. Yang kami tahu cuma persembahan dari Bazli UNIC, Daie Nada & kumpulan nasyid yang menjadi johan pada pertandingan nasyid semasa program festival asean tersebut.

Apa yang menarik untuk aku menulis adalah sikap sesetengah penulis yang seakan2 mengundang perbalahan sesama sendiri. Tidak salah untuk menegur tapi biarlah dengan cara berhemah bukan dengan teguran berbaur politik mahupun yang boleh menimbulkan perbalahan.

Ada yang mengaitkan kelab Umno terlibat dengan program tersebut padahal kelab umno langsung tidak terlibat pada program kali ini. Adalah tidak wajar jika terdapat ahli umno yang bertugas pada program tersebut nama kelab umno di seret sekali. Kalau hendak menegur pun biarlah dengan bukti. Kalau hendak menegur pun Janganlah berbaur politik. Bencikan Umno janganlah sampai nama yang tidak terlibat di hitamkan sama.

Kita semua pelajar agama mana yang leka kita ingatkan dan andai melihat maksiat di depan mata kita tegurlah dengan baik bukan mengkiut emosi. Andainya dari awal lagi pihak penganjur tahu bahawa persembahan yang akan di hantar oleh sekolah Indonesia itu adalah persembahan tarian dari pelajar perempuan pastinya ada yang membantah terlebih dahulu dengan persembahan tersebut. Namun semuanya di ketahui di saat akhir. Mungkin silap daripada pengurusan tidak memastikan persembahan yang hendak di hantar pada malam itu.

Saudara Asri Jaafar sendiri selaku pengarah program tidak menyangka akan persembahan yang di hantar oleh sekolah Indonesia itu adalah persembahan tarian. Pada tahun lepasnya mereka menghantar muzik sahaja bila di minta membuat persembahan. Kesilapan ini tidak seharusnya berulang lagi. Di harap pada program akan datang kita semua alert dengan persembahan2 yang hendak di persembahkan.

Harap isu ini sudah di atasi. Aku salute pada penulis2 blog yang membuat teguran dengan baik. Namun pada penulis2 yang sebaliknya belajar untuk menjadi seorang yang berhemah. Kita akan menjadi ikon modal pada masyarakat. Namun andainya emosi dan akal yang pendek menguasai diri, akan terlihat kepincangan dalam pembawaan diri dalam masyarakat. Bagaimana kita hendak bersatu bersama masyarakat di Malaysia andainya kita tidak dapat bersatu sesama kita di negara orang.

Buka mata...
Buka Minda...

Renung-renungkan & selamat beramal..

Monday, April 20, 2009

Biarpun Kalah Tapi MU Still Da Best

Kekalahan kepada everton dalam sepakan penalti semalam bukanlah pengukur kelemahan Man United. Pasukan Man United merupakan team yang paling pack jadual perlawanannya.. Kira kehebatan pasukan man united masih lagi tiada tandingan. Walaupun turun dengan pemain muda namun Man United mampu mengikat everton sehingga membawa kepada sepakan penalti. SAF mempertaruhkan pemain muda untuk perlawanan menentang Everton untuk memberi persediaan kepada perlawanan yang akan datang.

Ramai pemain first 11 di rehatkan dalam perlawanan kali ini. Mungkin untuk mengatur persediaan menentang portsmouth dan arsenal pada perlawanan akan datang. Harap ada kelebihan menentang portsmouth di gelanggang sendiri.

Walaupun turun dengan youth player, Man united tetap boleh di banggakan. Kekalahan Man u kekalahan bermaruah. Mampu membawa Everton kesepakan penalti. SAF memberi pendedahan awal kepada youth player untuk bermain dalam perlawanan sebenar bagi memperkuatkan pasukan muda untuk memastikan kehebatan di masa hadapan.

Aku berbangga dengan Man United...

