BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 29, 2009

Done!!

Berjuta kesyukuran ku panjatkan. Akhirnya segalanya selesai hari ini. Tiada lagi janji-janji kosong yang akan di buat. Tiada lagi aku kena menapak di awal pagi berjalan bersendirian menuju ke situ. Ketabahan dan kesabaran membuahkan hasil. Apa yang terjadi jadikan pengajaran. Cukup sekali jangan sampai pisang berbuah dua kali. Aku tak salahkan siapa-siapa, kesilapan diri sendiri. Kena beringat selepas ini setiap apa yang di sampaikan kena buat folow up juga. Jangan terus terima bulat-bulat khabar daripada orang.

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! adoiyai..merdeka apa pulak ni. Merdeka bulan ogoslah. Mimpi ke apa nih? Well sebenarnya semua urusan aku dah settle muahahah.. Syafawi pon dah selesai. Nasiblah ada juga semangat mau mengurus. Kalau tak mungkin aku give up macam tuh jak. Walaupun tiga hari berturut-turut aku kena pergi ulang alik mau tentukan jadual, akhirnya semua membuahkan hasil. Tak kisahlah tambang tuk aku ulang alik tuh, yang penting bak kata Heliza bereh!!

Dan buat kak chula yang balik ke cairo tadi, sori sesangat tak dapat nak join sekali wida ke sidi Gabir. Kemalasan untuk berjalan sudah sampai ke tahap yang paling maksimum. Cuaca panas di luar membuatkan aku rimas untuk berada di luar rumah. Lebih selesa duduk di rumah terkurung di dalam bilik.. Dan selamat berangkat pulang ke malaysia 30 jun, esok lah tuh kan. Semoga selamat sampai ke tanah air.

Maaf ku pohon buat ahli bait, mungkin akhir-akhir ini aku agak menyendiri, duduk terkurung di dalam bilik dan tak join bersama-sama di majlis bbq lepas. Bukan aku tak mau berhibur tapi selagi masalah dan segalanya tak selesai aku malas untuk bersuka ria. Mungkin ada yang terasa merasa dan dirasa, namun aku punya alasan tersendiri mengapa aku tidak dapat untuk bersama-sama dengan kalian. Bilamana syafawi aku belum selesai patutkah untukku bersukaria?

Dan beberapa entry aku yang agak suam-suam sejuknya telah membuatkan orang salah faham. Beb..kau tak yah nak terasa dengan aku bilamana kau rasa kau tak bersalah. Just Rilex. Aku tak mention nama siapa-siapa pun dalam setiap entry aku. Tak payah nak mesej aku marah-marah. kalau kau rasa kau tiada kaitan dalam hidup aku, just ignore apa yang aku tulis dalam blog aku. Antara entry "hatiku berkata-kata dan aku kau dan dia..kita kawankan.." Dua-duanya dah settle. Alhamdulillah semuanya ok. Tenang.. Setenang pantai yang tidak berombak. Setenang air yang tidak berkocak. Perbincangan itu membawa berkat. ALHAMDULILLAH. Terima kasih kawan kerana kau cukup memahami.

Dan buat yang terasa hati aku minta maaf, aku tak jangkakan semua itu akan terjadi. Kalau kau rasa kau tak bersalah, kau tak perlu nak rasa bersalah. Dan kalau kau rasa kau tiada kaitan tak perlu nak terasa dengan aku.

Manusia hari ini suka bersangka-sangka. ada sangkaan baik ada sangkaan buruk. Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhuwah seperti musnahnya kayu di makan api.

Morning itu pagi.

