BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 29, 2010

huh!!

Hari berganti hari, hanya tinggal beberapa hari lagi untuk exam..satu-satunya paper exam yang aku ambil untuk sem nih..paper adab balaghah.. Orang cakap madah killer.. memang killer pun..Tiap tahun ramai jak yang sangkut paper nih. gentar ada takut pun ada. Orang kata kalau cukup persediaan cukup peluru untuk turun ke medan peperiksaan tiada apa yang perlu di takutkan. tapi dah orang kata subjek nih subjek killerkan.. tetap juga ada rasa gentar.

Hanya tinggal esok jak masa yang ada untuk tambah hafalan. Harap-harap sempat mau habiskan semua. Usaha, usaha dan terus berusaha. Usaha tangga kejayaan. Rajin berusaha membuahkan hasil yang lumayan. tapi kalau asyik berusaha depan lappy sambil menjaga masakan di cafe world di facebook tuh takkan kemana kan.. So stop lah dulu gaming on facebook. Focus on study..

Ada di antara rakan yang sudah pun habis exam, ada juga yang masih lagi merangkak dalam perjuangan. Semuanya menghampiri penghujung peperangan.
Chayo chayo.. aja aja fighting...

Sunday, January 17, 2010

Gud Luck ( ~ : * )

Exam around Da corner.. Busy studykah? atau masih busy dengan game-game di facebook. Hahahah.. Ramai yang sudah mula study dari awal, ada juga yang study last minit. Masih tak berubah, masih dengan kelekaan, walaupun sudah berulang kali strategi itu terkandas. Namun belum juga ada kesedaran untuk bermula dari awal. Aku? bak kata Nabil (Raja Lawak)..sama dengan jer orang yang bercakap tuh hahahaha...

Hari ini merupakan hari pertama exam bagi pelajar-pelajar uni Al-Azhar Mesir. tak kira cawangan manapun.. Kebanyakannya baru bermula hari ini.

Bagi yang mempunyai madah exam yang bermula hari ini..Chayo-chayo!!!... Buat yang terbaik. Insyaallah ganjaran yang terbaik kita perolehi bilamana usaha dan doa diiringi bersama... Gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Jangan biarkan peluang itu berlalu begitu sahaja sehingga kita sendiri yang akan merasa besarnya harga kerugian yang kita alami.

Gud luck 4 all Azharian students.. Do da best among da best.. Bittaufiq Wannajah..


Monday, January 4, 2010

Thanks dear

Alhamdulillah.. hari ini punya rehat yang cukup setelah mengharungi perjalanan yang panjang selama 2 hari. Bertolak waktu tengahari ke kota kaherah pada hari jumaat lepas dan kembali semula ke alexanderia pada hari sabtu. Sempat berehat melelapkan mata di waktu malam sahaja. Tujuan untuk mengambil barang-barang kiriman dari malaysia dan menemani pida yang ingin membeli barang-barang tuk di bawa balik malaysia.

Sampai di kaherah jam 4 lebih dan berehat sebentar sambil menunaikan solat. bersembang-sembang dan mengisi perut dengan kuih karipap yang di bawa dari alex. Sementara menunggu solat maghrib sempat juga pergi berjumpa yanti untuk mengambil barang-barang kiriman dari sidia. Alhamdulillah semuanya sampai ke tanganku. Gembira sangat-sangat. Tak putus dia mengirimkan barangan untuk ku yang jauh di sini. Bahagia punya kekasih hati yang menyayangi dan memahami. Ku hargai semua pemberianmu sayang. :-*

2010..permulaan yang baru.. segalanya indah di pandangan mata. Ku harap biarlah ianya kan kekal selamanya. :)

usai solat maghrib kami terus bergerak ke hussin untuk membeli barang-barang di situ. Tempat yang agak serasi dan pemes bagi mereka-mereka yang ingin membeli barang untuk di bawa balik ke malaysia :).

Terasa letih dan penat kaki berjalan. Mencari restoran makanan malaysia yang ada, namun kehampaan bilamana semua restoran masakan melayu tutup. Akhirnya mengisi perut dengan kfc.

Sesampai di rumah, duduk berehat sambil bersembang. Membersihkan diri dan merehatkan badan. Baru sahaja hampir terlena, terkejut dengan khabar kematian Ayah kepada bekas housemate ku dulu. Ayah abda solehah meninggal di awal pagi 2 januari waktu malaysia. Takziah buat ahli keluarga mereka. Moga tabah menghadapi ujian hidup.

Mata terpejam lena bertandang.. merehatkan diri untuk balik ke alex pula.. Jam 2 petang baru bertolak dari rumah sabah dan sampai ke alex sebelah malamnya.. Alhamdulillah perjalananku selamat pergi dan kembali :)

Friday, January 1, 2010

010110

Ku tinggalkan suka dan duka hari semalam dengan harapan yang indah di tahun baru..
Biarkan yang berlalu menjadi seribu kenangan dan igauan suram.
Akan ku hiasi kehidupan ini dengan warna warni yang indah agar segalanya tak lagi nampak kusam.

Monday, December 14, 2009

krismes krismes...

Pejam celik dah menghampiri ke penghujung tahun.. Cepat jer masa berlalu sekarang nih.. Setahun tuh tak terasa pun. Pejam celik juga umur kian meningkat. Perjalanan masa..

Exam dah menghampiri.. tak sampai sebulan lagi dah nak exam. Hurmm persediaan? rasa macam masih kosong.. belum ada persedian apa-apa lagi untuk exam kali nih. huhuhu takut gerun.