Sunday, April 19, 2009

Ali - Payung {malay version Of Umbrella}



Kreatif sungguh bebudak nih translet lagu..suke2..
korang layan jer lah video2 yang aku suke walaupun korang tak suke..
dah blog aku, suke hati akulah nak letak apakan miahahahahha

Berpisah Untuk Sementara


17 april merupakan tarikh lahir salah seorang daripada geng gelimat iaitu kak siti Aisya Monib dan juga merupakan tarikh perpisahan untuk kami. Kak siti Aisya dan kak Norlina berangkat pulang ke malaysia setelah berjaya menghabiskan pembelajaran mereka di bumi anbiya yang penuh barakah ini. Penerbangan yang dijangka berlepas di waktu pagi.

Jam 8 pagi kami sudah bersedia untuk bertolak ke airport cairo menghantar mereka berdua pulang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, walaupun kena membayar denda kerana lebihan barangan yang di bawa pulang.. Agak2 apa ekk yang dorang bawa pulang? Daging Unta? kitab2? atau pun makanan2.. hehehe...

Rasa sebak mengiringi mereka2 yang turut menghantar kak sam dan kak lina di airport. Bilamana kita sudah saling kenal mengenali dan ujud keserasian antara satu sama lain akan ada perasaan kasih sesama insani. Dan perpisahan itu mengundang manik2 jernih yang gugur dari kelopak mata mengiringi pemergian mereka berdua.

Tidak ramai geng gelimat yang lain dapat turut sama menghantar kepulangan otai gelimat kali ini, mungkin kerana peperiksaan yang sudah semakin hampir dan kesibukan dan kepadatan jadual kelas tambahan membuatkan geng lain tak dapat sama2 hadir meraikan hari lahir dan perpisahan ini.

Seawalnya diri masi boleh tersenyum dan bergelak ketawa bersama geng gelimat yang lain. Sambil mengusik2 junior yang dah mula sayu dan menangis di atas perpisahan ini. Tapi akhirnya bilamana salam di hulur dan nasihat2 yang syahdu di dengar airmata bagaikan tak tertahan untuk mengalir.. Langit yang kelihatan cerah langsung tidak dapat membendung airmata yang jatuh di pipi. Lantas ku relakan kepulangan mereka di iringi dengan linangan airmata yang suci..

Perpisahan untuk sementara waktu dan pastinya akan bersua semula di negeri sendiri.. Yang penting punya masa yang terluang untuk sama2 mengeratkan ukhuwah fillah ini.. Walau jauh mana jarak pemisah namun hubungan persahabatan ini tidak akan berakhir di sini.. kemudahan perhubungan yang semakin canggih dan maju di alaf ini tidak menghalang untuk kita terus berhubung di antara satu sama lain..

Yang dah balik malaysia jangan lupakan kami di bumi mesir ini, doakan kejayaan kita bersama2.. dan yang masih berada di mesir ini perjuangan belum selesai dan kuatkan semangat untuk mencapai kejayaan dan azam yang sentiasa di semat setiap tahun.. Moga kejayaan milik kita semua.. Hidup GELIMAT!!!!...

Saturday, April 18, 2009

3 hari berkampung di program Asean festival.

Letih, Tak cukup tidur, itu yang dapat aku ungkapkan selama program berlangsung. Walaupun tugas aku mempunyai shif, namun tetap terasa keletihan bilamana terlalu lama duduk di kerusi yang empuk sambil menunggu orang untuk membeli tiket.. Ya kali ni aku bertugas sebagai penjual tiket konsert yang berlangsung di malam kemuncak program Asean culture and games festival. Selama 3 hari berturut2 kami menjual tiket bermula 9 April sehingga 11 April.

Pas urusetia
Tiket Konsert

Apa yang seronok dalam program ni, dapat dilihat negara2 asia yang lain turut menghantar peserta dalam pertandingan yang di anjurkan. Dan Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah kepada majlis yang gilang gemilang dan terbesar ini. Banyak pertandingan yang di anjurkan dalam program kali ini di antaranya ping pong single/double (boys/girls), Chess (boys/girls), pertandingan nasyid, tilawah Al-Quran, Bola sepak, Bola jaring, Sepak Takraw dan acara larian. Juga terdapat lebih kurang 20 gerai bazar yang di usahakan oleh pelajar terlibat yang berada di bumi mesir menjual pelbagai masakan melayu dan memperkenalkan masakan dari negara dan negeri masing2.