Pagi in da morning. Buka mata je dah tengok henset. Picit-picit butang keypad. SEND. Macam tu lah selalunya bila tiada online bersama. Tak cukup YM, henset pun di bedal. Statistik rekod topup akan meningkat dengan mendadak. Perghhh!!! pakcik kayo kalau hidup macam nih. hahaha

Aku masih punya misi hari ini. Bangun seawal pagi duduk mengadap lappy sambil bermain mesej. Menanti saat untuk berpergian. Masih terlalu awal. Janjiku jam 9.30. So sebelum waktu tuh aku mesti dah sampai ke destinasi. Agak letih bila berulang alik ke destinasi yang sama. Mujur meeting untuk ajk DMSi di batalkan kelmarin. Kalau jadipun maaf ku ucapkan aku tak dapat untuk menghadirkan diri. Bukan tak nak bagi komitmen tapi selagi hal-hal yang aku uruskan tak selesai aku tiada mood untuk bermuzakarah.

Aku harapkan hari ini semuanya akan selesai. Sudah letih untuk berulang alik ke tempat yang sama. Aku ingin segalanya terlepas dari bebanan otakku. Malas hendak fikirkan akan ada janjitemu seterusnya. Kurang selesa asyik keluar rumah di musim panas begini. Kesabaran sentiasa teruji. Lebih seronok duduk bersemayam di atas katil sambil mengadap lappy kesayanganku. Bertemu kawan-kawan dunia maya sambil bergelak ketawa.

o.O folowers blog ku bertambah seorang hari ini. Cik comoi yang comel loteh. hikhik sudah beberapa hari aku tak jejak ruang chatboxnya. Masih belum ada kesempatan untuk bersama. Akhir-akhir ini di landa kesibukan yang tidak terduga. Rasa rindu nak bergelak ketawa sambil mendengar radio di ruang chatbox. Huhu bila agaknya punya masa terluang.

Wah!!.. waktu tak pernah untuk terhenti. Masa terus berlalu dengan pantas. Aku ingin bersiap-siap dahulu sebelum berpergian. wat cik comoi sampaikan salam rinduku buat kengkawan di rusakfm.

Saturday, June 27, 2009

Wakenabeb di hari sabtu. Beb dabel o0 kena wkaka

sinar suria menerangi siang bak kata penyanyi RustyBlade. Pagi yang indah..Ku kerling jam di tangan menunjukkan 9.15 minit pagi. Kaki di hayun mengatur langkah. Visi dan misi harus di sudahi walau apapun kesudahannya kelak. Dalam asyik ku mengatur langkah menuju ke perhentian kepala ligat berputar mengenangkan suasana rumah. Ya rumah!.. Homesick betul akhir-akhir nih. Kalau di rumah waktu-waktu cuti di hujung minggu begini mungkin aku sedang melayan teh susu dengan mee goreng sentuhan keramat mama aku. Tapi lain kisahnya aku di negara orang. seawal pagi sabtu aku dah bangun, bermalas-malasan di atas katil sambil menekan-nekan keypad telefon.

Akhirnya aku memilih untuk membersihkan diri dan bersiap-siap. Bersarapan sekadar mengisi perut yang kosong belum di isi sepanjang malam. Mengatur langkah keluar dengan seribu harapan. Destinasi aku hari ini hanya satu. Dan aku akan pastikan aku akan sampai tepat pada waktunya. Ya asing sekali kerana cuma aku keseorangan tanpa ada sesiapa yang aku kenali. Mereka-mereka terlalu asing. Tiada seorang pun yang aku kenali melainkan pegawai-pegawai yang bertugas di situ. Itu pun tidak semua ku kenali hanya segilintir yang pernah ku lihat. Duduk menanti hingga waktunya tiba. Namun orang yang membuat janji denganku tidak pula menghadirkan diri hari ini. Aku mula mencari siapa-siapa yang boleh aku dapatkan info, dan bila ku tanyakan nampaknya madam fadhwa tidak akan hadir hari ini. Dugaan pertama di pagi sabtu yang cerah.