Esok dah nak krismes.. marry christmas tuk family yang non muslim di tambunan sana.. ada family day kah lagi tahun nih? Setiap tahun macam tuh lah kalau 25-12 jer selalu wat family day dengan family-family yang non muslim tapi tiap tahun muka aku jer lah yang tiada isk isk isk tak suke tul hahaha.. rasanya lama sudah tak pergi jenjalan ke Tambunan.. Adalah kot dalam 8tahun.. wah lama-lama.. kesian aku selalu tinggal jer hahaha.. bestnye konvoi reramai jalan-jalan.

Banyak benda yang berlaku tapi oleh kerana kemalasan tahap gaban untuk menghapdet blog jadilah cerita-cerita itu bersawang dalam kotak fikiran hahaha..

17 lepas birthday abah ku.. Happy birthday abah.. Sempat gak call tengah malam.. wah aku orang pertama wish o0 hahaha best-best.. 22 baru nih pulak birthday adikku yang ke4.. sempat gak call wish..masa call tuh dorang tengah main futsal, patutlah lambat jer nak jawab call.. huhu rindu my family o0o0..aiyukk

*************************************************************************************
Esok ada program pulak. Ramah mesra suai kenal.. Hurmm.Siang nanti kena ke pasar pulak hukhuk.. Sekarang dah jam 3.33 pagi mata lom terpejam lagi. Dah tertidur awal selepas Isyak.. Bila dah terbangun semula payah lak nak lelap semula.. Jadilah ku kelawar setengah malma hahaha...

Apapun aku mo paksa juga mata nih lelap sekejap.. Bangun semula nanti pagi.. dah kena sound dah tutup lappy hukhuk..





Friday, December 11, 2009

Apadanya cerita...

Hari itu pasti akan tiba..
Tetap di nanti penuh sabar..
Hati bergetar, jantung berdegup kencang..
Kita hanya mampu merancang..

***************************************************************************************

Malas-malas dah nak update blog sekarang nih. Addicted dekat facebook.. Hahaha game game game.. Entahlah apa yang menarik sangatkan. Melalaikan pun ada. Tapi itu lah juga yang di hadap hari-hari. hihihi...

Sekarang nih masa banyak terluang bersama sidia saja. Sampaikan aku sudah malas-malas mau keluar kemana-mana.(padahal rajin jer pon berjalan)... Ada limit time bah kalau mau jalan jadi macam tak best plak kan hahaha.. so baik duduk rumah jak.. main game, gayut, sembang-sembang, ketawa hahaha... tidur kroh krah kroh krah..

Akhir-akhir ini aku terfikir pada seseorang. Mungkin aku pernah melukakan hatimu wahai sahabat namun bukanlah niatku untuk terus memusuhimu selamanya. Aku tidak berdendam pun padamu. Apa yang terluah selama ini mungkin dari desakan hati dan perasaan yang membara. Hanya hal sekecil itu tidaklah sampai ketahap aku membencimu.

Ingin sekali rasanya untuk menegurmu di saat ini.. namun... hurmmm.. Mungkin di saat itu agak tertekan.. dan mungkin juga salah faham di antara kita. Tapi cerita di sebalik itu mungkin kau tak tahu. Dari soalan mu padanya..dia menganggap aku ada yang lain dan seolah-olah aku tak bahagia bersamanya.. Mungkin aku yang terlalu emo kala itu.. maafkan aku andai coretanku telah mengguris hatimu..

Aku tak inginkan permusuhan dan juga tak ingin hilang kawan yang pernah aku kenali walaupun hakikatnya berteman didunia maya ini jarang yang kekal..

Apapun aku doakan kebahagiaanmu di samping orang-orang tersayang...


Friday, December 4, 2009

Pilu

Berat yang kau rasa itu cuma di mata
Aku yang memikulnya pasti lelah dan sebenarnya parah
Kita yang merancang dan Tuhan menentukan
Walaupun kau tahu banyak yang ku lakukan untukmu..
Kurelakan semuanya.. dan pasti kau rasa bersalah
Malah kau rasa.. Pedihnya hati terluka..

Terngiang-ngiang lagu tuh di cuping telinga. Lagu nyanyian kumpulan kesukaan ku suatu masa dulu. Mega. Dulu memang minat sangat dengan kumpulan mega.. minat dengan lagu-lagu yang membuai perasaan nyanyian dari rahmat. Dari situlah timbulnya nama nienakariena..

Kali ini lagu lain pula. Lagu nih cukup bermakna bagi aku. Biarlah aku saja yang tau kenapa lagu nih tetiba jer ringan meniti di bibir. hurmm.. sedih lagu nih sebenarnya.. Aku tengah bersedih kah? Mungkin ada juga kesedihan tuh tapi seupaya mungkin aku dapat sembunyikan.

Kenangan lama bila di ingat-ingat boleh mengalir airmata. Begitu juga kisah hari ini.. mungkin suatu hari akan menjadi suatu kenangan yang manis, pahit, masam dan masin.

Huh sentimental sungguh.. Cheer up lah sikit kan.. mungkin mood lagu pon sedih mood pun terbawa-bawa jadi sedih juga. hukhuk.. Apapun korang layan jak lah lagu di bawah nih.. Tetiba mood untuk menulis di sentap hilang idea serta merta hikhik.. nanti-nantilah aku hapdet lagik..