Namun sayangnya biarpun negara Malaysia menjadi penganjur dalam program terbesar ini sambutan dari pelajar malaysia sendiri kurang memberansangkan. Apa yang dapat di lihat walaupun program berlangsung di Dewan malaysia Abbasiyah yang terletaknya kediaman pelajar malaysia ramai yang tidak turun memberikan sokongan dalam program tersebut. Mengapa pelajar dari Indonesia, Thailand dan Singapore yang tinggal bukan di kawasan kediaman Abbasiya boleh datang dan turut sama dalam program ini tapi tidak pelajar2 malaysia yang tinggal di kawasan itu. Jika di bandingkan pelajar dari negara2 jiran yang sanggup datang membuang duit membayar tambang untuk kesana tapi mengapa pelajar malaysia yang hanya turun tangga saja pun tidak dapat bersama2. Jika adapun boleh di bilang pelajar yang turut sama dalam program ini. Dimana silapnya? Apakah pelajar malaysia yang berada di mesir juga seperti berpolitik seakan2 suasana di malaysia. Apakah pelajar malaysia tidak bersatu hati?

Aku tidak menyentuh mana2 persatuan mahupun parti politik. Tapi jika apa yang berlaku merupakan salah satu boikot untuk menjayakan program tersebut ianya bukanlah sesuatu yang sihat dalam usaha kita untuk menyatukan persatuan yang berada di bumi mesir ini. Berfikirlah secara terbuka.. Berfikirlah positif..


Dalam keboringan menjual tiket sempatlah juga aku dengan azie
merayau2 meninjau gerai2 yang ada. Marveles!!! macam2 makanan ada. Time nih lah best kalau melantak haha.. Cuma tinggal nak pilih dan makan jer, Bukannya masak sendirikan, tunjuk jer apa yang nak...TAPI yang penting sebelum makan kena hulur duit. ;P

Dalam banyak2 program tuh Sabah menghantar wakil tuk pertandingan Chess dan ping pong. Yang aku tahu ping pong single (ejan) dapat no.3, Double (sidar & Ejan) dapat no.2 dan Chess (aku) dapat no.3 ;p haha bidan terjun pon leh dapat number kan. Yang penting yakin boleh!!!
Yang lelaki pula aku kurang pasti yang aku tau abg Nubli dapat no.2 tuk ping pong single lelaki.
wah2... berbakat juga bah orang sabah nih hehehe... TAHNIAH SEMUA...

Tuesday, April 14, 2009

Alhamdulillah

Akhirnya penantian membuahkan hasil..Lappy dah OK ..Syukur alhamdulillah.. Sekarang dah tak risau lagi..Semua file dapat copy balik :).. Gambar2 and semua lagu2 tak hilang.. Hilang dah kerisauan yang beraja di hati selama ini.. Yang ada hanya keriangan dan rasa syukur.

Thanks to pida and abg syukrie yang banyak membantu dalam merawat dan memulihkan lappy ku dari sakit kronik yang datang mengejut (hahah...boleh ker ayat macam tu?) layan jer lah wok!!!

hurmm pasnih dah leh online macam biasa, dah takder masalah.. Cuma nak kena download balik YM, SKYPE, and program2 yang besh jerk lagik miahahah....

Huhu kena tatang lappy bagai minyak masak lah lepas nih, Takut2 nanti berpenyakit lagi.. Tak keruan hidup beb..

Wednesday, April 8, 2009

Risau

Kerisauan terhadap lappy ku belum dapat di hilangkan.. Sampai sekarang lappy belum siap lagi.. Kena ganti RAM, kena ganti Hard Disk. Teruk2..Pokai aku wehh bulan nih.. Kalau Tak dapat ok gak lappy nih nampaknya aku kena redha hantar lappy nih balik malaysia..
Esok aku dah mula busy dengan program asean Culture and games festival. 3 Hari berturut2 program di jalankan.. Lepas habis program aku nak buat tahlidam pulak. Kalau tiada urusan da aku balik alex lah leas nih.. Exam pon dah dekat..
Hati masih belum dapat mau di tenangkan selagi lappy belum ok. Tapi aku kena terima apa juga kesudahan lappy aku tuh :( huhuhu

Sunday, April 5, 2009

AleX <-----> Cairo

Dan akhirnya aku buat keputusan tuk p cairo hari ni. Semalaman aku dak dapat tidur fikirkan lappy aku.. Aku harap tiadalah masalah besar dengan lappy tuh..