Dan untuk kesekian kalinya aku di suruh datang semula keesokan harinya. Dan aku temukan seorang teman di situ. Punya raut wajah yang serius namun berhati mulia. Walaupun kakinya cacat tapi dia punya kegigihan.Dalam hatiku terdetik dia punya semangat yang tinggi. Apa yang ku tahu tujuan kami di situ sama. Kami punya misi yang satu. Akhirnya aku bersama-sama dengan dia mencari jalan penyelesaian. Bila berbicara dengan orang asing dariku aku segera teringatkan dengan pelakon gerak khas inspektor Lim dan Linggam. Tersenyum sendiri aku bila mengenangkan watak mereka bilamana seorang menggunakan bahasa cina seorang lagi menggunakan bahasa india.

Naik ke tingkat dua mencari salah seorang pegawai iatu Abdullah. Kemudian dia arahkan kami untuk berjumpa dengan pegawai lain yang aku tidak ketahui namanya. Akhirnya keputusan tetap sama. Bukrah(esok) nampaknya esok pun kena bangun awal juga. Tiada istilah bangun lewat di hujung minggu hahaha..ambik mung!! Kalau semua dah katakan esok! sok! esok! apa nak tunggu lagi..balik rumah jer la. Sambung dating di dunia maya.muahahahha Kadangkala berurusan dengan orang arab memang payah!!

Sesampai di rumah terasa bahang mentari. Duduk berehat sambil membelek henset. Ada mesej. Satu sikapku yang jelas bila berada di mesir nih, aku jarang membawa henset keluar. Selalu tinggal jer kat rumah. Baca mesej terus on lappy. Cek email on ym. Buzz!!

Sepanjang hari aku terlantar di atas katil macam orang sakit padahal aku langsung tak sakit pun. Cuma adalah buat-buat sakit yang membuatkan orang terkena WAKENABEB!!! muahaha Ya ampun sesungguhnya perut ku tidak tertahan untuk terus tertawa. Silalah anda bersabar menanti rancangan Wakenabeb yang seterusnya. Di saat kesengalan terserlah macam-macam akan terlintas di otak yang luar biasa ini. wkakak


***************************************************

Sedang encik keyboard asyik membelek katalog jualan barang-barang. Dia pun menyuarakan pendapatnya kepada cik Skrin.

Encik Keyboard : Cantiklah kasut sukan nih. Cube ko tengok skrin.

Cik Skrin : a'a cantik.

Encik Keyboard : Pakai dengan seluar jins pon kenakan.

Cik skrin : (dengan muka serius) eh ko nampak tak selalu dekat tepi-tepi jalan ade orang jalan tak pakai apa-apa (b***l). Langsung tak mengiyakan apa yang encik keyboard katakan.

Encik keyboard : Dekat jalan mana?

Cik Skrin : Mana-mana jalan pun ada tau. Sekarang nih dah ramai yang buat macam tuh.

Encik Keyboard : tak pernah nampak pun.

Cik skrin : Dengan buat-buat muka serius. Nanti ko tengoklah tepi-tepi jalan. Mesti ada.

Encik keyboard : Orang gila?

Cik Skrin : tak lah.. waras.. tak kira usia tau. budak kecil,pompuan, laki, orang tuan pun ada tau jalan-jalan tak pakai apa-apa.

Encik Keyboard : mane ader..dah mule gelak-gelak. nih mesti nak kenakan orang

Cik Skrin :(dah pecah ketawa.) Ya lah.. semua orang dok pakai seluar jins. jin- jin kat luar tuh tak de apa dah depa nak pakai. Tuh yang dok jalan tak pakai apa-apa dah.. wkakakaka

Encik keyboard dan cik skrin dah tak terkata apa dah. bergelak ketawa sakan.

P/s : kasihanlah kat jin-jin di luar sana. Bagilah semula seluar-seluar mereka yang telah di pinjamkan kepada manusia wkakakakak

Friday, June 26, 2009

Hoye Hoye

Dalam seminggu nih aku punya kerja yang bukan salah satu daripada jenis pekerjaan.. wkaka macamana tuh? ini semua pengaruh daripada dia. Dia yang telah membuatkan minat aku telah beralih arah. adoiyaii..wat eva la.. yang penting happy.

