BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 16, 2011

Di godam dan penggodam


Aku tertarik dengan berita yang melanda dunia cyber negara akhir-akhir ini. Hanya kerana marahkan kerajaan Malaysia memblock beberapa laman perkongsian akhirnya laman-laman web kerajaan banyak yang diserang oleh hackers-hackers yang tidak tahu dari mana datangnya.. Apa yang lebih menyedihkan ramai di antara rakyat malaysia yang menyokong tindakan hackers ini menggodam laman-laman web kerajaan. Jika di lihat pada komen-komen yang di utarakan ada segelintir rakyat kita yang menyokong tindakan hackers-hackers ini.. Mungkin ramai yang tidak berpuas hati dengan langkah yang di ambil kerajaan untuk memblock beberapa laman perkongsian sehinggakan ramai yang bangga menyokong perbuatan geng hackers ini..

Melihat pada perkembangan ini aku terpanggil untuk rajin membaca berita online kebelakangan ini. Kalau di fikirkan dengan logik akal, kalau kerajaan malaysia yang block laman-laman perkongsian ini kenapa perlu geng anonymous nih nak marah. Lainlah kalau geng ini adalah di antara rakyat malaysia juga. Kerana tak dapat nak mengacces laman perkongsian mereka bertindak sampai begitu. pelik-pelik.. Tapi hakikatnya ini di lakukan oleh geng penggodam antarabangsa.

Tertarik aku untuk mencari asal usul anonymous nih dan aku jumpai laman web yalelawtech dan kata-kata yang menjadi moto mereka “We are Anonymous. We are Legion. We do not forgive. We do not forget. Expect us.” Dan bla bla bla aku baca sebab dia tulis orang putih aku malas nak belit-belitkan lidah membaca hahahahha aku tengok komen-komen aku tertarik dengan satu komen. Yang nih lagi panjang dia tulis macam sajak pun ada.. macam lagu pun ada hahaha

We are anonymous;
We are legion.
For every one that falls,
Ten shall take his place.
We do not forgive,
We do not forget.
We are the face of chaos,
The harbingers of judgement.
We laugh in the face of tragedy;
We mock those in pain.
We ruin the lives of other people simply because we can.
We are the embodiment of humanity,
With no remorse,
No caring,
No love
And no sense of morality.
We have only the desire for more.
We are everything
We are nothing
And now, quite simply, you have our attention.
Expect us.

Apa yang aku lihat ada baik dan buruknya laman-laman perkongsian ini di block. Mungkin salah satu darinya menggalakkan rakyat untuk mendapatkan video-video movie yang original. Namun dari satu sudut yang lain ramai yang kerugian dengan langganan akaun dari file sharing berbayar. Rakyat yang celik IT yang menggunakan laman perkongsian untuk berkongsi ebook pun menghadapi masalah dengan permblockan ini. Kenapa tidak di block sahaja laman-laman porno yang sangat mudah untuk di access. Inilah namanya "segalanya di hujung jari" dan " dunia internet tanpa sempadan". [@ ; @]

Monday, May 16, 2011

pra tension!!!

Salam ceria readers walaupun hakikatnya aku menulis dalam keadaan yang tak ceria.. kenapa? oh it's not a good place to share hak3... Ok lah.. jadual exam pun dah keluar. Nampaknya paper pertama aku akan bermula 19 jun bulan depan dan akan berakhir 10 julai.. Lamakan hehe.. nampaknya aku kena jadi ulat bukulah kalau macam ini hak3.. ye ye o0 jerk... Imtihan takhaluf pulak mula awal jun nih. Nampak macam dah suntuk tapi aku punya mood nak study lari tune. Mulanya dah ok dah mood tapi ada sesuatu yang menggangu mood aku hari ini..memang spoil gila-gila.. and now aku tension yang teramat.. cuba untuk memujuk hati sendiri dan akhirnya aku duduk menghadap blog aku nih hehehe...

