BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 20, 2011

wallaaaaaaaaaaa....

Oleh kerana internet pon tiada di rumah aku kan sekarang nih.. kena pula malas mau updating with my cute hp.. so bersarang lah sekejap blog ku yang cumil nih hahahah...
ada widget-widget yang perlu aku buang kot dari blog nih.. Terlalu besar KB tak tercapai dengan kelajuan henpon tuk mengaccess. Almaklumlah henset cikai-cikai beli di pasar malam borong hahahahha..

Hari ini aku online di cc, sempatlah menjenguk blog sekejap. Thanks buat follower2 yang baru di dalam blog yang langsung tak canggih ini.. Memang blog ini tidak canggih.. Anda tidak akan temui gadget-gadget menarik di dalam blog ini hahaha Apatah lagi kalau anda sedang mencari koleksi-koleksi henpon, memang tidak akan jumpa di sini.

Ok cerita exam.. Baru 4 subjek yang selesai setakat ini.. Ada tinggal 1 jak lagi subjek 23 januari ni nanti. Subjek english. Di sini english kena hafal. Aku ulang balik kena HAFAL. Terutama translation dalam BI ke ARABIC. mendapat juga otak kalau tak hafal.. memang jem gile duduk dalam dewan kalau tak ready. Setakat nih soalan exam yang lepas2 memang mantap.. Aku tak dapat nak gambarkan kemantapan soalan. Standard universiti AL-Azhar lah dia punya mantap hahahah..

Kebelakangan nih selalu hujan. Baju kalau di cuci dua tiga hari jugalah baru kering. Tinggal menghitung hari jak tinggal di rumah sekarang nih. Terpaksa juga pindah huhuhu.. Kena halau sudah bila tuan rumah sudah dapat penyewa baru hahaha. so 25 januari nih terpaksalah angkat barang pindah rumah. Nasiblah dapat rumah yang okek juga dan di tingkat satu. lagi rendah dari rumah sekarang hehehe

cukuplah membebel nih..aku nak balik dah.. malam kang ada antu lak teman aku balik dari cc nih hahaha

Wednesday, December 22, 2010

Di remang malam.

As I said aku boleh bergelak ketawa dengan kawan-kawan yang lain tapi tak siapa yang tahu apa yang ada dalam hati aku. Malam ini ternyata aku tewas dengan perasaan sendiri. Lemas di telan kesyahduan malam. Dan akhirnya airmata menjadi teman dimalam yang sepi. Saat sepi menyapa hati hanya batin yang merasa pedihnya. Bukan mudah untuk menjadi kuat andai jiwa dan raga tak gah bak sinaran mentari. Bukan mudah untuk mengaku tabah andai hati serapuh kaca..

Disaat demam begini hati mudah diusik rasa. Adakalanya kita tak berjaya dalam mengawal emosi. Sesekali minda perlukan rehat dari terus berfikir. Sampai bila? Tanyaku pada diri sendiri, namun tiada jawapan yang aku temui. Cerita ini cerita aku. Aku yang memulakan dan aku juga yang akan mengakhirkan kisah ini. Sampai masa cerita ini hanya tinggal sejarah masa silam.

Wednesday, December 8, 2010

Oh lenaku yang meragam...

Bila dah tejaga dari tidur memang payah untuk kembali lena. Kepala dah mula rasa memberat. Denyutan yang terasa semakin berirama. Sudah kerap rambut jadi mangsa ditarik untuk melegakanya sedikit. Kepala di tekan2 tapi masih terasa denyutan itu..Kebelakangan ni jadual tidur tak berapa nak cun..Asyik tidur lewat dan tak dapat nak lena mimpi yang indah2 pun tak kunjung tiba. Entah apa je yang difikir sampaikan mata tak leh nak pejam lama..Serasaku otak ku kosong, tak juga memikirkan maralah megara.. Tak kan kepalaku sakit kesan dari harga barang yang makin naik di malaysia.. Haha tak kan berfikir cerita mat jenin yang selalu berangankan keindahan membuatkan kepalaku sakit berfikir haha..Mungkin otakku perlukan rehat yang secukupnya..Jadi harus untuk keluarkan otak bagi dia duduk di kerusi rehat? Hahaha tak perlu rasanya huh..