Nampaknya cuti-cuti summer tahun nih taklah memboringkan sangat. Dah ada hobi baru tuk di lakukan dan di kongsi bersama dengan tetttt dan kengkawan yang baru dan lama. Yang bestnya aktiviti bersama kengkawan dunia maya ku akan kembali aktif semula. Ya lah kan.. exam pon dah berlalu. So it's time to rilex and enjoy..

Oh yeah!! selamat berangkat pulang ke cairo bagi mereka-mereka yang akan pulang ke tanah air. Sorilah tak dapat nak wida-widaan dekat sidi gabir. Tiada kerajinan untuk berjalan hari ini. Lagipun aku punya visi dan misi yang masih belum selesai. Kepala masih memberat dengan agenda esok hari. Persediaan? Huh picit hidung dengar bunyi kentut.. wkakka aku dah mula untuk merapu. adoiyaii kesengalan dah mula terserlah.

Apapun selamat dan selamat buat semua.. Semoga selamat sampai ke tanah air. Sampaikan salam dari kejauhan buat keluarga di sana. Wah seronok ya dapat pulang bercuti. Yang tak balik ke tanah air tuh, ada banyak program yang akan di jalankan di cairo. Yang pasti hari keluarga bakal menyusul julai ini. Bersedia untuk pulang ke cairo beramai-ramai. haha Jumpa di sanaaaaaaaaaaaa

Aku Kau Dan Dia..KIta kawanKan.

Kita kawan-kawan tak mau lawan.Kita kawan-kawan tak mau buat pasal beb. Mungkin suatu masa dulu cerita antara kau dan dia sebagai sahabat. Tapi sekarang nih cerita aku dan dia sebagai sepasang kekasih.

Sebolehnya aku tak mahu kau menjadi penghalang dalam hubungan yang terjalin. tak mahu setiap kali pergaduhan berpunca daripada kau. kami inginkan ruang kami sendiri. Ruang yang tak mungkin ada kau masuk dalam cerita cinta kami.

Dalam kami melayari alam berkasih sayang, alhamdulillah kami bahagia, ketawa riang bersama, berkongsi setiap cerita dan juga masalah. Antara kami saling memerlukan. Kebahagiaan mula terlakar di setiap wajah kami. Hanya kami tahu cerita cinta di sebalik hubungan kami.

Hari-hari ku mula berubah di temani dia siang dan malam. Saling memberikan semangat dan gelak tawa bersama si dia. Bagaikan tiada wujud insan lain di sekeliling kami. Yang ada cuma aku dan dia. Setiap hari kami bersama bagaikan tiada lagi kerja lain yang kami boleh lakukan tanpa bersama. Katanya sehari tak bersama bagaikan setahun lamanya.

Walaupun dugaan sering datang menguji kami, namun kami tabah. Tak mudah melatah dengan setiap dugaan yang melanda. Setiap masalah kami settlekan sebaiknya. Dan punca masalah yang selalu membelenggu hubungan kami takde lain kau, kau dan kau...

Kenapa ekk.. aku rasa aku tak pernah nak ganggu hidup kau. Tapi kenapa kau nak menyibuk dalam hubungan kami. Ya untuk pengetahuan kau kami bahagia sekarang. Tak ada apa-apa masalah dalam hubungan kami.

Mungkin selama nih aku kurang bercerita kisah cinta aku dengan dia di blog ini. Bagi aku kisah cinta kami bukanlah untuk paparan umum, kisah cinta kami cuma terlakar dalam blog aku dan dia. Mungkin tiada siapa yang menjumpai blog tersebut kerana cuma aku dan dia saja yang boleh menghuni teratak cinta kami.