Timing tidur aku ada sikit terganggu kebelakangan nih. Bila dah asyik berjaga waktu tidur pun berubah.. Ada beberapa hari siangku jadi malam dan malam ku jadi siang.. Alhamdulillah hari ini aku dapat normalkan semula waktu tidur aku.. Semalam dapat tidur di waktu malam dan bangun di waktu siang pagi ini.. Tapi suasananya agak berbeza sedikit haha... Bila dah tune tuk study lari dah tak tau nak buat menda.. DUk ngadap lappy jer lah nampaknya..

Kepala cepat pening sekarang.Tak tahan dengan tekanan.. Mula rase penat.. Mungkin terlalu lama berehat dan terkejut bilamana mula di asak dengan hafalan-hafalan.. Oh kesian dengan otak kepalaku...

**aku jiwa kacau**

Tuesday, May 10, 2011

Online

online online online.. kalau dah sambung internet nih takde benda lain di buat.. duduk bertenggek sambil mengadap facebook, bergayut dengan insan tersayang bla bla bla.... men game.. Poker hahahaha.. kebelakangan ini kegilaan berpoker amat tinggi.. Dan kegilaan berpoker itu menarik seseorang untuk turut sama berjuang di meja gelanggang hahahaha.. Actually aku tak reti sangat main benda tuh.. juz try2 main jerk..ada jugaklah menang sikit-sikit..dah main pun nilai kecikkan hahahaha...

Beberapa hari kebelakangan nih aku jarang bertemu rakan-rakan dunia mayaku.. Masa banyak terluang bersama insan tersayang. Ada banyak benda berlaku akhir-akhir ini.. Banyak mengajar aku erti persahabatan dan perhubungan. Biarpun terlalu rapat dengan kawan masih ada batas-batas pergaulan yang perlu di jaga demi menjaga hati orang yang tersayang.

owh yaaa!!! now currency malaysia dengan egypt ada sedikit peningkatan.. Oleh kerana duit malaysia makin tinggi maka tukaran kedalam egypt pun naik jugaklah.. Tapi duit tinggi dengan harga barang yang makin naik pun takde bezanya yer dak? hahahaha

Thursday, May 5, 2011

sawanG

Tolong-tolong bersihkan sesawang yang banyak dalam blog usang aku nih hahaha.. aku semakin malas untuk menulis apatah lagi untuk login dan menjenguk di ruang blog ini.. Kenapa, mengapa dan sebab apa ini semua terjadi? well.. aku dulu terputus talian internet dan kemalasan itu berpanjangan sehingga aku pulang ke sabah baru-baru ini..so sad T_T

Sekarang aku dah kembali semula ke Mesir. Alhamdulillah Mesir masih lagi tempat yang selamat untuk di kunjung. Jodoh aku untuk meneruskan pengajian di bumi anbiya ini masih panjang. dah sebulan lebih aku kembali semula ke Mesir meneruskan pengajian. Sekarang nih kuliah pun dah nak habis. Tinggal lagi nak menduduki peperiksaan. Ada yang kata Exam untuk takhaluf akan berlangsung pada pertengahan may ini dan exam untuk final akan berlangsung bulan jun. Lewat sedikit dari tahun-tahun sebelumnya..

Persiapan? persiapan aku untuk exam kali nih macam aku tak ready jerk.. Entahlah. so-so.. takut pun ada jugak. tapi orang kata kalau juz takut tapi tak study tak jadi jugakkan.. So nampaknya kenalah jadi ulat buku untuk kebelakangan ini..

Sejak bermula dari rusuhan sampailah kembali semula ke Mesir aku dah tak menyewa lagi.. I mean tak duduk di rumah sewa but tinggal di asrama pelajar yang di sediakan oleh kerajaan negeri SABAH. Oh sungguh bertuah dan bangganya aku menjadi anak jati SABAH. hehehe

Untuk pertama kalinya aku dapat visa awal pada tahun ini hahahaha selama ini ada persatuan tertentu tuutttttttt!!! yang menguruskan visa pelajar di sini.. Tapi untuk tahun ini alhamdulillah pelajar-pelajar sabah Alex bergerak sendiri.. Tahniah kepada yang berusaha.. Dan kini aku bukanlah PTI di negara arab hahahha aku ada visa okek!!!!