Dua hari lepas aku terima sms dari seorang pegawai memanggil untuk menghadiri mesyuarat sukan dan kepimpinan yang akan diadakan di Cairo 8hb ni. Ya hari ini..Macamana aku nak hadirkan diri bila aku belum tidur lagi ni haha..Tadi dah confirmkan nak datang. Insyaallah aku and dua orang kawan akan betolak sebelum tengahari.Memandangkan meeting jam 3.30 petang so sempat rasanya kalau kami bertolak tengahari. Tiket pun belum beli lagi harap2 dapat bangun awal haha

Meeting di jangka habis sebelum maghrib,so sempatlah untuk aku pulang ke alex di sebelah malam. Tak betah untuk duduk lama di cairo di saat2 kepala serabut memikirkan exam yang makin hampir. Cuma ada tinggal sebulan je lagi..

Oh internet di rumahku masih tak ok lagi. Dah sebulan lebih takde tenet..Brodben pun aku dah pulangkan tadi kat kawan aku. So lepas ni aku hanya akan jenguk2 bila aku rasa rindu dan bosan hehe.. Almaklumlah online guna hp ni skrin tak besar gedabak. Penglihatan terhad. Lagipun nak fokus dengan study dalam tempoh sebulan ni. Aku kena bangkit semula hope sempat aku nak catch up semua subjek dalam tempoh ni. Aku mampu.Ya aku mampu.Aku mesti boleh buat...Huhu gerun takut serabut semua ada. Mungkin ini yang buat kepala aku selalu sesak. Kadang stress sangat2. Tambah lagi mood yang tak menentu.. Mulalah duduk mengadap lappy sambil main game haha.. Aku kena tinggalkan semua ini sementara waktu.. Aarrgghh gambate!!

Sunday, December 5, 2010

Saranghae...

Beberapa hari ini aku habiskan masa untuk menonton cerita korea. Oh sungguh aku jatuh cinta dengan pelakon-pelakon korea sekarang. So aku tiada masa mau layan rasa-rasa yang kureng enak di dalam hati aku buat masa ini, sebab dalam hati aku sekarang ada wajah-wajah yang kacak dan tampan hahaha

sekarang nih demam korea melanda dirumah sewa ku yang indah dan permai nih haha. Tak sangka aku boleh berjaga sampai pagi tak tidur tengok cerita-cerita tuh. Sajalah layan perasaan mau nangis-nangis tengok cerita sedih kunun haha..poyo jer lebih tuh.. Apa yang pasti aku jatuh hati!!!

Mesti korang korang korang semua pernah tengok cerita my girl dengan personal taste kan.. Kenal dengan lee min ho? wah!!! sungguh kekacakannya buat jantung aku dup dap dup dap. Aargghhh boleh gila ini macam.. Terjebak di saat-saat nak exam hahaha.. Lepas nih tak boleh dah nak sambung tengok cerita korea, Saya kena fokus dengan study saya sementara nak exam nih. Gentar sudah makin mula terasa nih huh!!!

Semalam baru je habiskan cerita My girl, ntah berapa lama punya cerita sudah aku baru tengok haha.. ketinggalan zamankan. Best cerita pembohongan tapi akhirnya dorang jatuh cinta. Bila pembohongan melibatkan keluarga akhirnya mendapat tentangan dalam percintaan. Tapi bila pembohongan melibatkan hati betapa sengsaranya mau menanggung rasa.. Hurmm mungkin itu juga yang aku rasa bilamana berpura-pura mampu tersenyum di depan orang lain tapi hakikatnya jiwa meronta. Apa yang berlaku di sekeliling aku cuma orang yang betul-betul rapat dengan aku jak yang tau.