Aku harap lepas nih takde pulak spekulasi liar yang timbul. Mungkin aku banyak bercerita tentang kedukaan di blog ini, banyak ku zahirkan rasa hati aku.Tapi itu tidak bermakna rasa-rasa yang aku lalui bersama sidia. Kerana dunia aku dan dia cuma ada kami berdua bukan dengan orang sekeliling. And i Luv him so much....

p/s: aku tak berniat nak menyinggung mana-mana perasaan, tapi kalau ada yang terasa, ku susun sepuluh jari memohon kemaafan.

Kita kawan-kawan tak mahu lawan. Mungkin ada baiknya aku dan dia menyepikan diri dari dunia orang lain. Agar tiada lagi cerita yang kurang enak tuk kami dengar.

Thursday, June 25, 2009

Hatiku berkata-kata

Adakalanya aku mampu untuk sembunyikan rasa hatiku, rasa kecewa, rasa marah, walaupun orang lain yang melihat diriku sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa bersama seolah-olah aku tak punya masalah.

Namun adakalanya aku tidak mampu menahan setiap rasa yang lama ku pendam..Hingga akhirnya aku membuat duniaku sendiri terasing sepi tanpa ada sesiapa pun yang menjadi penghuni dalam duniaku.

Setiap insan itu punya sikapnya tersendiri, punya rasa ego dan punya rasa kasih. Namun disebalik rasa-rasa itu aku punya rasa tersendiri yang kadangkala aku sendiri sukar tuk menafsirkan perasaanku.

Walaupun duniaku sepi, namun aku tetap bersyukur masih ada yang sudi menghibur hatiku di saat aku gundah gulana, di saat jiwaku merasa dukanya dan di saat aku bersendirian.

Biarlah mereka-mereka terus gembira walaupun aku bersedih. Biarlah mereka-mereka dalam keriangan walaupun hatiku berduka. Dan biarlah aku terus hanyut dalam duniaku sendiri bersama orang-orang yang ku sayang.

Aku relakan senyum tawa mereka di atas kedukaanku.


p/s: Aku tak tujukan entry nih tuk orang yang aku sayang. So jangan buat spekulasi liar yang boleh membuatkan aku dan sidia bergaduh. Cerita kami tiada kaitan dengan entry ini.

Sunday, June 21, 2009

Selamat hari Bapa

Majlis kahwin kak jah di sandakan.

Kring..Kring..

(~.^) : hello..assalammualaikum..
Abah: waalaikumsalam..
(~.^) : (sore excited) selamat hari bapa...
Abah : terima kasih..hehe
(~.^) : kamu di mana nih bah?
tut tut tut tut (talian terputus)

Kring..kring..
Abah : Hello
(~.^) : hello..
Abah : aa..
Tut tut tut... ( talian terputus)

$%#*!~^$ line tenet aku macam arem kan. Kol asyik putus jerk.. Adeii time-time camnih la pulak line tenet sengal. Dah la windu dengan family. Tak sempat nak sembang dengan my mom.. Hurmm andai dapat di selami rasa hatiku di kala ini.. sesungguhnya aku amat merindui orang-orang tersayang.Rasa rindu itu kian menggamit naluriku dan rasa ingin bersama mereka selalu.

Sempena hari bapa nih aku mo wishkan selamat hari bapa buat abahku tersayang yang dirindui selalu AG. SULAIMAN the only one abah yang aku ada yang banyak memberikan nasihat dan semangat di kala aku lemah dan menjadikan belakangnya tempat ku bersandar di saat aku di landa kecewa. Abah yang cukup memahami akan perangai anak-anaknya. Walaupun adakalanya setiap teguran bersahut dengan dentuman pintu, setiap teguran bagaikan angin yang bertiup di pandang dingin oleh anak-anak..Ketabahan mu dalam mendidik kami anak-anakmu penguat semangatku walaupun seringkali duduk berjauhan dari keluarga tersayang.

Aku rasa aku patut stop sampai di sini jak.Kalau aku teruskan menulis mungkin boleh banjir bilik nih dengan airmata aku. Rinduu sesangat. Rindu family aku. Luv my mom n my dad...