Kol my mom and cite gtau yang aku mau p cairo.. Nasiblah dak kena marah pasal lappy tuh ngeee~~ Adik suruh kirim jer lappy tuh balik malaysia. Tapi tak pa la aku try suruh tengok sini dulu. Kalau tak dapat ok juga may be aku akan kirim juga balik malaysia.

Banyak gak citer bilamana lama dak kol parents.. Ermm sekarang nih musim kahwin.. Yerp!! ramai orang kahwin di kampung sekarang.. Kazen2 aku kawen.. My mom cakap bersambung2 kawen.. wah ruginya tiada di kampung masa orang kawen.. Teringin mau makan masakan masa orang kawen.. ngeee~~~~ terbayang aku lauk2 yang banyak hahahah next kazen aku suhana pula kawen bulan depan.. huhu dengar berita jak la yew.. Pastu setiap kali balik semua kanak2 kecil tak kenal aku..adessss... Dan yang pasti aku pon dak kenal dengan dorang wkakakaka... Ayat skema " nih anak siapa?"

pastuh dengar lah suara2 sumbang mengusik "tuh lah kau belajar jauh2 semua orang kau dak kenal..Budak2 pon takut dak pernah nampak kau"

Ngeee~~~~ senyum jak lah...

o0hoo00 dah jam 7 sekarang nih..Aku kena ready2 mau gerak dari rumah jam 8 pagi nih.. Harap perjalanan dan lappy aku selamat dan ok.. Nampaknya seminggu jugalah aku dak menjenguk blog nih :(

Laptop Aku Rosak!!!

AAArrrrgggHHHH!!!!

please backup your file and replace your hard disk immediately
bla bla bla...

press f1 to continue...

dapat lah on lappy kejap.. may be dalam 20 minit macam tu dia akan jadi biru.. yang sempat tangkap..

"a Problem bla bla bla...
screen jadi gelap...

bla bla bla.....
operating system not found..

Damn!!!!

Hati betul2 dak keruan..ibarat nyawa aku pula yang mau terbang melayang..adeiii...
tapi takkan lah lappy yg rosak nyawa pulak gantinya kan.. nyawa dak melayang cuma duit jak yang bakal melayang. sembang dengan bro thoman dia kata ready2 lah beli hard disk...
Tanya dengan abg Nubli pon akan2 begitu jugalah kisah lappy aku tuh...

Aku tak kisah lah mau ganti hard disk tuh tapi apa yang aku sayang fail2 dan gambar2 aku..Tadi dah try copy separuh pi CD tapi ada lagi banyak gambar belum ter "copy". Bila aku mau sambung copy tadi dia jadi bengong balik..jadi GELAP.

bla bla bla...
'operating system not found'

adoi betul2 buat aku dak senang duduk.. Ya lah tiap hari mengadap benda alah tuh bila sudah jadi macam nih.. bengang giler arr...

Aku tak sabar mau p cairo sekarang mau suruh cek tuh lappy.. betul2 aku RISAU tahap GABAN.. Gaban pon tak risau macam aku time lawan raksasa... :)

AaaaRRrrrrGGgggHHhHHH!!!! ketensionan melanda diriku...
sure jadi ulat buku sekejap ;P

Saturday, April 4, 2009

Aku Milik Kamu

Kau tahu kau buat ku rasa begini
Jauh ku kembara tetapi ku ingin kembali
Biarpun berlabuh malam? tidak ku berhenti
Sebelum terlewat, ingin yang terbaik untukmu
Takkan siapa mampu menghalang azamku
Inilah masanya pelajari sesuatu

Takkan ku tunggu lagi
kini
aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau temu cinta
Dengarlah muzik ini lagu juga irama
Kita semua bersama
Punya hati jiwa untuk mahu dicinta cinta