Bilamana hati dah terguris memang susah untuk mengubatinya lagi. Aku boleh bergelak ketawa, bergurau senda tapi hakikat luka yang mengalir di dalam hati ni tak siapa yang tahu. Susah untuk terus menulis kalau becerita pasal hati.. Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.. Tapi kalau cerita hati ayam dan kerbau..perghh sedap kalau di makan hehe. . Apatah lagi kalau hati kerbau di masak sambal kan..nyum nyum..

Orang kata lumrah dalam bercinta pasti ada salah faham dan pergaduhan. Sedangkan suami isteri pun tergigit jari, ada masanya bertengkar inikan pula bercinta. Orang kata cemburu tandanya sayang tapi kalau cemburu berlebihan? parah juga menanggung.. Orang kata kesetiaan dan kejujuran kunci utama dalam perhubungan, tapi kalau kepercayaan sering di khianati.. Perlukah lagi menaruh harapan pada hubungan yang rapuh?

Aku perlu bangkit untuk diriku sendiri.. Berkorban untuk diriku sendiri.. Hati ini bukan milik sesiapa....hati ini milik kita :)


Monday, November 29, 2010

ngek!!!

Aku rasa macam nak menulis
tapi bila dah baca-baca blog kengkawan
malas tuh datang lagi hahaha..
akhirnya aku sign out and chating dengan mr beskot.
hahahahha

Sunday, November 7, 2010

= ; ="

Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara... Perjalanan kehidupan yang banyak onak dan durinya. Adakalanya langkah kita tersepak dengan duri-duri tajam yang membuatkan kita terluka.. Dan adakalanya kita tabah dalam setiap dugaan yang mendatang dalam kehidupan kita. Tidak semua yang kita lalui di dunia ini dapat kita hadapi dan tempuhi.. Adakalanya kita tewas dengan permainan dunia..

Kembali kepada fitrah insani.. Di cipta kita di dunia untuk mencari sebanyak mana ilmu dan beramal kepadaNYA. Maka janganlah kita lari dari landasan yang sepatutnya kita lalui.. Hidup di dunia ini hanya sementara mengapa tidak di perbanyakkan amalan dan tiket-tiket untuk melalui titian siratul mustaqim kelak..


Friday, October 1, 2010

peace!!

Nampak sangat aku malas menulis sekarang kan.. hehe idea tak datang, walaupun banyak benda nak cerita tapi jari aku malas nak menaip.. ditambah pulak kesibukan berjalan kesana kemari haha.
Kadang bila aku ada mood nak mula menaip, line tenet pula yang buat hal. haizz

Tadi petang kitorang bebudak sabah pergi tolong member2 yang pindah rumah masuk ke asrama yayasan sabah.. Perghh banyak-banyak barang.. Dah 3 buah rumah pindah masuk ke asrama. Kami nih tak tau lagi bila dapat pelepasan untuk keluar dari rumah yang banyak berjasa ini, walaupun kadang-kadang tuan rumah nih marah bila telampau bising hahaha...

Rasa sayang nak keluar dari rumah ni, maklumlah dah selesa tapi bila dah tiada orang yang nak duduk menyewa dah, mungkin kami terpaksa akur untuk keluar dari rumah sewa yang selesa ini..huhu T__T Yang ada pun tinggal 3orang jer lagi yang nak duduk rumah sewa.. Kalau semua sepakat sanggup nak bayar lebih tuk sewa rumah mungkin kami boleh bertahan.. Tapi kalau semua rasa tak sanggup nampak gayanya terpaksa angkat kaki hahaha

Semalam menghadiri jamuan makan malam sempena kunjungan DR.Junaidy di asrama MARA Iskandariah. Alhamdulillah murah rezeki dapat makan malam dengan juadah yang enak hehe.. Yang paling best ada sumbangan duit raya daripada Datuk DR. Terima kasih atas pemberian itu.

Lately belakang den rasa sakit-sakit.. Rasa macam sakit kat tulang belakang.. Hope takde ape2 yang serius.. Mungkin terlalu banyak mengangkat barang di kebelakangan ini..Almaklumlah selama ini jarang bergerak aktif, asyiknya di rumah dan berkurung di dalam bilik sahaja hehehe...

Esok aku ada meeting lagi.. So ada baiknya tidur merehatkan diri :P