Monday, February 28, 2011

sabah tanah airku

Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke sabah dalam rombongan pertama pelajar sabah yang di bawa balik oleh kerajaan negeri sabah.. Terima kasih atas keprihatinan ketua menteri sabah Datuk Musa Aman, kerajaan negeri sabah, yayasan sabah, pusat zakat negeri sabah, pegawai wisma yayasan sabah kaherah dan keluarga yang banyak membantu kami selama berada di mesir tempoh hari. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian semua.
dah nak masuk sebulan aku duduk di rumah nih. sekarang dah jarang online tuh yang tak sempat nak update blog. banyak masa di gunakan berjalan kesana sini melihat kehijauan bumi sabah hahahaha...
dan mungkin tak lama lagi aku akan balik semula ke negara yang pernah bergolak dengan permasalahan politik itu. aku harapkan semuanya akan baik-baik saja di sana. Impian ku masih jauh. Dan permasalahan itu tak mungkin melunturkan semangat aku untuk tamatkan pengajian di sana.
Buat masa sekarang aku masih bercuti-cuti sabah hahaha sebab aku duduk di sabah jak cuti nih.. Sabar menantikan perkembangan untuk arahan pulang semula ke Mesir. Dengan pasport baru yang aku pohon sudah sampai ke mesir dan aku sekarang berada di sabah. Menanti panggilan dari pihak imigresen or apply pasport baru saja lagi hahahaha
times up.. next time lah aku update lagi pengalaman terperangkap di stesyen keretapi di hari pertama rusuhan hahaha.. aku ada banyak kerja mau buat nih tata...

Friday, February 4, 2011

Sabar selalu...

Akan meninggalkan bumi mesir pada jam 3 petang waktu mesir jam 9 malam waktu malaysia. semoga slamat semuanya dan di permudahkan segala urusan.. ameen..


Thursday, January 20, 2011

wallaaaaaaaaaaa....

Oleh kerana internet pon tiada di rumah aku kan sekarang nih.. kena pula malas mau updating with my cute hp.. so bersarang lah sekejap blog ku yang cumil nih hahahah...
ada widget-widget yang perlu aku buang kot dari blog nih.. Terlalu besar KB tak tercapai dengan kelajuan henpon tuk mengaccess. Almaklumlah henset cikai-cikai beli di pasar malam borong hahahahha..

Hari ini aku online di cc, sempatlah menjenguk blog sekejap. Thanks buat follower2 yang baru di dalam blog yang langsung tak canggih ini.. Memang blog ini tidak canggih.. Anda tidak akan temui gadget-gadget menarik di dalam blog ini hahaha Apatah lagi kalau anda sedang mencari koleksi-koleksi henpon, memang tidak akan jumpa di sini.

Ok cerita exam.. Baru 4 subjek yang selesai setakat ini.. Ada tinggal 1 jak lagi subjek 23 januari ni nanti. Subjek english. Di sini english kena hafal. Aku ulang balik kena HAFAL. Terutama translation dalam BI ke ARABIC. mendapat juga otak kalau tak hafal.. memang jem gile duduk dalam dewan kalau tak ready. Setakat nih soalan exam yang lepas2 memang mantap.. Aku tak dapat nak gambarkan kemantapan soalan. Standard universiti AL-Azhar lah dia punya mantap hahahah..

Kebelakangan nih selalu hujan. Baju kalau di cuci dua tiga hari jugalah baru kering. Tinggal menghitung hari jak tinggal di rumah sekarang nih. Terpaksa juga pindah huhuhu.. Kena halau sudah bila tuan rumah sudah dapat penyewa baru hahaha. so 25 januari nih terpaksalah angkat barang pindah rumah. Nasiblah dapat rumah yang okek juga dan di tingkat satu. lagi rendah dari rumah sekarang hehehe

cukuplah membebel nih..aku nak balik dah.. malam kang ada antu lak teman aku balik dari cc nih hahaha