Dan, Takkan ku sangsi
Aku pasti takkan tunggu lagi
Usah ragui masa lalu
Kini aku milik kamu

Dengar bisikan hatiku
Kau kan tahu cerita

Lama benar ku membelek diri di depan cermin
Berpusing menari pabila tiada sesiapa
Melihat rentakku sendiriku tertawa
Kini aku sedar tentang kehidupan ini
Tak perlu pura-pura, jadilah diri sendiri
Itulah diriku
Dan kamu pun tahu

Takkan ku tunggu lagi
kini
Aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau tahu luas dunia
Dengar dengar dengarlah
Ikutlah rentak kita
Inilah masa
untuk kamu percaya
cinta




*kredit to amri

Joging

Semalaman aku tiada tidur semalam..apa aku buat ekk? dengar radio fungkurfm sampai pagi... DJ kelubi_seman onair time tuh.. then aku bace2 blog hilang punca dan aku semakin kehilangan punca bilamana pipiyapong dah mengisytiharkan untuk menutup blognya bermula 1 april 2009.. Aaarggghhhh terasa kemuncak kehilangan itu makin meninggi bilamana tiada new entry update..dia nak komen sampai 12k baru nak menulis balik... gilak... tu jer aku mampu cakap... makan berapa lama nak sampaikan 12k tuh... Dan paling gilak aku tak tidur sebab baca blog dia..apa kes? adoiyaii....

Chating chating chating... aku online kc lagi..penyamaran dan penyamaran terus berlaku miahahaha seronok2.. seronok bilamana penyamaran tak terkantoi.. seronok bilamana ramai kawan di ajak bersembang dan seronok bilamana banyak dapat kawan baru miahahaha...

Subuh pon dah awal sekarang nih. Jam 4.15 dah kedengaran suara takbir... eh silap..suara azan bergema..takbir apa plak kan... puasa pon dak gi dah nak ingat mau raya hahahah :) selesai subuh aku menghafal quran sikit..sikit jak, dak banyak... macamana mau abis menghafalkan kalau sikit jak huhu..Yang penting ada bah kan... Target mau habiskan 1 juzu sebelum pertengahan bulan nih.. korang rasa2 dapat kew? aku rasa macam dapat tapi kadang aku rasa macam dak dapat.. Entah lah.. Kalaulah boleh di save jak di dalam otak.. kompom lahir ramai genius di dunia nih :)

Jam 6.30 aku dah bersiap untuk p joging.. Rasa macam sejuk juga tapi dak juga sejuk lah..suam2 kuku...? kuku pon leh rase suam kew? lebey kurang lah kisah dia macam tuh.. tunggu dorang azie and da geng lagi sampai di rumah baru jalan ke pantai.. dalam perjalanan menyinggah lagi di kedai beli to'miah dengan roti ish.. sambil berjalan sambil mengunyah..kelaparan di awal pagi.. sampai di pantai cari budak2 sabah yang lain then berkumpul..kena bersantap dulu..jamu selera sebelum joging wahaha... makan2 sambil bersembang then baru cari tempat mau buat senaman.
mulanya mau buat di kawasan pasir tapi kurang best sikitlah pasir pantai dia wkakaka... bukan sikit tapi banyak tak best o0o0 wa cakap lu... Ada bau2 yang kurang sedap masuk dalam hidung di kawasan tuh.. so akhirnya kami pilih di kawasan tempat duduk di tepi2 pantai... buat senaman sikit2 panaskan badan.. Ada plak mamat arab yang sinting takutkan kami di situ..siap senyum2 ketawa pastu dia tunjukkan tanda awas dengan tangan dia.. rasa macam aku mau bagi pelaingkik jak( bohong jak tuh,padahal ketakutan) dak khusyuk kami mau senaman wa cakap lu miahaha...

Dah dia asyik tengok2 jak pastu takut mamat saiko tuh datang tempat kami kami geraklah start joging menuju ke Miami.. perghhh jauh tuh beb... mesir p miami hahahahah.... dari assafirah beach lari p miami beach jak pon... "SEMPUT" :)

Berhenti di tepi jalan tuh then dengar sedikit pengisian untuk pagi tuh.. sunah2 yang di tinggalkan di sampaikan oleh saudari Norhayati Basri :) Best pulak joging pepagi nih... Selesai tazkirah tuh kami mula bergerak balik kerumah masing2... jam 9 lah juga kami sampai kat rumah.. Mata aku time tuh ketat tak tau mau cakaplah.. terasa letih betul... Sampai di rumah rehat2 kejap then mandi manda di kolam yang cetek.. siap mandi tuh mata dah tak tau nak kata.. Rabak lah juga hauhaua... main Uno dah tak konsentret... Last2 off lappy..baring dan tarik lihaf.. Aku bangun jam berapa? ermm


Friday, April 3, 2009

MaSa

Baru2 nih dengar khabar exam akan berlangsung dalam bulan may pada 17 haribulan.. So masa dah tak banyak lagi.. Hafalan Al-quran pon lom mantap lagi. Di tolak dengan masa2 yang terbuang begitu saja dengan masa2 yang tiada pasal di buat pasal semakin singkatlah masa untuk menghampiri hari exam.. Tuh belum kira masa nak duk dalam tandas berapa minit.. masa tuk makan sambil bersembang2 kosong berapa jam... dan masa mengadap lappy...

Apa yang penting, di saat2 genting begini kena bijak mengatur masa.. Setakat cakap jer tanpa ada semangat dan wawasan dalam mengatur masa takkan jadi punya.. So tepuk dada tanya otak sendiri macamana mau mengurus masa dengan baik..

Otak memainkan peranan yang penting dalam merancang segala agenda yang hendak disusun.. Segalanya melalui proses otak.. terpulang dengan kita hendak mengatur setiap jadual yang hendak dilakukan dalam kehidupan seharian..

Kebijakan kita mengatur masa akan memudahkan kita melakukan urusan2 rumah serta pembelajaran.. So kena disiplinkan diri sendiri bila mana sudah tersedia jadual untuk belajar dan sebagainya... Kalau buat jadual pon tapi tak ikut jadual yang di buat..sama juga bohongnya.. kata Ekin af4 "tak der maknanye"

Dalam melewati hari2 yang menghampiri exam, lebihkan study dari benda2 yang kurang berfaedah..

Thursday, April 2, 2009

Asean culture & Games Festival 2009

Apa cer Iklan nih ada dalam blog aku? Rilek2... Mau tau true story apakata korang lepak sama masa program tuh... Yang pasti aku ada masa program nih.. So nampaknya aku kena pulang Cairo lah jawabnyer yer... Sebelum 9 april aku kena ada di cairo sudah.. Walawesss pestaim aku telibat tuk program nih.. hakhakhak... Tugas aku? ermm tukang sapu sampah jerk huhu...

Wednesday, April 1, 2009

Bila Otak Di Biarkan lama Berehat

Fikiran jadi tumpul.. Serba serbi tak kena.. malas mau berfikir.. otak jadi berkarat..
Minat yang dulunya membaca buku semakin lama semakin berkurangan.. Semuanya kini beralih ke arah lain..

Hiburan di sana sini.. semua orang mengejar hiburan dunia... Ayat2 suci tidak lagi meniti di bibir yang munggil.. semakin di hiasi dengan lagu2 yang entah sukar di tafsir maknanya.. muzik2 yang bertukar mengikut peredaran masa dan zaman.. tarian2 yang terkinja2 berleluasa di pinggir jalan mengikut trend dan rentak yang sukar di terima akal..

Mereka dengan dunia mereka.. sering leka dan lalai di telan arus dunia...

mengapa tidak di gunakan otak untuk mencari ketenangan yang boleh mengubat jiwa.. mengapa hiburan2 dunia yang dipilih untuk menghilangkan tension.. Ya adakalanya kita perlu berhibur..namun hiburan yang bagaimana kita pilih.. tepuk dada tanya selera.. Hanya kita yang tau selera kita sendiri...

Otak itu perlu diasah agar ianya tajam semula...